loading...

MENCAPAI CINTA

Tudung kanak-kanak
MENCAPAI CINTA

Nyanyian sepi dinihari
di sudut alam
mencari Nur nan kelam
dalam minda yang tenggelam
pun masih tidak pasti
apakah ini mimpi-mimpi

untuk mencapai cinta
pun masih tak mengerti
mana laluan nak di redah
atau saja menyerah
pada merah mentari nan meninggi

kalau langkah ini termati
ditengah debu buana
siapa kan sanggup mengganti
perjuangan sang kembara
entahlah!
adakah bersambung perjalanan ini?

Terima kasih kerana membaca MENCAPAI CINTA

Postingan terkait:

1 Komen untuk "MENCAPAI CINTA"

TINGGALKAN KOMEN ANDA: