Chae Rim Dalam Blue House (Rivals)

loading...


Chae Rim, ataupun sebagai Dal Ja di dalam satu siri drama komedi yang terkenal bertajuk Dal Ja’s Spring, telah membintangi Drama bersiri Isnin-Selasa di KBS bertajuk 'Rivals" sebagai teraju utama.Penggambaran dilakukan di Blue House iaitu kediaman presiden (Cheongwadae), berlawan dengan Lee Jong Hyuk (yang seksi!) dan Lee Jin Wook (yang cute!)

Karekter Chae Rim — bertenaga, sentiasa bersedia dengan ketidaktentuan — memasuki Blue House sebagai pekerja baru (agen perkidmatan keselamatan) dan melalui dengan jayanya; Siri ini adalah menggambarkan segala "dunia, cinta dan kehidupan harian" yang berada di Blue House.

Lee Jin Wook (pelakon Air City, Smile Again, Someday) memegang peranan sebagai anak presiden yang nakal, bermasalahdan kasar, manakala Lee Jong Hyuk (pelakon A Good Day to Have an Affair, A Dirty Carnival, Green Rose)adalah kuda hitam di dalam perkhidmatan keselamatan presiden dan juga bekas rakan sekolej Chae Rim.

Melalui mereka drama ini banyak menggambarkan aksi-aksi dan keadaan di sebalik kehidupan sebagai agen seperti latihan fizikal, tugas kawalan khas, dll. Dalam masa yang sama 3 watak utama terlibat dengan cinta tiga segi (sudah biasa!).

Siri ini diarahkan oleh Han Joon Seo PD of Capital Scandal, and ditulis oleh Kang Eun Kyung yang menulis Dal Ja’s Spring, Bichunmu, and Hotelier.

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.