Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Jan 14, 2009

Kunci Kunci Ke Syurga

nur aynora
mengenang satu hari yang manis bersamamu
bagaimana kau luahkan dambaanmu pada rahmat Tuhan
menjelang akhir zaman
kau katakan tentang
kunci-kunci ke syurga

betapa kau tanyai
dimana kunci-kunci untuk membuka pintu idaman itu
lalu aku termangu
merenung kembali wajah mulusmu

dengarlah...
kunci itu di tanganmu melawan nafsu
ingatkah sujud khusyukmu kala Zuhur
ingatkah tunduk tawadukmu kala Asar
ingatkah titis airmatamu pada sejadah kala Maghrib
ingatkah Al-fatihah mu yang syahdu kala Isyak
dan kau sambung Tahajud di sepertiga malam
sebelum kau menyerah sujud kala Subuhmu

benarlah itu yang kau katakan
mulakan sekarang
kita belum terlewat untuk syurga Tuhan.

nur aynora / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates