Seindah Sakura ~ Liza Zahira

**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM13.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 512ms
STATUS: TERPAKAI/ CONDITION (10/10)

SINOPSIS:

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
spacer

Makluman Terkini

Bermula dari 1 Julai 2010, jualan buku di Aynora Bookstore telah termasuk kos penghantaran. Untuk buku yang diiklankan sebelum dari tarikh tersebut, kos penghantaran berdasarkan perubahan kadar pos semasa. Rujuk di sini...
spacer

Kau Untukku ~ Aisya Sofea


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM13.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 480ms
STATUS: TERPAKAI (10/10)

SINOPSIS:

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.
spacer

PROFILE

Mykarya BOOKSTORE...

Mykarya Bookstore ditubuhkan pada Mac 2010, untuk membantu perkembangan jualan novel-novel terbitan penerbit-penerbit tanahair. Di MyB kami ada menjual buku-buku terpakai dan juga buku baru kepada sesiapa yang berminat dengan kadar kos yang berpatuttan. Kami berpendapat memiliki buku tidak sepatutnya menyusahkan tetapi sebaliknya untuk memudahkan para peminat dan pembaca buku.

Buat masa ini Mykarya Bookstore mempunyai lebih dari 300 tajuk novel dan buku terpakai dari pelbagai penerbitan tanahair. Insya'Allah ia akan terus berkembang dan menambah jumlah stok dari masa ke semasa.

Di MyB juga anda boleh mendapatkan buku-buku pendidikan, kewangan, pemasaran dan lain-lain lagi yang akan bertambah dari semasa ke semasa.

Misi Kami:

1) Menjual buku-buku baru dengan kadar potongan diskaun yang berpatutan.
2) Menjual dan membeli buku-buku terpakai dengan kadar yang berpatutan.
3) Menanam minat membaca kepada semua golongan dengan cara yang mudah, hanya di hujung jari anda.

'BOOKS...MAKE US PERFECT!'

Salam Ikhlas,
Meja Admin
MyKarya Bookstore
spacer

Hujan Rindu ~ Anita Aruszi


**SOLD**
HARGA ASAL: RM25.90
HARGA TAWARAN: RM16.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 797 ms
STATUS: TERPAKAI (10/10)

SINOPSIS:

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.
spacer

Cinta 365 Hari ~ Norzailina Nordin

**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM14.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 512 ms
STATUS: TERPAKAI (10/10)

KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA! Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari.

Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan. Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.
spacer

Hanya Dia Tahu ~ Aleya Aneesa


**SOLD**
HARGA ASAL: RM18.00
HARGA TAWARAN: RM13.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 452ms
STATUS: TERPAKAI


SINOPSIS:


Sedang di kemas kini
spacer

Cara Pembelian

RedPrint Bookstore...

**Harga dinyatakan belum dikira kos penghantaran.

**Urusan berteraskan siapa cepat, dia dapat.
**Rizab hanya sah untuk LIMA hari sahaja.
**Buku yang dijual tidak boleh dikembalikan.
**Urusniaga di dalam matawang RINGGIT MALAYSIA (RM) sahaja.
**Penghantaran daripada Isnin - Jumaat & hanya melalui pos berdaftar. Bagaipun penghantaran secara 'Special delivery' boleh dilakukan atas permintaan.

KOS PENGHANTARAN:-

**Sedang dikemas kini. Harap Maaf.

KHAS UNTUK PEMBELI YANG BETUL-BETUL BERMINAT SAHAJA!!!::

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?

1. Layari semua item yang ditawarkan.
2.Sila e-melkan atau SMS kepada kami maklumat anda yang lengkap.

#nama
#alamat
#nombor telefon
#item yang ingin dibeli.

3.Tunggu jawapan kami melalui SMS atau E-mel untuk cara-cara bayaran.

email: adminkarya@gmail.com @ SMS 012-7423192

4.Item yang ditempah akan dihantar selepas pengesahan bayaran diterima.

CARA BAYARAN:-



**Terimakasih kerana berurusniaga dengan kami.**


spacer

Hubungi Kami

RedPrint BookStore

Pengurus

No. 1995, Jalan Pulai Jaya 53
Bandar Pulai Jaya
81300 Johor Bahru
MALAYSIA

Email :nora.azam@gmail.com
adminkarya@gmail.com
Contact No: 012-7946902
+607-5575153
012-7423192
spacer

Harry Potter - Putera Berdarah Kacukan ~ J.K. Rowling


**SOLD**
HARGA ASAL: RM??
HARGA TAWARAN: RM14.00 (termasuk pos)
M/SURAT:
STATUS:

SINOPSIS:
spacer
KADAR POS DOMESTIK

Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010

Kategori Berat Kadar Pos (RM)

Bungkusan ** Sehingga 2 kg 7.00
Setiap 1kg
berikutnya sehingga 30 kg 1.50

Maklumat Caj Pos Daftar:

Domestik (Dalam Negara)~ RM 2.20 Caj pendaftaran (RM 1.60) dan bayaran pos kurang daripada 20g (RM 0.60)

Sampul PosDaftar (Dalam Negara)~ RM 2.50 Caj pendaftaran dan pengeposan kurang daripada 50g, Ketebalan 3.0mm

BAGI PENGHANTARAN ITEM MELEBIHI 500g MELALUI UDARA DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH / SARAWAK CAJ TAMBAHAN PENGANGKUTAN UDARA AKAN DIKENAKAN SEBANYAK RM 1.50 BAGI SETIAP 500g TAMBAHAN.

BAGI PENGHANTARAN BUNGKUSAN MELALUI UDARA DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH / SARAWAK, CAJ TAMBAHAN PENGANGKUTAN UDARA SEBANYAK RM 1.50 AKAN DIKENAKAN BAGI SETIAP 500g ATAU SEBAHAGIANNYA SEHINGGA 30kg.

PELAKSANAAN CAJ TAMBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.

spacer