Kapal Kehidupan

loading...
Luka kerana dilukai
kecewa kerana dikecewakan
melihat ia dimana-mana
memalit cantiknya perjalanan masa
dengan rencah kerenah manusia
ada wang maruah melayang
ada rupa malu tergadai
ada kuasa bermaharajalela
ada manusia, KITA lah mangsa!

wang bukan raja
tetapi ia adalah hamba
untuk orang yang waspada

ada mata lihatlah dengan saksama
ada telinga dengarlah dengan teliti
ada lidah berkatalah yang benarbenar belaka
ada akal berfikirlah dengan bijaksana

kitalah kapten yang mengemudi
kemana nak di bawa
kapal kehidupan ini

jangan sampai terlewat
nanti tergadai maruah dan nyawa
demi perjuangan yang tiada nilainya!

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.