IMPIAN INDAH (SEORANG LELAKI)

BAB SATU

Kelip matamu
dan senyum
kau tak simpan duka berpanjangan
letak ia ditepi
atau kau buang
sedihmu itu jauh dan jauh...
ada aku di situ
setia temani
biar dalam gundah
biar dalam pasrah
pun aku tak kisah.
lirik matamu
mengundang bahagia
nak ku ucap
pun tak bisa
apatah untuk dilagukan
pun tak merdu.

BAB DUA

Pandanglah kelilingmu
buka matamu seluas buana
ciptakan lirik nan pesona
lagi indah untuk ku nikmati
biar kepingan bahagia yang sedang dirasa
menjadi hamparan baldu menghijau
dan...
kau, aku duduk disitu
membuai angan nan sedar
kejap tanganmu memegang rindu
agar ia tak terlepas layu
menyembah dedaunan gugur
bertebaran di atas baldu impianmu.

lafaz janji nan termeteri
disulami wangian mawar pagi
membawa satu arah tuju
bahawa kita telah bersatu
bersaksi panji kalimah agung
dalam berbisik kau zahirkan,
'SAYA SETUJU.'
dalam megah aku serukan namamu
di dalam AKADKU!
spacer

SEPI



kau tak dengar
apa yang ku bisik
dan dalam bingung
kita memerhati
antara satu sama lain.
spacer

AIR SEJUK

Minum air sejuk setiap hari sebanyak 6 atau 7 gelas boleh menyegarkan badan dan menjaga kesihatan. Air yang diminum sebaiknya hendaklah dimasak setiap kali hendak diminum. Minum air masak boleh menghindarkan penyakit berjangkit.

Jika anda terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka, minum air sejuk boleh mententeramkan keadaan serta mengawal tekanan darah.

Ada orang suka melakukan olahraga tetapi menghadapi masalah, setelah melakukan olahraga badan selalu tidak sihat dan terasa sakit setiap sendi. Anda dinasihatkan supaya minum air sejuk yang dicampur dengan garam. Caranya ambil gelas atau cawan lalu diisi dengan air yang sudah dimasak. Dicampurkan dengan garam secukupnya. Embunkan air itu ditampat lapang dan bersih udaranya. Apabila bangun tidur terus berkumur dengan air itu sedikit, bakinya diminum sekaligus.

Lakukan perkara ini tiga pagi berturut-turut, lebih kerap lebih baik. InsyaAllah badan anda sentiasa sihat.

Bagi mereka yang menghidap sakit buah pinggang, minum terlalu banyak air boleh memudaratkan lagi kesihatan. Air hendaklah diminum mengikut sukatan yang disyorkan oleh doktor.
spacer

MAKANAN UNTUK KECERDASAN MINDA

MADU

Adalah makanan yang menjadi amalan zaman Rasullullah s.a.w. Madu merupakan makanan yang berkhasiat sehingga al-Quran mengiktiraf madu sebagai Shifa,iaitu penyembuh penyakit. Malah madu turut digelar Raja Ubat kerana kemujarabannya menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu membantu meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental seseorang. Madu juga berkesan merawat penyakit mental kerana mampu menghindari kepenatan pada otak yang melakukan banyak kerja.

SUSU SEGAR

Terkenal dengan kalsium yang dibekalkan kepada tulang selain berguna untuk kesihatan otak, menguatkan ingatan, dan memberikan tenaga fizikal dan mental. Susu mengandungi tiga elemen semulajadi yang penting iaitu air, keju dan lemak yang sungguh lengkap untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu jugalah penawar untuk menghindari dan menyelesaikan masalah lupa yang berkesan dan membaiki penglihatan. Susu yang terbaik adalah susu kambing, biri-bri dan lembu segar untuk ketajaman fikiran. Susu paling berkhasiat pula ialah susu tepung.

KISMIS

Sesuai diberikan kepada kanak-kanak. Kismis memberikan zat besi untuk pertambahan darah sebagai memastikan bekalan oksigen dapat disalurkan ke otak dengan mencukupi.
Memakan kismis dapat membantu masalah mengantuk, pelupa, lembap dan lemah dalam berfikir.
spacer

AKU DAN DIRIKU

Bukan kerana
aku tak mahu
menipu diri
membohongi kamu
mencipta helah
mendabik megah
berjalan tak jejak
di bumi nyata
bukan juga
kerana mereka
aku disitu
menyapu debu
membersih calar
mengelap luka
yang dalam
tidak kemana
bukan aku
mahu menyusun
jemari ampun
demi maruah
dan harga
sebuah ego
seorang manusia
tetapi
inilah aku
yang tegak
kerana hak
yang jitu
kerana ibu
yang gagah
kerana ayah
yang berdiri
kerana diriku
yang tabah
yang sabar
yang malu
yang tunduk
memandangMU.
spacer

BIODATA DR. USMAN AWANG

Tuesday, March 11, 2008
Dunia sajak Usman Awang

Biodata

Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Dikenali juga dengan gelaran Pejuang Sastera, Sasterawan Negara, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant. U.A. dan juga Zaini. Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat diperkatakan. Kerana itulaha nama Usman Awang paling terkenal di kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan diKuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani diSegamat, tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun dan selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘ budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat dalam zaman Jepun dan kemudiannya memasuki pasukan Polis Jepun ( Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani, latihan Jepun menyerah kalah.

Usman Awang telah menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulong. Di Singapura, Usman diterima berkerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu.
Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu, mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961 Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur buat beberapa waktu.
Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan, dan Pengembangan sastera. Mulai Mei 1982, beliau menjadi Ketua Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia kesusasteraan Melayu moden dengan menulis puisi. Puisi-puisinya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah puisinya menjadi bahan yang amat menarik bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya, malah menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi puisi. Antara puisinya yang cukup popular termasuklah “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “ Pak Utih”, “ Ke Makam Bonda”, “ Nasib Buruh”, dan “ Salam Benua.” Usman adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya dan pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah antara keistimewaan Usman Awang.
Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama ditinggalkannya sejak akhir tahun 1960-an lagi. Cerpen yang banyak dihasilkan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih banyak memperlihatkan sikap dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep “Seni untuk Masyarakat” yang didukungnya sebagai anggota ASAS 50. Maka itu apa yang terlihat dalam cerpen-cerpennya hanyalah berupa rakaman pengalaman, pergaulan dan pemerhatian serta pemikiran untuk mendedahkan segala kejelikan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas dari memperlihatkan pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantik dan idealis. Dengup Jantung adalah satu-satunya cerpen setakat ini.

Posted by geng at 6:25 AM
spacer

BIODATA DR. SITI ZAINON ISMAIL

BIODATA DR. SITI ZAINON ISMAIL


Prof. Madya Dr
Siti Zainon Ismail


Galeri Melora


Lahir 18 Disember 1949
Alamat Unit Kebudayaan,
Hal-ehwal Pelajar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor

Pendidikan
1970-74 Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI) Yogyakarta (Sarjana Muda Seni Rupa 1974)
1976-79 Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Sastera,1980)
1985-90 Universiti Malaya (Ph.D,1992)


Hadiah / Anugerah
Hadiah Akademik
1972-73 Biasiswa ASRI
1977-79 Biasiswa UKM, Sarjana Sastera
1985-89 Biasiswa UKM dan JPM
1986 Hadiah Perjalanan PETRONAS,KUL-LONDON
1992 Prof. Madya,JPM-UKM
1996 Anugerah Warga Kehormat Guru Besar (Prof.) Luar Biasa Universitas Jabal Ghafur, Aceh


Hadiah Seni
1960 Hadiah Senilukis Sekolah-Sekolah Rendah Selangor
1970-73 Hadiah Sketsa Kartini, ASRI-Yogyakarta
1972-73 Hadiah Utama Pelajar Senilukis, ASRI
1975,1976 Hadiah Sastera (Puisi)
1978
1984/85
1986/87
1988/89
1985 Penghargaan Valmiki Poetry Festival, New Delhi, Bhopal India
1986 Piagam. Seoul World Poetry Korea Selatan
Piagam Seminar Sastera Nusantara, Nusantara, Universitas Jabal Ghafur, Aceh
Hadiah Majlis Buku Kebangsaan 1986, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, DBP
1987 Hadiah Puisi Islam, PUSPA, Kelantan
1988 Hadiah Esei Seni, Dewan Sastera
1989 SEA Write Award, Bangkok
1990 Anugerah Gelar Tengku Nyak Fakinah, Aceh, Indonesia
1993 Anugerah Tan Sri Fatimah - Avon
1995 Hadiah Majlis Buku Kebangsaan
Tekstil Tenunan Melayu, DBP
Istiqlal Honorary Fellow of Poetry, Jakarta
1996 Hadiah Cerpen MAYBANK - DBP


Pameran Solo
1969 Shah Motel, Petaling Jaya
1972 British Council, Kuala Lumpur
1973 Senisono, Yogyakarta, Indonesia, ASRI, Yogyakarta, Indonesia
1974 Taman Ismail Marzuki, Jakarta, Indonesia
1980 Wisma Loke, Kuala Lumpur
1981 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
1992 Pameran Solo,'Bunga-bunga Bulan', Sudut Kreatif BSLN
1997 Restu Keberangkatan,
DBP, KL '30 Tahun
Siti Zainon Ismail
Dalam Warna,
Alor Setar, Kedah
dan Jakarta, Indonesia
1998 Pameran Pelukis
Wanita Malaysia
Brunei Darussalam

1999 Pameran Wanita,
Galeri Tangsi,
Kuala Lumpur
2001 Pameran PETRONAS
Pertemuan

Pameran Kumpulan
1966 'Pameran Pelukis Muda Ke-10', Galeri Samat, Kuala Lumpur
1967 'Pameran Pelukis Muda Ke-11', Galeri Samat, Kuala Lumpur
'Pameran Pelukis Lukisan Batik', Kuala Lumpur
1969 'Pameran Lukisan Batik & Kraftangan MAHA', Kuala Lumpur
1970 'Pameran ASRI', Yogyakarta, Indonesia
'Pameran Kartini', Yogyakarta, Indonesia
1971 'Pameran ASRI', Yogyakarta, Malang, Surabaya
Pameran Sanggara Dewata', Yogyakarta, Indonesia
1972 Pameran Kartini', Yogyakarta, Indonesia
1974 'Pameran Jemputan', Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
'Pameran Grafik Anak Alam', Kuala Lumpur
1975/76 'Pameran Lukisan Anak Alam', Kuala Lumpur
1977/78 'Pameran Lukisan & Arca Anak Alam', Kuala Lumpur
1978 'Pameran Lukisan Angkatan Pelukis SeMalaysia',Kuala Lumpur
1979/80 'Pameran Catan & Arca Anak Alam', Kuala Lumpur
1981 'Pameran Anak Alam', Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
'Geraktara',Muzium dan Galeri Negeri Pulau Pinang
'Pameran Koleksi Wanita Dalam Seni & Puisi', Galeri Tan Sri Kamarul, Kuala Lumpur
'Pameran Enam Sahabat', Sum Art Gallery, Kuala Lumpur
1982 'Pameran RASA ' 82', UKM
1983 'Titian 1', Museum & Gallery Singapura
1984/85 'Pameran Perdana', Australian High Commission, Kuala lumpur
1987 'Pameran Tasik Cini', Australian High Commission, Kuala Lumpur
'Pameran Pahang Indah', Shangri La Hotel, Kuala Lumpur
1988 'Pameran Perdana', Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
1989 'The First ASEAN Travelling Exhibition of Painting & Photography, Jakrata, Singapura, Manila, Bangkok, Kuala Lumpur, Bandar Seri Begawan
'Pameran Koleksi UKM', Bangi, Selangor
1990 'Pameran Tahunan Terbuka APS', Hulu Klang

'Wanita & Kreativiti', Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
'Pameran Perdana', Australian High Commission, Kuala Lumpur
1991 'Dokumental 1', Artiquarium Kuala Lumpur
'Pameran Terbuka', Galeri Shah Alam, Selangor
'Pameran Senilukis Pelukis-Pelukis Wanita Indonesia & Malaysia', Gedung Pameran Senirupa Dep. Dik. Bud Jakarta
'Pameran Seni Rupa Islam Festival Istiqlal, Jakarta
1991 'Pameran Senilukis Malaysia Komtemporari Tokyo', Kuala Lumpur
'Identiti Islam Dalam Seni Rupa Malaysia', Balai Lukis Negara, Kuala Lumpur
1993 Poffery Exhibition, Boxhill, Art Center, Victoria, Australia
1994 'Menusuk Kalbu melalui Seni', Hari Wanita PETRONAS
'Wawasan dan Idea',Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
1996 'Pengucapan Islam Kesenian Islam, Balai Seni Lukis Negara
'Pameran Unit Kebudayaan, Puri Pujangga, UKM
'Pameran Seni Khat, Anjung Seni, UKM
'Pameran Seni Khat, Muzium Melaka
'Pameran Dwi Rupa, Universiti Malaya
'Pameran Seni Lukis Pekan Seni Ipoh
'Pameran Rasa Alam UKM Maybank, Kuala Lumpur
1997 'Pameran kesenian Islam,ITM, Shah Alam
'Pameran The Storm on Oasis, Galeri PETRONAS, Kuala Lumpur
spacer

BIODATA A. SAMAD SAID

BIODATA


A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.

Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985. Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam bidang penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

PROFIL RINGKAS
Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956). Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999). Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan.
spacer

DUNIA LADANG AKHIRAT

Ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak.Islam tiudak melarang kita mencari kesenangan dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan bahawa setiap kita pasti akan menemui mati.

Sebab itulah dikatakan "dunia ladang akhirat". Maksudnya sepanjang kita berada di dunia, bekerja dan berbuat baiklah menyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Apabila tiba di akhirat nanti, setiap Muslim itu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah dilakukannya semasa di dunia.

Kerap diingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin dimunim airnya yang masin semakin terasa hausnya, samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah berasa puas.

Hargailah kesempatan hidup yang seketika ini untuk mencari kebaikan yang dapat menyumbang semula kepada kesejahteraan hidup di akhirat.

Seperti firman Allah yang bermaksud,

"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah; dan (ingatlah, kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya"

(Surah Al-Mulk: 15)
spacer

ADAKAH?

dalam kita melangkah
kekadang kita dihempas ombak tinggi melambung
dipapah sang pasir nan sebiji
terbiarlah kita disitu
hingga datang tangan-tangan kotor
menggigil untuk membantu
kelak nanti tak terpikul dek bahu
jika yang hidup ini
sekadar melukut di tepi gantang.

jangan yang dibantu
adalah perosak aman damai
tika itu
nak menyesal, terasa malu!
spacer

ANGIN

Bukan indah khabar kau bawa
meniup cuping telinga
kadang sesepoi bahasa
bila gelora mengganas
kau terbangkan segala gembira!

jika kau tiada
panas alam semesta
jika kau ada
nyaman serata buana

kau bukan bunga
yang boleh ku cium jika ku suka.
kau bukan sampah
yang boleh ku buang jika ku benci

kau ada
kerana DIA ada.
spacer