Maafkan Aku Teman
ketika ini
aku tahu kau sedang marah
tatkala membilang daun-daun kenangan
meski tak nampak yang terkoyak
atau yang lusuh
dek panas dan hujan
di sudut paling dalam
kau memendam perasaan
aku sebenarnya tidak tahu
apa silapku yang lalu
kerana rentetan tali persahabatan kita
dah lama tak tercuit
kerana aku rasakan
antara kita memang tidak serasi
keliru tatkala kau bicara
kecil hatimu menyimpan lama
sesuatu yang kau tak mampu
meluah melalui kata...
kiranya ku tahu dulu
tentang ayat-ayat rindu
yang melagu di dadamu
hingga kau sendiri teramat malu
kan ku ucapkan padamu
maafkan aku teman
penolakan ini tiada makna
juga bukan kerana aku tidak suka...
sebenarnya aku dicintai
oleh insan yang lebih berhak
dimiliki oleh sekeping hati
yang telah lama bersemadi
abadi menjadi memori
sehingga saat ini
aku masih tidak mampu mencari pengganti
maafkan aku teman...
Post a Comment
TINGGALKAN KOMEN ANDA: