PUTERA

Tudung kanak-kanak



Ini ibumu berkata
yang jalan lurus kau ikutlah
dengan panduan diberi
bijak pandai masa lalu
telus dan tulus
perihal liku-liku duniawi

Ini ibumu berpesan
yang kata berhemah kau dengarlah
dengan santun dan sopannya
penyair zaman silam
merdu dan hening
ceritera rona-rona kehidupan

Ini ibumu berdoa
yang baik-baik semuanya untukmu
dengan rayuan pada Illahi
Maha suci Maha pengasih
Berkuasa memperkenankan sesuatu
kelak langkahmu
berdiri berilmu.

Terima kasih kerana membaca PUTERA

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PUTERA"

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA: