MY LOVE CEO 2

loading...

Dia menyeluk poketnya. Apa dia nak buat tu? Lagilah aku kecut perut. Standby Fina...aku bersedia nak terjun dari kereta yang laju ini bagi menyelamatkan diri. Tanganku sudah berada di pemegang pintu kereta.

“Nah!”

“Ambillah. Saya rasa awak akan perlukan ini. Jangan lupa contact saya jika awak perlukan geng...”

Apa dia cakap ni? Geng? Geng apa pulak? Alamak! Dia hulur bisnes kadnya, ingatkan nak ambil pisau tadi. Apalah hati aku ni, banyak bersangka buruk dari baiknya.

“Geng?” Aku menanya balik.

“Geng nak kenakan mamat yang awak cakap tadi tu...”

Ohh! Mulianya hati dia...nak tolong balas dendam lah tu. Orait lah tu...gumamku sendirian. Aku sambut kad yang dihulurkan. CEO? Dek terjkejut kad itu terjatuh dari tanganku. Gementar dan macam-macam rasa bersimpang siur di dalam minda yang sememangnya sudah berkecamuk sedari tadi.

“Biarlah, dah jatuh saya ganti yang lain.”

Tiba-tiba aku jadi waras, tersipu-sipu malu apabila ditegur oleh encik CEO ini apabila melihat aku terkial-kial menguis bisnes kad yang jatuh di kaki. Dah duduk satu kereta dengan CEO kenalah jaga tata susila. Manalah tahu satu hari nanti boleh jadi miss CEO pulak...he...he...benakku berbisik nakal.

Di dalam kereta mewah itu (agaknya) beberapa pasang kemeja dan kot bergantungan yang pada pandanganku ia telah disuai padankan untuk memudahkan sipemakainya. Dia ni CEO bergerak ke? Siap angkut baju malam-malam macam ni.

Selepas menelek secara curi-curi keadaan di dalam kereta itu, mata nakalku melirik ke tuan empunya kereta pulak. Apa aku nak 'describe'kan tentang dia ni yek? Takut pulak nanti dikata aku terlalu ekstrim dengan kekacakkannya...tapi itulah kenyataan yang harus aku hadapi. Handsome ke? Tinggi ke? Caring ke? Ah...senang cerita dia memang 'prince charming' sesiapa sahaja. Asalkan si CEO ni pun suka...agak-agak dia boleh suka kat aku yang comot ni ke? Dengan baju yang lencun dan mata yang sembab tadi...

“Nak tengok, tengoklah...tak kena bayar!”

Uhh! Dia perasan pulak tu...macamlah muka dia dapat kalahkan Keenu Reeves, hero pujaanku sepanjang hayat. Eh! Kenapa aku tak sedar dari tadi, memanglah muka dia ada iras pujaan hatiku itu! Subhanallah...setelah teruk aku disakiti oleh Fendy tadi, secepat ini Tuhan hadirkan sang penyembuh luka...mungkin tidak!!

***

Seri memandangku tidak berkedip. Dah lewat malam baru balik satu hal, ini pulak dengan penampilanku yang selekeh menimbulkan syak di matanya. Sesiapa pun yang melihatku akan menjadi seperti Seri. Aku bersedia dengan jawapan sekiranya aku diserang dengan soalan bertubi-tubi oleh rakan sebilikku itu.

“Kau pergi mana?”

“Aku risau tau, lebih-lebih waktu aku lihat Fendy mengepit 'itik pulang petang' tu kat library.”

“Apa jadi pada kau, Fina?”

“Kau okey, kan?”

“Aku harap kau tak buat benda yang bukan-bukan. Maksud aku...a...a...”

Aku kira dekat lima soalan berderet-deret dia keluarkan. Tak sempat aku nak buka mulut. Tapi aku memang 'salute' habis pada sikap setiakawan yang ditunjukkan Seri itu. Mulutku pula telah tutup bukak dan tutup lagi beberapa kali, tanda mengantuklah tu. Lalu aku minta izin untuk menangguhkan segala jawapan yang diperukan oleh Seri itu. Aku berjanji akan menerangkan segalanya kepada Seri esok. Tanpa menunggu persetujuannya, aku menonong ke bilik air.

Apa lagi, di dalam bilik air aku menangis sepuas-puasnya. Kejadian petang tadi meninggalkan garis sedih di dalam jiwa sensitifku. Kau memang gila, Fendy. Aku benci kau!!

***

“Ni hah! Kau tengoklah sendiri. Aku tak kata tipu atau apa, tapi memang betul aku ditolong oleh lelaki itu sewaktu aku ditinggalkan oleh Fendy keparat tu.” Aku menyerahkan bisnes kad encik CEO itu kepada Seri. Dah namanya Seri, wajahnya ikut berseri-seri ketika membaca maklumat dipermukaan kad itu. Kau suka ambiklah Seri...tapi kadnya aje, bukan orangnya. Hee...hee...

“Izz Dylan O'Connnor...”

Aku dengar Seri membisikkan sesuatu.

“Kau tengok apa tu...”

“Nama dia agak pelik lah. Orang apa ni?”

“Entah! Macam muka mat saleh pun ada, muka jawa pun ada. Aku agaklah dia tentu kacukan kedua-dua bangsa itu.”

“Sesuailah dengan kau, puteri jawa yang tak pandai cakap jawa!” Seri mengenakan aku. Aku tak kisah.
Kerana kejawaankulah, aku selalu disindir-sindir oleh Fendy. Fendy memandangku sebagai gadis kelas kedua yang hanya layak menjadi pemerhati bukan pendominasi. Dia tak tahu keluargaku mempunyai rangkaian kilang menghasilkan tempe yang dieksport sehingga ke luar negara. Dia juga tidak tahu abang-abangku mempunyai syarikat urusan hartanah yang besar. Jadi, jangan pandang sebelah mata pada gadis jawa ini!

“Jomlah, dah lewat ni. Nanti lambat masuk bilik kuliah.”

“Tunggu aku Seri!”

“Kau cari apa?”

“Pensil case aku. Biasa dalam beg htam tu...”

“Cuba tengok dalam beg lagi satu...” arah Seri dengan muka yang dah nak hilang sabar kerana aku makin melengah-lengahkan waktu.

Prap! Segala isi beg yang kugunakan semalam aku buraikan di atas lantai. Ada pun! Tiba-tiba mataku terpandang sekeping kad di celah-celah buku notaku. IC siapa pulak ni...

“Alamak! Seri aku lupa nak pulangkan IC dia lah.”

“Siapa?”

“Si CEO tu la...”

“Habis kau! Contact dia aje la, cakap kau minta maaf, suruh dia ambik kat sini.”

“Ah! Biarlah. Kalau dia nak kan dia cari. Betul tak?”

“Suka hati kaulah...”

Dalam pada tak kisah, hatiku sebenarnya gundah.Ya lah! IC kan dokumen yang amat penting untuk urusan harian kita, sementelah dia seorang CEO. Bagaimana jika aku hubunginya? Sibukkah dia? Tengah bermesyuarat ke? Atau ada jemputan lunch dengan rakan perniagaan? Seharian di dalam dewan kuliah, tidak ada satupun 'lecture notes' yang masuk ke otak. Nak call ke tak nak? Nak call ke tak nak?!

Seri asyik menyikuku jika didapati khayalanku telah sampai ke negeri China! Mungkin dia ingat aku masih bersedih mengingati kisah putus kasih dan drama air mata kerana cinta tak kesampaian. Mungkin dia fikir aku masih gilakan Fendy yang tak sedar diri itu. Kalau ya pun, aku punya pasal!

***

Seminggu berlalu, aku masih belum menghubungi CEO itu. Aku takut. Aku tiada kekuatan. Memang hari tu aku garang dengan dia, sebab aku kena berhati-hati. Lagipun siapa nak pandang diriku dengan penampilan terburuk begitu. Tapi aku bukanlah buruk sangat, selepas mandi dan memakai pakaian cantik, maka jadi cantiklah aku.

Izz Dylan...susah nak menyebutnya. Tetapi mengapa perasaan menjadi indah tika menyebut namanya. Aku cuba pula menyebut nama Fendy. Fendy Abdilla...nama yang telah beribu kali aku menyebutnya. Tetapi bayangan benci segera hadir memenuhi urat nadi. Yeah! Tandanya aku sudah boleh melupakan si pengkhianat cinta itu!

“Boleh saya bercakap dengan Encik Izz Dylan?”

“Wrong number!”

Aik! Perempuan disana kata wrong number? Siapa tu? Bini dia ke? Sekretari dia ke? Atau girlfriend dia? Atau aku yang salah mendail?!

Bersambung....

2 comments:

  1. lalala..kite pun budak Jawa.. hemm, masih ada ke yg pandang rendah ni? xkisah la,kengkawan semua ok ke..mgkin sebab kite orang Swak,dah besa campur.. pepun, nice story..keep up..

    ReplyDelete
  2. best.jawapun cantik2..hehe.nk smbg part seterusnya..:)

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.