MY LOVE CEO 1

loading...

Air mata yang deras turunnya mencurah ke bumi ku seka dengan tangan. Hujan air mataku berlawanan derasnya dengan air hujan yang turun dari langit. Dada langit petang semakin kelam. Pemandangan ku berbalam-balam dek rembesan air mataku yang makin lama semakin banyak.

“Kita putus. I dah ada perempuan lain. I tak boleh hidup tanpa dia. Lagipun dengan you sudah hilang segala rasa cinta itu!”

“Sampai hati you tinggalkan I macam tu aje. You buat I macam sampah. Tolong lah Fendy, jangan tinggalkan I. I sangat sayangkan you. You nak suruh I buat, I akan buat. Tapi tolong…jangan tinggalkan I, Fendy.”

“Please Fina…jangan merayu-rayu macam ni dengan I. Semua orang tengok. Tak malu ke?!”

“Tolonglah Fendy…tolong I…I tak boleh hidup tanpa you. I janji, kita akan jadi pasangan bahagia sampai bila-bila. I tak akan merajuk lagi dengan you…”

“Sebenarnya dah lama I couple dengan dia. Sekarang ni dia minta I buat keputusan. So, secara rasminya kita putus hari ini. Sekarang!” Suara Fendy melengking tinggi.

Fendy langsung tidak mendengar rayuanku. Walau beribu perkataan indah-indah yang aku ucapkan, tetap tidak dapat menghalang Fendy dari pergi dari hidupku. Hanya begitu saja dia tinggalkan aku. Semuanya gara-gara seorang wanita comel dan seksi bernama Aqila.

Hujan semakin lebat turunnya. Aku masih berteleku di ‘bus stop’ ini sementara menunggu hujan reda. Sebahagian baju ku basah lencun kerana berhujan tadi dengan Fendy. Lagipun dengan perasaan sedih dan marah yang bertindanan, aku tidak ambil endah akan penampilanku. Biarkan ia basah. Biarkan wajahku kusam! Apa aku kisah. Hatiku yang remuk redam ini lagi menyakitkan…

Fendy…ke mana nak kubawa luka ini? Mana mungkin bayangmu dapat ku padam sekelip mata. Esok lusa pasti akan berpapasan denganmu lagi di bilik kuliah. Mana nak ku sorokkan muka ini. Maruah ku pasti tercalar dengan gosip rakan sekelas. “Mana Fina-Fendy yang bak belangkas dulu? Mana janji setia setinggi gunung yang diwar-warkan lewat percintaan itu?!” Makin bercelaru fikiranku jadinya…

***

“Adik…adik…buat apa kat sini sorang-sorang?”

Ha? Siapa pulak yang menegurku ni? Hantu kah atau manusia? Satu, dua, tiga…aku toleh. Fuh! Nasib baik orang. Orang ke? Aku tenyeh mataku yang sembab dengan jari untuk menyakinkan penglihatan ini. Memang betul…macam prince charming! Aku yang comot disapa oleh lelaki kacak sepertinya! Umpama mimpi dalam mimpi…

“Kenapa tengok saya macam tak pernak tengok orang? Hello…” lelaki itu melambai-lambaikan tangannya ke mukaku.

“Oh…maaf…saya ingat hantu tadi.”

“Saya ingat pun awak hantu…malam-malam duduk sorang-sorang dalam gelap.”

Ya lah tu! Muka aku pun dah macam hantu, mata sembab kerana menangis sakan tadi.

“Awak tak jawab soalan saya tadi?”

“Ada ke? Bila pulak awak soal?” tanyaku dengan muka yang masih ‘blur’.

“Saya tanya kenapa awak kat sini? Dah lewat malam.”

“Ya ke. Dah pukul berapa, encik?”

“Dekat 11.00 malam.”

“Hah?!” Memang sah kalau ‘encik’ ni kata aku ni hantu, duduk dalam gelap pulak tu. Ini semua Fendy punya pasal. Benci aku!

“Awak nak tumbuk siapa tu?”

“Ha?”

“Tu…” dia menunding ke tanganku yang telah ku kepalkan seakan mahu menumbuk seseorang.

“Saya nak tumbuk mamat yang tinggalkan saya! Kerana dia saya kat ‘bus stop’ malam-malam buta ni.”

“Nasib baik tak kena kacau dengan mat gian ke, orang jahat ke…berani betul awak.”

Mananya tak berani, mindaku berada di luar sedar tadi. Kalau tidak, siapa berani duduk dalam gelap begitu, awal-awal akulah yang cabut dulu.

“Balik?”

“Memang nak balik. Saya dah banyak menangis, rasa mengantuk pulak.”

“Mari saya hantarkan.”

“Tak boleh. Saya tak kenal awak.”

“Saya bukan orang jahat. Marilah…” dia mempelawa ke keretanya yang di parkir di seberang jalan.

Itu kereta ke? Pelik betul bentuknya. Selalu aku naik kancil aje dengan Fendy, itupun selalu mati-mati. Baru pakai kancil, dia dah tinggalkan aku…Fendy, sampai hati kau!

“Masuklah.”

Baru aku meletak punggung di kusyen empuk kereta ‘encik’ yang tak aku kenali ini, kereta itu telahpun meluncur laju macam roket. Aku bermimpi ke? Ku cubit pipi ku yang cengkung ini. Aduh! Sakit. Sah! Aku tidak bermimpi atau mengigau.

“Nak IC.”

“IC? Nak buat apa?”

“Bagi aje. Jangan banyak tanya.”

Lelaki yang ku panggil encik itu menyerahkan ICnya walau mukanya berkerut seribu.

“Nak buat apa?”

“Sebagai jaminan. Manalah tahu kut-kut…”

Lelaki itu ketawa kecil. Matanya menjeling sekilas ke arahku. Kali kedua, dia jeling lagi. Aku sudah bersedia jika kali ketiga dia masih menjeling, kan ku cungkil biji matanya. Aku mengepitkan beg sandangku ke dada. Aku telah bersedia jika dia berniat jahat.




Bersambung….

11 comments:

  1. baru mulakan bacaan.nice intro..:)

    ReplyDelete
  2. ai suka ayat "baru pakai kancil da tinggalkan aku" hahahaha.. intresting!

    ReplyDelete
  3. mmg ayat xleh blah, pkai kancil dh tinggalkan aku.. hee i like

    ReplyDelete
  4. mmg ayat xleh blah, pkai kancil dh tinggalkan aku.. hee i like

    ReplyDelete
  5. baru baca...nnt nk sambung lagi..best la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Anisa kerana datang baca e novel di sini. Semoga terhibur..

      Delete
  6. ha3..ayt mmg x blh blah..he3

    ReplyDelete
  7. ai suka ayat "baru pakai kancil da tinggalkan aku" hahahaha.. intresting! tahnks

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.