Header Ads

Menunggu Kelahiran adik

Naqib seorang anak yang bijak, rajin, berdikari dan manja. Dia berusia 7 tahun tetapi pandai mengendalikan komputer. Malahan, ia boleh bermain laptop seawal usianya 2 tahun setengah.

Ibu Naqib seorang pekerja syarikat swasta di Johor Bahru sementara ayahnya bekerja sebagai pekerja elektrik di Johor Jaya. Kehidupannya sangat bahagia dan lengkap serta mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari kedua orang tuanya.

Pada awal bulan Mac 2007, Naqib menerima berita gembira yang selama ini dinantikannya iaitu dia bakal mendapat adik. Ibunya telah disahkan hamil dua bulan setengah dan dijangka melahirkan bayinya pada bulan Oktober 2007.

Sebelum ini pelbagai cara Naqib lakukan untuk mendapatkan adik.

“Ibu, boleh beli adik kat kedai tak? Naqib tak sabar nak adik. Kawan-kawan sekolah semua ada adik.” Tanya Naqib pada ibunya.

“Sayang… adik tak boleh di beli kat mana-mana. Kena mohon pada Tuhan. Doalah banyak-banyak. Insya’Allah Tuhan bagi adik’.

Dia terdiam. Dia menjawab lagi,

“Kawan Naqib kata, kalau gigit ibu jari kaki boleh dapat adik. Naqib nak gigit ibu jari kaki lah…”

Ibu Naqib hanya tersenyum mengingati kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh anaknya itu, dan sekarang permintaan Naqib telah dimakbulkan Allah.
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.