Header Ads

NOVEL: KERANA KAMU 3

Mr Abdul telah menanti ketibaan Rara di lapangan terbang sambil ditemani isteri dan seorang anak perempuannya. Pada pandangan Rara, Mr Abdul hampir sebaya dengan abahnya cuma lelaki itu kelihatan jauh lebih bergaya berbanding Baharum. Isteri Mr Abdul yang berambut keriting tetapi keperangan itu juga masih kelihatan bergaya. Mungkin kehidupan di bumi inggeris itu telah menjadikan mereka biasa dengan gaya hidup masyarakat di situ.

“Kamu cantik sekali. Sungguh cute. Apa khabar Encik Baharum? Dia baik juga ke?”

“Dia okey. Dia pun sihat macam uncle. Dia berkirim salam dengan uncle.” Rara melemparkan senyuman ikhlasnya kepada isteri Mr Abdul dan anak perempuannya yang sedari tadi hanya tersenyum dan mengangguk.

“Bagaimana perjalanan tadi. Penat tak? Pasti penat di dalam kapal terbang selama berjam-jam, kan?”

“Ya, uncle. Sampai kaki ni dah naik kejang.”

“Bila Rara mula mendaftar di universiti? Kalau belum mula, bolehlah ikut uncle ke rumah uncle. Esok baru kita check kolej dan tempat tinggal Rara tu.”

“Oh! Tak payah uncle. I need more rest right now. I can’t stand anymore. I think I want just sleep and sleep until my jet leg is over.”

“Oh! I see. If in that case, I will sent you direct to your place. I think I know who will be your roommate because I have already arranged it for you, Rara.”

“Oh! Thank you uncle. I didn’t know if you had arrange all for me. I’m so touching…thank you so much, uncle.” Air mata terharu Rara nyaris-nyaris tertumpah untuk lelaki Mesir itu. Nasib baik dia sempat menahannya dari terus merembes keluar. Kalau tidak pasti malu dibuatnya. Lebih-lebih lagi terhadap isteri Mr Abdul yang sentiasa tersenyum itu. Ah! Cair Rara dibuatnya…

“Hanya pertolongan kecil dari kami untuk kamu. Dahulu ayah kamu banyak membantu uncle ketika kami sama-sama belajar. Akhirnya dia pulang ke Malaysia, uncle terus tinggal dan bekerja di sini.”

“Mesti uncle dah familiar dengan segala peraturan dan cara hidup di Uk ni, kan?”

“Lebih dari biasa. Dah macam rumah pertama kami pulak. Kami pun sudah jarang pulang ke Mesir.” Jawab Mr Abdul dengan bahasa Inggerisnya yang fasih.

Habis berbual sedikit dan bertukar nombor telefon, Mr Abdul dan keluarganya meninggalkan Rara di rumah sewa yang telah di aturkan olehnya.
***
Hari pendaftaran di universiti berjalan lancar. Walau keseorangan, Rara mampu menyelesaikan semua urusan dalam masa sehari. Dia mula sedikit demi sedikit memahami rentak jadual kolejnya dan perjalanan yang perlu diambil untuk ke kuliah. Dia mula membiasakan diri dengan teman serumah yang bernama Dayang Rahila, gadis manis dari Brunei yang telah berada di semester ke dua di universitinya. Dayang sangat baik dan rajin membantu Rara yang masih terumbang ambing untuk menyesuaikan diri. Melalui Dayang juga dia sudah pandai berulang alik ke perpustakaan, mencari kedai yang menjual barangan keperluan peribadi dan mencari restoran makanan halal. Namun, dalam kesibukan itu, dia masih gagal melupakan kenangan bersama Didi. Dia tetap merindui Didi walau apa cara sekalipun dilakukan untuk melupakannya. Dia gagal melupakan sementara buah hati tersayang demi mengejar cita-cita diri sendiri dan Baharum. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu mengecewakan abah tersayang yang telah banyak berkorban untuknya.

Apakah yang sedang dilakukan oleh Didi agaknya? Adakah dia sedang mengingatiku seperti diriku jua? Adakah dia pun tidak melakukan apa-apa selain dari membayangkan memori manis antara kami? Atau, adakah dia sedang bergurau senda dengan Kiki yang semakin hari semakin kelihatan anggun penampilannya? Adakah…

Gedebuk! Tubuh kecil Rara tergolek tersembam ke atas bahu jalan. Dia tidak terperasankan batu di tepi jalan itu. Buku-buku yang dibawanya habis bersepah di atas jalan. Dalam menahan keperitan buku lalinya yang mungkin terseliuh, dia cuba memungut satu persatu buku yang bertaburan tersebut.

“Berangan ke? Batu besar kat tepi jalan pun tak nampak. Lain kali jalan tu hati-hati sikit. Nasib baik bukan kat tengah-tengah jalan. Kalau tidak habis kau!” Satu suara membebel sambil membantu Rara memungut buku-bukunya.

Rara tidak mengendahkan suara lelaki yang sedang membebeli dirinya kerana dia berasa yang amat sakit di hujung kakinya. Namun dia amat bersyukur, paling tidak orang satu negaranya yang membantu. Rintihan halus keluar dari bibir mulusnya dan seperti biasa air mata jernih mengalir laju di birai matanya.

“Nah!”

Beberapa buah buku yang telah di kutip oleh lelaki itu di serahkan kepada Rara. Dia memandang Rara dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas berulang kali. Comelnya budak ini? Getus hati naluri lelaki melayu itu. Dia berasa kasihan pula apabila melihatkan Rara berdengkut-dengkut menahan sakit. Lagi-lagi dengan air mata Rara, bertambah belas pula perasaannya terhadap gadis comel itu.

“Jom! Ikut aku. Aku bawa kau jumpa doktor.”

“Aku tak boleh jalan laju. Sakit sangat. Aku mungkin terseliuh.” Rara bersuara apabila lelaki itu berjalan laju di hadapan dengan langkah yang panjang.
“Manja!” Getus lelaki itu seolah-olah tidak ikhlas dengan pertolongannya.

Tanpa mempedulikan pandangan tajam Rara kepadanya, lelaki melayu bertubuh tinggi itu memaut lengan Rara dan menampung sebelah badan gadis itu menuju ke keretanya.

***
“Kau berangan kan apa sampai batu besar macam tu pun boleh tak nampak. Buta!”

“Kau cakap aku macam tu, macam lah kau tak pernah berangan. Macam bagus je.”

“Ya lah, aku tahu. Tapi kes kau ni serius. Kenapa? Putus cinta?”

“Kau apa tahu!”

“Macam aku tak tau muka blur kau tu…sah! Memang muka tengah frust.”

Rara diam. Dia malas hendak berlawan cakap dengan lelaki melayu itu.

“Kau okey dah? Kaki tu dah boleh gerak, tak?”

“Ok.”

“Kau nak aku dukung masuk ke hostel kau ke?”

“What?!”

“Kalau nak, cakap! Don’t pretend macam kau tak pernah kena dukung.” Lelaki melayu itu memandang Rara dengan muka seposennya.

“Memang aku tak pernah kena dukung, Bro! Puas hati?”

“What a nice surname you gave me! Bro…untuk apa? But…it is okey. Rugged jugak kau ni. Muka comel tak macam pun kau ni perempuan blues…anyway. I’m Adam Bahrain. Nice to meet you.”

Rara membuka pintu kereta dan perlahan-lahan menggerakkan kakinya. Dia berasa lega sedikit kini. Setelah menjalani terapi tadi kakinya sudah boleh menapak di atas jalan. Adam Bahrain hanya memerhatikan Rara yang bersusah payah membetulkan keadaan tubuhnya ketika berdiri.

“Ingat tak bila next appointment dengan doktor?”

Rara mengangguk.

“Ini serius tau. Don’t skip your appointment!”

“Faham Encik Adam Bahrain.”

“Apa kau panggil aku?”

“Adam Bahrain.”

“Yes...my full name exactly. Kau orang pertama sebut nama aku dengan penuh macam tu. By the way…apa nama kau budak comel?”

“Aku.”

Adam Bahrain ketawa berdekah-dekah seolah Rara baru selesai membuat satu lawak antarabangasa.

“Nama kau, ‘Aku’?”

Rara mengherotkan bibirnya tanda tak puas hati ditertawakan oleh Adam Bahrain. Sebenarnya dia belum habis bercakap tetapi lelaki itu yang terlebih pantas menyampuk. Tetapi akhirnya dia sendiri yang terkena. Apalah nasib badan.

“Ok Princess…apa nama kau? Aku tahu, it should not ‘Aku’ kan…”

“Aku tak suka kau panggil aku dengan nama tu. Aku bukan princess…nama aku Ratu Marsyella…”

Rara terkejut melihat gelagat Adam Bahrain yang tiba-tiba menepuk dahinya. Satu, dua…tiga, tawa kuat meletus dari mulutnya tanpa mampu ditahan lagi. Setelah puas mentertawakan nama Rara, dia berhenti tiba-tiba dengan menunjukkan wajah kehairanan.

“Kau tak tipu aku, kan?”

Rara menggeleng.

“Betul nama kau macam tu?”

Rara mengangguk.

“So…you adalah Queen Marsyella.”

“Bukan!”

“Betul apa.”

“Nama aku Ratu bukan Queen…”
“Sama aje, cuma Queen in English. Itu aje.”

“Tak sama. Nama tak boleh ditukar ganti.”

“Okey…okey. What should I address you?”

“Rara.”

“What a nice name, macam you jugak. Sound cute and sweet.”

Rara berasa sangat tersentuh di puji begitu. Raut wajah beningnya bertukar sayu. Tiba-tiba bayangan wajah Baharum menjelma di ruang mata. Abahnya pun serupa dengan Adam Bahrain, suka memuji-muji begitu. Abah!!

“Are you okey?”

Diam. Membatu. Tubuh Rara sudah membelakangkan Adam Bahrain. Dia tidak mahu dilihat cengeng oleh lelaki melayu itu yang boleh tahan ‘laser’ mulutnya. Dia harus berlakon kuat atau buat-buat tahan sabar dengan gelagat Adam Bahrain.

Rara tersentak apabila tiba-tiba sahaja Adam Bahrain sudah berdiri di sisinya. Entah bila lelaki itu keluar dari perut keretanya, dia tidak sedar. Yang dia tahu, sekejap tadi fikirannya melayang ke bumi Malaysia, mengimbas kenangan bersama Baharom.

“Don’t always day dreaming my Queen…you have to watch out yourself, this is not your hometown. You are now far away from your village. Aku tahu kau belum boleh menyesuaikan diri. Home sickness tu cukup-cukuplah…be strong! Okey.”

Ah! Kau berlebih-lebih pulak Adam Bahrain, aku dah nak menangis ni…

“Okey. Aku chow dulu. Lepas ni kau nangislah puas-puas setelah aku pergi. But don’t forget your appointment with the doctor, right.”

Selepas berkata-kata begitu, Adam Bahrain masuk semula ke keretanya sambil tersenyum penuh makna.

***
‘Kami semuanya sihat sahaja. Pak Cik pun sihat. Dua hari lepas kami semua pergi berkelah kat pantai. Best tau. Kalau Rara ada kan, best. Dalam email ini kami sertakan gambar kami semua ketika pergi mandi laut. Mak Cik Khalidah pun ikut sama. Kami macam sebuah keluarga besar yang lengkap dan bahagia.’

Damn you! Berani kau menumpang kebahagiaan keluarga aku, Kiki. Paling membuatkan Rara meremang bulu roma adalah apabila di hujung e-melnya Kiki mengatakan bahawa dia telah berpindah ke KL untuk melanjutkan pelajaran. Ini bermakna dia sengaja untuk berada dekat dengan Baharum, abahnya dan juga Didi, kekasihnya! Bukankah di pantai timur negeri kelahirannya juga terdapat banyak universiti atau kolej yang berkaitan dengan bidang kuliahnya. Apa rancangan kau, Kiki? Argh!!

Rara membelek-belek gambar yang disertakan oleh Kiki bersama-sama e-mel tersebut. Kemesraan Didi dan Kiki menjengkelkan matanya. Walau sekadar di dalam gambar, ia sudah cukup membuatkan fikiran Rara tidak keruan. Orang kata gambar boleh mengesahkan banyak perkara, walau hanya ada dua jurang iaitu benar dan salah! Perasaannya bertambah sebak apabila panggilan ke rumah Baharum tidak berjawab. Dia mendail nombor Didi pula, pun tiada sesiapa yang mengangkat telefon.

“Kenapa dengan kau, Rara?”

“Tak ada apa-apa, Dayang.”

“Aku tengok kau macam susah hati. Tak dapat call your home?” Dayang meneka.

“Mana kau tahu?”

“Aku dulu pun macam kau. Rindu, sedih, marah…macam-macam lagi perasaan yang timbul, lebih-lebih lagi apabila kita baru sampai kat negara orang macam ini.”

“Betullah apa kau cakap tu. I miss my abah…”

“Bukan rindu kat dia sangat kut…mungkin ada orang lain yang kau rindu lebih. Hih…hi…” Dayang menyeringai.

Rara tersenyum kelat. Tidak mengiyakan tekaan Dayang itu walaupun sebenarnya dugaan Dayang itu seratus peratus tepat. Didi…sanggupkah kau menungguku? Bisakah kau setia dengan janji kita, dengan ‘ikatan’ yang kita telah bina dahulu? Aku baru sahaja meninggalkan kau sebentar, kau sudah cukup selesa di sisi Kiki. Di manakah aku sekarang, Didi? Masihkah aku di hatimu? Keluhan demi keluhan terlepas dari ulas bibir nipisnya.

“Mengeluh macam tu tak elok. Istighfar banyak-banyak. Banyak mengeluh tu kawan syaitan.”

“Aku tau. Tapi aku sedih sangat. Apa kau bayangkan kalau kau tengok gambar-gamar ni.”

Rara membenarkan Dayang melihat sama gambar-gambar yang di emelkan oleh Kiki dan Didi. Satu persatu gambar di klik untuk kelihatan lebih jelas. Dia tidak mengenali manusia di dalam gambar-gambar tersebut, tetapi Dayang pasti lelaki muda di dalam gambar tersebut tentulah buah hati Rara. Dan, wanita muda itu pasti saingan Rara.

“Macam mesra kan dia orang tu. Couple ke?” Dayang menduga.

“Kau pun boleh agak, kan.”

“Pandangan kasar kadang-kadang pun tak boleh pakai. Mungkin dia orang mesra macam gitu aje. Kita tak tahu apa yang sedang berlaku, jadi jangan peningkan kepala menilai yang bukan-bukan. Yang penting, stabilkan emosi dan jangan ikutkan sangat gerak hati. Dia orang kawan biasa aje tu. Don’t worry ok.” Dayang cuba memujuk Rara.

“Aku takut kalau apa yang aku fikir jadi kenyataan. Aku tak sanggup hadapi kenyataan kalau semua ini benar, Dayang. Aku tak sanggup kehilangan.”

“Bersabarlah. Yang penting sekarang kau belajar dan belajar…itu saja.”

“Dayang…”

“Hmm…”

“Aku ni nampak macam orang yang lemah ke?”

“Kenapa pulak kau cakap macam tu? Aku tengok kau okey aje. Walaupun tubuh badan kau kurus tak semestinya kau tu lemah. Aku tengok kau slowly survive kat negara orang. Lagipun kau muda lagi. Lambat laun pengalaman akan menjadikan kau lebih kuat dan tabah.”

“Semalam aku jumpa orang melayu kita. Aku tengok dia bukan main lagi kata aku lembik. Lemah. Aku bukan macam yang orang itu sangkakan.”

“Pedulikan dia. Take that as a challenge.”

“I think so.”

“Dia yang tolong masa kaki kau terseliuh tu, ke? Then, dia hantar kau pergi jumpa doktor dan lepas tu hantar kau balik pulak. Itu ke orangnya yang kata kau lemah.”

Rara mengangguk perlahan.

“Oh!! Aku rasa dia saja je cakap macam tu. Itu namanya mengayat cara moden. Dia buli kau dulu baru tackle hati kau.”

“Mana ada! Dia tu nampak too old for my age.”

“But he is handsome and smart guy, right.”

Rara terdiam tidak terkata. Dia cuba membayangkan wajah Adam Bahrain tetapi renungan mata lembut Didi yang singgah di tubir mata. Sah! Aku rindukan kamu, Didi.

***
“Kaki kau dah ok?”

“Dah.”

“Lama tak nampak kau?”

“Aku banyak assignment. Jadi banyak masa habis kat library.”

“Oh! I see.”

“Kau dah habis kelas ke? Lepak-lepak macam ini, buang masa aje belajar jauh-jauh, tapi tak gunakan waktu yang ada dengan sepenuhnya.”

“Ya ke? Thank you for giving me such an advice. But you sound so tense…cheer up la lady. Come I buy you some coffe…”

“Tak pelah Adam Bahrain…aku tak free.”

“Rain. Panggil aku Rain. Adam Bahrain tu formal sangat. Atau lebih sedap, kau panggil aku abang. I am much older than you for so many, many years, you know.”

“Aku dah agak.”

“Aku nampak tua ke?” bisiknya ke sisi Rara.

“Yup!” Rara tidak berbohong.

“Correction…matured.”

Rara ketawa kecil sambil menutup mulutnya. Dia bimbang kelak menyakitkan hati Adam Bahrain mendengar dirinya ditertawakan.

“Kau tak baik buat aku rasa diri aku nampak tua. Tapi, aku boleh berkawan dengan kau, kan.”

“Erm…”

“Aku nak tanya sikit boleh?”

Rara mengangkat mukanya. Matanya bertemu pandang dengan mata Adam Bahrain. Renungan lembut jejaka itu mengingatkannya pada Baharum.

“Apa pasal kau boleh tersungkur hari tu? Kau ada problem ke?”

“Kenapa kau nak tahu?”

“Baru sekejap tadi kau kata aku boleh jadi kawan kau. As a friend, we should share..”

“Tak semuanya boleh di kongsi. Terutamanya apabila pasangan kawan kita itu berlainan jantina.”

“Then, aku patut jadi perempuan untuk dengar masalah orang perempuan. Itu maksud kau?”

“Yup!”

“Salah apa yang kau fikirkan tu. Semua orang boleh jadi sahabat. Tak kira jantina, tua ataupun muda.”

“Tapi aku lain. Berkawan dengan lelaki lebih banyak masalah dari baiknya.”

“Siapa kata?”

“Aku yang kata.”

Adam Bahrain terdiam.

“Apa kata kita cuba berkawan sebagai jantina yang berlainan. Kita boleh test adakah pendapat kau itu betul atau silap.”

“Apa salahnya mencuba.” Rara tersilap membuka ruang kepada lelaki melayu itu.

“Yes. I agree. Lagipun bukan kena bayar. Then…share with me. Last time when I met you, actually what happened to you?” sambung Adam Bahrain lancar.

“I’m frustrated. Sad.”

“With who? Boyfriend?” Adam Bahrain ketawa nakal.

“Aku benci tengok gambar dia dengan Kiki.”

“Who is Kiki?” sampuk Adam Bahrain deras.

“Pesaing aku…”

“Oh!! I see. Jealous lah tu. Buat apa nak pening fikir pasal orang yang jauh di sana. Dah tentu-tentu mereka ada chance to getting closer. Takkan ingat dengan kau lagi. Mana ada bercinta jarak jauh macam itu. Tak boleh pakai. Zaman sekarang ni, nilai kesetiaan terlalu nipis saiznya. Terlalu murah…”

“Macam ada pengalaman aje kau cakap.”

“Don’t forget I’m older than you, tentulah pengalaman aku lebih banyak daripada kau.”

Rara menjeling manja mendengar Adam Bahrain memuji diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri! Tak malu!

“Mulai sekarang, jangan terlalu memikirkan masalah dia orang kat sana. Study, enjoy your life here dan dapatkan sebanyak mana pengalaman yang kau boleh. Jangan asyik bersedih. I don’t like to see your sour face everytime we meet.”

“Tak suruh pun kau jumpa dengan aku.”

“But I love the moment with you.”

“Uhh?”
Advertisement

2 comments:

  1. Hi, Kenapalah Kiki tu jadi busuk hati. Siap hantar gambar dia ngan Didi.

    Mesti Rara tak senang duduk...

    ReplyDelete
  2. Hi Anonymous,

    Terima kasih kerana membaca karya saya.

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.