SAHABAT

KETIKA KAU HULUR SALAM PERKENALAN
YANG TERPAMER HANYA KEIKHLASAN
BERLAPIK KAIN KEDAMAIAN
BERTOPENG IMAN KEMANISAN
BERGUGUS BUAH DOA
BERSEMI SAYANG DAN KASIH INSANI
BERJANJI TAK KAU INGKARI
BERSILA AKU DI SITU
MENADAH SYUKUR PADA KURNIAMU.

BERDERAI AIR MATA SYAHDU
TIKA KAU ADA
WAKTU KU PERLU.

MEMANG KAU BAK MUTIARA
TAK TERNILA DEK HARGA.
spacer

WAKTU YANG KAU USUNG



Walaupun masih terjaga
oleh cinta yang sirna
tetapi aku masih pasrah
menjunjung kasih yang rebah
dan kau tak berpaling
walau namamu ku seru

begitulah
alam ini mencatur
tentang peri perjalanan
anak alam yang kecundang
dalam memburu seribu impian
Pernahkah
hatimu berbisik sekelumit
untuk mengerti mencari
sekeping hati yang berkecai
yang kau tinggalkan di belakang itu?

Nanti
andai datang lagi janji manismu
berterabur dimana-mana
usah diharapkan
untuk ku kutip kembali
kerna hati telah lama padam
akan rasa itu!
kau jenguklah sendiri
bibir hidupmu yang usang
oleh permainan waktu

Tika itu
terimbas olehmu oleh laku
yang kau ciptakan
untuk masa depanmu sendiri.

spacer

HARUM CEMPAKA

Saya sedang membaca karya Norhayati Berahim bertajuk Harum Cempaka. Hampir selesai dan sesekali mencuri masa kerana kesibukan saya. Semasa permulaan bacaan kita dihidangkan dengan prolog watak Sheikh Adli dengan pembunuhan. Cubaan membunuh...

Seterusnya watak bermula semasa zaman persekolahan Cempaka. Dari situ kita dapat menyelami kesusahan yang dialami Cempaka, masalah keluarga dan kawan-kawan seasrama, juga kawan sebilik.

Watak-watak berkembang mengikut masa dan tempat yang bersesuaian. Suasana kampunng, bandar, alam persekolahan (asrama), di kebun getah, di dalam pesawat, di lapangan terbang, digambarkan dengan jelas.

Walau baru separuh membacanya, saya dapat memahami tema yang ingin disampaikan oleh penulis.

Saya sarankan sesiapa yang ingin memiliki novel tersebut agar berbuat demikian dengan segera agar tidak kehabisan stok.

Syabas kepada penulis. Saya amat menggemari karya Saudari Norhayati Berahim dan sentiasa menanti novel terbaru dari beliau.

Selamat membaca.
spacer