Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Nov 24, 2009

NOVEL: SURATAN 5

nur aynora
Semenjak kebelakangan ini pelbagai perkara berlaku ke atas Haizan. Kelmarin dia dipanggil lagi oleh guru displin kononnya menyebabkan pergaduhan di belakang tandas sekolah. Haizan marah benar dengan orang yang pandai-pandai menuduhnya, kenal pun tidak, inikan pula terlibat sama! Mungkin ada orang yang ingin menconteng arang di mukanya. Seminggu sebelum itu motornya dipancitkan. Ada yang berani menelefon ke rumah mengkhabarkan kepada emaknya yang Haizan liar di luar sekolah.

“Mak kan kenal dengan Azeem ni. Dari dulu nak ke mana-mana bagitahu. Kalau keluar pun dengan budak empat ekor tu. Malam saya pergi tuisyen. Lagipun jiwa saya tak suka benda-benda tak betul ni mak...” tegas Haizan bila satu hari emaknya betul-betul naik angin.

“Jangan buat tak senonoh, Zeem. Ingat kau ada orang tua!” Emaknya mengingatkan untuk kesekian kalinya.

“Saya janji mak.”

Disebabkan cerita-cerita karut yang disebarkan berkaitan Haizan, Soraya terkena tempiasnya. Roshayati dan Famza sering mengingatkan temannya itu agar berhati-hati dengan Haizan. Mereka bimbang jika sesuatu terjadi kepada Soraya pula.

“Aku rasa nak slow down sikit dengan Azeem lah Yati, Miza...apa pendapat korang? Aku serik jadi bahan umpatan budak sekolah ni. Aku rasa tak bebas. Dia orang tengok aku macam aku ni penjenayah, pesalah. Padahal aku tak ada kaitan langsung.”

Famiza Inson dan Roshayati tercengang-cengang. Ke situ pula fikiran Soraya? Menjauhkan diri dari Haizan bukan bererti boleh selesai semua masalah. Mereka tidak percaya ianya sebagai satu jalan terbaik mengatasi masalah yang wujud.

“Aku tak rasa apa yang kau cadangkan itu bagus. Kau kena fikir buruk dan baiknya. That is not a good idea, Nina.” Roshayati memberikan buah fikirannya.

“Yes, Nina. I agree with her. You kena fikir cara lain, bukannya jalan bodoh macam tu.” Famiza pula menambah. “Selama ini kau yang memberikan Azeem motivasi, kekuatan, semangat setiakawan, rakan belajar yang bijaksana...semuanya. Sampai kita orang naik jealous, but not angry...” Famiza cakap berlapik.

“Entahlah, sekarang ni aku fikir itu saja jalan terbaik.” balas Soraya dengan nada kasar.

Roshayati menggeleng kepala. “Sejak bila kau jadi gadis yang mudah mengalah. Di mana sifat terpuji kau selama ini? Mana?”

Soraya hanya berdiam diri mendengar ulasan kedua-dua rakan karibnya itu. Memang selama ini dirinya yang mempertahankan Haizan, memupuk rasa kasih padanya dan berkongsi susah senang terhadap cabaran di dalam pelajaran. Namun, pada pandangan Soraya dia tidak mahu menambah beban kepada lelaki itu yang semenjak kebelakangan ini semakin tertekan.

***

Haizan tetap Haizan. Walau dia buntu memikirkan sebab musabab Soraya semakin jauh darinya, dia tetap tidak bertindak mengikut perasaan. Dia bukanlah seorang lelaki yang bodoh dalam menggunakan kesempatan. Semenjak pergeserannya dengan Soraya, dari saat itulah dia mendekati adiknya pula, Nazri. Peluang itu digunakan untuk selalu berkunjung ke rumah Soraya. Dengan cara itu dia boleh selalu buat-buat terserempak dengan Soraya walau senyuman Soraya lebih pahit dari manisnya. Dia memang tidak faham mengapa Soraya bertindak menjauhkan diri.

“Kak Nina selalu cerita pasal Julia.”

“Kenapa dengan Julia?” tanya Haizan sewaktu mereka berjalan meninggalkan gelanggang sepak takraw selepas habis latihan.

“Tak tahulah, Ari. Tapi dia kata ada banyak maklumat tentang Julia tu...”

“Abang tahu. Mesti dia salah sangka dengan Julia. Abang anggap Julia macam adik abang sendiri. Dia macam ada masalah besar. Abang rasa nak tolong dia... tapi bila kakak Ari buat hal, tak nak berkawan dengan abang lagi...abang jadi buntu. Nak tolong Julia ke tak nak.” luah Haizan panjang lebar.

“Itulah yang Ari cakap pada kak Nina. Tapi dia tetap tak faham. Dia banyak berubah sekarang. Ari makin tak faham dengan perangainya.”

Perbualan mereka terhenti setakat itu. Seperti biasa Haizan akan menghantar Nazri pulang.

“Kirim salam pada kak Nina ya...”

Begitulah setiap kali tabiat Haizan bila menghantar Nazri pulang.

“Kak Long, abang Azeem kirim salam. Tadi dia cakap lagi yang dia dengan Julia tu tak ada apa-apa. Cuma akak aje yang menaruh syak...” terang Nazri malam itu sewaktu mereka berdua duduk bersembang di ruang tamu selepas habis makan malam.

“Suka akaklah!” jawab Soraya endah tak endah sahaja.

Nazri malas melayan kerenah kakaknya lagi. Sambil menghidu udara malam, Nazri memerah otak mencari jalan agar hubungan kakaknya dengan Haizan berjalan seperti biasa.

“Ari tahu tak nama budak lelaki yang selalu nampak bersama Julia waktu habis sekolah?” tanya Soraya tiba-tiba.

“Entah! Tak perasan pulak. Kenapa kak?” soal Nazri penuh tanda tanya.

“Alah! Budak sebelah kelas Ari tu. Rambut dia cacak-cacak macam duri landak tu...”jelas Soraya lebih terperinci.

Kelihatan Nazri termenung seketika.

“Ohh! Si Herwan maksud kakak.”

“Bukan haruan...dia tu manusia.” sangkal Soraya.

“Ya lah. Nama dia Herwan!” jerit Nazri bila dicubit oleh Soraya.

Soraya yang tersalah sangka ketawa mengekeh hingga si Nazirul yang tidak tahu apa-apa menjenguk di muka pintu.

“Nina...ada call.” suara ayahnya kedengaran selepas mereka habis ketawa.

“Tak mahu jawablah ayah.” laung Soraya dari luar.

Nazri berlari meluru ke dalam. “Ayah! Biar Ari yang jawab call tu.”

Encik Abidin tersenyum melihat kelakuan Nazri dan Soraya. Yang seorang tak mahu menjawab, manakala yang satu lagi seolah ketagih panggilan telefon untuknya. Pelik budak-budak ni; rungut Encik Abidin lalu meneruskan tumpuannya ke kaca TV.

Soraya masuk sambil mengendong Nazirul. Matanya tidak lepas menjeling Nazri yang masih berbual dengan seseorang di telefon.

“Siapa?” tanya Soraya sebaik sahaja Nazri habis bercakap.

“Kawan kakaklah. Siapa lagi!”

“Siapa?!”

“Abang Hishamuddin...ketua pengawas tu...” ejek Nazri terus berlalu ke biliknya.

Soraya tercengang. Angin apa ketua pengawas itu menelefon aku! Mesti Nazri bohong; fikirnya dan terus berlari ke bilik Nazri.

“Ari! Jangan tipu akak!” ugut Soraya.

“Siapa yang nak tipu akak pulak. Dia tanyakan pasal kerja rumah yang cikgu beri. Kan tengahari tadi dia ada mesyuarat pengawas. Tak betul ke?” soal Nazri bagai menduga.

Soraya berfikir mengenai waktu persekolahannya tengahari tadi. Memang benar badan pengawas ada mesyuarat berdasarkan ketiadaan beberapa pelajar kelasnya semasa pelajaran Bahasa sedang berjalan. Tetapi mana mungkin Hishamuddin bertanyakan padanya sedangkan mereka tidak sekelas. Karut!

Soraya memukul Nazri dengan bantal. “Ari tipu akak. Ingat akak tak tau ke? Cakap! Siapa yang call tadi.” serang Soraya bertubi-tubi.

Nazri menjerit mengelakkan pukulan dari kakaknya.

“Abang Azeemlah. Takut sangat.” senda Nazri.

“Apa yang bising sangat tu!” laung emaknya dari dapur.

Soraya dan Nazri diam seketika tetapimasih ketawa yang di tahan-tahan.

Soraya terus meninggalkan bilik Nazri. Malas mengetahui tujuan Haizan mahu bercakap dengannya. Yang lepas biarlah berlalu!

***

Encik Badrulhayat menerima kunjungan tamunya malam itu. Ahli perniagaan yang sibuk sepertinya pasti mempunyai ramai kenalan. Malam itu dia sengaja menjamu teman-teman baiknya dan rakan niaga bagi meraikan kejayaan syarikatnya dalam urusan pembinaan.

“Ini anak bujang aku. Bakal menggantikan tempat aku nanti.” ujar Encik Badrulhayat memperkenalkan Haizan kepada rakan-rakannya.

Haizan tersenyum mesra menerima usikan ayahnya. Puan Mashitah duduk berbual dengan beberapa orang kenalannya. Di antaranya ialah Datin Sri Safiah. Dia diiringi oleh anak gadis bongsunya. Tidak lama kemudian Haizan menghampiri ibunya setelah digamit beberapa kali.

“Ada apa, emak?” tanya Haizan sopan.

“Ini kawan emak. Datin Sri Safiah. Dan, yang sebelahnya ni anaknya...Intan Soraya...”

Haizan termangu sambil dia sempat mengangguk hormat. Haizan tidak menyangka di sini pun dia akan berjumpa dengan nama yang seiras dengan Soraya. Sungguh kecil dunia ini! Selepas itu dia mengundur diri dengan alasan untuk mengambil angin di luar rumah. Lewat 12.00 malam baharulah tetamu-tetamu ayahnya pulang.

Setelah agak kepenatan, mata Haizan begitu payah hendak dilelapkan. Bukan membayangkan wajah manis anak Datin Sri Safiah, bukan juga terkenangkan senyum dan renungan manja Intan Soraya, tetapi memikirkan mengapa emaknya bertindak begitu. Apakah ada udang di sebalik batu?

nur aynora / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

3 comments:

  1. Best la cerita ni. Teringat masa sekolah.

    ReplyDelete
  2. kenapa dr Suratan 5 terus ke Suratan 10???? mana bab 6-9????? nak baca!!!!! heheheee....refresh balik......

    ReplyDelete
  3. Aqilah: Sorry ya Aqilah, strategy, tak boleh siar semua sebab sy ada plan nak hantar novel ni ke penerbit. Novel dah siap, tengah buat editing.

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates