Menu
Oh! MyKarya!

NOVEL: KERANA KAMU 1


Rara tergesa-gesa membawa barang yang baru di beli di pasar ke rumah. Dia tidak mahu ketinggalan untuk menonton pertandingan mengambil gambar yang turut disertai oleh Didi. Sewaktu terserempak dengan Ummu Khalidah di pasar tadi sempat juga dia bertanyakan tentang Didi. Dari situlah dia mendapat tahu yang Didi menyertai pertandingan fotografi amatur di sebuah pusat membeli belah terkenal.

"Pesan pada Didi jangan balik rumah terus. Tidur aje kat shopping complex tu. Sejak dua menjak ni susah betul mak cik nak tengok muka dia lekat kat rumah. Asyik merayap tak kira siang atau malam."

Bebelan Ummu Khalidah di telan sahaja oleh Rara di dalam hati. Lagipun dia sudah biasa mendengar leteran wanita separuh abad itu, sementelah mereka berjiran. Ummu Khalidah sudah seperti ibunya sendiri. Rara sendiri telah kehilangan ibu sejak kecil lagi, sekitar usianya enam tahun. Sejak dari itulah Rara telah menganggap Ummu Khalidah sebagai pengganti ibu yang telah pergi.

Rara mempercepatkan langkah untuk ke kompleks membeli belah tersebut yang letaknya tidak sampai sepuluh minit dari rumahnya. Rambutnya yang keriting halus ikut terbuai-buai ketika dia berlari-lari anak menyeberang jalan. Ketika sampai di tepi pentas pertandingan, Rara lihat kelibat Didi berdiri di satu sudut bersama-sama dengan beberapa peserta yang lain. Dia melambai-lambai ke arah Didi tetapi lelaki itu tidak perasan. Dia berasak-asak ke hadapan sedikit agar lebih menonjol memandangkan tubuhnya yang bersaiz kecil. Akhirnya Didi dapat melihat kehadirannya dan dia kelihatan sedikit terkejut melihat Rara terpacak di situ. Rara sangkakan Didi akan menjeling marah tetapi sebaliknya dia membalas lambaian gadis itu. Rara tersenyum gembira kerana dihargai oleh Didi, lelaki yang amat dicintai hampir lima tahun lamanya.

"Dah nasib tak dapat tempat, nak buat apa. Belum ada rezeki...lain kali Didi cubalah lagi." Rara memberikan kata dorongan agar Didi tidak terlalu memikirkan tentang kekalahannya pada pertandingan fotografi amatur tadi.

"It is okey. Didi tak kisah pun. Hadiahnya pun bukan banyak. Didi buatpun untuk suka-suka aje."

"Hah! Macam itulah. Senyum jangan tak senyum. He...he..."

"Nak balik terus ke? Kita jalan-jalan dulu...window shopping. Eh! Jom pekena cendol mamak kat luar tu. Dah lama kita tak makan cendol dia kan."

"Jom...Didi belanja Rara tau. Tadi keluar tak bawak duit. Balik dari pasar terus ke mari. Nak bagi sokongan moral pada Didi." Rara berterus terang.

"No problem. Rara makan pun tak luak lima ringgit. Jomlah!"

Didi menarik tangan Rara menuju ke luar pusat membeli belah itu. Walaupun bukan hujung minggu ruang niaga di kompleks tersebut tetap meriah dengan kunjungan pelanggan yang datang silih berganti. Mereka menyelinap di bawah payung mamak penjual cendol tersebut dan tiba-tiba muncul betul-betul di depan matanya. Melihat mamak cendol itu terkejut badak, Didi dan Rara pun ketawa terbahak-bahak bagai nak pecah perut.

"Ayo yo! Nasib baik tak da nyanyuk.Kalu tidak tangan dan kaki naik muka adik..."

"Mamak! Bukan nyanyuk la...latah. Lama tak nampak?" Didi mula mengusik.

"Ada sini jugak. Adik saja lama suda tadak datang...mana pigi?" Mamak itu bercakap masih pekat pelatnya. Entah dari daerah mana di negara India dia datang. Pernah juga dia bercerita kepada mereka setelah disakat oleh Didi satu ketika dahulu. Tetapi Rara sendiri pun dah terlupa. Yang dia tidak lupa tentulah keenakan cendolnya.

"Ada kat sini juga. Cuma mamak aje yang tak nampak." jawab Didi masih ramah melayani mamak tersebut.

"Ini adik yang manis mahu campur kacang atau tak mau?"

"Kasi banyak kacang mamak. Baru ada kick!" Rara menjawab sambil mengusiknya.

Mereka makan dengan gelojoh sambil berlumba cendol siapa yang habis dahulu. Habis comot baju Rara terkena percikan air cendol. Keputusannya...tentulah Didi yang memang kaki cendol itu yang memenangi pertandingan tak bertauliah itu sementelah diadili oleh mamak yang memang geng kamcingnya.

"Mamak pengelat. Pilih bulu! Tak aci macam ni." Rara pura-pura memprotes.

"Bulu tada juga pilih. Bulu pun tada..."

Rara dan Didi ketawa mengekeh mendengar mamak itu membalas tuduhan mereka. Ketawa mereka masih bersisa ketika sampai di hadapan pintu rumah Rara. Namun kegembiraan Rara hanya sementara apabila dia terpandang beberapa ekor ikan tergolek-golek di atas lantai simen. Sewaktu tergesa-gesa pulang dari pasar tadi dia memang meletakkan beg plastik berisi sayur dan ikan itu di atas meja kecil di garaj.

"Kenapa tu?" tanya Didi menunjukkan ikan yang tergolek-golek dengan muncungnya.

"Si Putih punya kerjalah ni. Habis abah balik nanti nak makan apa?"

"Makan kat rumah Didi aje. Nanti Didi pesan pada mak. Macam tak biasa pulak!" Didi menyeringai menunjukkan barisan giginya yang kurang teratur sedikit.

"Malulah..."

"Hai...bukan minggu ni dah masuk tiga kali Rara makan kat rumah Didi."

"Didi!!"

Didi sudah berlari pecut 100 meter ke rumahnya yang hanya dipisahkan oleh dua buah rumah yang lain. Rara mengekori kelibat Didi di pintu pagar sehingga dia hilang di dalam rumahnya.

"Putih!! Mana kau! Pandai kau makan ikan aku ya! Dapat kau siap aku kerjakan nanti."

***

"Apa bah? Tak balik? Ada emergency?"

Rara meletakkan telefon di atas meja kaca di hadapannya. Abah tidak dapat balik hari ini kerana ada kecemasan. Pekerjaan abah yang agak berbahaya di pelantar minyak amat dia maklumi. Dan Rara amat faham jika dia hanya dapat bertemu dengan abahnya beberapa kali sebulan.

Kekerapan Baharum bekerja di luar daerah telah membawa abah memperoleh ramai kenalan dan sahabat. Sebagai seorang ketua jurutera, Baharum memikul tanggungjawab yang agak besar berbanding orang lain. Rara memang tidak nafikan yang abahnya seorang yang baik hati, sensitif dan suka menolong orang lain. Kerana sifatnya itulah Rara mendapat kawan angkat! Kali pertama abah memperkenalkan Kirana kepadanya, dia merajuk. Umur Kirana tua setahun dari umur Rara. Kalau tahun hadapan Rara bakal mencecah 18 tahun, bermakna Kirana berumur 19 tahun. Setiap kali Baharum balik dari tugasan luar daerah, dia akan membawa Kiki pulang bersamanya. Baharum kata boleh dijadikan kawan peneman sepi anaknya itu. Tetapi sebaliknya, Rara berpendapat abahnya telah membahagikan kasih dan sayangnya terbelah dua, antara Rara dan Kiki. Mengapa Kiki mahu campurtangan ke dalam ruang bahagia keluarga mereka sedangkan dia mempunyai segalanya, ibu dan bapa yang amat penyayang.

Bunyi pintu pagar digegar dengan kuat menyentakkan lamunannya sebentar tadi. Dia menjenguk ke tingkap. Wajah selamba Didi terletak elok di celah pintu pagar kuning di raja keluarganya. Rara mengangkat tangan menyuruh Didi menunggu sebentar sementara dia memadamkan lampu bilik.

"Penat siot bergayut kat sini dari tadi."

"Siapa suruh?"

"Habis...Rara pekak badak tak dengar Didi panggil."

"Apa Didi cakap? Pekak badak? Ini dia pekak badak!!"

Rara menyepit ke dua belah telinga Didi sehingga sampai ke rumahnya. Didi mengadu sakit sehingga Rara melepaskannya.

"Sakitlah siot!"

"Kau orang ni macam kera dengan monyet. Pantang bertemu, tak pernahnya elok. Ada-ada saja."

"Dia yang mulakan, mak cik."

"Rara yang tarik telinga Didi, mak."

Ummu Khalidah mengangkat senduk menyuruh Didi dan Rara berhenti bertikam lidah. "Jom makan. Asyik nak gaduh aje...aku kahwinkan karang..."

"Tak naklah mak cik. Didi belum sunat!" Rara terlepas kata tanpa disangka. Dengan segera Rara menekup mulutnya yang gatal tak bertempat itu berulang kali.

"Mana Rara tahu dia belum sunat? Dah tengok ke?"

"Mak cik!!" Rara terjerit malu apabila Ummu Khalidah mengenakannya semula. Rara lihat Didi berwajah bangga kerana telah diselamatkan oleh emaknya.

"Abah kamu tak balik sini?"

"Tak. Ada emergency." Rara menjawab lemah. Hilang terus selera makannya apatah serta merta dia terbayang kelibat Kiki sedang enak-enak makan dengan abah di sana.

Rara tergesa-gesa membawa barang yang baru di beli di pasar ke rumah. Dia tidak mahu ketinggalan untuk menonton pertandingan mengambil gamb...
Unknown Dec 30, 2009
Oh! MyKarya!

NOVEL: MENGAPA DI RINDU 9


Dia termenung menghadap jalanraya. Melalui tingkap biliknya, dia nampak cahaya neon berkilau-kilau pada bangunan yang tinggi mencakar langit. Pemandangan yang menjengkelkan di siang hari bertukar indah dan cantik di waktu malam. Cahaya neon yang berwarna-warni itu kadangkala boleh menenangkan gelodak jiwa mudanya yang sedang dibahangi api asmara. Semuanya kerana seorang gadis yang belum dikenali secara mendalam. Gadis yang telah membuatkan debaran jantungnya semakin laju setiap saat mata bertentangan, tatkala tersentuh kulitnya yang halus dan ketika suara itu mengalunkan ayat. Biarpun suaranya tidak semerdu suara Dato’ Syarifah Aini ketika mengalunkan Seri Dewi Malam, tetapi cukuplah membahagiakan segenap raganya. Huh! Semakin parah aku nampaknya. Bagaimana kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan?

Dia meluruskan pandangannya ke pondok pengawal pula. Mungkinkah Pak Din yang berkawal malam ini? Kalaulah benar lelaki tua itu masih di situ, dia teringin berbual-bual. Tidak kisahlah apa yang hendak dibualkan, yang penting dia dapat membuang sementara ingatannya kepada Alisya. Gadis itu hampir merebut ketenangan setiap malamnya semenjak pertemuan mereka beberapa bulan dahulu. Walaupun mungkin hanya dia yang berperasaan begitu. Penasaran tidak menentu.

“Pak Din?”

Senyap sahaja tiada balasan dari orang yang dipanggilnya.

Dia merapati bilik pengawal tersebut dan menjenguk ke dalam. Tiada sesiapa di situ. Radio kecil masih terpasang mendendangkan lagu irama ghazal. Fikir Hazzim, tentulah Pak Din yang berkawal kerana orang tua itu amat menggemari irama tradisional itu. Dia tersenyum sendirian. Apalah bestnya muzik tradisional itu yang hanya membuatkan matanya berasa mengantuk apabila mendengarnya. Benarlah kata orang, muzik adalah alat terapi minda paling mujarab. Jadi Pak Din mendengar muzik untuk menenangkan jiwa. Ah! Apa aku melalut yang bukan-bukan.

Seminit dua dia menunggu namun bayang Pak Din tidak juga menjelma. Dia menggosok-gosok tengkuknya, kemudian menyinsing lengan baju kemejanya yang belum di salin semenjak pulang dari pejabat tadi. Setelah penat menanti tetapi orang yang ditunggu tidak juga muncul, Hazzim berpatah balik ke banglo mewah keluarganya yang sunyi dan hening. Pemandangan persekitaran agak gelap, cuma berlatarkan lampu hiasan yang memagari kediaman mewah itu.

Hazzim memeriksa keretanya yang diparkir dan yakin semuanya telah dikunci dengan elok. Pada ketika itulah telinganya menangkap suara orang berbual-bual dari sebalik tembok yang memisahkan garaj dengan beranda rumah banglo tersebut. Dia teragak-agak untuk memeriksa bunyi tersebut tetapi kakinya telah terlebih dahulu melangkah. Semakin lama semakin jelas butiran percakapan mereka.

‘Ibu!’

‘Dengan siapa pula dia berbual di dalam gelap begitu?’
‘Takkan dengan Pak Din kut?’

Berebut-rebut persoalan menerjah kotak fikirannya. Memikirkan yang dia tiada hak untuk mencuri dengar perbualan orang lain, Hazzim menarik kakinya dari mendekati beranda. Tetapi sebaliknya dia seolah-olah terpaku apabila suara orang lelaki yang sedang bercakap itu bukannya Pak Din.

“Bersabarlah Zah. Abang akan sentiasa berada di sisi awak selalu. Kuatkan semangat, jangan melatah dengan segala tohmahan orang. Semakin kita berjaya, semakin ramai orang yang mahu melihat kita jatuh pula. Anak-anak awaklah pemangkin semangat yang paling berharga. Kuatkan hati, ya.”

“Itulah yang selalu Zah doakan, bang Baha. Walaupun anak-anak semuanya semakin jauh, Zah tetap sayang mereka. Zah cari kekayaan ini semua untuk mereka.”

“Tak apa kalau mereka nak duduk sendiri. Ammar pun dah besar. Adik-adiknya ikut apa sahaja yang abang sulung mereka buat. Lama-kelamaan nanti mereka akan faham mengapa Zah sangat tegas dengan mereka. Bukannya Zah benci atau mahu mengongkong, tetapi demi masa depan mereka. Abang faham apa yang Zah dah buat, abang akan sokong segala apa yang Zah buat itu.”

Hazzim menelan air liurnya dengan kasar. Siapakah lelaki yang sedang berbual-bual dengan ibunya dan membicarakan tentang mereka adik beradik. Nampaknya orang ini bukan orang jauh, dalam erti kata lain mungkin saudara terdekat mereka. Tetapi mengapa mereka bertemu di dalam gelap dan di tempat yang agak tersorok? Siapakah dia? Hazzim segera meninggalkan garaj dengan pelbagai persoalan menerawang di fikirannya.

***

Hazzim hairan mengapa pula kali ini jambangan bunga yang dihantar dikembalikan. Menurut kata amoi kedai bunga itu si penerima tiada. Apa maksudnya? Adakah Alisya tidak bekerja? Atau telah berhenti kerja? Takkanlah kerana dia menganggunya malam tadi, gadis itu langsung tidak mahu lagi bekerja di situ. Bagaimana dia mahu menahan desakan nalurinya yang mahu mendengar suara Alisya walaupun tidak dapat menatap wajahnya. Walau baru beberapa jam sahaja tidak berjumpa, dia merasakan telah lama terpisah dari Alisya. Apakah yang telah terjadi pada dirinya? Hazzim mengutuk diri kerana menyebabkan gadis itu tidak mahu menerima jambangan bunganya lagi.

Kemudian Hazzim teringat, Alisya tidak mengetahui siapa sang penghantar bunga itu…pasti bukan disebabkan dirinya maka bunga itu di tolak. Maka apakah sebabnya? Bertalu-talu pertanyaan itu menyangkut di fikirannya sehinggalah dia ternampak kelibat Adira di kerusinya.

“Ya Encik Hazzim.”

Di tangan Adira telah tersedia pen dan diari untuk merekod arahan dari ketuanya itu. Kelihatan wajah Hazzim agak kusut.

“Awak call amoi kat kedai bunga yang selalu kita order tu, kenapa bunga yang saya hantar dikembalikan. Is something goes wrong?”

“Encik Hazzim tadi dah call, kan?”

“Haah! Tapi saya terlupa nak tanya sebabnya?”

“Itu saja Encik Hazzim?”

“Ya.”

Adira mengerutkan dahi melihat perubahan diri Hazzim hari ini. Nampak pendiam pulak ketuanya itu. Ah! Sakit angaunya datang lagi lah tu…

“Adira.”

“Ya Encik Hazzim.” Dia tidak jadi keluar dari bilik itu.

“Dah baca novel-novel yang saya beli itu? Dah buat summary?”

“A…a…belum Encik Hazzim. Sekarang busy sikit, nanti bila dah tak busy saya akan baca dan buat summary untuk Encik Hazzim.”

“Okeylah. Terimakasih.”

“Boleh saya keluar sekarang?”

Hazzim mengangguk lemah. Dia memandang kosong tubuh Adira yang telah menghilang di sebalik pintu. Wajahnya diraut bagi mengembalikan sisa semangat yang ada. Kenapa aku tak ada mood ni? Amukan mindanya malam tadi sukar dikekang hingga kini. Siapakah lelaki yang bersama ibunya? Berdua-duaan di dalam gelap, berbisik-bisik dan mencurigakan, menimbulkan syak dan mengundang maksiat. Apakah ibunya terlalu terdesak untuk memenuhi tuntutan nalurinya setelah hampir berbelas tahun di tinggalkan oleh sang suami? Ditinggal tanpa pesan! Dan kini dia mungkin sudah tidak tertanggung akan penyeksaan batin tersebut.

Hazzim mengenepikan seketika dari terlalu memikirkan perihal ibunya. Dia kini rindukan Alisya. Kalau boleh dia ingin menculik dan mengahwini gadis itu. Dengan paksaan semua boleh terjadi. Dia ada wang. Dia boleh mengupah sesiapa sahaja untuk mendapatkan Alisya. Tetapi di kemudian nanti, adakah Alisya boleh menerimanya dengan rela? Adakah cinta akan wujud dihatinya?

Dia membuka laman Google untuk memeriksa peti e-mel untuk hari itu. Banyaknya e-mel. Dia mencari e-mel dari Alisya. Nampaknya tiada. Alisya tidak membalas e-melnya yang menggunakan nama ‘Mizah’. Malam tadi seperti biasa dia menghantar e-mel kepada Alisya kerana tidak boleh tidur. Ah! Mungkin dia sibuk dengan urusannya sendiri. Dia mengeluh hampa. Teringat pula untuk menghubungi Kamal, mungkin lelaki itu boleh berkongsi sedikit cerita mengapa kakaknya itu tidak datang ke pejabat, itupun setelah dimaklumkan oleh Adira sebentar tadi. Sebab itu jambangan bunganya dikembalikan.

“Kamal sibuk?”

“Sibuk juga. Kenapa abang Hazzim? Macam risau aje suara abang.”

“Tak adalah. Saja nak berbual dengan Kamal.”

Dalam beberapa ketika kedua-duanya senyap sunyi tanpa sebarang perkataan. Kemudian suara datar Hazzim memecahkan kesunyian yang dibina oleh mereka tanpa sedar. “Abang nak tanya sikit boleh?”

“Kenapa bang? Ada masalahkah?” Kamal seolah dapat meneka apa yang merisaukan Hazzim.

“Masalah kecil aje. Kakak Kamal kerja tak hari ini?”

Kedengaran Kamal melepaskan tawa kecil. Sangkaannya benar sama sekali. “Kakak MC lagi. Pagi tadi dia tak boleh bangun. Kamal rasa kakak banyak menangis sampai demamnya datang lagi.”

“Oh! Thank you Mal.”

Belum sempat Kamal mahu menyampuk Hazzim terlebih dahulu menutup telefonnya. Dia mengambil kunci dari dalam laci lalu keluar menonong tanpa mempedulikan Adira yang merenungnya tidak berkelip. Kenapa dengan Hazzim ni? Dia menunggu jika Hazzim berpatah balik dan meninggalkan pesanan. Namun bebayang lelaki itu terus menghilang di sebalik tembok.

***

Dia menunggu agak lama diluar dengan di tangannya penuh dengan buah-buahan tempatan yang pada fikirannya bisa menyembuhkan demam Alisya. Dia membelek beg plastik berwarna kuning itu. Ketika dia memborong segala jenis jambu batu, oren, epal, mangga dan sedikit buah strawberry, nyonya kedai itu terpinga-pinga. Mungkin dia hairan untuk majlis apa buah sebanyak itu dibelinya.

“Kawan sakit, Nya. Bagi dia makan buah lebih sikit.”

“Oh!! Ingat mau ada kenduli…” sengihan nyonya itu semakin lebar ketika Hazzim menghulurkan not seratus kepadanya.

“Hati manyak baik ha…untung sapa kawan sama lu.”

“Sikit aje, Nya. Tapi ini pompuan sangat special untuk saya.” Hazzim tidak bersembunyi. Lagipun nyonya itu dengannya bukan sesiapa, takkan pecah rahsia sulit itu. Dia mengakui Alisya seseorang yang istimewa di hadapan nyonya itu walaupun hakikatnya dia tidak wujud di hati Alisya. Namun dia percaya usaha tangga kejayaan! Move on, gentlemen!

“Abang Hazzim?”

Dia tergugah dari lamunan singkatnya ketika namanya dipanggil.

“Apa abang buat kat sini? Dah lama abang sampai?”

“Er…er…abang nak hantar buah ni. Untuk kakak kamu. Dia dah okey?”

“Dah kebah sikit. Saya baru aje balik dari kedai. Belikan kakak air badak.”

“Badak?”

“Air badak lah bang. Kita orang dulu-dulu kalau badan panas minum air ini. Mujarab bang.”

Tanpa dipelawa di mengikut Kamal masuk ke dalam rumah. Dia lupa sepatutnya dia tidak berbuat begitu, tetapi hatinya sangat risaukan Alisya. Sepanjang perjalanan ke situ dia amat bimbangkan gadis itu. Dia dapat merasakan penderitaan yang ditanggung oleh Alisya. Dia rasa amat dekat dengan gadis itu dan tidak mahu ratu hatinya itu diserang kesusahan. Mungkin dengan perhatian berlebihan yang diberikan, hati Alisya akan tersentuh dan menerima kehadirannya dengan tangan terbuka.

“Kak Lisya tengah tidur.”

“Erm…boleh abang tengok?” entah kenapa mulutnya gatal tak bertempat untuk menjenguk bilik perempuan yang bukan kekasihnya, jauh sekali isterinya.

Kamal tersengih-sengih melihatkan kekalutan pada sikap Hazzim. Selalu dia tidak begitu, malahan sangat cool dan matang. Tetapi kali ini, Hazzim yang dikenali lain benar perangainya.

“Kakak tengah tidur. Mal rasa tak perlulah abang tengok. Jom bang, kita tunggu kat depan.”

Hazzim menuruti langkah Kamal ke ruang tamu. Rumah teres tiga bilik itu kelihatan kurang kemas. Beberapa buah majalah ‘Pancing’ berterabur di atas meja. Hazzim duduk di kerusi sambil melipat lengan bajunya separas siku. Peluh dingin memercik di dahi.

“Abang berpeluh-peluh. Abang Hazzim dari mana tadi?”

“Dari ofis.”

“Ingat dari balik jogging ke…he…he…jangan marah bang, saya gurau aje. Abang nak air?”

“Boleh jugak.”

Kamal bangun menuju ke dapur dan keluar semula membawa dua cawan air. Satu di pegang dan satu lagi di letakkan di atas meja berdekatan dengan Hazzim.

“Minum bang, air bujang.”

Hazzim meneguk air oren itu sekali lalu dan meletakkan semula cawan yang sudah kosong itu di atas meja. Gelagatnya diperhatikan oleh Kamal dengan penuh minat. Lama kelamaan Kamal mulai pelik dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh Hazzim.

“Selalu ke kakak macam itu, demam lama-lama.”

“Tak. Tapi kali ini demam dia lain sikit. Demam kura-kura.” Meledak tawa Kamal sebaik habis menuturkan kata-katanya sendiri.

“Hish! Apa Kamal merepek ni. Abang tengok demam biasa aje tu. Demam kura-kura tandanya lain.”

“Habis tu…nak panggil demam apa?”

“Demam panas kut. Abang nak tengok kak Lisya awak tak bagi. Kalau tak boleh abang tentukan apa jenis demam dia.” Hazzim sekadar berbasa basi. Dia merasakan separuh semangatnya hilang.

“Nanti jadi hal lain pulak bang. Saya takut abang apa-apakan kak Lisya.”

“Abang ni nampak muka orang jahat ke, Mal? Dah berapa lama awak kenal dengan abang? Takkan abang nak buat tak senonoh pada kakak awak.”

“Saya cakap aje bang…lagipun abang dengan kak Lisya bukannya ada apa-apa. Mak we pun bukan.” Usik Kamal untuk menduga hati abang angkatnya itu.

“Ya tak ya jugak. Siapalah abang ni…”

“Sedih bunyinya bang. Nak kata berkasih atau bercinta pun tidak, dah macam orang kematian bini aje.” Kamal galak mengusik.

“Kamu ni. Ke situ pulak. Abang balik dululah. Ada banyak kerja lagi kat ofis.”

Hazzim berjalan menuju ke pintu. Benar kata Kamal. Dia bukan sesiapa. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya tetapi hati di dalam hanya TUHAN yang tahu.

“Abang Hazzim.”

Hazzim tidak jadi menyarungkan kasutnya. Dia meluruskan matanya menentang pandangan Kamal yang ingin mengatakan sesuatu.

“Dia demam putus kasih…kak Lisya dah putus dengan abang Zikry semalam.”

Apakah benar apa yang disampaikan oleh Kamal sebentar tadi? Atau dia sedang bermimpi di siang hari, terlebih berangan sehinggakan realiti atau fantasi tidak mampu dibezakan. Dia menggosok-gosok telinganya pula.Ya. Dia belum pekak. Kamal mengucapkan sebuah kata keramat yang akan dikenang sampai bila-bila. Ahamdulillah! Terlepas pula kata keramat itu dari sudut bibirnya.

“Abang sebut apa tadi? Saya tak berapa jelas.”

“Tak ada apa-apa.” Dia menjawab deras. Namun perubahan wajahnya yang muram kepada ceria menceritakan segalanya. Ya ALLAH masanya tiba juga. Ingatkan dia perlu menunggu berkurun sehingga berjanggut sampai ke lutut untuk mendapat peluang itu.

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah teres tiga bilik yang dihuni oleh Kamal dan Alisya. Kamal dan Hazzim serentak menoleh ke arah yang sama. Seorang lelaki keluar dari kereta dengan tergesa-gesa.

“Assalamualaikum.”

Kamal dan Hazzim serentak menjawab salam yang dihulur. Wajah lelaki itu berkerut seribu ketika memandang kehadiran Hazzim di situ. Dia berkalih memandang Kamal pula dengan wajah penuh simpati.

“Abang nak jumpa dengan kak Lisya. Abang nak minta maaf dengan dia, abang masih perlukan dia, Kamal. Tolong abang…”

Hazzim tercengang-cengang mendengar rayuan lelaki yang tidak dikenali itu. Tetapi segera dia maklum siapakah gerangannya apabila lelaki itu seperti sudah biasa dengan Kamal.

“Kak Lisya tak sihat. Dia tidak mahu diganggu!”

“Tolong abang kali ini, Mal. Abang nak minta maaf dengan dia. Abang nak cakap sesuatu dengan dia.”

Hazzim serba salah mendepani situasi tersebut. Sekali imbas dia mengadili penampilan lelaki itu. Agak kurus dan selekeh, tidak sesuai langsung dengan Alisya. Alisya jauh lebih cantik, lebih bergaya untuk mendapat kekasih seperti itu. Apa yang dipandang pada lelaki itu, dia tiada jawapannya. Hanya Alisya yang tahu!

Dengan langkah yang berat dia meninggalkan rumah itu. Baharu sahaja hatinya kembang berbunga sebentar tadi, kini telah kuncup dan layu tak sempat berkembang mekar gara-gara kehadiran lelaki tidak tahu malu itu. Inilah penangan cinta namanya. Hilang malu dan terbang segala keegoan demi menatang sesuatu yang bernama cinta. Bak kata Pak Din, cinta sepatutnya membahagiakan.

Bagiku cinta amat menyakitkan! Gumam Hazzim kepada dirinya sendiri sambil memandu pulang ke pejabat.

***
Sampai sahaja di pejabat Adira menyampaikan pesanan yang memualkan perasaannya. Wida mencarinya. Bekas teman wanita yang telah dihumban dari ingatan kini datang kembali, menagih cintanya yang sudah basi. Tiada lagi cinta untuk gadis itu. Dia telah nekad memutuskan begitu setelah percintaan mereka dihalang oleh ibunya. Ibunya adalah wanita paling berpengaruh di dalam menentukan corak hidupnya.Wanita yang memutuskan itu dan ini untuknya.

Kadangkala dia bosan diperlakukan seperti badut atau pak turut. Sehingga sampai satu tahap dia mahu memberontak. Melancarkan perang dunia ketiga dengan ibu yang melahirkannya. Dia ingin lari jauh dari intipan ibunya. Tetapi itu semua tidak pernah mahu terjadi, setelah dia diberikan ‘ceramah’ oleh Pak Din. Sungguhpun Pak Din setakat pengawal di rumah agam keluarganya tetapi pengetahuan agama lelaki itu sangat tinggi.

“Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya. Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu. Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan Oh,Oh,Oh, Oh.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui Nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi Muhammad S.A.W memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, Nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata Nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan."

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap sya hadah dan menghembuskan nafas terakhir.”


Na’auzubillah…Hazzim meraup muka dengan kedua tapak tangannya. Disebabkan cerita Pak Din itulah dia tidak jadi melawan ibunya. Menuruti sahaja arahan yang diberikan tanpa banyak soal. Dalam kepayahan dia melupakan Wida. Membuang segala kenangan bersama gadis manis itu. Nah! Nyata kebimbangan ibunya bersebab. Wida telah berlaku curang di belakangnya, malahan lebih teruk dari itu sebenarnya Wida mengamalkan cara hidup yang bebas tanpa mempedulikan halal dan haram.

“Hai sayang…tadi pergi mana? I cari you kat café you tak ada.”

Hazzim terpempan. Umpama bala besar datang menimpanya. Jiwanya kosong. Melayang entah ke mana.


(Sumber dipetik dari dakwah2u.blogspot.)









Dia termenung menghadap jalanraya. Melalui tingkap biliknya, dia nampak cahaya neon berkilau-kilau pada bangunan yang tinggi mencakar langi...
Unknown Dec 24, 2009
Oh! MyKarya!

Economy? Oh Economy...

Saya agak malas untuk ke kuliah hari ini. Tidak tahu mengapa. Mungkin dah sedap duduk di rumah pada hujung minggu selama sebulan yang lalu ataupun mood untuk menghadap lecturer and lecture note belum datang. Belum ada seru...






Kelas bermula seawal jam 9.00 pagi. Our lecturer came a bit late, but it is okey. Have some time for us (me?) to get prepared, especially mentally. Why?? You know lah..he..he..Otak sudah berkarat! Saya bawa bekalan macam-macam, ada kismis (makanan untuk otak), hacks, coklat dan mentos! Ni nak belajar ke berkelah? My son asking. Saya hanya tersenyum kambing...





Managerial Economics...





Tidak susah sebenarnya subjek ini. I love economy actually, especially when analysis time. Fuh! Cakap pun dah macam gabenor Bank Negara. Sure you all know to study economy most basic idea is to familiar with demand (dd) and supply (ss) first. Next we also have to know to draw demand curve and also supply curve, the relating between quantity ad price, elasticity of demand and so on supply and etc...





Easy or not? Must take it easy right!





Bercerita pasal bab text book untuk subjek ini, our Dr (lecturer) has recommend one book by Pearson 4th Edition. And the price sooooo cheap about RM120 - RM130! Murah sangatlah tu! Tetapi demi ilmu dan pengetahuan, demi mengejar impian bergelar pakar ekonomi saya sanggup membeli buku ini. But then, if we can listed 20 people who is interested to buy, we can get good price, orang kata harga distributor.



Hari itu saya berjaya mengambil 50% pelajaran yang di ajar (okey what?) daripada rakan saya yang asyik blur dari awal sampai akhir. Inilah penangan makan kismis satu plastik...



Thank you Dr for being sharing your knowledge with us.







Saya agak malas untuk ke kuliah hari ini. Tidak tahu mengapa. Mungkin dah sedap duduk di rumah pada hujung minggu selama sebulan yang lalu a...
Unknown Dec 20, 2009
Oh! MyKarya!

Novel: Mengapa Di Rindu 8




“Terima kasih Alisya.” dia berkata dengan teragak-agak.

“Untuk apa?”

“Sebab izinkan I bawa you ke klinik. I risau sangat.”

“Herm….”

“You dah okey tak sekarang?”

“Dari rumah tadi memang I dah okey. Dah boleh bangun. Since you nak bawak juga ke klinik, apa I boleh buat.” Datar sahaja suaranya.

Hazzim hanya membatu. Pendingin udara yang sejuk tidak membantu menangkan perasaannya tika berdekatan dengan Alisya. Dadanya berdegup kencang setiap kali gadis itu memberi perhatian pada tutur katanya. Biar tidak bersentuhan, hatinya cukup tenang berada dekat dengan Alisya. Suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Dapat MC tak?”

“Dapat satu hari.”

“Tadi kalau tak pergi klinik you kira pontenglah ya?” Hazzim cuba mengusik. Dia tidak mahu berbual dengan kakak kesayangan Kamal itu di dalam keadaan yang tegang.

“Mana ada ponteng. Ambil emergency leave…cuti I pun banyak lagi.”

“Oh! Ya ke?”

“Kenapa you jawab macam tu. Macam sindir I aje bunyinya.”

Hazzim ketawa. Rasa gelihati pula mendengar ajukan suara Alisya. Suara gadis itu kedengaran amat manja di telinganya. Begitulah kalau hati sudah suka.

“Mana ada I sindir you. Baguslah kalau you tak ponteng. Ponteng selalu tak bagus untuk kerja dan performance kita. Susah pihak syarikat nak naikkan kita…at least ada sebab yang munasabah untuk kita tidak datang kerja.”

“You cakap macamlah I ni budak-budak lagi. I know what I did.”

“And you answer me like a kid too…”

“What?!” Alisya tidak suka ditegur begitu.

“So emotional…” bisik Hazzim perlahan.

“Orang sakit memanglah mudah terganggu emosinya.” Alisya mengeraskan suaranya.

“Ohh! Sakit. Tadi siapa yang kata dah tak sakit.”

“Sekarang dah sakit balik sebab you!”

“Sebab I? Wah! Ada powerlah I ni…”

“Hmm…power rangers. Pergi jalanlah dengan you punya power.”

Hazzim ketawa mengekeh apabila Alisya terus-terusan mahu menang di dalam lawan cakap mereka itu. Sah ini mesti kaki bahas waktu di sekolah. Gumam Hazzim sendirian setelah tawanya reda. Kasihan pula melihat wajah menjeruk Alisya yang masamnya mengalahkan belimbing buluh…

“Meh kita pergi makan dulu. Dah dekat pukul tiga you masih belum makan. Nanti semakin parah pula demam you. I balik yang you salahkan.”

“Memang pun. Tak nak mengaku pulak.”

“Okey, okeylah. You menang! Puas hati?”

“Eleh!”

Hazzim tersenyum untuk kesekian kalinya. Suka benar dia melihat gadis itu mengherotkan bibirnya apabila merajuk. Nampak begitu cute dan cool! Ya TUHAN! Biarlah saat-saat manis ini berterusan. Dia memanjatkan doa agar langkahnya tidak mati di tengah jalan.

“Kita makan dulu ya?”

“Suka hati you!”

Alisya menjeling Hazzim yang tersenyum-senyum sambil memandu. Dia mencuri pandang keseluruhan dekorasi dalam kereta itu. Kerusi penumpang yang menampung tubuhnya begitu lembut membuai jiwa, manakala wangian bunga lavender memenuhi ruang kereta yang luas itu. Lelaki pun suka bauan lavender? Hairan pula dengan dia ni…getus Alisya dalam diam. Dia ingatkan lelaki yang gemar memancing pastilah lelaki maskulin yang gemarkan aktiviti lasak. Tetapi yang di sebelahnya ini? Entahlah!

***

“I ambilkan you sup campur dengan ikan. Makan sup boleh buat badan jadi lebih segar dan hilangkan demam you. Lepas makan nanti , makan ubat dan segala antibiotik yang doktor bagi tadi. I ambilkan air masak suam sekali. Minum ubat dengan air suam ni.” Hazzim melayan Alisya bagai seorang anak kecil.

“You tak perlu buat ini semua untuk I. I can do it myself.”

“First time…”

“Dengan I. Dengan perempuan lain dah banyak kali. Am I right?” sindir Alisya.

Hazzim tercengang. Perempuan lain? Hazzim menguru-urut tengkuknya. Apa maksud Alisya? Oh ya! Hari itu masa di restoran mereka ada terserempak dan waktu itu dia berpimpinan dengan Wida. Wida yang tergedik-gedik mrnagih kembali cintanya.

“Itu my ex-girlfriend.”

“Apa-apalah Encik Hazzim oii…I pun tak kisah. Your ex or whatever, itu you punya hak. Tapi dengan I, I tak suka dilayan macam puteri. I bukan jenis perempuan macam itu. Hope you can understand.”

Hazzim mengeluh perlahan. Dia sangkakan Kamal telah menceritakan perihal kejadian hari itu. Tetapi ternyata sebaliknya. Atau mungkin Alisya tidak bertanya atau bercerita tentulah Kamal tidak membuka mulut. Kamal juga ada mengatakan Alisya tidak pernah bertanya tentangnya. Wujudkah aku di matanya??

“Demam pun masih nak menang, degil.” Ucap Hazzim perlahan sambil menyuap nasi ke mulut.

“Apa you kata?”

“Tak ada apa-apa.” Hazzim tersenyum sinis.

“Ingat I tak dengar.”

“Kalau dengar buat apa tanya?”

Alisya pula terkena kembali. Dia menjeling geram. Tekaknya kembali terasa perit, mungkin kurang minum air masak, fikirnya. Dia mengambil air suam dan sekali hirup habis satu gelas air itu ditelannya.

“Jangan gelojoh nanti tercekik.”

“Haus. Tekak I perit sangat.”

“Lain kali dengar aje I cakap, jangan lawan. You tu tak sihat.”

Alisya membebel perlahan dengan butirannya tidak difahami oleh Hazzim. Dia sengaja berbuat begitu agar Hazzim berhenti mengarahnya membuat itu dan ini. Itu jangan, ini tak boleh…macam ‘atuk’ kebayan.

“Dengan boyfriend you pun macam ini ke? Menjawab, membebel, muncungkan mulut…buruk jadinya!”

Alisya tersedak mendengar tuduhan tidak berasas dari mulut Hazzim. Dia sengaja terbatuk-batuk bagi menyembunyikan rasa terkejutnya. Dari mana dia tahu aku ada boyfriend? Takkan menghendap kut! Kalau tidak pun ini mesti kerja Kamal yang mencanang sana sini yang dia sudah berpunya. Nanti kau dik!

“Mana I ada boyfriend.”

“Tipu dosa!”

“Memanglah tipu berdosa. Semua orang tahu. Tapi dengan you I terpaksa tipu, bohong sunat.”

Hazzim ketawa perlahan takut mengecilkan hati Alisya sekali lagi. Gadis ini nampak matang dari segi penampilannya tetapi emosinya masih seperti remaja yang baru kenal dunia. Manja!

“Kenapa nak tipu dengan I? You ada hati kat I kut?”

Alisya merenung tajam wajah Hazzim. Geram sungguh dia apabila dipermainkan begitu. Adakah patut dia kata aku nak mengurat dia, syok pada dia? Walaupun aku perang dingin dengan Zikry tidak bermakna aku sudah tidak sayang pada dia. Cintaku masih usuh utuh buat Zikry. Kau tu abang angkat Kamal aje tau, tak lebih dari itu. Alisya membebel dalam hati.

“You jangan nak perangkap I dengan ayat provokasi tu. Sikit pun I tak ada hati pada you!”

“Sikit pun tak ada?”

“Tak!”

Hazzim tersenyum-senyum melihat wajah Alisya yang sudah merah padam. “Okey! Fine. I tak cakap lagi.”

Walau itu jawapan yang lahir dari mulut Alisya, Hazzim tidak berkecil hati. Dari raut wajahnya dia tahu Alisya tidak serius ketika bercakap tadi. Sengaja mahu menyakitkan hatinya. Sengaja menunjuk-nunjuk kononnya dia telah mempunyai kekasih, sebab itu dia tidak tergoda dengan provokasi yang cuba dilakukannya tadi.

Sambil memandu pulang, Hazzim berkhayal bagaimana seorang seperti Alisya yang bijak memberikan nasihat dan motivasi di dalam kolumnya masih bersifat naïf apabila berhadapan dengannya tadi. Dia umpama orang lain yang kurang kental semangatnya dan amat sensitif. Semasa tiba Alisya sampai ke rumahnya, sekali lagi Hazzim memesan agar gadis itu tidak mangabaikan pengambilan ubat secara teratur.

“Dekat majalah you lain, kat luar lain. Sure you have two different personalities. It’s interesting.”

“You suka I yang mana?” sengaja dia melihat reaksi Hazzim.

“Yang sekarang. Depan mata I. You nampak selamba but I think you hide something from me.”

Alisya terpana mendengar jawapan dari Hazzim sehingga dia terlupa bertanya dari mana lelaki itu tahu yang dia bekerja di majalah yang diperkatakan itu. Sekali lagi dia mengutuk diri, bukankah Hazzim abang angkat Kamal. Ah! Kenapalah aku melalut yang bukan-bukan apabila berdepan dengannya?

***

Cepat-cepat Alisya mengangkat telefonnya yang berdering-dering. Rindunya untuk mendengar suara Zikry menyebabkan dia terus menyebut nama lelaki itu ketika menjawab salam dari hujung sana.

Suara di sebelah sana tiba-tiba diam.

“Hello?”

“Alisya, I ni. Hazzim.”

Alisya terdiam. Hilang kata-kata. Apa lagi yang dia nak malam-malam buta begini? Lain yang di tunggu, lain pula yang menjelma. Tanpa disedari dia terlepas keluhan kecil sewaktu masih dalam talian dengan Hazzim. Menyesal pula dia memberikan nombor telefonnya kepada Hazzim siang tadi. Kalau tidak kerana Hazzim yang bersusah payah membawanya ke klinik, kemudian membawanya mengisi perut, siap dengan pesanan berjela supaya makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, tak mungkin dia akan memberikan nombornya kepada lelaki itu.

“Nak cakap dengan Kamal ke?”

“Tak. Tak.”

“Kalau nak cakap dengan dia I panggilkan.” Alisya pura-pura tidak faham yang Hazzim sebenarnya mahu bercakap dengannya.

“Alisya…you dah okey? Makan ubat tak tadi?”

Siapa kau yang macam polis pencen perintahkan aku itu dan ini. Bebel Alisya sendirian. Tetapi demi menjaga hati Hazzim dia melayan ala kadar sahaja. “Dah. I ikut sukatan yang you beri siang tadi.”

“Eh! Kenapa ikut sukatan yang I pesan. Tengok arahan doktor kat luar botol ubat tu. You jangan salah makan Alisya. Takut esok pagi you tak boleh bangun pulak.”

“Herm…okey. Nak cakap lagi?”

“You macam tak sudi aje nak dengar suara I. Suara I ni tak medru kut, itu yang you bosan dengar.”

Ha! Tahu pun! Ayat tersebut hanya terlepas di dalam hati sahaja.

“Boyfriend you tak call?”

Aik! Ini dah lebih sudu dari kuah. “Tak.”

“Apalah dia tu kan, ada awek macam you dibiarkan kesepian sampai demam-demam… kalau I lah…”

“Kalau you nak buat apa? You jangan sibuk boleh tak! Dia nak call ke tidak, dia punya pasal. You jangan nak tabur cuka kat hati I yang tengah pedih ini. You pulak kenapa tak call girlfriend you tu. Kesian dia dapat boyfriend macam you.”

Kedengaran Hazzim tertawa kecil. Suaranya seolah menyindir Alisya. “Cik Alisya, correction! Dia my ex-girlfriend. Tak ada kena mengena dengan I samada hidup atau mati.”

“Serupa aje. Lelaki semua sama! Dah ada satu nak dua, dah ada yang kurus nak yang gemuk pulak. Tak pernah nak cukup.”

Hazzim ketawa gelihati mendengar rungutan Alisya tentang lelaki. Ada ke orang lelaki sudah dapat teman wanita yang kurus berminat dengan yang gemuk pulak? Hai! Dalam dunia ini macam-macam ragam manusia. Mungkinkah dia memaksudkan teman lelakinya. Kalau begitu, ada chance dia memiliki Alisya. Dadanya tiba-tiba berasa lapang, hatinya berlagu-lagu riang.

“Kenapa diam. Tak jawab. Betul kan apa I kata.”

Anganan Hazzim terbang melayang apabila dijerkah oleh suara nyaring Alisya di hujung sana.

“Cik Lisya sayang…diam tak bermakna betul. Your boyfriend cari awek lain yang gemuk pulak ke?”

“Shut your mouth!!”

Buk! Telefon dicampakkan ke atas tilam. Dia menyampah mendengar kenyataan yang diluahkan oleh Hazzim sebentar tadi. Demamnya yang sudah mulai kebah menjadi semula. Kurang asam punya jantan. Siang tadi bukan main elok layan aku macam puteri…puteri Hang Li Po? Heh! Sekarang buli dan perli aku macamlah aku kemaruk dengan keromantisannya!

Telefonnya berdering lagi. Sekali. Dua kali. Senyap sekejap. Deringan kali ke tiga, darahnya sudah mula mendidih. Oh! Kau nak sangat kacau aku ya…

“Could you please stop bothering me around! Tak ada kerja lain ke? Kalau tak pun pergilah cuci kandang kuda ke, bersihkan kebun ke…atau tak pun cuci kereta you yang dah berhabuk setebal novel yang I baru habis baca. You dah tak ada urusan dengan I lagi! Faham tak!!!” jeritannya nyaring seperti Tarzan yang melompat dari dahan ke dahan. Puas hati aku!

“Alisya?!”

Kenapa suara mamat ni macam suara Zikry?

***

“Kenapa you terjerit-jerit tadi. Kalau you marahkan I sangat, tolonglah dengar dulu my explaination. I can explain what happened that day…but please give me a chance.”

Aduhai Zikry! Habis segala keringat aku mengutuk Zikry yang disangkakan Hazzim tadi. Nasib kaulah Zikry…dalam kemelut itu pun Alisya tersenyum-senyum sendiri. Zikry pun bukannya nampak apa yang aku sedang buat.

“Apa yang you nak explain?” suaranya masih dibuat-buat asalkan kedengaran dingin. Mesti berlakon sikit dengan Zikry. Aku mesti mula jual mahal mulai sekarang. Getusnya kepada diri sendiri.

“Apa yang you dengar hari itu adalah suara emak I. Dia tolong jawabkan sebab masa itu I pergi tandas.”

Emak atau awek? Soalannya hanya tersekat di kerongkong.

“Suka hati you, Zikry. I dah tak kuasa nak layan panggilan hangit you lagi. I dah mengantuk. Esok nak kerja.” Alisya menyesal pula dengan mulutnya yang tak ada insurans, tidak boleh dikawal langsung. Sedangkan hatinya teramat rindu untuk mendengar suara romantis Zikry.

“You dah tak nak bercakap dengan I lagi? You tak nak jumpa I lagi? Tolonglah Alisya, jangan buat I macam ini. I need you! I still love you.” Suara Zikry yang merintih-rintih macam orang sedang mabuk asmara memualkan tekak dan telinga Alisya. Tidak tahu mengapa. Bukankah dua hari lepas dia demam disebabkan terkejut dengan apa yang dialaminya. Mengapa setelah lelaki itu merayu dan membuat penjelasan, dia pula buat ‘bolayan’.

“Ya ke?” ujarnya kurang yakin.

Semenjak kejadian kelmarin, rasa cinta kasih dan sayangnya pada Zikry telah merosot 20 peratus. Macam pasaran saham sekarang. Semuanya turun dan tidak menentu disebabkan kegawatan ekonomi global. Dia mula merasakan kehangatan perhubungan mereka kian berkurang. Apakah sebabnya?

Takkan disebabkan demam maka aku hilang ‘mood’ untuk bercinta pula? Heh! Ini tidak boleh jadi!

“Zikry…you masih sayangkan I tak?”

“Sayaaaang…”

“You rindukan I?”

“Mestilah.”

“Nanti cuti Krismas you pergi mana? Kita pergi makan angin nak? Dah lama kita tak pergi jalan berdua-duaan.”

Gulp! Cuping telinga Alisya terdengar Zikry menelan air liurnya dengan kasar. Mungkinkah terkejut dengan cadangannya sebentar tadi? Apakah dia telah mengatur rancangan lain dengan ‘orang lain’ tanpa pengetahuannya. Siapakah orang lain itu? Lelakikah atau perempuan? Perasaan cemburu membabi buta menerjah fikirannya.

“I…I….kena kerja.”

Nampak benar menipu. Tergagap-gagap macam ayam mematuk beras. Ini mesti sedang buat salah dengan aku. Alisya semakin galak menduga.

“Bolehlah you! Kita berdua aje.”

“Tak boleh. Takut.”

“Takut apa?”

“Takut…ta….”

“Sudahlah Zikry. Kalau you buat sikit benda untuk I pun nak berkira, kita tak payah berhubungan lagi. You buatlah cara you dan I dengan cara I.”

“Alisya! Jangan terburu-buru.”

“I dah nampak yang you tak boleh nak bagi komitment pada hubungan kita. You hanya nak enjoy! You langsung tak endah perasaan I. I sakit ke, demam ke…ada you kisah? Ada you peduli? You memang dah jauh dari I, Zikry. You sudah tidak perlukan I lagi. Damn you!”

“Alisya! I…I…”

“Fine! I buat keputusan untuk you. Kita break off.”

“Alisya…”

Buk! Sekali lagi dia mencampakkan telefon bimbitnya ke atas tilam. Dia menangis semahu-mahunya. Bukan ini yang dipinta. Sebelum kejadian tadi, dia sebenarnya teramat rindukan Zikry, mahu mendengar suaranya dan berdoa agar lelaki itu menelefonnya.

Tetapi setelah semua hajatnya tertunai, mengapa pula dia bertindak melulu memutuskan hubungan cinta mereka. Tegarkah dia mendepani masalah ini sekali lagi. Dia menuduh Zikry tanpa usul periksa. Rentetan dari peristiwa kelmarin, hatinya terus di terjah gundah gulana.

Dia tidak mampu bersaing dalam merebut kasih seorang lelaki. Dia tidak sudi! Biarlah diri merana daripada terpaksa berkongsi! Madu memang manis tetapi bermadu dalam bercinta umpama sekam yang membakar diri.

Menjelang tengah malam badannya menggigil. Demamnya datang lagi.

“Terima kasih Alisya.” dia berkata dengan teragak-agak. “Untuk apa?” “Sebab izinkan I bawa you ke klinik. I risau sangat.” “Herm….” “...
Unknown Dec 17, 2009
Oh! MyKarya!

SEMESTER BARU...

Salam untuk semua,

Cepatnya masa berlalu hinggakan saya tidak sedar perjuangan saya mendapatkan MBA bersambung kembali. Antara rasa suka dan bimbang, tertekan serta pelbagai rasa yang kurang selesa teradun menjadi satu. Berkumpul di dalam kepala. Tidak terasa pula masa semester break sebulan yag lalu telah habis.

Study time for mom like me...



Semester ini saya mengambil empat subjek pula iaitu Economic, Financial Management, Global Business Environment & Human Resource Management. Nampak macam berat pula subjek-subjek yang saya ambil memandangkan saya adalah part time student. Jadi, yang menghambat dan mengekang aktiviti saya adalah masa! Benak saya berulang kali bersoal jawab, mampukah aku membawa 4 subjek ini? Hanya semangat dan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan yang membawa langkah saya ke sini, MBA!



Semester lepas??



Yang lalu biarlah berlalu. Tetapi terselit perasaan bangga setelah 'berperang' dengan masa dan keluarga, saya memperoleh gred yang memuaskan. Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu serta memberikan panduan. Jasa anda akan ku kenang sampai mati!



Bolehkah saya berjuang pula untuk semester ini?



Jawapannya ada pada diri sendiri. Berkata boleh berulang kali kepada diri sendiri setiap kali semangat ini tinggal hangat-hangat tahi ayam...Nak drop subject or not? Or add one more? Naik juling mata, jadi blur otak memikirkan benda ni...



Akhirnya,



Saya maintain 4 subjek, maintain cool, steady and look excellent! Dalam hati hanya TUHAN yang tahu.



Selamat datang semester baru...
Selamat datang tahun baru 2010...
Selamat belajar kepada diri sendiri...
dan...
Terimakasih keluargaku yang tercinta!


Sorry for being part time mommy and wifee.





Me, Mom & Wife




Salam untuk semua, Cepatnya masa berlalu hinggakan saya tidak sedar perjuangan saya mendapatkan MBA bersambung kembali. Antara rasa suka da...
Unknown Dec 15, 2009
Oh! MyKarya!

NOVEL: MENGAPA DI RINDU 7

Zikry cuba menghubungi Alisya berkali-kali tetapi gadis itu tidak mahu menjawab panggilannya. Dari malam tadi hingga ke pagi, satu kali pun dia tidak membalas panggilan atau SMS yang dihantar. Merajukkah dia? Atau adakah Alisya telah mengetahui mengenainya yang berlaku curang? Tentu Alisya sedang marah ketika ini, pasti fikirannya sedang mengesyaki yang bukan-bukan.

Zikry menghempas fail kertas yang sedang dipegangnya. Kini dia pula yang berasa marah. Tidak pernah gadis itu memperlakukan dirinya sedemikian rupa. Biasanya gadis itu akan merayu dan memujuknya kembali walau nyata Zikry yang bersalah. Tetapi kini telah terbalik. Zikry pula yang panik kerana Alisya sedang cuba menghindar darinya.

“Zikry, mesin nombor enam ada problem. Kau tolong cover aku kejap. Aku tengah repair production line 2.” Rakannya yang bernama Khalid memohon bantuannya.

“Okey! Okey!”

Dia bingkas bangun dan meninggalkan mejanya di dalam keadaan berselerak. Sama berserabut dengan kepalanya dengan kerenah Alisya.

Kerisauan Zikry bertambah menjelang tengahari kerana dia masih gagal menghubungi Alisya. Semakin lama dia makin bosan kerana fikirannya terganggu dek tindakan Alisya menyepikan diri.

“Abang senyap aje? Tak sedap ke nasi dengan lauk tu.”

“Tadi saya SMS kenapa tak reply?”

“Sejak insiden malam tadi, abang nampak pelik sikit. Ada masalah ke?”

Berderet-deret soalan keluar dari bibir nipis Laili. Dia tersenyum pahit menelan sahaja soalan yang dihamburkan. Dia tidak mahu membuka mulut mengenai Alisya kepada teman di hadapannya itu. Biarlah masalah dengan Alisya dia sendiri yang selesaikan. Lagipun Laili tidak tahu wanita yang didengar suaranya di corong telefon petang semalam adalah kekasihnya.

“Abang…malam ini tengok wayang nak? Ada cerita baru tau. Abang tak ada OT kan malam ni?” Laili telah faham jadual kerja Zikry di jabatan kejuruteraan di kilang tersebut.

Zikry memandang wajah Laili tanpa perasaan. Kosong. Gara-gara Laili yang menjawab panggilan Alisya ketika dia pergi ke tandas, dia diserang rasa bersalah terhadap gadis itu. Walaupun sebenarnya dia ingin memutuskan hubungan dengan Alisya, tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Bukan dengan cara sebegini, lebih-lebih lagi kesalahan bermula di pihaknya.

Dia terkejut tatkala tangannya disentuh lembut. Laili sedang merenungnya dengan pandangan mengharap. Hatinya pula masih geram dengan tingkah Laili yang menjawab panggilan di telefon bimbitnya tanpa kebenaran. Alisya pun tidak berani berbuat begitu walaupun luarannya dia kelihatan sedikit garang.

“Minggu lepas pun dah pergi.” Zikry membalas dengan suara datar.

“Kali ini cerita lain. Ada cerita baru. Jomlah pergi…” lembutnya suara Laili sehingga mencengkam urat saraf lalu mencairkan kekerasan hatinya yang baru dicipta sebentar tadi.

“Ya lah. Malam nanti abang ambil Laili kat asrama.”

Laili yang menduduki asrama pekerja yang disediakan oleh pengurusan syarikat tempat dia bekerja kembali girang. Jika tidak, sebentar tadi wajahnya sudah mulai keruh. Zikry ikut tersenyum nipis melihat perubahan ‘mood’ temannya itu. Laili suka benar merajuk jika permintaannya tidak dituruti berbanding Alisya yang lebih bersikap matang dan tidak kisah jika Zikry gagal menunaikan janjinya. Ah! Alisya…

Beberapa pasang mata gadis operator menjeling tajam ketika melalui meja Zikry dan Laili. Mungkinkah mereka cemburu melihat keakraban merpati dua sejoli itu. Hubungan intimnya dengan Laili telah diketahui oleh kebanyakan pekerja di kilang tersebut. Laili pula memang terkenal di kalangan pekerja lelaki sebagai seorang gadis yang agak seksi dan mudah diajak berbual. Ada juga teman-teman membisikkan ke telinga Zikry yang Laili bukanlah seorang gadis yang baik. Tetapi aku juga bukanlah seorang lelaki yang baik…tegar menghukum Alisya yang bersih hatinya, yang suci cintanya.

“Hai loving couple…” tegur satu suara.

Laili dan Zikry serentak menoleh. Amin yang duduk di belakang mereka tersengih-sengih mengusik kedua-dua rakannya itu. Mereka pernah bersama pergi berkelah ke pantai Desaru pada cuti umum yang lalu.

“Hei! Ada projek baru ke?” Zikry sekadar berbasa basi.

“Nak ikut?”

“Ke mana?”

“Kita orang plan nak pergi Cherating pulak pada cuti Krismas nanti. Ada lima orang dah setuju nak joint sekali.”

“Cherating? Jauh tu.”

“Jauh-jauh lagi syok!” Amin menyeringai menunjukkan giginya yang kurang teratur.

“Nanti aku fikir dulu.”

“Kita ikut ya bang. Saya tak pernah pergi Cherating. Pergi rama-ramai mesti best! Pergilah abang…” Laili seperti kebiasaannya akan memujuk rayu kepada Zikry jika mahukan sesuatu.

“Nanti abang tengok jadual kerja abang…”

“Ala…mohonlah cuti. Abang pun jarang ambil cuti, kan.”

“Abang bincang dengan Khalid dan Lim dulu. Mana tahu dia orang pun nak cuti.”

“Asyik dia orang aje yang cuti, kalau cuti sekejap tak apa. Ini tak, seminggu dua baru nampak batang hidung dia orang. Lecehlah macam ni.”

“Dia orang dah berkahwin, ada keluarga. Mestilah abang kena beralah. Lain kali kalau abang dah berkahwin pun mungkin abang akan buat macam itu.”

“Boleh lah bang…ambil cuti ya…kita pergi ramai-ramai.” Akhirnya itulah pendirian Laili, tidak putus asa memujuk. Seperti selalu juga dia tewas dengan rayuan tersebut.

“Abang Amin, jadi! Kita orang nak ikut.”

Amin yang sedang menghirup teh panas tersedak dikejutkan dengan tepukan di bahunya. Laili ketawa mengekeh melihatkan Amin yang terus mengelap mulutnya dengan lengan baju.

“Kau ni kan! Nasib baik aku tak mampus!”

“Sorry.” Laili ketawa manja.

Zikry jadi serba salah dengan tindakan drastik Laili yang memberikan pengesahan kehadiran mereka di dalam kumpulan berkelah ke Cherating tersebut. Dia harus berbincang dahulu dengan Khalid dan Lim. Kedua-duanya adalah rakan yang sama jabatan dengannya. Selama ini hubungan mereka baik, tiada masalah. Zikry selalu bertolak ansur dengan mereka dalam urusan cuti tahunan. Tiba-tiba kepala kirinya berdenyut-denyut. Migrainenya datang lagi. Kebelakangan ini di rasakan kerap pula sakit kepalanya menyerang.

***

Alisya memicit-micit kepalanya. Sejak petang semalam sekembalinya dari membeli belah dia tidak boleh melelapkan mata. Degupan jantungnya lebih laju dari biasa. Rasa yang terpendam dan tidak diluahkan menyebabkan fikirannya terganggu.

Berbelas SMS dan panggilan telefon dari Zikry tidak dilayannya. Dia sedang patah hati. Fikiran nakalnya membuat andaian bahawa Zikry ada perempuan lain. Patutlah di ajak keluar banyak sangat alasan. Keluar makan dengannya pun dalam keadaan terpaksa dan asyik mahu pulang awal. Kebelakangan ini pertemuan mereka dipenuhi dengan pertengkaran demi pertengkaran. Alisya tidak tahu di mana salah dan silapnya. Dan petang semalam menjawab segala gerak rasanya selama ini. Seumur dua tahun perhubungan mereka, itulah kali pertama seorang perempuan yang menjawab panggilannya. Bukankah satu pembohongan telah terbongkar! Apa lagi yang kau tunggu Alisya? Lupakan sahaja lelaki tidak berguna itu.

Deruman enjin motorsikal di luar rumah menandakan Kamal sudah pulang. Bukankah tadi pagi dia keluar ke kedainya, sekarang sudah balik. Pukul berapa agaknya sekarang ini? Alisya mengambil telefonnya dan melihat tanda waktu yang tertera. Ah! Sudah hampir dua petang rupanya. Pagi tadi setelah menelan panadol dia tidur semula. Agaknya sudah empat jam dia tertidur.

“Kak Alisya?”

Kamal sudah duduk di tepinya. Siaran televisyen yang terpasang sejak dia tertidur diibiarkan sahaja. Dari pagi Kamal keluar hinggalah sekarang, dia masih terbaring di kusyen itu.

“Kak, Kamal ada belikan nasi. Akak makan sikit, ya.”

Alisya menggeleng. Tekaknya perit. Semalaman dia tidak dapat tidur. Kamal tidak tahu yang kakaknya itu menanggung keperitan dibohongi oleh Zikry. Kalaulah adiknya itu tahu perkara yang sebenarnya.

“Makanlah, kak Lisya. Masih sakit lagi kepala akak tu?”

“Sikit-sikit dik.”

“Akak nak pergi klinik tak?”

Sekali lagi Alisya menggeleng. Dia sudah duduk lalu membetulkan ikatan rambutnya yang sudah longgar.

Kamal masih di sebelahnya. Dia merasa kasihan dengan kakaknya itu. Mungkin terlebih bekerja menyebabkan badannya tidak dapat menerima. Itu yang menyebabkan dia diserang demam. Lagipun Kamal jarang melihat kakaknya itu berehat lama-lama. Ada sahaja perkara yang dibuatnya jika ada kelapangan.

“Itulah kak Lisya. Kerja kuat sangat. Cuba dibawa berehat. Arwah emak dengan abah pun akan bising kalau tengok akak macam ini.”

“Akak dah okey sikit. Kamal nak pergi kedai semula ke?” Alisya tidak mahu memanjangkan cerita tentang arwah orang tuanya. Dia kerap bersedih dan terasa apabila orang memperkatakan tentang kedua-dua orang tersayangnya itu yang telah pergi dahulu.

“Ya kak. Hari ini ramai pulak pelanggan. Nampaknya business kita dah nampak hasilnya tau kak.”

“Alhamdulillah.”

Kamal tersenyum bangga. Cukuplah sekadar satu perkataan yang keluar dari bibir Alisya, itu sudah cukup bagi Kamal sebagai satu doa. Apatah ia terucap dari mulut kakak kesayangannya.

“Bila nak belanja akak?”

“Anytime kak.”

Alisya menepuk-nepuk paha Kamal. Adiknya itu sudah semakin matang dan kelihatan agak kacak. Kacak? Dia tersengih sendirian. Itu semua diwarisi dari ketampanan ayahnya. Dia melihat sekilas rupa paras Kamal. Ada dua biji jerawat yang baru nak tumbuh. Ini mesti sudah pandai berangan…

“Kak, Kamal nak cakap sikit.”

“Apa dia?”

“Tapi akak jangan marah. Janji tau!”

“Kenapa pulak akak nak marah? Kamal nak tunjukkan girlfriend Kamal pada akak ke?”

“Tak adalah kak. Ke situ pulak. Manalah Kamal ada awek.”

“Habis tu…”

Alisya ketawa sehingga sakit kepalanya datang semula. Merah padam muka Kamal dikenakan oleh Alisya sebentar tadi.

Bunyi hon di luar mengejutkan Alisya. Kamal mula kelihatan gelisah. Dia belum sempat untuk memberitahu Alisya tentang Hazzim. Hazzim beriya-iya mahu datang menjenguk apabila dia terlepas cakap yang Alisya demam.

“Dik, abang kesayangan awak tu.”

“Dia…dia…” Kamal gelisah.

“Kenapa ni? Gaduh ke sampai dia datang waktu tengahari macam ini?”

“Sebenarnya dia…”

“Assalamualaikum…” Hazzim sudah terjengul di muka pintu sebelum sempat Kamal menghabiskan ayatnya.

Sebaik selesai menjawab salam Hazzim, Alisya terus berlalu ke biliknya meninggalkan tetamu yang tidak diundang itu. Lelaki itu datang mahu menjenguk Kamal, jadi biarlah mereka berdua berbincang secara aman, dia yang tiada kena mengena harus meninggalkan ruang tamu tersebut.

Dia sempat menjeling Hazzim secara sekilas tadi dan lelaki itu kelihatan berwajah tegang. Kenapa pula? Macam muka orang risau. Ada masalah besarkah? Atau dikejar along kerana hutang keliling pinggang. Kerana mahu bergaya lebih, nyawa jadi taruhan. Mungkinkah? Ah! Apa aku merepek memikirkan hal orang lain. Alisya membebel kepada dirinya sendiri.

Belum pun sempat dia labuhkan punggungnya ke atas tilam, Kamal tergesa-gesa menyusul. Wajahnya macam orang bersalah. Ini lagi satu masalah, dari tadi tergagap-gagap, entah apa yang ingin disampaikan oleh adiknya itu, dia tidak pasti.

“Kenapa ni?”

“Kak tolong Kamal…”

“Apa masalah Kamal ni, dari tadi akak tengok macam cacing kepanasan. Hah! Ada buat salah ye?”

“Ala sikit je.”

“Itu dah mengaku pun. Apa yang Kamal dah buat?” Alisya mengerutkan dahi.

“Abang Hazzim datang nak jumpa…”

“Hah! Dah orang tu datang nak jumpa, pergilah…apa ikut akak ke bilik pulak.”

“Dia nak jumpa akak.”

Alisya tercengang. Adakah dia salah dengar? Atau Kamal silap menyebut. Tetapi Kamal serius ketika menyebutnya, tidak melalut pun. Jadi apa yang didengar tadi tidak silap atau salah telinganya. Apa yang dia nak?

“Mal jangan buat pasal. Buat apa dia nak jumpa akak?” soal Alisya masih keliru.

“Tadi dia call Mal kat kedai, terlepas cakap yang kak Lisya demam. Dia terus datang. Dia risaukan akak.”

“Mengarut betul. Dia kan berkawan dengan Mal bukannya dengan akak. Akak sakit ke, demam ke, buka dia punya pasal. Buat apa nak sibuk.” Alisya mengomel geram.

“Akak pergilah jumpa dia sekejap. Malu Mal kalau akak tak tolong, dahlah dia risau bagai nak rak…”

“Kenapa mesti nak risaukan akak. Pergilah risaukan orang yang tak cukup makan kat Afrika sana…atau mak janda yang miskin. Hii…kenapalah Mal buat hal!”

“Ala kak Lisya…tolonglah. Kesian dia.”

“Habis akak ni, siapa yang nak kesian.” Tambah Alisya masih tidak puas hati.

Kamal hanya tunduk mendengar omelan dari Alisya.

Zikry cuba menghubungi Alisya berkali-kali tetapi gadis itu tidak mahu menjawab panggilannya. Dari malam tadi hingga ke pagi, satu kali pun ...
Unknown Dec 14, 2009
Oh! MyKarya!

PUISI: SUARA

mengapa suaraku tidak keluar
untuk mengungkap kalimah
kala abadi diri
dalam menanti sinar
nur kasihmu, kekasih

tiada lagi kalimah itu
buat hadirnya dirimu
kerana ruang rindu
yang sedang membara ini
tidak akan kelam selamanya
diam kadangkala lebih besar maknanya

Diam
kerana suaraku telah hilang
kerana ia telah dipadam
dari ingatan seorang kamu,...
bisikan yang kau hadirkan
adalah khayalan silamku

akukah yang kehilangan suara sendiri
kerana terlalu lama diam
membuat aku
terus hilang kata-kata

mengapa suaraku tidak keluar untuk mengungkap kalimah kala abadi diri dalam menanti sinar nur kasihmu, kekasih tiada lagi kalimah itu buat ...
Unknown Dec 11, 2009
Oh! MyKarya!

NOVEL: SURATAN 10

Nina Soraya memandu Satrianya menyusur jalan Skudai ke pusat Bandar. Jam di tangan menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Semasa keluar di persimpangan BBU jalan Nampak sesak tetapi semakin lancar di tepian pantai Lido. Dia memandu sebagaimana biasa kerana waktu kerjanya bermula pada pukul Sembilan. Ada sesetengah pemandu yang membawa kenderaan secara berbahaya yang kadangkala mencemaskan jiwa wanitanya.

“Naya betul! Nak potong tak bagi signal!” di pagi hari itu dia mendengus sendirian.

Sebuah motorsikal Aprillia tiba-tiba menderum laju. Nyaris melanggar sebuah kereta di hadapannya. Nak tunjuk lagak tak kena tempat! Gumam Soraya lagi dengan perasaan geram.

Ketika jarum jam menunjukkan angka sembilan, Soraya sudah bersedia untuk memulakan kerja. Dibelek diari hitam sederhana besar, kalau-kalau ada temujanji dengan pelanggan. Semalam dia dapat menyelesaikan semua kerja. Urusan potongan KWSP pekerja syarikat itu yang tidak selaras dan sering silap telah ditangani dengan teliti. Dia sanggup berjumpa dengan pegawai yang berkenaan di pejabat KWSP semata-mata untuk menjaga kebajikan pekerjanya. Nasib baik ada Brother Aziz pemandu syarikat merangkap ‘bodyguard’ yang membawanya ke sana.

“Cik Soraya…dah minum?”

“Panjang umur awak! Saya baru aje teringatkan awak. Hah! Minumlah…Saya dah breakfast kat rumah.”

“Kenapa ingat saya? Nak kena keluar lagi ke hari ini?”

“Tak boleh ke nak ingat kat awak, Aziz. Awak kan pekerja yang rajin dan suka tolong orang. Sebab itu saya selalu ingat kat awak.” Usik Soraya.

“Hah! Dah mula perasanlah tu…ada orang secantik Soraya sayang kat dia. Kejap lagi ada yang senyum sorang-sorang macam kerang busuk. Menyampah aku!” sambut Kamaliah yang berandan kemas pagi itu.

“Kau menyampah aku tak heran. Kalau Soraya marah aku naik kecut!”

“Kenapa pulak?” sambut Soraya pantas.

“Sebab kalau Soraya dah marah, nanti dia tak masukkan gaji aku… tak makanlah aku.” Jawab Brother Aziz berlucu.

Soraya ketawa. Barisan giginya tersusun rapi. Semua orang suka melihat dia ketawa. Kalau ketawa semakin nampak anggun dan jelita. Kamaliah, kerani pentadbiran pun cemburu dengan penampilan pengurus operasinya itu. Setiap kali jika ada wakil syarikat lain datang, dia pasti jadi perhatian. Rambutnya yang lurus separas bahu di warnakan sedikit keperangan, saja ikut perkembangan, katanya.

“Amboi! Ada yang buat kelakar pagi-pagi begini?” tegur Melati yang baru sampai.

“Ada orang syok sendiri, Ti. Tu yang aku dengan Soraya tak tahan.”

“Siapa?”

“Tu…”

Kamaliah memuncungkan mulutnya yang berlipstik pink ke arah Brother Aziz, kemudian menuju ke mejanya untuk memulakan kerja. Bos mereka tidak suka jika ada yang main-main ketika sedang bekerja. Nasib baik hari ini dia ada mesyuarat di Melaka. Kalau tidak, tiada peluang untuk bergurau senda.

Melati hanya tersenyum memerhatikan Bro. Aziz yang sedang bengang. Soraya memandang Melati sekilas dan kemudian menyambung kembali kerjanya. Hai, lambat lagi.

“Soraya, call.” Panggil Amin yang duduk di belakang mejanya.

Soraya mengambil talian yang sedang menyala.

“Yes, good morning.”

Dia terdiam kemudian ketawa kecil.

“Ya lah mak. Nina ingat siapa tadi. Biasanya pagi-pagi ni line Nina dari pelanggan aje. Ada apa mak?”

“Balik nanti belikan buah sikit. Emak lupa nanti malam kawan ayah kau nak datang. Mungkin makan malam sekali. Balik awal sikit, boleh tolong emak apa-apa yang patut.”

“Orait mak. Nina balik awal sikit.”

Talian sudah diputuskan. Tetapi Soraya masih terkebil-kebil. Dia mesti merancang kerja hari itu, kalau tidak alamat merajuk lagi emaknya macam minggu lepas. Dilihat pada diarinya, hari itu dia akan menemani Kamaliah ke bank untuk memasukkan cek. Kemudian, dia menggantikan tempat Encik Ahmadi ke kilang wayar untuk mempelawa syarikat itu mengambil pengawal-pengawal dari syarikatnya. Dia menyemak lagi, masih pertengahan bulan. Jika ikut polisi syarikat, gaji pekerja dibayar pada akhir bulan, jadi dia tidaklah sibuk hari ini. Jika tiba hujung bulan biasanya dia akan memeriksa kerja perakaunan yang dibuat oleh Kamaliah. Dia menyelak helaian diari ke muka seterusnya. Oh ya! Pergi kedai bunga dan hantar ke JSH. Isteri Johan, salah seorang pengawal di situ selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

“Soraya! Call line satu.” Jerit Amin yang sememangnya rajin mengangkat telefon.

“Hello!”

“Ya Encik Ahmadi. Sudah. Nanti pukul dua saya pergi lepas masukkan cek kat bank. Okey. Semuanya under control.”

“Lagi satu, pastikan displin pekerja kita bagus. Tak mahu ada komplen.” Tegas suara Encik Ahmadi di hujung talian.

“Baiklah Encik Ahmadi, saya akan selalu pastikan.”

Gagang sudah diletakkan. Soraya mengeluh. Tidak larat rasanya memangku jawatan pengurus cawangan merangkap tugasnya sendiri sebagai pengurus bahagian operasi. Tanggungjawab bertambah, penat jangan cakaplah. Cuma, gaji saja yang tidak naik-naik. Huh! Keluh Soraya sendirian.

Pulang dari JSH Soraya dan Kamaliah terus mengisi perut yang kelaparan di sebuah restoran berdekatan. Jam menunjukkan pukul dua belas lebih sikit. Matahari terik di atas kepala. Restoran Kari Kepala Ikan sudah dipenuhi orang ramai yang menjamu selera. Nasib baik ada sebuah meja kosong berdekatan dengan dpur. Ah! Bantai aje…yang penting perut yang sedang kelaparan perlu di isi.

“Cute baby dia kan.”

“Hah! Memang cute. Tapi kau lagi cute…lagi-lagi bila disimbahi dengan peluh.” usik Bro. Aziz kepada Kamaliah.

“Kau orang jangan nak mulakan. Kang nanti ada yang tidak makan.” tegas Soraya apabila Bro. Aziz mula hendak menyakat Kamaliah.

Kamaliah menjeling. Pesanan sudah sampai. Masing-masing makan dengan pantas kerana perut mereka sudah menyanykan irama keroncong. Bro. Aziz sempat menyepak kaki Kamaliah ketika hendak bangun mengambil bekas basuh tangan di sudut kaunter. Kamaliah memandang dengan geram. Tak sah kalau tak kenakan aku! Mukanya yang bulat semakin montel apabila dia memasamkan muka. Hampir pukul satu setengah mereka tiba di pejabat Tanjung Puteri Security Services.

“Nanti pukul tiga hantar saya ke kilang wayar tu, Aziz.”

“Pukul tiga?”

“Kenapa? Macam tak boleh aje, awak ada hal lain ke?” soal Soraya berkerut.

“Bukan gitu cik Soraya, tetapi…”

“Waktu dia membuta tu.” jawab Melati selamba.

“Oh!! Barulah saya tahu. Umm… tak apa. Saya mintak Kadir hantarkan. Awak nanti siaplah bila bos balik.”

“Janganlah macam itu, Cik Soraya. Okey, okey…saya hantar.” Akhirnya Bro. Aziz mengalah.

“Macam itulah pekerja yang dedikasi. Boleh dibawa kemana saja dan kurang mengular.” Sindir Soraya.

Amin di belakangnya berdehem. Soraya buat tak kisah lalu ke bahagian dapur untuk mengambil air masak. Tekaknya terasa haus. Tiba-tiba Kamaliah yang kuat mengampu sudah ada di sebelahnya.

“Kau ni! Buat aku terkejut.”

“Saja. Nak uji kau melatah atau tidak. He…he…” Kamaliah ketawa macam kerang busuk. Mengada-ngada.

“Sibuk aje!”

Soraya kembali ke tempatnya. Bersenang-senang sementara menantikan pukul tiga. Pejabat TPSC tempatnya bekerja tidaklah besar sangat tetapi cukup untuk memuatkan enam meja kakitangan, bilik bos, sebuah bilik mesyuarat yang sederhana besar, dapur dan bilik sembahyang. Di hadapan meja Kamaliah terdapat sebuah sofa yang di kiri kanannya dihias dengan bunga plastik.

***

Perjalanan pulang Soraya petang itu tidak lancar seperti selalu. Kenderaan bersusun-susun menanti waktu untuk digerakkan dan seolah tidak sabar untuk tiba ke destinasi masing-masing. Dia menjeling sebentar kepada beberapa bungkus buah-buahan yang di beli di Kotaraya tadi. Ada limau, epal, anggur dan mangga. Jam bergerak ke angka enam lima belas minit petang, bermakna sudah hampir setengah jam dia terperangkap. Kawan ayahnya dijangka datang pada pukul lapan. Huh! Sempatkah aku hendak berehat nanti?Penat benar rasanya hari ini. Dia teringat perjumpaannya dengan bos kilang wayar siang tadi. Cerewet! Tak percaya pada kemampuan syarikatnya. Geram benar Soraya mengingatinya.

Pukul lapan setengah malam.

“Mana kawan ayah, tak sampai-sampai lagi. Perut dah lapar ni.”

“Kejap lagi sampailah tu.” Jawab puan Saodah.

“Alah…kalau dah lapar makanlah dulu. Tak payah tunggu kawan ayah. Lagipun ayah tengok kau Nampak letih benar. Teruk sangatkah kerja hari ini?”

“Biasalah ayah, kalau Encik Ahmadi tak ada saya yang kena ganti tempat dia. Tadi memang bad luck lah yah, ada dia orang kata syarikat saya kecil dan tak mampu nak control kilangnya yang besar.” Soraya mengadu.

“Kerja mana-mana sama saja cabarannya Nina. Masa inilah nak tunjukkan kebolehan kau.” Ayahnya memberikan perangsang.

Tetamu yang ditunggu sudah sampai. Nazirul yang sudah besar dan petah bercakap membukakan pintu pagar. Soraya membantu emaknya menyusun atur apa yang patut. Lauk pauk terhidang penuh di atas meja. Terliur Soraya dibuatnya. Seelah siap semuanya dia mengekori emaknya ke ruang tamu. Bersalaman dengan Encik Kassim sekeluarga. Dari perbualan ke dua belah pihak, Soraya membuat kesimpulan bahawa mereka telah lama berkenalan. Encik Kassim membawa sepasang anak kembar mereka yang berumur enam tahun.

Lebih kurang sebelas malam barulah Soraya masuk ke biliknya. Memang badan terasa letih dan sakit-sakit. Penat sungguh! Perutnya kekenyangan tetapi mata idak mahu lelap. Dia mengurut pangkal tengkuknya, kemudian mendepangkan tangan dan meluruskan kaki. Lega sedikit. Esok bakal bermula lagi rutin hidupnya seperti semalam dan kelmarin.

***
Haizan sedang sibuk mendail nombor pelanggan. Sudah banyak kali dia mengingatkan pelanggan supaya mempunyai baki yang mencukupi apabila mahu mengeluarkan cek. Ini tidak, asyik ‘overdrawn’ sahaja. Bila dah puas menipu bank, dibantainya pula alasan-alasan lain supaya cek tidak ditendang. Haizan merungut di dalam hati dengan kerenah pelanggan yang sedang ditangani dan ditambah pula dengan pembantunya yang sedang cuti bersalin.

“Azeem, cek ini tak ada duit. Tapi ada cek yang belum ‘clear’, kalau nak ambil duit esok bolehlah.”Suzana menyerahkan cek tersebut kepadanya.

“Company apa?”

“YB Breeze…”

“Hah! Ambil esok. Kalau dia bising, buat bank sendiri.” Tegas Haizan tetapi senyuman masih terukir di bibirnya.

Suzana yang tinggi lampai dan berskirt berpadanan dengan blaus lengan pendek berwarna coklat melangkah santai. Gayanya bak seorang peragawati. Dia memang sentiasa kelihatan anggun dan telah hampir lima tahun bertugas di bahagian kaunter.

Haizan menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi dan kembali menghadap komputer untuk menyemak baki pelanggan. Jika terdapat sesetengah pelanggan mempunyai baki yang tidak mencukupi, dia akan menelefon dan meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun dalam tempoh waktu yang dihadkan. Sewaktu dia melayangkan pandangan ke bahagian kaunter, secara sekali imbas dia terpandangkan seseorang yang menyerupai orang yang dicari selama ini. Ketika Haizan mahu memastikan pengelihatannya, dia di ganggu oleh Pak Mazlan iaitu jaga di bahagian pintu masuk.

“Encik Azeem, ada orang nak jumpa.”

“Okey! Okey…”

Bia dia mencari semula, orang itu telah tiada. Alamak! Melepas aku!

Pak Mazlan yang membenarkan pelanggan itu berjumpa dengan Haizan terpinga-pinga melihatkan Haizan yang tiba-tiba menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pegawai muda itu memang ‘sporting’ walau belum sampai setengah tahun dia berkhidmat di situ. Sikapnya yang ramah tamah mudah menambat hati sesiapa sahaja.

Haizan baru lima bulan berkhidmat di EDD Bank cawangan Johor Bahru. Sebelumnya dia menghabiskan masa tiga hingga empat bulan di Pulau Tioman. Sebaik sahaja tamat pengajian di Australia dalam bidang pengurusan perniagaan, dia kembali ke tanahair. Tambahan pula pak ciknya menawarkan percutian percuma sambil membantu perniagaannya di tempat peranginan yang popular di Pahang itu. Puas juga dia bersantai di tepian pantai hingga kulitnya yang cerah bertukar gelap. Tetapi yang penting dia memperolehi kepuasan…

Dari sanalah dia berkenalan dengan Diane, wanita mat saleh yang juga anak angkat pak ciknya. Hubungan yang rapat membolehkan mereka menghabiskan banyak masa bersama. Dalam kesibukan di pejabat pagi itu, Haizan sempat tersengih mengingati kenangan indah bersama Diane di pulau tersebut. Entah apa khabarnya Diane yang sudah hampir lima bulan tidak ditemui. Kali terakhir mereka bertemu ialah sehari sebelum gadis itu kembali ke Liverpool, England.

Nina Soraya memandu Satrianya menyusur jalan Skudai ke pusat Bandar. Jam di tangan menunjukkan pukul lapan setengah pagi. Semasa keluar di p...
Unknown Dec 10, 2009
Oh! MyKarya!

NOVEL: MENGAPA DI RINDU 6

Hari Isnin yang indah. Pagi itu Hazzim memulakan kerjanya dengan rasa semangat yang luar biasa. Dia ingin memulakan kehidupan yang baru. Fasa yang lebih ceria dan membuang segala kenangan silam. Bak kata Alisya di dalam e-melnya, bahagiakan diri sendiri dahulu. Itulah tunjang kehidupan yang sedang diterokainya. Dia mengenakan baju, tali leher, kasut dan serba serbi baru. Wang ringgit bukan halangan baginya untuk membolehkan dia memiliki apa yang dihajati. Kemewahan dan longgokan kesenangan telah melingkari kehidupannya semenjak kecil lagi. No big deal, orang kata.

Tadi sebelum tiba di pejabat dia sempat singgah di kedai bunga dan mengirimkan jambangan tersebut ke alamat biasa yang sudah dihafalnya. Usaha tangga kejayaan! Biarpun tiada respon dari si penerima, tetapi Hazzim yakin suatu hari nanti kejayaan pasti miliknya. Akhirnya Hazzim tersengih sendiri, mengharapkan balasan atau respon dari si gadis yang diminati tetapi tidak mencatatkan alamat si pengirim. Bagaimana gadis itu mahu menghargai pemberian tersebut.

‘Belum masanya…’ dia berkata pada diri sendiri. Dia belum bersedia membuka rahsia yang tersembunyi. Dia belum mampu mengakui kepada gadis tersebut bahawa dialah si pemuja dalam diam.

“Bos!”

“Bos…apa sengih-sengih tengok komputer? Tengok CD Mr Bean ke?”

Entah bila Adira telah berdiri di hadapannya. Sejak bila pula gadis itu pandai masuk tak mengetuk pintu, rungutnya dengan wajah bertukar kelat.

“Kenapa tak ketuk dulu!”

“Saya ketuk bagai nak roboh pintu tu, bos yang tak dengar. Tersengih memanjang…” Adira mempertahankan diri.

Hazzim menukar gayanya dan kembali serius bekerja. Hilang semua sifat santainya sebentar tadi. Dia membetulkan ikatan tali lehernya dan matanya tajam memandang skrin komputer. Depan staf mesti pandai berlakon…gumamnya lagi.

“Ada apa?” sengaja dia bertanya sedangkan di tangan Adira terdapat beberapa keping fail untuk diserahkan.

“Baju baru ya bos?” Adira telah menukar topik.

“Mestilah…saya nak mulakan semuanya semula. Mulakan hidup baru yang lebih ceria.”

“Yes! Yes!” Adira bersorak gembira.

“Eh! Apasal awak pula yang excited. Pelik awak ni.”

“Encik Hazzim dah lupa ke? Yang kita kan ada guna strategy nak pikat awek yang Encik Hazzim minat tu. So, tugas saya dah selesai. Taklah seksa menyamar sebagai dot dot tu lagi.”

“Who said? Yang itu saya tak lupa. Saya aje yang mulakan hidup baru tapi tugas awak sebagai Mizah belum tamat. Tetapi sebaliknya baru nak mula. Jangan nak gembira tak tentu pasal. Okey cik Adira.”

Adira mengeluh. Baru nak goyang kaki dah tertangkap! Dah nasib badan dapat bos macam ini, terima ajelah!

“Bos, perlu ke saya dalam cerita bos ni. Saya tak mahu nanti menyusahkan orang lain.”

“Don’t worry. Tak ada sesiapa yang akan susah.” Hazzim memberikan jaminan.

“Tapi saya yang susah bos, ini semua menyusahkan saya.” luah Adira tidak puas hati. “Lagipun saya dibayar gaji bukan untuk buat kerja personal semua ni.”

“Belum apa-apa dah merungut. Buatlah dulu…nanti saya bagi bonus lebih.”

“Ya ke bos?” mata Adira bersinar-sinar.

“Nak tolong ke tak nak?”

“Demi bonus lebih, okeylah…saya sambung watak saya. Kalau apa-apa jadi bos kena tanggungjawab tau. Jangan lepas tangan. Mati saya nanti.”

Hazzim memberikan jaminannya sekali lagi. Adira tersengih memanjang mendengar janji yang dibuat oleh Hazzim. Dia berharap Hazzim mengotakan janji bila masanya tiba nanti. Dengan bayaran ekstra tersebut bolehlah dia membeli beg berjenama yang diimpikannya selama ini. Dan sengihannya melebar tatkala Hazzim menegur kelakuannya.

“Yang dok dikepit dari tadi nak bagi saya ke apa? Dengar pasal duit aje terus lupa segala kerja.” Sindir Hazzim dengan mata dikenyitkan kepada Adira.

“Ops…sorry bos! Yang ini semua untuk tindakan bos. Nanti dah siap panggil saya.” dengan muka merah padam dia meletakkan fail-fail yang dibawa tadi di hadapan Hazzim.

“Adira!”

Dia tidak jadi untuk meninggalkan bilik Hazzim. Langkahnya terhenti betul-betul di pintu. Apa lagi yang dia nak…gumam Adira geram.

“Tadi yang kita bincangkan simpan antara awak dengan saya sahaja. Jangan sampai orang luar tahu. Lebih-lebih lagi ibu saya, faham?”

“Yang mana satu bos? Pasal bonus lebih atau pasal menyamar tu?”

“Dua-dua!”

***

Dato’ Hajah Yusniza membaca majalah yang diberikan oleh Alisya dan Rahimah sebentar tadi. Kedua-dua wartawan majalah itulah yang menemuramahnya beberapa minggu lepas. Jika dilihat tarikh terbitannya telah lepas dua minggu, tetapi Alisya dan Rahimah hanya berkesempatan singgah di banglo mewah itu pada hari itu sahaja. Wanita itu ada mempelawa kedua-duanya makan di situ, tetapi wartawan tersebut menolak ajakannya, mungkin ada hal penting yang mahu diuruskan.

Dia menyelak halaman demi halaman. Dari kulitnya yang cantik pasti kandungannya juga menarik. Fikir wanita itu. Dia tersenyum membaca tulisan Alisya di ruangan ‘Wanita dan Kerjaya’. Sudah pasti berita penuh tentang diri dan empayar perniagaannya dan sedikit berita berkaitan keluarga. Memang dia yang memintanya begitu. Dia tidak mahu anak-anak ikut terbabit di dalam dunia yang diciptanya. Dunia perniagaan yang penuh pancaroba.

Dia tersentak tatkala seseorang menepuk bahunya dengan perlahan.

“Hazzim. Ingatkan siapa tadi.” Dengan segera majalah ditutup.

“Ibu ingat siapa yang balik?” soal Hazzim tersenyum.

“Anak ibulah. Jom makan.”

Dato’ Hajah Yusniza faham apa yang dimaksudkan oleh Hazzim. Pertanyaan dari anak keduanya itu seperti sembilu tajam yang menikam tangkai hatinya. Tidak semena-mena hatinya menjadi sebak dan ngilu.

“Siapa datang tadi bu.”

“Wartawan yang buat interview dulu tu. Saja tanya khabar. Mana Hazzim tahu?”

“Tadi terserempak kat pintu pagar. Macam pernah nampak kereta dia orang.” Hazzim menjawab sambil matanya melirik ke atas meja. Oh! Itu yang dia orang hantar. Pasti ada sebab mengapa ibunya tidak menggembar-gemburkan tentang majalah itu. Hasil dari temuramah tersebut.

“Dah. Jomlah. Ibu dah lapar ni.”

Dato’ Hajah Yusniza memaut lengan Hazzim dan beriringan bergerak ke ruang makan keluarga. Kerana kesunyian ibunya kerap termenung, ingin bermanja dan mudah merajuk. Hazzim amat faham jika ibunya kadangkala berkecil hati ke atas perkara yang remeh temeh. Dia inginkan belaian, rindukan kasih sayang anak-anaknya. Tetapi dimanakah mereka? Hazzim pasrah kerana hanya ibunya sahaja yang punya jawapan mengapa mereka sudah jarang pulang ke banglo mewah itu lagi.

“Bibik Natrah masak lauk apa, bu.”

“Biasa. Tapi rasanya…memang luar biasa. Dah kamu jarang balik makan tengahari, tak tahu pulak lauk hari ini sedap atau tidak. Tengoklah…” Dato’ Hajah Yusniza telah berdiri di sebelah Bibiknya yang sedang menyusun pinggan sambil tersengih-sengih malu.

“Erm…baunya aje dah tahu.”

“Kenapa nak Ajim?” raut wajah Bibik Natrah bertukar merah. “Baunya pelik ke?”

“Okey Bibik! Pass! Baunya wangi menusuk kalbu…”

Dato’ Hajah Yusniza dan Bibik ketawa gelihati melihat gelagat Hazzim.

“Kalau dah menusuk kalbu parah tu…nak Ajim. Ini makanan, bukannya perawan nak dibuat teman…” Bibik Natrah yang berusia pertengahan 50-an mengusik lagi.

Hazzim pula yang berubah wajahnya kali ini. Dato’ Hajah Yusniza mengangkat ke dua belah tangannya tanda tidak menyebelahi mana-mana pihak. Namun, dia ikut ketawa mendengar usikan Bibiknya itu.

“Bik, makan sekali.” Ajak Hazzim.

“Tak apa. Nak Ajim makan dulu dengan ibu. Bibik ada kerja mau di buat. Lagipun Bibik lambat minum paginya tadi. Jadik, sekarang masih belum lapar.”

“Bibik diet ke?”

“Mau diet apa…ini pun sudah kering macam ikan kering…”

Sekali lagi dua beranak itu ketawa mendengar lelucon yang ucapkan oleh Bibik Natrah.

***

Inilah majalah yang ada gambar ibu dan cerita tentang kejayaannya…Hazzim membelek helaian demi helaian majalah wanita tersebut. Dia tersenyum sendirian memandang nama Alisya pada salah satu ruangan di dalam majalah tersebut. Alisya! Nama itu disebut lagi sambil melepaskan satu helaan yang panjang. Sudah lama sebenarnya dia mengikuti perkembangan isi kandungannya. Sama lama dengan usia ‘percubaan’nya untuk mendekati Alisya. Nama yang cantik sesuai dengan orangnya yang cantik juga. Tetapi bukan kecantikan gadis itu yang dikejar, tetapi demi hatinya yang telah tersangkut pada dahan cinta. Dan, cinta itu bercabang dan bercambah dari hari ke hari tanpa boleh di cantas lagi.

“Alisya…”’

“Encik Hazzim…Adira lah!”

“Ha? Apa awak dengar?”

“Encik Hazzim salah sebut nama saya. Siang hari pun boleh berangan.”

“Bila awak masuk? Tak perasan pun.” Hazzim menyeringai menunjukkan barisan giginya yang putih tersusun rapi.

“Ini yang saya malas dengan Encik Hazzim. Dia yang panggil orang, boleh dok tanya lagi.”

“Sorry, saya terlupa. Saya nak mintak tolong. Boleh tak?” soal Hazzim mengharap sambil merenung tepat wajah setiausaha korporatnya itu.

“Kali ini berapa persen pulak, bos?”

“Awak ni asyik duit, duit, duit! Tak ada benda lain.”

“No money no talk! Macam selalu bos cakap pada saya. Like boss like secretary la…”

“Yang itu nanti kita bincang. Boleh tolong tak?” Hazzim sekali lagi mengulangi pertanyaannya.

Adira pura-pura mendiamkan diri. Sesekali kenakan bosnya yang bujang itu, apa salahnya. Nak tengok juga muka Hazzim yang kalut dan cuak itu. Pandangan Hazzim ditentangnya dengan selamba. Tak sangka Hazzim memiliki sepasang mata yang cantik dan kecoklatan. Selama ini tak perasan pulak…he..he…pakai kanta lekap agaknya.

“Boleh tak?” dia bertanya dengan nada yang lebih lembut.

“Kasihan saya tengok Encik Hazzim ni. Okey, okeylah saya tolong. Apa dia?”

Hazzim memperkemaskan duduknya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu dari laci mejanya. Bungkusan beg plastik tu di letakkan betul-betul di hadapan Adira.

“Apa ni Encik Hazzim. Siap berbungkus rapat lagi. Jual benda haram ke?”

“Awak kalau cakap tu tengoklah orang dulu. Saya ni ada muka penjual benda-benda illegal ke?”

“Tak adalah…tapi saya tengok bos macam takut-takut aje. Apa bendanya ni?” Adira membelek-belek bungkusan plastik tersebut.

“Itulah bendanya yang saya nak awak tolong. Tapi jangan bising-bising…rahsia kita berdua.”

“Wah! Yang hari tu rahsia, yang ini rahsia. Alamat saya hidup menanggung rahsia bos ajelah jawabnya.”

“Janganlah cakap macam itu. Kita dah macam kawan baik, kan...kali ini awak tolong saya, lain kali mana tahu awak nak minta pertolongan saya pulak.”

Adira mengangguk tanda mengakui apa yang Hazzim ucapkan sebentar tadi. Dia segera menjenguk ke dalam plastik beg tersebut. Buku? Ataupun yang sebenarnya novel. Nak buat apa dengan novel-novel tersebut. Rungut Adira dalam diam.

“Saya nak awak baca semua novel yang ada tu, then ceritakan balik dengan saya. Kia buat summary je…” Hazzim menyatakan tujuannya.

“What! Bos nak suruh saya baca semua novel ni. Kemudian story pulak dekat bos…banyak cantik!” Adira meninggikan suaranya.

“Sy…sy…jangan pekik. Cool down, Adira.”

“Yang ini mana boleh cool down. Ini dah melampau.”

Adira mengangkat kaki mahu segera keluar dari bilik Pengurus Besar itu. Biar pendingin udara di dalam bilik itu berfungsi dengan baik, hatinya panas tiba-tiba. Dia geram kerana Hazzim seolah-olah mengambil kesempatan di atas budi baiknya yang mahu menolong sebentar tadi. Dah bagi betis, nak peha. Memang melampau si Hazzim ni. Dia menggigit bibirnya tanda protes.

Dengan pantas Hazzim mengejar Adira yang mahu keluar dari biliknya. Walau dengan apa cara sekalipun dia mesti meminta pertolongan tersebut dari Adira. Hanya gadis itu yang dipercayai. Gadis itu juga yang selalu melindungi ‘rahsianya’ dari pengetahuan orang di luar sana. Gadis manis ini memang boleh diharap.

“Saya betul-betul perlukan awak, Dira. Please…bacakan untuk saya. Lepas ini apa saja permintaan awak akan saya tunaikan pulak.” Dia terlepas berjanji kepada Adira demi api cintanya terhadap Alisya.

Adira memandang Hazzim yang sedang merayu. Nak ketawa pun ada apabila melihat keadaan Hazzim yang begitu. Kalaulah semua staf tahu yang bos besar mereka tunduk merayu denganku, pasti huru hara dunia ini. Bisik Adira nakal.

“Encik Hazzim kan boleh baca sendiri.”

“Awak kan tahu yang saya ni tak cukup masa. Lagipun, takut saya sendiri tak faham apa yang saya baca. Please Adira, do me a favour…”

Akhirnya Adira akur dengan permintaan Hazzim. Tiga buah novel yang tebal-tebal itu telah berada di dalam tangan Adira. Setelah keluar dari bilik Hazzim, dia meletakkan kesemua novel tersebut di dalam laci. Bertambah lagi tugasan sampingan Adira gara-gara bos mudanya yang kemaruk di lamun angin cinta itu.

Untuk memikat seorang penulis dan wartawan bernama Alisya, Hazzim sanggup mendalami apa sahaja benda yang berkaitan dengan gadis itu. Adira tidak berapa kenal dengan gadis yang diminati oleh Hazzim itu, tetapi dia pasti gadis itu bukan orang biasa. Pasti dia mempunyai keistimewaan sehinggakan Hazzim yang hampir dua tahun tidak boleh bercerita pasal wanita kini sudah kembali seperti sediakala.

Dua tahun dahulu Hazzim separuh gila kerana cintanya terhadap Wida ditolak mentah-mentah oleh ibunya. Untuk kesekian kalinya Adira mengeluh mengingati dirinya yang kini terlibat dengan cinta baru Hazzim! Apakah pula pandangan Dato’ Yusniza terhadap pilihan Hazzim kali ini?

***

Alisya memilih beberapa pasang baju untuk dicuba. Dia yang gemarkan warna hitam dan hijau memilih baju daripada warna-warna tersebut serta dua pasang jeans yang agak longgar. Sudah agak lama juga dia tidak keluar membeli belah begitu. Kesuntukan waktu dan tiada teman untuk diajak keluar membuatkan pergerakannya terbatas. Zikry pula semakin jarang mahu menemaninya. Seperti hari ini, dia mengajak Zikry keluar menonton wayang, pun sekali lagi lelaki itu menolak. Tetapi demi desakan naluri yang kebosanan, dia keluar juga ke pusat beli belah bersendirian.

Kamal pula sibuk dengan aktiviti memancingnya bila tiba hujung minggu. Dengan siapa pula dia keluar kali ini, Alisya tidak pasti. Dia percaya Kamal bijak membawa diri dan pandai memilih kawan. Biarpun adiknya itu tidak minat melanjutkan pelajaran tetapi dengan wang pampasan peninggalan kedua orang tua mereka, dia membuka kedai ikan hiasan. Kini perniagannya juga telah menampakkan sedikit perkembangan. Sementelah, sekarang ini ikan hiasan begitu diminati oleh golongan penggemar ikan dan pembuat akuarium.

Prap!

Alisya nyaris tersungkur apabila dengan tiba-tiba skirtnya tersangkut sesuatu. Dia lebih lagi terkejut apabila didapati skirtnya terkoyak dari bahagian paha ke lutut. Wanita yang melanggarnya sebentar tadi dengan selamba berlalu berserta ‘hanger’ baju yang mengoyakkan skirtnya tadi tanpa menoleh atau meminta maaf. Daripada gaya dia memborong pakaian, lagaknya seperti orang kaya yang lupa diri. Kurang ajar betul!

“Hei! You lady!”

Langkah gadis itu terhenti. Menoleh ke arah suara yang menegurnya. Pandangan matanya bertaut dengan renungan tajam Alisya.

“You dah langgar I senang-senang aje blah! You ni orang ke apa? Tak ada perasaan langsung.”

Gadis itu berpatah balik mendekati Alisya. Pandangannya seolah mengejek penampilan Alisya yang serba sederhana.

“Ya. Ada problem?”

“You dah buat skirt I koyak, then you boleh tanya any problem? At least, sopanlah sikit jangan jadi kurang ajar.”

“So What?! You nak I melutut mintak maaf? Dengan orang macam you ni…” tangannya di acah-acahkan di muka Alisya.

“Mind your own words! Jangan pandang rendah pada orang lain.”

“Ya ke? I don’t care your skirt koyak atau apa…dah nasib kan.” Gadis itu mencebik.

“You ni memang kurang ajar tau!” Alisya menggetap bibir menahan geram. Sebelah tangannya menutup peha yang telah terdedah dan sebelah lagi memegang beberapa pasang baju yang ingin dicuba.

Sekali lagi Alisya terpempan sebelum dia sempat berbuat apa-apa. Tubuhnya yang kurus di tolak dengan kuat. Akhirnya dia tersungkur di tepi rak yang mempamerkan pakaian. Gadis seksi yang menolaknya itu berdiri di hujung kakinya dengan wajah angkuh.

“Ini balasan untuk orang yang menuduh aku kurang ajar!”

Dia mahu memijak kaki Alisya pula tetapi sempat dihalang oleh dua orang jurujual yeng ternampak insiden tersebut. Salah seorang jurujual itu membantu Alisya dan yang berbadan gempal pula menolak tubuh gadis angkuh itu ke tepi.

“Apa ni kecoh-kecoh. Nak gaduh pergi luar, bukan kat dalam sini.”

Gadis itu terus berlalu dengan jelingan tajam sambil membebel yang tidak jelas butirannya. Bajunya yang terdedah di bahagian bahu telah terlondeh akibat ditolak oleh jurujual berbadan gempal tadi. Alisya telah berdiri lalu mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang jurujual wanita itu.

“Siapa tu tadi?” soal jurujual yang kurus tersebut.

“Entah. Tak kenal pun.” Jawab Alisya lemah.

“Are you okey?” soal yang berbadan gempal pula.

“Okey. Saya okey. Terima kasih sekali lagi sebab tolong saya. Kalau tak ada you all, mungkin kaki saya patah dikerjakannya.” Alisya bergurau sambil menahan sakit di siku.

“Melampau betul perempuan itu. Tak kenal pun dia boleh balun, tak tahulah kalau kita ni musuh dia. Mungkin kita terus dibunuhnya.”

Alisya menceritakan secara ringkas detik bermulanya pertelingkahan tadi terjadi. Setelah beberapa ketika menenangkan diri, Alisya meminta izin mengenakan terus jeans yang mahu dibeli bagi menggantikan skirtnya yang telah rosak.

Pengalaman yang baru berlaku itu menghantui fikiran Alisya sehinggakan di dalam perut teksi dia terus mendail nombor Zikry untuk mengadu.

“You! I tengah frust ni.”

“Hello?” suara halus menjawab di hujung talian.

Alisya melihat di skrin telefon, memang benar dia mendail nombor Zikry tetapi mengapa suara wanita pula yang menjawabnya. Dadanya terus berdegup dengan kencang. Serta merta dia memutuskan talian.

Hari Isnin yang indah. Pagi itu Hazzim memulakan kerjanya dengan rasa semangat yang luar biasa. Dia ingin memulakan kehidupan yang baru. Fas...
Unknown Dec 9, 2009
Oh! MyKarya!

PUISI: SAAT MATA BERTEMU

Dalam alam semesta
yang riuh rendah
mengapa aku rasakan
sepi dan sunyi

dalam kesibukan masa
yang pantas bergerak
mengapa aku termangu
diam dan kelu

dalam kedinginan hujan
yang lebat mencurah
mengapa aku terbiar
basah dan sejuk

dalam kita bersatu
mata mu bertemu mataku
mengapa aku berpaling
kosong dan sepi

saat mata bertemu
rasa cinta itu adalah
jawapan sebuah perpisahan.

Dalam alam semesta yang riuh rendah mengapa aku rasakan sepi dan sunyi dalam kesibukan masa yang pantas bergerak mengapa aku termangu diam ...
Unknown
Oh! MyKarya!

NOVEL: MENGAPA DI RINDU 5

Sampai sahaja di pejabat Hazzim terus mendail nombor telefon Kamal. Dia ingin memaklumkan situasinya tadi semasa terserempak dengan Alisya. Dia tidak mahu Alisya salah faham dengannya. Dia tidak mahu Alisya menganggap yang dia kaki perempuan, penipu dan suka mengambil kesempatan.

“Faham bang.” Itulah jawapan Kamal semasa dia memaklumkannya.

Lepas segala beban yang tersandang di bahu sejak balik dari makan tengahari tadi sehinggalah dia berjaya menghubungi adik angkatnya itu. Ini semua gara-gara Wida perempuan penyibuk itu. Kenapa pula dia mesti muncul dalam kehidupanku lagi. Entah apa pula kerenahnya kali ini.

“Jangan risau abang Hazzim. Kak Lisya tentu akan faham.”

“Kamal agak dia akan tanya tak?”

“Entahlah bang. Selalunya dia jarang tanya. Cuma dia banyak berpesan pada Kamal agar berhati-hati memilih kawan.”

Hazzim menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuk yang menjadi tempat bernaungnya. Syarikat pembinaan milik ibunya itu sedang berkembang dengan pesatnya, jadi mahu tidak mahu dia terpaksa berkorban. Kelulusan yang diperolehi di luar negara jauh melencong dengan bidang yang diceburinya sekarang. Jika tidak kerana ibunya, sudah lama dia menjadi seorang doktor.

“Encik Hazzim. Call line 2.”

“Dari siapa Dira?”

“Cik Wida…”

Hazzim segera memotong. “I don’t want to talk to her.”

“Okey.”

Hazzim melihat talian telefon tidak bekelip-kelip lagi. Mesti perempuan itu telah memutuskan taliannya. Padan muka dia! Siapa suruh cari nahas dengan aku, bisik Hazzim sendirian. Di dalam kereta tadi dia memang sengaja tidak mahu membuka mulut, waima berkata ya atau tidak ke atas segala pertanyaan dari Wida.

Telefon genggamnya pula berlagu-lagu minta dijawab. Tertera di atas skrin ‘private number’. Sudah menjadi polisi Hazzim untuk tidak menyambut panggilan yang tidak didapati di dalam senarai simpanannya. Lama kelamaan bunyi itu mati dengan sendirinya. Itu mesti Wida, entah dari mana dia dapat nombor telefonku! Gumamnya dengan nada tidak puas hati.

Dia meluru keluar mencari Adira tetapi tempat gadis itu kosong. Mungkin Adira pergi ke tandas. Dia masih tidak berpuas hati selagi tidak mengetahui siapa gerangan yang memberikan nombor telefon bimbitnya kepada perempuan yang telah dibencinya itu! Dia mundar mandir di hadapan meja Adira seraya melonggarkan ikatan tali lehernya.

Dia pasti mulai saat ini hidupnya akan jadi kucar kacir kembali dikerjakan oleh Wida. Wanita itu datang lagi setelah dia berupaya melupakannya. Kerana keluarga, dia sanggup berkorban. Dia akur dengan kehendak ibunya yang tidak mahu dia berkahwin dengan Erwida. Tetapi kini kenapa wanita itu muncul lagi tanpa diundang. Dahulu ketika kehilangannya, dia umpama kapal kehilangan nakhoda! Dan apa yang dia tahu, pemergian Wida ada kaitan dengan ibunya!

“Ha! Adira. Dah ada pun awak. Awak pergi mana tadi?”

“Tandas…Encik Hazzim.”

Adira hairan dengan sikap Hazzim semenjak pulang dari makan tengahari tadi. Kelakuannya berubah 360 darjah! Apakah gerangan yang membuatkan Hazzim kelihatan seperti orang yang tengah sasau? Segalanya serba tidak kena. Untuk bertanya lanjut, dia tidak berani. Dia faham benar dengan angin dan ‘mood’ bosnya itu. Mungkin kali ini masalahnya agak berat, jika tidak masakan wajahnya kelihatan tidak gembira.

“Ada awak bagi nombor baru saya pada sesiapa tadi?”

“Tak ada bos.”

“Perempuan yang call bernama Wida tadi ada minta nombor saya?”

“Ada tapi saya tak bagi pun. Lagipun saya tak kenal dia, buat apa saya bagi nombor Encik Hazzim.”

“Bagus! Sila ‘blacklist’kan nama dia. Okey.”

Dahi Adira berkerut-kerut tanda tidak faham apa yang diperkatakan oleh Hazzim itu. Sampai begitu sekali jalan yang diambilnya. Kalau sudah disenarai hitam, ini bermakna perempuan tadi musuhnya. Sebarang panggilan atau apa-apa agenda yang berkaitan dengan wanita bernama Wida tidak boleh disampaikan kepada Hazzim. Sakit kepala Adira memikirkannya.

“Tapi kenapa, bos?”

“Buat saja apa yang saya suruh. Faham.”

“Faham.” Sepatah Adira menjawab. Wajah masam Hazzim tidak memungkinkan untuknya mengusik bosnya seperti selalu.

Apabila Hazzim sudah beredar ke biliknya, Adira meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 2.45 petang. Semua staf telah berada di tempat masing-masing melakukan kerja rutin mereka. Adira sibuk menjawab panggilan yang masuk. Jika sempat, dia meneliti surat dari pelbagai jabatan di luar sana dan membawa masuk ke bilik Hazzim untuk tindakan selanjutnya.

“Hazzim ada kat bilik dia?”

Satu suara garau tiba-tiba memecah kesunyian suasana pejabat yang tadinya sepi. Beberapa pasang mata mengarah ke pintu utama yang menempatkan Bahagian Pentadbiran di tingkat dua bangunan itu. Adira sedang bercakap dengan seseorang di corong telefon. Sebaik dia meletakkan telefon ke tempatnya, telinganya menangkap bunyi bising-bising dari arah pintu utama jabatan pentadbiran tersebut.

“Mana bilik dia. Aku nak jumpa dia!” suara garau itu melengking lebih kuat dari tadi.

Adira segera bangun mendapatkan lelaki berpakaian formal dan bertali leher itu. Dia kenal dengan lelaki itu. Anak sulung Dato’ Yusniza, pemilik syarikat tempatnya bekerja.

“Dia ada kat dalam Encik Ammar. Mari ikut saya.”

Adira membawa Ammar ke bilik Hazzim. Terpampang perkataan ‘Pengurus Besar’ diluar pintu bilik Hazzim, jawatan yang disandangnya hampir empat tahun lalu. Belum sempat Adira mengetuk pintu, Ammar terlebih dahulu menolak daun pintu dengan kasar dan meluru ke arah Hazzim yang sedang bergayut.

Hazzim mengangkat tangan mengisyaratkan Adira agar meninggalkan Ammar dengannya. Adira akur lalu keluar dengan berbagai perasaan menghantui fikiran. Kalau datang macam samseng! Rungut Adira tidak puas hati dengan sikap kasar Ammar tadi. Seingatnya, belum pernah lelaki itu datang ke pejabat pembinaan ini. Dia mengenali ahli keluarga Hazzim pun ketika menghadiri rumah terbuka yang sering dianjurkan oleh pemilik syarikat tersebut.

***

“Duduk bang.”

“Aku nak cepat. Aku nak tanya, kenapa kau buat Wida macam itu. Kau tak angkat panggilan dia, kau halau dia macam sampah. Marah-marah dia tak tentu pasal…why!?”

“Apa maksud abang?”

“Wida telefon aku tadi. Dia kata kau dah tak nak jumpa dia lagi. Apa ni Zim!”

“Memang saya buat macam itu. Saya dengan dia dah putus bang. Dah lama. Saya pun dah boleh lupakan dia. Saya dah boleh terima semuanya. Kenapa pulak abang yang sibuk-sibuk dalam masalah saya?” soal Hazzim tidak puas hati dengan tindakan Ammar mencampuri urusannya.

“Kau tu adik aku. Dulu masa kau susah, masa kau merana kena tinggal…akulah tempat kau mengadu. Sekarang bila dia ada, kau pulak halau dia. Manusia jenis apa kau ni! Susah-susah aku pujuk dia balik pada kau. Tup-tup kau buat macam ini.”

“Abang. Bukannya abang tak tahu. Ibu yang suruh saya putus dengan dia. Dan…itu semua dah saya ikut. Sekarang apa lagi abang nak saya buat.”

Ammar duduk juga akhirnya setelah dari tadi berdiri mencekak pinggang menyerang Hazzim bertubi-tubi.

“Abang kasihan tengok kau orang berdua. Itu yang abang pujuk Wida untuk sembuhkan hati kau, balik semula pada kau.”

“Saya sekarang dah boleh terima, bang. Saya dah sembuh. Tak perlu dia lagi dalam hidup saya.”

Ammar mengeluh. Apakah dia tersilap membuat percaturan untuk adiknya itu? Hazzim adalah adiknya yang disayangi, dia tidak mahu Hazzim terus terluka. Dan, pada fikirannya tentulah dengan membawa Wida pulang ke sini, akan menyembuhkan luka adiknya itu.

“Terima kasih sebab jadi abang yang prihatin. Percayalah cakap saya bang…saya dah okey. Kalau abang nak saya berbaik semula dengan Wida, saya akan buat. Tapi biarlah hubungan ini atas dasar kawan sahaja.”

“Kau terimalah dia semula. Aku kesian tengok dia. Dia menaruh harapan yang tinggi pada kau, Zim. Aku tak tahu yang kau sekuat ini, tabah…dan yang paling abang suka, kau dah boleh lupakan semua yang ibu buat pada kau.”

Hazzim tersenyum kelat. Memikirkan apa yang ibu buat padanya, segala keputusan yang ditentukan dan yang paling membuatnya kecewa, ibu memutuskan kasih sayangnya dengan wanita yang dicintai satu ketika dahulu. Kini, dia mengikut apa yang ibunya mahukan. Sehingga sekarang tidak berteman. Tidakkah berhubungan kembali dengan Wida bakal menyakitkan hati ibunya semula? Dia bingung memikirkan permintaan abangnya yang satu itu.

“Tengoklah bang.” Hanya itu yang mampu diucapkan dari bibirnya.

“Aku balik dulu. Maaf tadi aku agak terburu-buru. Dengar perempuan menangis dan merayu-rayu buat aku hilang pertimbangan tadi. Sorry, dik.”

Setelah Ammar pergi meninggalkannya, Hazzim berteleku di tempat duduknya. Kenapa tiba-tiba semuanya datang semula. Ammar sebagai seorang abang telah menjalankan apa yang sepatutnya, mencuba pelbagai cara agar hidup adiknya itu kembali ceria. Tetapi kini hatinya telah dicuri oleh seseorang yang bukan bernama Wida lagi. Wida adalah sejarah silamnya. Itu pun abangnya tahu. Mengapa kini dia mengutip kembali sejarah yang telah dipadam dari ruang ingatannya? Apakah sebenarnya yang difikirkan oleh Ammar? Menyakiti hati ibu sendiri untuk membalas dendam? Mengapa mesti melalui aku, adiknya sendiri?

***

Mizah datang lagi malam itu ketika Alisya sedang asyik menaip di atas laptopnya, mengait baris demi baris menjadi satu bab. Dia sedang cuba menyiapkan novel terbarunya. Novel yang baru dirangka belum lagi berjodol. Baru sahaja dia berjaya menyiapkan bab awal penceritaan. E-mel Mizah kadangkala mencuit hati. Mereka tidak berYM seperti kebiasaan orang lain yang berchatting di internet. Alisya yang tidak mahu begitu. Dia lebih gemar menggunakan pengantara e-mel dengan peminatnya. Mereka kebanyakannya peminat tulisannya di dalam majalah yang diterbitkan oleh syarikatnya.

‘Hari ini saya berjaya mengatasi kelemahan diri saya setelah bertahun-tahun saya dihantui oleh perkara tersebut. Saya berjaya mengatakan TIDAK kepada bekas kekasih yang ingin kembali menyambung ikatan. Saya berjaya, Cik Alisya.’

‘Tulisan Cik Alisya di majalah sering saya ikuti. Setiap tulisan begitu memberikan motivasi kepada diri saya. Saya amat menghargai apa yang Cik Alisya lakukan selama ini. Selamat berjaya Cik Alisya

P/S: Boleh saya tahu nama novel-novel cik Alisya yang telah diterbitkan?

Dari Mizah-Pemujamu’

Alisya tersenyum membaca kalimah ‘Pemujamu’ yang digunakan oleh Mizah di dalam e-melnya. Adakah dia begitu fanatik denganku, yang hanya merupakan penulis picisan yang tiada nama di dalam dunia sastera tanahair? Siapalah aku berbanding nama-nama besar seperti A. Samad Said, Azizi Hj. Abdullah atau penulis kegemaranku, Norzailina Nordin? Alisya berimaginasi sambil cuba mengingati satu persatu wajah penulis kegemarannya.

Alisya mula menaip untuk membalas e-mel dari Mizah.

‘Terimakasih di atas kata penghargaan yang diucapkan. Tiada kata seindah bahasa untuk saya hulurkan melainkan ribuan ucapan terimakasih sekali lagi. Kita tidak mampu membahagiakan semua orang, kecuali carilah bahagia untuk diri sendiri. Apabila diri kita bahagia, mudah-mudahan orang lain akan ikut merasainya. Benarlah kata orang, pahit dahulu akan manis akhirnya.

Bukankah itu yang Mizah alami sekarang?’

Selepas menaip balasan untuk Mizah, Alisya menutup sementara laptopnya. Dia ingin merehatkan minda. Dia pandai menasihatkan orang tetapi adakah dia sendiri sedang berbahagia? Sudah beberapa hari dia ‘terputus’ hubungan dengan Zikry. Sengaja dia tidak mahu menganggu teman lelakinya itu, tetapi nampaknya kini dia pula yang terasa. Zikry seolah-olah membiarkan dirinya di awang-awangan. Zikry langsung tidak mengirimkan SMS, jauh sekali untuk cuba menghubunginya. Zikry telah semakin jauh dan jauh. Dia bimbang sekiranya terus dibiarkan, Zikry terus tidak dapat digapai. Hatinya tiba-tiba diruntun sebak.

Beberapa kali nombor Zikry di dail tetapi masih tiada jawapan. Apakah dia masih di tempat kerjanya? Alisya arif benar dengan keadaan tempat kerja Zikry yang dikelilingi dengan mesin. Bunyi setiap mesin pula boleh menganggu deria pendengaran seseorang. Mungkin itu sebabnya dia tidak menjawab panggilan masuk di telefonnya.

Alisya keluar dari biliknya dan mencari Kamal yang sudah balik sejak petang tadi. Dia ingin membuang jauh perasaan celaru yang sedang bertandang di hati. Dia ingin menceritakan masalahnya kepada Kamal.

Dia mencari di ruang tamu, kelibat adiknya itu tiada. Kelihatan lampu bilik Kamal terpasang. Mungkin Kamal sedang berehat setelah seharian menguruskan kedai ikannya.

“Masuk, kak.”

Alisya menguak daun pintu. Kamal sedang berbaring sambil memangku gitar di dadanya. Bilik bujang itu nampak kemas sedikit berbanding beberapa minggu lepas. Selepas dia mengamuk dengan Kamal, barulah terdapat sedikit perubahan.

“Penat hari ini? Ramai orang?”

“Ramai juga.”

“Business okey tak? Atau Kamal nak akak tolong apa-apa yang patut?”

“Semua ok, kak Lisya. Jangan risau. Akak okey?” giliran Kamal pula menyoal.

Alisya melepaskan satu keluhan berat. “Okeylah.”

Daripada berbaring Kamal duduk pula di sebelah Alisya. Dia dapat merasai yang kakaknya cuba memperkatakan sesuatu. Dia mengerling wajah muram Alisya. Mesti kakaknya risaukan abang Zikry. Pasti abang Zikry penyebabnya sehingga Alisya berkeadaan begitu.

“Kak Lisya bergaduh ke?”

Diam. Alisya merenung dinding dengan pandangan kosong.

“Abang Zikry ada call akak?”

“Dah hampir seminggu dia tak call. SMS pun tak ada. Agaknya dia sibuk kut.” Alisya menjawab umpama memujuk diri sendiri.

“Ya ke dia sibuk, atau buat-buat sibuk. Entah-entah dia memang tak nak call akak. Akak aje yang tertunggu-tunggu. Berapa kali dah dia buat akak macam ini. Dah selalu benar Kamal tengok. Akak masih lagi nak harapkan orang macam itu. Tak payahlah kak.”

“Apa Kamal cakapkan ni, akak tak faham.”

“Ala kak…dah lama Kamal jadi pemerhati. Kamal tengok akak sorang aje yang jadi perindu, macam menunggu buah yang tak gugur. Sudah-sudahlah kak Lisya.”

Kamal kasihan dengan Alisya sebenarnya. Kakaknya memang seorang pencinta yang setia. Tetapi sayang, orang cantik dan sebaik kak Alisya bertemankan seorang lelaki yang tidak pandai menghargai. Alangkah baiknya jika kakaknya itu mencari orang lain untuk dibuat suami. Bukankah abang Hazzim sedang mencuba. Dia tidak pasti sejauh mana abang angkatnya itu serius mahu mendekati Alisya.

“Kamal tengok akak macam itu ke? Akak dah terlalu lama dengan dia, Mal. Semua perangainya akak dah faham. Dia pun dah tahu perangai akak. Akak malas nak bertukar teman sana sini kalau hasilnya juga serupa. Kami ada merancang untuk bertunang…”

“Ha! Baguslah kalau macam itu. Bila tu?” soal Kamal gembira.

Alisya mengeluh lagi.

“Dalam perbincangan. Tapi akak tengok dia macam tak berminat. Dia kata lain kali boleh bincang. Akak tak tahu apa masalah dia. Buntu akak, dik.”

Kamal mengelus lembut bahu Alisya. Sekuat manapun seseorang itu, pasti dia mahukan keselesaan. Dia mahukan perhatian. Memang luarannya nampak kuat dan teguh, kecamuk di dalam siapa yang tahu. Makin lama semakin kuat kasih sayangnya untuk Alisya, kakak yang telah menjaganya sehingga sekarang semenjak pemergian kedua orang tua mereka di dalam kemalangan. Dia berjanji akan menjaga Alisya seperti nyawanya sendiri. Jika perlu, dia sanggup menyerahkan nyawanya untuk Alisya.

“Kakak masih sayangkan dia?” pendek sahaja pertanyaan Kamal.

“Kamal pun tahu kan. Akak mana ada orang lain. Dialah satu-satunya buah hati akak sejak dari ‘U’ lagi. Tipulah kalau akak kata dah hilang sayang akak untuk dia.”

“Kak Lisya tak nak cuba dengan abang Hazzim?” Kamal memberanikan diri bertanya.

“Apa? Kamu ni…ke situ pulak. Hee…tak nak akak. Kenal dia pun tidak, nak suruh cuba. Jangan main-main dik.”

Kamal tersengih. Dia sekadar bertanya, jika Alisya tidak mahu apa yang dia boleh buat. Itu semua haknya untuk membuat keputusan. Serta merta hilang segala benda yang telah terkumpul di dalam kepalanya berkaitan dengan Hazzim.

Sampai sahaja di pejabat Hazzim terus mendail nombor telefon Kamal. Dia ingin memaklumkan situasinya tadi semasa terserempak dengan Alisya. ...
Unknown Dec 4, 2009