NOVEL: MENGAPA DI RINDU 12

April 07, 2010



Alisya tidak tahu apa yang mahu dilakukannya. Marahkan Hazzim yang menyampaikan cerita atau terus menyerang Zikry yang menduakannya. Fikirannya buntu. Amat tertekan ketika ini. Dadanya berdegup kencang lebih laju dari biasa. Mengapa mesti Hazzim yang membawa cerita? Mengapa lelaki ini tegar mendera perasaannya saat ini, saat mereka hanya tinggal berdua. Untuk menangis dia berasa amat malu. Nafasnya seolah sesak untuk dikeluarkan, berlumba-lumba dengan rasa sebak yang ditahan-tahan. Ya Allah…tolonglah kawal perasaan ini. Aku tidak mahu menangis di hadapannya.

“I tak bermaksud nak buat you tertekan. I tidak suka kalau you bergaduh dengan lelaki itu. Tetapi I rasa you perlu tahu sebelum terlambat. Sebelum semuanya tidak boleh di undur. Itu saja. I harap you tak salah faham dengan I.” Hazzim menahan getar suaranya.

“I tak tahu nak dengar cakap siapa sekarang. I pun tak kenal siapa you. Yang I tahu you berkawan dengan adik I. Itu saja. I takut kalau you cakap kerana agenda peribadi, you nak balas dendam dengan I ke…atau you sakit hati dengan orang itu. But …”

“Dengar dulu apa I nak kata, Alisya. Memang I berkawan dengan Kamal. I tahu you pun selalu larikan diri dari I. I tahu you tak suka I. Tapi itu semua tak jadikan I mendendami you. I…I…cuma tak mahu you kecewa.” Suara Hazzim tiba-tiba mendatar.

“Kalau I kecewa sekalipun, itu tiada kaitan dengan you, Encik Hazzim. Kalau ini jalan yang I pilih, I terima itu semua. Sekali I sayang seseorang, sampai bila-bila perasaan itu akan ada. Cannot be replace…”

Hazzim melepaskan keluhan kecil. Serta merta hatinya dipagut kecewa. Pandangannya jadi berkaca-kaca. “Walaupun untuk orang macam I. Walaupun sekadar kawan?”

“Maafkan I Encik Hazzim. Hati I telah dimiliki. Itu hakikatnya. Kalau satu hari nanti I ditinggalkan…I rela.”

“Tapi you boleh elakkan, Alisya. You boleh segera mengundur diri sebelum semuanya terlambat.”

“Belum tentu apa yang you nampak sama dengan yang tersirat. Mungkin itu kawan satu tempat kerjanya. Mana kita tahu.” Alisya cuba memujuk hatinya yang tidak karuan.

“I bukan nak jadi tali barut. Tapi apa yang mata I nampak boleh menggambarkan yang mereka bukan sekadar kawan biasa, Alisya.”

“You buat I seram aje.” Alisya cuba tertawa tetapi seolah-olah tidak ikhlas.

“Terpulanglah Alisya. Tapi at least you dah dengar apa yang I cakap. You fikirlah sendiri.”
Alisya memandang sekilas wajah tampan di hadapannya. Jarang dia berbuat begitu kepada Hazzim sebelum ini. Kali pertama keluar berdua ketika dia sakit dahulu, dia berasa amat segan. Tambahan pula itulah kali pertama dia keluar dengan lelaki lain selain Zikry. Wajah itu seolah menyimpan satu rahsia tetapi dia tidak pandai meneka. Entah tekaannya silap, siapa tahu. Nanti dia sendiri yang malu.

“Bukalah pintu hati you dengan lebih luas. Nanti you akan faham apa yang I cakapkan.”

Cubaan Hazzim kali ini juga gagal. Dia gagal membawa Alisya ke alam realiti. Dia tidak berjaya mewujudkan drinya di mata Alisya.

“Tapi I masih boleh datang dan berkawan dengan Kamal, right.”

Alisya mengangguk. “Could you send me back to the office?”

“Sure!”

Hazzim merenungi wajah mulus Alisya yang kelihatan mendung. Menyesal pulak dia membuka tembelang Zikry kepada Alisya. Kalau tidak dia pasti boleh menikmati makan tengahari mereka dengan santai.

“Thanks for your lunch.”

“Thank you to you too. I have a nice meal today.”

Alisya tersenyum membalas kata-kata dari Hazzim itu. Dia segera bergerak ke pintu utama untuk kembali ke pejabatnya.

“Cik Alisya!”

Hazzim melangkah mendekati Alisya. Dia ingin menatap wajah gadis itu lagi. Biar nanti Alisya menggelarkan dirinya sebagai tak tahu malu, apa dia peduli.

“I minta maaf pasal yang tadi tu. Anggaplah you tak dengar apa-apa dari mulut I.” suaranya mengharapkan pengertian.

“Okey. I will try…”

“Sekiranya you dikecewakan satu hari nanti, datanglah pada I. I akan selalu ada untuk you.”

Alisya membulatkan matanya. Sekali lagi dia menentang pandangan jejaka itu. Hazzim sedang merenunginya. Ada perasaan aneh yang menjalar ke dalam hati secara tiba-tiba. Ditambah dengan pandangan mata Hazzim yang menggetarkan naluri wanitanya. Renungan itu sesekali mendamaikan jiwa. Ah! Dia tidak mahu berangan. Tidak! Aku tidak akan benarkan perasaan asing ini berterusan…

“Apa you mengarut pulak ni. You ni ada-ada aje.” Alisya malu sendiri.

“Sorry. I gurau je. Jangan ambil hati.”

“I know you just kidding.”

“Take care, Alisya.”

Tetapi Alisya telah pun berlalu. Alisya tidak mendengar bisikan hatinya. Gadis itu tidak menoleh ke arahnya lagi. Sambil melangkah kembali ke keretanya, Hazzim mengurut tengkuknya. Dia keliru. Ini semua bukan gurauan Alisya…

Telefon bimbit yang berdering-dering dijawab dengan malas.

“Ada apa bang?” terus dia menerjah. Fikirannya tidak keruan ketika ini.

“Kau ada masa tak?”

“Kenapa?”

“Abang nak jumpa kau. Ada hal yang nak dibincangkan.”

“Hal apa bang? Kalau pasal perempuan itu lagi saya dah tak nak. Tak ada apa yang boleh dibincangkan.”

“Bukan pasal dia, ada hal lain.”

“Boleh juga. Abang kat mana?”

“Tak apa. Abang akan cari kamu. Nanti abang call balik. Bye!”

Hazzim merenung skrin telefon kerana sebenarnya dia belum habis berbual tetapi Ammar telah terlebih dahulu mematikan talian. Apa pulak helah abang sulungnya itu?

Hazzim memandu pulang ke pejabat dengan perasaan yang lesu. Ketika melalui hadapan meja Adira, gadis itu ada memandangnya sepintas lalu kemudian terus menyambung kerjanya. Melihat wajah muram Adira dia terus teringatkan sesuatu. Adakah Adira telah dimarahi oleh ibunya? Adakah dia telah diberikan amaran gara-gara tidak menyampaikan perkembangan terkini di pejabat seperti yang diarahkan. Kasihan pula…

“Adira…masuk bilik saya sekejap.” Butang interkom dimatikan.

Adira masuk selepas Hazzim membenarkannya. Benar. Wajah gadis itu muram dan tidak ceria. Macam ada yang tidak kena sahaja.

“Are you okey, Adira?”

“Its alright.”

Hazzim tersenyum. Dia faham benar kalau Adira berlakon, lain di tanya lain pula yang dijawab.

“Saya tanya awak okey ke tidak? Bukan alrights…itu untuk jawapan soalan seterusnya.”

“Hah? Apa maksud Encik Hazzim?”

“Dato’ datang ye?”

“Hm…”

“Dia marah awak?”

“Bukanlah marah…Cuma dia bising sikit sebab saya tak inform perkembanghan terkini syarikat kepada dia.”

“Kan dia dah ada akauntan. Kenapa pulak awak yang nak kena inform. Biarlah dia, tak usah ikutkan sangat.”

“Saya buat macam ni pun sebab Encim Hazzim yang suruh. Saya ikut saja.”

“Maafkan saya kalau kerana saya awak yang susah.”

“Tapi kenapa Encik Hazzim tak bagi saya ikut cakap dia? Encik Hazzim ada rancangan sendiri ke?”

“Mana ada. Cuma saya tak suka ibu masuk campur sangat pasal perjalanan syarikat ini. Saya kan ada? Saya pun dah besar panjang. Saya dah cukup dewasa untuk menentukan perjalanan syarikat ini.”

“Habis kalau Dato’ tanya nanti macam mana?”

“Awak jawab sesuka hati. Yang penting awak handle dengan betul. Mesti pasang strategi. Barulah dia percaya cakap awak nanti.”

“Tak baik tau Encik Hazzim buat Dato’ macam ini.”

“Saya tak mahu dia susah hati, Adira. Cukuplah dia menguruskan syarikat lain. Dahlah dia selalu mengadu tak cukup masa…”

“Baguslah Encik Hazzim ni. Dalam diam jaga kesihatan ibu, menghormati dan menghargai kehadirannya in a different way. Saya suka.”

“Suka sikap aje tak apa, jangan suka orangnya. I’m not available anymore.”

“Perasan! Saya pun tak ingin dengan Encik Hazzim. Tak layak langsung…”

Adira dan Hazzim berbalas ketawa sebelum gadis itu keluar dari bilik tersebut.

“Adira!”

“Ya Encik Hazzim.”

“Tak baik awak cakap macam itu. Tiada layanan double standard antara awak dengan yang lain. Okey…”

“Saya faham Encik Hazzim. Saya main-main aje tadi.”

“Nakal sekarang, ya!”

“Encik Hazzim juga yang ajar…”

“Awak dah ada boyfriend, Adira?” Entah mengapa tiba-tiba fikirannya berlari ke figura Kamal, adik angkatnya.

“Siapalah yang suka kat saya, Encik Hazzim. Dah lah pendek, tak cantik.”

“Siapa cakap awak tak cantik? Semua client kita suka kat awak. Awak tu yang garang sangat.”

“Malulah saya Encik Hazzim puji macam itu.”

“Saya ada seorang adik angkat, ingat nak kenalkan kat awak.”

“Handsome tak?”

“Mestilah…tengok abang angkatnya.”

“Perasan!”

Hazzim ketawa mendengar jawapan dari Adira. Sebaik sahaja kelibat Adira menghilang dari pandangan, Hazzim kembali digayuti perasaan bersalah terhadap Alisya. Tidak habis-habis dia menyumpah dan memarahi mulutnya yang tiada insuran langsung. Kini dia buntu bagaimana mahu memujuk Alisya agar mempercayainya semula. Tiada jalan lain melainkan mempergunakan Kamal semata-mata.

***

Hazzim menunggu Ammar di tapak letak kereta di hadapan pejabatnya. Ammar tidak membenarkan Hazzim masuk ke pejabatnya kerana dia sedang bermesyuarat. Bagi Hazzim, dia lebih senang menunggu di dalam perut Harrier sambil mendengar muzik. Sesekali matanya dipejamkan kerana keletihan. Seharian dia menghadap komputer, jadi deria pengelihatannya pun perlu berehat juga.

Jam di dashboard telah mencecah 7.00 malam. Hazzim memusing-musingkan badannya bagi meregangkan otot yang agak tegang. Matanya tertumpu di pintu utama pejabat Ammar. Dari jauh dia nampak satu susuk tubuh tinggi lampai berlenggang keluar. Tidak lama kemudian Ammar menyusul dari belakang. Sebelum perempuan itu berlalu, mereka berpelukan seketika sambil mata masing-masing memerhati keadaan sekeliling.

Hazzim tersenyum memandang kejadian tersebut dari jauh. Pasti itu teman wanita Ammar. Nak sorok konon! Gumamnya dalam hati. Susuk tinggi lampai gadis itu begitu menawan sehinggakan mata nakal Hazzim tidak lepas langsung mengamati langkah gadis itu. Entah mengapa timbul rasa kurang senang di sudut hatinya melihatkan gerak tubuh gadis itu. Takkan dia? Tak mungkin! Pelanduk dua serupa kut!

Hazzim tersentak tatkala cermin keretanya diketuk.

“Dah lama sampai?”

“Lama juga. Sampai tertidur saya bang.” Hazzim berbohong.

“Banyak kerja ke? Macam penat sangat.”

“Macam itulah gayanya. Lagi-lagi dekat hujung bulan macam ini.”

“Jom kita bincang kat tempat lain.”

“Abang naik kereta saya aje lah. Besok pagi saya boleh hantarkan.”

“Boleh juga. Dah lama abang tak tidur kat rumah ibu.”

Harrier hitam Hazzim berhenti di sebuah restoran makanan popular. Selepas memesan dua set hidangan barat, Hazzim segera bertanyakan tujuan Ammar mahu menemuinya. Pertemuan itu di atur selepas semalam Ammar menyatakan hasrat untuk berbincang sesuatu dengannya.

“Baik aku berterus terang aje. Aku nak pinjam duit kau sikit, boleh tak?”

“Abang nak pinjam duit saya? Biar betul bang. Selalunya saya yang mintak tolong dengan abang.”

“Betul. Aku nak pinjam duit kau sikit. Dalam RM25,000-00.”

“Banyak tu bang. Abang nak buat apa dengan duit sebanyak itu. Abang pinjam along ke?”

“Ada projek bagus. Aku nak buat investment dengan satu syarikat dari luar negara. Aku nak tunjukkan pada ibu yang aku pun boleh berjaya tanpa pertolongannya. Aku nak buktikan pada ibu.”

“Apa abang nak buktikan lagi? Kan abang salah seorang pengarah syarikat yang abang pegang sekarang ni. Tak cukup ke itu bang? Lagipun investment merata-rata tanpa diketahui untung ruginya, membazir. Rugi. Baik abang beli asset untuk diri abang tu.”

“Kau ni dik, kalau cakap macam kau tu abang. Aku tahu apa aku buat. Aku cuma nak kau tolong yang ini buat masa ini. Tolong aku, Zim.”

“Okey. Okey bang. Saya cuba. Tapi janganlah desak saya sangat. Saya kena consult dulu dengan ibu.”

“Jangan bagitahu ibu.”

“Habis tu…yang saya nak guna nanti duit syarikat. Saya kena consult dengan ibu juga.”

“Aku tak nak kau guna duit syarikat. Aku nak pinjam dengan kau.”

“Kenapa tidak? Ibu pernah kata untuk kembangkan syarikat, kita adik beradik mesti saling tolong menolong dan berkerjasama. Abang tak ingat apa ibu pesan dulu?”

Ammar diam tidak berkutik. Entah apa yang sedang bersarang difikirannya. Keadaan kembali sunyi umpama ada Malaikat lalu. Hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan garpu dan suara-suara orang sekeliling yang berkeriau di sekeliling mereka.

“Saya heranlah bang, kenapa abang, Lily dan Mimie tak duduk dengan ibu. Masing-masing keluar dari rumah dan duduk sendiri. Ibu itu bukannya sihat sangat. Semenjak abang keluar dari rumah, adik-adik semua ikut. Tapi bila ada masalah, duit tak cukup ke…pandai pulak balik cari ibu. Macam Mimie hari itu…balik semata-mata nak minta ibu duit yuran belajar. Apa ibu itu kejam sangat ke pada korang semua? Saya tak fahamlah!”

“Kau macam sindir aku aje!”

“Saya cakap yang betul. Tak guna bermusuh dengan orang yang meahirkan kita.”

“Abang bukannya bermusuh dengan ibu. Cuma…abang tak suka cara ibu control hidup kita. Harta kekayaan tak bawa ke mana, tapi dia control macam duit itu dia sorang yang punya.”

“Itu hak dia. Dia yang bersusah payah dari awal sampailah sekarang. Eh! Abang dan adik-adik kan dapat satu kondo kat Selayang tu. Tak cukup ke bang?”

“Ahh! Kau nak bagi ke tak nak?” Ammar menghentak meja. Beberapa pasang mata tertinjau-gtinjau ke arah mereka.

“Ginilah bang. Biar saya fikir dulu. Duit abang yang ibu bagi dulu tu mana? Banyak tu bang. Takkan dah habis. Takkan yang itu pun abang dah lupa?”

“Itu duit bahagian ayah. Orang tua itu pun dah tak ada. Memang aku yang layak dapat sebab aku anak yang sulung.”

“Ibu sengaja bagi pada abang supaya abang boleh besarkan syarikat yang abang jaga tu. Walaupun sebenarnya ayah kita belum lagi mati…dia masih ada.”

“Apa kau merepek ni dik!”

“Saya rasa ayah masih hidup. Ibu sorokkan sesuatu dari kita.”

“Ah! Itu lantaklah. Jangan lupa apa yang aku nak tadi. Telefon esok ada atau tak ada!”

Ammar telah mengangkat punggung meninggalkan Hazzim termangu-mangu.

“Bang! Kata nak tidur rumah ibu malam ini?”

“Ahh!!”

Kelihatan Ammar menahan teksi yang lalu dan sekelip mata bayangannya telah hilang dari pandangan Hazzim. Hazzim mengurut tengkuknya mengenangkan kelakuan Ammar yang tidak matang langsung sebentar tadi. Patutkah seorang pengarah syarikat berfikiran singkat begitu berbanding dirinya yang hanya seorang pengurus besar! Ammar memang pemboros orangnya. Itu memang Hazzim tidak nafikan. Tetapi semenjak kebelakangan ini dia seperti cacing kepanasan. Tindakannya sering mengundang curiga di benak Hazzim, tetapi dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan. Biarlah…lagipun Ammar sudah melewati usia 30-an. Bukannya budak kecil lagi.

Mencecah pukul 11 malam barulah Hazzim berganjak dari restoran itu. Fikirannya rasa tidak sedap hati memikirkan perangai Ammar tadi. Dia memandu Hariernya ke jalan utama untuk kembali ke rumah agam ibunya.

Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat, dia ternampak kelibat kereta Ammar dari arah bertentangan. Apabila lampu bertukar hijau, dia berselisih dengan kereta tersebut. Dengan hasrat untuk memberikan sapaan kepada abangnya, dia menoleh ke arah tempat duduk pemandu. Dadanya seolah berhenti berdegup apabila kereta itu dipandu oleh seorang wanita!

1 comment:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.