Header Ads

"AKU MAKAN SEPARUH SAHAJA"

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut.
"Berapakah rezeki kamu dalam setahun?"

Semut menjawab, "Sebutir biji gandum."

Maka Nabi Sulaiman a.s pun mengambil semut dan di letakkan di dalam sebuah botol bersama sebutir biji gandum. Nabu Sulaiman a.s menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman a.s membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakan separuh sahaja biji gandum itu.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini? Kenapa tidak engkau habiskan semuanya?"

Semut pun menjawab, "Kerana tawakalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji gandum. Aku amat yakin kepada Allah. Dan Allah tidak pernah lupakanku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja. Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman a.s melupakanku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya."

-sumber dari Mastika Jun 2008-
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.