Header Ads

KISAH SEMALAM

Kala melihat disebalik wajahmu
Tika kau tunduk dan lidahmu kelu
Bak seorang bijak pandai
Ku menelah masa silam
Yang kau lindungi

Bukan kau berdosa denganku
Jika tidak mampu bercerita
Malah tika kau kerdip bibir matamu
Ada limpahan hujan yang tak tertadah
Dek kolam tangan yang ku hulur
Biar ia tumpah
Jangan kau sekat
Biar sedih pilumu mengalir bersama
Di tanjung tenang.

Teman…
Mohonlah dengan yang Satu
Kerana Dia Maha Tahu
Dosa silam dan semalam
Yang kau lalui

Dengan pencinta setiamu
Yang melahirkan kau dengan indahnya ke dunia
Siram gersang hati mereka
Dengan doa syahdu
Kucup tangan dan salami hati mereka
Ikhlas memeluk erat
Bukan hanya lakonan semata
Di pagi raya…
Pulanglah teman,
Sebelum ajal menggamit tiba.
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.