SEORANG TEMAN SEORANG SAHABAT

loading...
dia tidak tahu
jika kau mahu dia tahu
atau mahu menunggu
seribu waktu atau waktu-waktu yang seribu
buat apa itu
bukan mampu membawa kaya hidupnya

tak perlu kau kata
gerak hati telah membaca
bibit bicara
tak perlu kau minta
luahan rasa seribu cerita
telah sedia diambang mata

bukan sahabat
jika tidak dapat merasa
jika tiada perasaan
dia cuma teman
jika suka saat kau suka
mana dia tika kau minta
sebuah doa di hujung nyawa
teman sepanjang zaman
bawa ia masa kau senang
sahabat dicari ganti
mana kan jumpa yang seperti
kau wahai puteri...

kau indah di dasar hati...

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.