SEPOHON BUNGA KERTAS

Ungu kau kembang
merendang di dalam jambangan
tinggi tidak menunjang
walau tidak bersinar
tetap cantik di pinggir bangku

di dalam pasu
kau tidak pun malu
di gigit semut batangmu
kau tetap begitu
menunggu tuanmu
memindahkanmu ke tempat baru

kau adalah kau
ungumu menemani
seorang aku
yang menunggu
gugurnya dedaun waktu!
spacer

SEORANG TEMAN SEORANG SAHABAT

dia tidak tahu
jika kau mahu dia tahu
atau mahu menunggu
seribu waktu atau waktu-waktu yang seribu
buat apa itu
bukan mampu membawa kaya hidupnya

tak perlu kau kata
gerak hati telah membaca
bibit bicara
tak perlu kau minta
luahan rasa seribu cerita
telah sedia diambang mata

bukan sahabat
jika tidak dapat merasa
jika tiada perasaan
dia cuma teman
jika suka saat kau suka
mana dia tika kau minta
sebuah doa di hujung nyawa
teman sepanjang zaman
bawa ia masa kau senang
sahabat dicari ganti
mana kan jumpa yang seperti
kau wahai puteri...

kau indah di dasar hati...
spacer

BICARA HATI

melihat ke dalam diri
mencermin hati sendiri
kala gerhana mencium sunyi
menitip sepi berpanjangan
meminjam kesunyian alam
pun tiap detik itu
tak mampu membuka
lembaran baru sebuah cinta.

kerap kali hati berbisik
mendamaikan gundah sendiri
mendoakan sejahtera sang suci
moga malam tak selamanya mati
dek keliru nan meracau
memutar pening si diri
yang mengeluh tunduk ke bumi.
spacer

Portage Valley Photos

spacer

PILIHAN KASUT YANG SESUAI

MUSIM datang bersilih ganti sekali gus pantas menukar gaya rumah fesyen terkemuka. Perhatikan koleksi kasut jenama terkenal seperti Jimmy Choo, Sergio Rossi, Giuseppe Zanotti atau jenguk ke butik Vincci atau Nose, mainan warna, ketinggian serta bentuk tumit sangat ketara.

Daripada serendah kasut leper ‘ballerina’ atau flat hingga pilihan kasut baji dan stiletto bertumit enam inci, memang semuanya menjadi kegilaan wanita. Tanpa sedar, kegilaan terhadap kasut kadangkala tidak menepati kehendak individu yang akhirnya bukan hanya merugikan wanita tapi turut menjejaskan kesihatan tulang belakang mereka.
Pereka kasut, Rozeeyadi Abdul Manan, berkata mereka kasut bukan hanya difokuskan terhadap keindahan rekaan serta mengikut gaya semasa tapi sebagai pereka, mereka juga tidak meminggirkan soal keselesaan kepada pemakai.

“Bagaimanapun, penting bagi seorang pembeli mempunyai pengetahuan asas mengenai kasut untuk dijadikan panduan ketika membeli. Ada yang mengandaikan bertumit tinggi boleh membuatkan anda kelihatan seksi tapi elakkan memilih kasut terlalu tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tumit kaki.

“Jika anda tidak mahu tumit kaki anda pecah dan merekah, tumit kasut paling ideal adalah dua setengah inci hingga tiga inci dan mungkin ia dapat membantu mengekalkan kehalusan kulit kaki anda,” katanya.
Tapi jika anda tetap mahu bertumit tinggi, pastikan ia tidak disarung melebihi enam jam sehari. Jadi, simpanan sandal leper atau selipar wajib ada di pejabat atau di dalam kereta.

Selain masalah tumit, ada individu mempunyai kaki berbentuk lebar sehingga menyukarkan mereka memilih kasut.

Rozeeyadi berkata, mereka yang berkaki lebar perlu memilih kasut dengan bukaan depan yang lebar.

“Memilih kasut bertali juga kadangkala mengundang masalah. Seelok-elok ketika memakai kasut bertali pastikan tiada satu pun jari kaki yang terkeluar di antara tali terutama jari paling kecil.

“Jika ingin membeli kasut bertutup, beli satu saiz lebih besar daripada saiz yang selalu dipakai atau cuba berjalan dulu sebelum membeli. Kaedah ini sangat penting bagi mereka yang mempunyai kaki yang lebar serta agak berisi kecuali jika kaki anda bersaiz biasa,” katanya.

Rozeeyadi berkata, tidak semua kasut sesuai dengan semua jenis kaki. Ada wanita yang mempunyai masalah gerbang kaki (arch) tinggi dan mereka disarankan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tulang.

Justeru, jika anda menggilai kasut, teliti dulu adakah kemahuan dan kehendak berbaloi dengan apa yang bakal anda terima di kemudian hari.



INFO

Jenis kasut dan fungsi



Kasut sandal tumit tinggi

Ia boleh dipakai siang dan malam. Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan. Satin, sutera atau material polos dikategorikan sebagai 'evening shoes', kulit dan PU untuk kegunaan harian.


Kasut bertutup (court shoes)

Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat. Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai.


Peep-toe

Ia bersifat dua fungsi. Sesuai untuk ke pejabat dan boleh juga dikenakan ketika bersantai.


Kasut tapak rata (flat)

Kasut ini lebih sesuai untuk bersantai dan ia juga digemari remaja kerana memudahkan pergerakan selain sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju.


Ballerina, flat court shoes

Kasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai. Ia juga tidak terlalu menyerlah kerana rekaannya lebih ringkas dan sederhana.


Kasut baji (wedge)

Ia sesuai untuk dikenakan mereka yang banyak berjalan. Tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal. Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh yang boleh menampung berat badan.


Platform

Mereka yang suka kasut bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini. Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. Jadi risiko untuk tergelincir adalah kurang.

SUMBER DARI BERITA HARIAN
spacer

"AKU MAKAN SEPARUH SAHAJA"

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut.
"Berapakah rezeki kamu dalam setahun?"

Semut menjawab, "Sebutir biji gandum."

Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut dan di letakkan di dalam sebuah botol bersama sebutir biji gandum. Nabu Sulaiman a.s menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini? Kenapa tidak engkau habiskan semuanya?"

Semut pun menjawab, "Kerana tawakalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum. Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakanku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja. Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakanku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya."

-sumber dari Mastika Jun 2008-
spacer

SERAHKAN SAJA KECEWA ITU

kalau rasa kecewa itu tak mampu
memadam riak tenang yang kau bentangkan
pada sejadah kasih
mengapa ada lagi waktu
untuk kau tunggu
tadah cinta di daun layu.

Sudahlah...
biarkan ia pergi
spacer

KISAH PAK PANDIR & MAK ANDEH - 2

Suatu hari Mak Andeh membawa anaknya, Ondeh makan di warung. Ketika itu Ondeh kecil lagi, baru tiga tahun. Sewaktu sedang makan, tiba-tiba Ondeh bercakap dengan kuat, "Mak, Ondeh nak kencing!"
Malu betul Mak Andeh, satu warung dengar suara Ondeh itu.

Mak Andeh terus menutup mulut Ondeh. Dia berbisik, "Syy... jangan cakap macam tu di tempat orang tengah makan, tak elok. Lagi satu, kalau nak kencing, jangan sebut kencing. Cakap, mak... Ondek nak 'bisik'. Ingat tu, kalau nak kencing, cakap 'bisik'".

Ondeh mengangguk. Balik dari warung, baru Ondeh dapat pergi kencing.

Esoknya Pak Pandir pula bawa Ondeh pergi warung. Sedang mereka makan, tiba-tiba Ondeh menjerit, "Pak... Ondeh nak 'bisik'!". Satu warung terkejut.

Pak Pandir senyum. SAmbil menggosok-gosok kepala Ondeh, Pak Pandir berkata kepada anaknya itu, "Boleeeeh! Haa, Ondeh 'bisiklah' kat telinga bapak ni."

-sumber dari Mastika Jun 2008-
spacer

KISAH WADUD & ULTRAMAN

Wadud yang baru balik dari kerja dan membawa patung ultraman besar, telah memanggil kesemua anaknya iaitu Walad, Walid, Walud & Walmut. Dia ingin mencari siapa di kalangan anak-anaknya itu yang paling layak mendapat permainan Ultraman tersebut. Untuk itu, Wadud bertanya...

"Siapa yang ikut cakap mak?"

Senyap. Tiada anak-anaknya yang mengangkat tangan.

"Siapa yang tak melawan cakap mak?"

Senyap juga.

"Siapa yang buat apa yang mak suruh?"

Senyap lagi. Tiba-tiba anaknya, Walmut berkata...

"Okeylah ayah... ayahlah yand dapat Ultraman tu.."

- sumber dari Mastika Jun 2008-
spacer

BAHAGIAN PERTANYAAN

BAHAGIAN PERTANYAAN:-


Seni&Style adalah blog yang mengandungi koleksi puisi, cerpen, tips, novel milik peribadi. Juga memaparkan gaya fesyen, pilihan beg tangan, kasut dan barangan kemas yang diperolehi dari internet dan buku bacaan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang artikel yang disiarkan sila ajukan pertanyaan anda ke alamat di bawah:

nora.azam@gmail.com
@
nora_azam@yahoo.com

- RON APILZA-




interested??
contact us now!


Mykarya.com adalah web blog yang memaparkan berita, koleksi karya kreatif dan bukan kreatif secara online di dalam bahasa malaysia. Kini, anda boleh mengiklankan laman web atau produk anda dengan lebih efektif dengan bayaran yang berpatutan di sini.


Kadar Bayaran Pengiklanan
Kontrak minimum bagi sesebuah pengiklanan adalah selama 10 hari.

Pakej 1
Lokasi: Ruang Header Paling Atas Blog
Banner 610 x 60 pixel
Harga: RM75.00

Pakej 2
Lokasi: Ruang Header Selepas logo Mykarya.com
Banner 470 x 60 pixel
Harga: RM60.00

Pakej 3
Lokasi: Ruang Footer Bawah Blog
Banner 470 x 60 pixel
Harga: RM40.00

Pakej 4
Lokasi: Ruang Side Bar Sebelah Kanan
Banner 160 X 150 pixel
Harga: RM35.00

Pakej 5
Lokasi: Ruang Antara Entri dengan Entri Sebelumnya
Banner 430 x 60 pixel
Harga: RM45.00

Pakej 6: Iklan Teks & Link
Lokasi: Ruang Side Bar Paling Atas: Tanpa Banner
Harga: RM20.00

Pakej 7: Iklan di Entri
Lokasi: Iklan diletak di bawah ruang komen
Banner 300 X 100 pixel
Harga: RM35.00


Pembayaran melalui maybank2U.com.

NAMA: NORAZLIPA ABU YAMIN
NO ACCOUNT MBB: 551306050072

Mykarya.com juga bersedia untuk berunding bagi menyediakan pakej-pakej pengiklanan mengikut kesesuaian dan situasi anda seperti advertorial, background ads, peraduan dan sebagainya.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh diajukan kepada saya.

Hubungi email di bawah untuk bertanyakan harga & menempah ruangan iklan di blog ini.

Email : adminkarya@gmail.com


Terima kasih atas sokongan anda!

——————————

Terma dan syarat :

1. Had minima tempoh iklan : 10 hari.
2. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum iklan dimulakan dan dipamerkan di blog ini.
3. Link boleh ditukar untuk sebab-sebab tertentu sahaja.
4. Sila kirim slip pembayaran melalui email atau yahoo mesengger.
5. Pihak mykarya.com berhak untuk menamatkan iklan sekiranya ianya telah disalah-gunakan.
6. Pihak mykarya.com tidak akan bertanggungjawab ke atas iklan sekiranya timbul masalah teknikal seperti domain suspended atau overused web hosting dan sebagainya.

Sila hubungi saya jika terdapat sebarang kemusykilan.
spacer
Iklankan Di Sini

Seni & Style adalah blog yang memaparkan puisi-puisi, novel, cerpen, tips/petua dan rencana berhubung fesyen wanita masakini termasuk pemilihan beg tangan, jam, kasut dan barangan kemas yang sesuai mengikut usia di dalam bahasa Malaysia.
Kadar Bayaran Pengiklanan
Kontrak minimum bagi sesebuah pengiklanan adalah selama 15 hari.

Pakej 1 – RM70.00
Lokasi: Ruang Header Selepas logo Seni & Style
Banner 470 x 60 pixel

Pakej 2 – RM40.00
Lokasi: Ruang Footer Bawah Blog
Banner 470 x 60 pixel

Pakej 3 – RM30.00
Lokasi: Ruang Side Bar Sebelah Kanan
Banner 160 X 150 pixel

Pakej 4 – RM20.00
Lokasi: Ruang Antara Entri dengan Entri Sebelumnya
Banner 430 x 60 pixel

Pakej 5- Iklan Teks & Link – RM10.00
Lokasi: Ruang Antara Entri dengan Entri sebelumnya: Tanpa Banner

Pakej 6: Iklan di Entri
Lokasi: Iklan diletak di bawah ruang komen
Banner 300 X 100 pixel

Pakej 7: Advertorial
Lokasi: Artikel tentang produk
Harga: RM200 untuk satu artikel
Tempoh: Artikel akan diletakkan di entri paling atas selama 2 hari

Pembayaran melalui www. maybank2u.com

Seni & Style juga bersedia untuk berunding bagi menyediakan pakej-pakej pengiklanan mengikut kesesuaian dan situasi anda seperti advertorial, background ads, peraduan dan sebagainya.
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh diajukan kepada:-

Hubungi Nora/Azam untuk bertanyakan harga & menempah ruangan iklan di blog ini.
Email :
Nora.azam@gmail.com
Yahoo :
Nora_azam@yahoo.com

Terima kasih atas sokongan anda!
——————————
Terma dan syarat :
1. Had minima tempoh iklan : 15 hari.
2. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum iklan dimulakan dan dipamerkan di blog ini.
3. Link boleh ditukar untuk sebab-sebab tertentu sahaja.
4. Sila kirim slip pembayaran melalui email.
5. Pihak Seni & Style berhak untuk menamatkan iklan sekiranya ianya telah disalah-gunakan.
6. Pihak Seni & Style tidak akan bertanggungjawab ke atas iklan sekiranya timbul masalah teknikal seperti domain suspended atau overused web hosting dan sebagainya.
7. Sila hubungi bahagian admin jika terdapat sebarang kemusykilan.
spacer

HILANG SERI TAWAMU

Tawamu yang riang dulu-dulunya
Begitu mengimbau masa lalu
Kita pun berhujan
Tika renyai turun di dada jalan

Lihat saja masa cemburu
Tidak ia izin kita begitu semula
Menari bersama bunga-bunga cinta
Dan kita pun akur

Siapa kita untuk menepis tiba
Jejak semalam kini tinggal kenangan
Pohon cemara pun tak sudi tumbuh
Di pinggir hati

Kalau semalam bisa diulang
Tentu kita sedang membilang
Sinar gemilang lagi terang
Nan disuluh cahaya gemilauan…

Ceritalah lagi
Jika nanti kita ketemu
Di jalan yang berbeza
Kau di situ
Aku disini

Kita kini berbeza
Sedang melewati usia.
spacer