Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

May 22, 2009

NOVEL: CINTA KAMELIA 7

nur aynora
"Ijol... kau free tak? Temankan aku breakfast!"

"Gila kau! Pagi lagi ni beb. Aku baru nak solat subuh...kau apahal?!"

"Cepatlah kau siap. Aku tunggu kau lagi setengah jam. Tempat lepak biasa. Cepat hoi..."

"Cepat hotak hang. Lewat sikit...kalau sanggup, tunggu!"

"Ok.ok."

Klik! Talian diputuskan.

Zulhariz bergegas ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Fikirannya menerawang mengingatkan kelakuan Zek yang agak pelik hari ini. Jam baru mencecah 6.30 pagi sewaktu Zulhariz keluar dari bilik air. Setelah usai solat Subuh dan kemas berpakaian dia mendapatkan Mitsubishi Lancernya dan memecut laju ke pusat bandar yang jaraknya lebih kurang 20 kilometer.

Dari jauh dia sudah ternampak Zek sedang menyedut minumannya tetapi dalam keadaan yang tidak stabil. Apakah rakannya dalam keadaan mabuk? Tak mungkin!

Zulhariz menepuk bahu Zek dari belakang. Seperti tiada respon dari empunya badan.

"Kau okey?"

"Tak."

"Apahal ni..."

Zulhariz menggamit ke arah seorang mamat Bangladesh yang bekerja di restoran 24 jam itu. Kemudian dia memesan roti canai dan teh tarik untuk mengalas perutnya di awal pagi itu. Inilah makanan rakyat Malaysia yang seringkali dikaitkan dengan peningkatan kadar pengidap kencing manis dan darah tinggi. Tapi untuk orang muda yang aktif dan agak kurus seperti aku, itu bukan menjadi masalah; fikiran Zulhariz tiba-tiba menyimpang ke situ pula.

"Tunang aku beb!"

"Kenapa dengan dia? Sweet heart aku...alamak! Ceritalah...dia orang kenapa?" Zulhariz pula yang melebih-lebih dibandingkan dengan Zek yang tadinya nampak keliru.

"Tunang aku yang kena, kau pulak sibukkan si Melia. Awek kau okey. Dia tersalah call mak bapak Baiti, aku yang angkat. Aku terkejut badak masa dia call tadi. Baiti kena serang. Kena tikam. Risau aku...macam nak terbang ke UK sekarang jugak!"

"Alhamdulillah..."

"Kau suka Baiti yang kena? Melampau kau ni..."

"Bukan. Syukur sebab dua-duanya selamat. Kau ni sensitif betul."

"Mana kau tau dia selamat? Aku tak cakap pun?" Zek terkebil-kebil.

"Laa...kalau dia dah tak ada, kau pun tak ada kat sini. Aku rasa kau dah kat atas katil hospital."

Kedua-duanya ketawa gelihati dengan kerisauan masing-masing. Keadaan yang tadinya kalut semakin santai dan rilek. Mereka menikmati sarapan pagi sambil menonton berita pagi yang disiarkan di kaca televisyen di restoran tersebut.

"Kau nak turun UK ke?" Zulhariz menduga.

"Ulu Kelang sangguplah..."

"Aik! Tadi bukan main berapi-api...ni cakap sudah lain."

"Tadi saja release tension. Bila dah cerita kat kau, dah transferlah tension ni kat kau pulak."

"Oo...itu macam ka? Jadi, bila dia orang boleh balik?"

"Tangguh lagi seminggu. Minggu depanlah...tak sabar ker?" Zek mengenakan Zulhariz pula.

"Bukan tak sabar. Aku jadi takut. Takut dia tau yang selama ini kita intai dia pakai mikroskop..." jawab Zulhariz serius.

Zek mengiyakan pendapat Zulhariz itu, bagaimana jika Baiti terpecah rahsia mengenai kegiatan rahsia mereka selama ini? Atau, Aini membongkarkan yang mereka sepejabat, walau telah di minta merahsiakan perkara ini. Ribut jadinya memikirkan kemungkinan-kemungkinan tersebut.

***

"Aku dengar Melia tangguhkan kepulangannya. Kenapa yek?"

Setelah mendapat tahu berita itu dari ibu bapa Kamelia, dia terus memberitahu Zulhariz pula tentang perkara itu. Entah mengapa dia merasakan Zulhariz patut tahu segalanya tentang Kamelia. Kadang-kadang dia perasan, Zulhariz membelek kad berukuran poskad ketika berseorangan. Dan setahunya, kad-kad seperti itu dahulu pernah diberikan Kamelia kepada bosnya itu. Tetapi, takkan 'minah garang' dengan 'budak gila' tu bercinta? Alamat perang dunia jawabnya...; Aini berbisik kepada dirinya sendiri seraya merenung tajam ke arah bosnya merangkap bekas rakan sekolahnya.

"Kau jangan goda aku macam tu, Aini. Main tenung-tenung pulak tu."

"Apa salahnya. Kau pun single lagi. Aku pun sama. Lainlah kalau kau ada seseorang yang kau rahsiakan dari kawan kau ni..."

"Mana ada. Kau ni pandai je..."

"Mana tau, tiba-tiba je dapat kad jemputan." Aini menduga lagi.

"Kau cakap apa tadi? Melia tangguhkan balik Malaysia? Kenapa pulak eh..?" Zulhariz tidak mahu meneruskan perbualan tentang kisah peribadi lagi dengan Aini.

"Pandai kau tukar topik! Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Ingatkan kau tau. Zek tak cakap apa-apa ke?"

"Ada. Aku dengar setakat tu je."

"Aku keluar dulu lah. Ada apa-apa berita, share with me, okey."

Aini sudah memegang tombol pintu untuk keluar dari bilik bosnya itu. Kemudian dia menoleh semula ke arah Zulhariz.

"Aku tak percaya pada kau lah!"

"Pasal apa?"

"Kau orang macam simpan sesuatu dari aku!" tebak Aini.

"Kau tu yang banyak prasangka. Banyak sangat makan tongkeng ayam..."

"Apa kena mengena tongkeng ayam ni..."

"Banyak cakap! Suka buruk sangka!"

Zulhariz ketawa berdekah-dekah melihatkan Aini yang kekalutan. Tak jadi Aini nak bertanya lanjut tentang desakan nalurinya. Lain kali dia akan cuba lagi. Dia pasti!

***

Mesyuarat bulanan petang itu amat memenatkan bagi Zulhariz. Pembentangan laporan jualan hartanah yang merosot, projek diberhentikan untuk dua minggu kerana bahan binaan yang di pesan belum sampai dan kehabisan stok, perbelanjaan pejabat yang meningkat dan lain-lain masalah teknikal menyebabkan Pengarah Urusan mereka tidak berpuashati dengan pencapaian syarikat.

Zahari, budak pejabat yang sentiasa tersenyum mengetuk pintu bilik Zulhariz sebagai menghormati bosnya yang muda dan kacak itu. Zulhariz menyambut kedatangannya dengan senyuman terpaksa dek perasaan yang liang libu setelah bermesyuarat tadi.

"Bos, mintak sign claim..."

"Apa ni?"

Zulhariz meneliti resit-resit yang dihulur oleh Zahari menunjukkan penggunaan minyak hariannya sewaktu keluar menjalankan tugas. Selang dua hari Zahari mengisi minyak motornya. Dalam tempoh sebulan kos minyaknya kadangkala mencecah RM75 hingga RM90. Belum lagi di campur dengan kos penyelenggaraan kenderaan bertayar dua itu. Makin sakit kepala dibuatnya.

"Ini semua betul ke?"

"Mestilah bos. Takkan RM2.00 pun saya nak sapu." Zahari menyeringai.

"Yang penting kat sini. Hati. Mesti mahu ikhlas...jujur." Zulhariz bercakap sambil memegang dadanya.

Itu bukan hati, itu dada. Apalah bos ni, cakap tak serupa bikin!; Zahari merungut sendirian.

"Saya dengar apa awak kata kat dalam tu. Jangan mengumpat saya."

"Mana ada bos!"

Wajah Zahari merah padam disindir bosnya sendiri. Setelah selesai resit-resit itu disahkan oleh Zulhariz, dia menyerahkan pula kepada Adalia untuk urusan selanjutnya.

"Cepat sikit payment tu, woi. Aku nak guna duit. Dah pokai ni." Zahari mengingatkan Adalia.

"Kau semua nak cepat. Tapi kalau hantar dokumen, liat! Curi tulang! Tunggulah 2 minggu. Itupun dah kira cepat..." Adalia membebel.

"Tolonglah Lia...awek aku birthday dia dah dekat. Aku nak guna betul ni." Zahari memperlahankan suaranya.

"Oh! Itu rupanya...sori Zahari, tunggu 2 minggu! Muktamad! Lagipun akaun department tengah kira bonus."

"Apa? Bonus? Macam tak caya jer...kalau gitu claim tadi sebulan pun tak pe...he...he..." Zahari berlalu sambil bersiul-siul kecil.

Adalia memandangnya seraya menggelengkan kepala. Tidak faham dengan anak muda zaman sekarang, melebihkan teman wanita daripada orang tua dan keluarga sendiri.

***

Zakaria mengunjungi keluarga bakal mentuanya untuk membincangkan tarikh hari bahagia yang dijangka penghujung tahun itu. Suasana rumah kampung di pinggir bandar Batu Pahat itu sedikit tercemar dengan riuh rendah muzik anak muda yang dimainkan oleh jiran berdekatan.
Namun pepohon pisang, kelapa dan lain-lain sayuran kampung yang ditanam bertaburan di sekeliling rumah membuai perasaan damai dalam diri Zakaria.

"Kau buat apa kat bawah tu, Zek. Naiklah...emak kamu ada kat belakang tengah menyiang (membersihkan) pisang tanduk. Nak buat kerepek, minggu ni kan si Baiti balik..." ayah Baiti yang berusia lingkungan 60-an mempelawa bakal menantunya naik.

Memang sengaja Zakaria tidak memberitahu tentang Baiti yang menangguhkan kepulangannya dek kerana kejadian malang yang berlaku di apartmentnya. Yang penting Baiti sudah selamat. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan peristiwa tersebut ditakuti orang tua itu tidak dapat menerimanya.

"Lupa saya nak bagitau pak cik. Baiti balik seminggu lewat. Ada kerja yang perlu dibereskan segera kat sana. Urusan visanya pun belum selesai. Tu yang saya datang nak bagi tau ni..."

"Ohh! Gitu pulak. Tak ada pulak dia telefon sini. Main pesan aje kat kamu, Zek!" macam merajuk bunyinya.

"Begitulah pak cik. Jangan risau... kan dia nak balik terus. Studynya dah habis. Lepas tu hari-hari boleh tengok dia."

Zakaria tertawa sendiri sebaik menuturkan ayat tersebut. Macam aku pujuk kanak-kanak pulak!

"Lepas ni kaulah yang boleh tengok hari-hari. Kau orang kan dah nak kahwin." ayah Baiti membetulkan maksud ayat Zakaria.

Kemudian kedua-duanya ketawa lalu menuju ke dapur mendapatkan ibu Baiti yang sedang membuat kerjanya.

nur aynora / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

0 comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates