PUISI: MEMO BUAT TEMAN

November 17, 2009
di mana hendak dimulakan
falsafah kita, teman
tentang ajaib sebuah nasihat
perihal Laila Majnun
hidup dalam cinta tak kesampaian
kala lagu damai tidak lagi
menjadi nyanyian kita
dan gitar kehidupan berbunyi
tetapi tiada irama mengiringi

apa yang sedang kita mainkan, teman
adakah ledakan fitrah rohani
mampu membangunkan lena dalam sedar ini, teman
payah sekali nak membaca
kolam mindamu, teman
bisakah tasbih kedamaian ini
membuka hijab kita yang alpa
apa itu dosa?

membilang masa yang tinggal
adakah masih mampu
menanam benih di tanah gersang ini
kerana kita asyik berpesta, teman
pesta itu detik akhir kita
raikan sebuah khabar gembira

siapa lagi yang kita mahu percayai, teman
sedang pada diri sendiri
rasa itu telah lama mati...

No comments:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.