Header Ads

PUISI: SERIBU KALI SAYANG

(Dia...)

Seribu kali sayang
seribu kali ungkapan cinta
seribu kali dendangan lagu kasih
seribu kali janji kau taburi
berkurun menanti mahligai di diri
hingga kelopak wangian kembang mekar
dedaun rindu menjadi rimbun

(Aku...)

tetapi
sekalipun telah menjadi sejarah
wangian cinta hilang baunya
kelopak rindu berguguran jua
dan berabad mendamba jawapan
janji ditabur berganti sangsi
melodi kasih pincang rentaknya
ungkapan cinta menjadi dusta
sayang nan beribu, kini tiada nilanya...

(Dia ii...)

di matamu
aku tiada lagi
yang tinggal adalah jejak-jejak kelam
dan arah hidup semakin kabur.

(Dia ii...)
pergilah
kalau itu membuatkan kau bahagia.

RON APILZA
6.55 petang
Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.