MY LOVE CEO 3

loading...

Aku berjalan laju menuju ke pintu gerbang universiti apabila terpandangkan teksi yang aku ‘call’ sudah terpacak menunggu. Hari ini aku ada urusan di bank. Jadi, kerana tidak mahu menyusahkan Seri, aku pergi sendiri. Lagipun sekarang Seri sedang kuliah. Oleh kerana nak cepat, aku tidak menoleh kiri kanan dan terus mendapatkan teksi. Nyaris aku dilanggar dengan sebuah kereta yang berhenti secara mendadak disisiku. Wajahku yang pada mulanya memerah dan berpeluh, jadi pucat lesi macam mayat. Siapa gerangan manusia yang nak cari nahas dengan aku ni? Memang nak kena silat cekak ni…aku mengurut dada memujuk rasa sabar yang sudah tinggal sipi-sipi.

“Cik, bos kami nak jumpa.”

“Siapa bos kau? Ada aku kisah? Ada aku kenal?!”

“Cik…”

“Dia kenal aku ke?” aku bertanya sombong. Mesti tunjuk garang. Pemandu teksi berbangsa India itu tertoleh-toleh melihatkan kejadian yang sedang menimpaku.

“Saya tak pasti. Maaf cik…boleh ikut kereta saya?”

“Ehh! Mana boleh. Apa ni…main tarik tangan saya. Saya jerit karang…biar satu universiti dengar.”

“Maaf cik…saya tak sengaja. Maafkan saya. Boleh ikut saya sekarang?”

“Saya kata tak nak, tak nak lah. Awak tak faham bahasa ke? Saya cakap Jawa nanti, lari lintang pukang awak!” aku membeliakkan mata.

Lelaki itu tersenyum-senyum mendengar kataku. Baru dia tahu bila anak Jawa mengamuk.

“Kirim salam aje kat bos awak. Saya nak cepat ni. Bye!”

“Cik….Cik…”

Aku ketawa melihat lelaki melayu berbadan tegap itu mengejar teksiku yang meluncur laju meninggalkannya. Aku mesti segera sampai ke bank sebelum waktu urusan tamat. Aku perlu mengeluarkan wang pinjamanku untuk membayar yuran pengajian. Kalau tidak alamat tidak tak boleh duduk final exam la aku…

Fuh! Lega. Urusan di bank berjalan lancar. Abang di kaunter tadi menegur wajahku yang serabai macam dikejar hantu.

Aku jawab, “Betul tu bang. Tadi saya kena kejar hantu.”

“Siang mana ada hantu, dik.”

“Ada. Hantu tu naik BMW…”

“Hantu apa tu?” abang dikaunter ternganga mendengar cerita ringkasku.

“Hantu kepala hitam!”

***
Ketika sedang menunggu bas, aku hampir tersedak ketika didatangi lelaki melayu yang sama yang mengejar teksi yang aku naiki tadi. Walau wajahnya tersenyum manis atau kadangkala rasa macam nak berkawan, tetapi rasa takut mengatasi segalanya. Aku takut dia ni pembunuh upahan ataupun perogol bersiri yang menyamar macam orang korporat. Simpang malaikat 44! Aku berdoa sunguuh-sungguh…

“Cik. Dah ready?”

“Apa ni? Jangan dekat, nanti saya jerit.” Aku mengugut.

“Janganlah macam tu. Sekejap je. Bos kami nak jumpa dengan cik.”

“Apa buktinya yang bos awak nak jumpa?!”

“Ini kad dia. Saya cuma PA dia aje. Bos saya ada di pejabat sedang tunggu cik.”

Aku merampas kad dari tangannya. Biadap ke? Bukan…takut dia ambil kesempatan. Aku meneliti kad yang cantik itu. Dylan O’Connor…siapa pulak dia ni? Orang mana pulak sesat pakai nama macam ni. Takkan orang melayu nama bunyi lagu tu…

“Nah. Tak kenal.”

“Cuba ingat betul-betul.” Pujuk lelaki itu lagi.

Aku pura-pura mengingati tetapi sebenarnya aku sedang berfikir untuk lari dari mamat gila ni. Sumpah! Aku memang tak kenal langsung nama tu. Tiba-tiba…opss! Bukankah aku ada IC yang namanya macam tu. IC si CEO yang terjumpa dan tertumpangkan aku dulu. Sah. Mesti orang yang sama.

“Bak balik kad tadi.” Aku buat muka selamba.

Betul! Ejaan dan tanda nama pun sama. Apa CEO tu nak lagi. Aku tak mahu ada apa-apa hubungan dengannya. Dahlah hari itu seharian aku cuba hubunginya, tetapi asyik perempuan mat saleh tu jugak yang jawab. Apa dah tak ada perempuan melayu kat ofis dia? Kalau sekretari dia, kenapa asyik dia saja yang angkat telefon 24 jam. Jangan-jangan dia sudah kahwin. Biarlah…apa aku kisah! Ya ke?

“Macam mana cik? Sekarang dah ingat? Bolehlah kita gerak sekarang.”

“Ke mana?”

“Jumpa bos saya.”

Aku mengikut walau hati di dalam menolak mentah-mentah. Walau berasa sangsi, aku turutkan jua dengan niat mahu memulangkan IC Dylan yang telah aku simpan lebih kurang tiga minggu itu. Mungkin ada hikmahnya semua ini.

***

“Sit down please, Mr CEO will meet you in a short while.”

Aik! Lelaki melayu ni automatic ‘speaking’ bila sampai sahaja di dalam bilik besar berhawa dingin itu. Bilik yang besar ini pejabat ke? Wow, kalaulah aku boleh duduk dalam bilik macam ni…jadi bos besar, gaji besar, kereta besar…tapi janganlah pulak masa tu badan aku pun besar. Tak nak! Ngerinya….Tanpa sedar ake tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Who are you waiting for?” jerkahan suara kasar wanita mengejutkan khayalanku.

Who cares! I’m not waiting for you! Why must I answer you! Dalam terkejut dan marah itu, sempat pulak aku menyumpah dalam bahasa Inggeris. Wah!! Berani jugak, tapi dalam hati saja…

“Hello! I’m talking to you.”

“You dumb girl! Heyy!”

Tak luak pun wahai perempuan gila! Kau terjerit-jerit macam tu, macam kena sawan. Aku macam ni jugak. Tapi yang peliknya, apa perempuan rambut kuning ni buat di dalam bilik kayangan Mr CEO?? Mana perginya lelaki melayu tadi yang menghilang ke dalam sebuah bilik? Apa ceria ni?

Mungkin kerana tiada respon, perempuan tadi telah menghilangkan diri keluar dari bilik tersebut. Hampir satu jam juga aku menunggu si Dylan O’Connor. Tapi bayang dan tubuhnya langsung tidak muncul-muncul. Aku pulak sudah beratus kali menguap dek jemu menunggu. Sampai aku merasakan otot mulutku sudah naik kejang. Aku mengira sampai sepuluh, sekiranya tiada sesiapa yang ‘attend’ aku yang nampak ‘rock’ di dalam bangunan yang penuh elegan ini, aku akan angkat kaki.

Aku menyebut perlahan angka satu hinggalah…

“Se….”

“Sepuluh! Yes!! You win the game.”

Win the game? What game is this? Tentang apa? Ohh, jangan-jangan…dia nak jual aku kat siam. Bukan boleh percaya orang korporat macam ni…

Mr CEO berdiri betul-betul dihadapanku sambil menepuk kedua belah tangannya dengan wajah yang manis. Aku membalas pandangannya dengan mata yang kuyu kerana mengantuk. Cepatlah sikit…apa kau nak dari aku.

“Lama tunggu?”

“Herm.”

“Dah minum?”

Aku geleng.

“Dia orang tak serve awak ke dari tadi?”

Aku geleng untuk kali kedua.

“Apa dia orang buat guest I macam ni.”

Mr CEO mendail handphonenya. Gaya seorang lelaki maskulin. Nampak cool. Aku merenungnya dengan pandangan kagum. Wah!! Kagum tu…

Selesai dia mendail, pintu biliknya terkuak. Perempuan berambut kuning tadi masuk semula dengan gaya yang sangat berbeza. Dia berjalan lenggang lenggok macam itik pulang petang, senyum meleret sampai nak terjuih bibirnya yang berlipstik merah menyala dan matanya melirik penuh kasih sayang. Uwek! Nak termuntah aku. Dunia nak terbalik agaknya.

“Why you not serve right my special guest, Rina?”

“Who? Where he is?”

“Not him. She! She is here. Just in front both of us.”

“Ohh, sorry Mr Dylan. I thought she is our tea lady. Because I don’t see…”

“Because…you are blind! You judge people by their pocket, not their right. We all have our rights!! Next time, be fair to all my guest.” Mr CEO meninggikan suaranya.

Rina hanya tertunduk memandang karpet maroon dikakinya. Padan muka kau! Bukan salah aku, kau yang tak berhemah. Lain kali kalau layan tetamu jangan pilih bulu. Yang buat aku marah dikatanya aku tea lady. Buruk sangat ke aku?

“Jom Fina.” Lunaknya suara Mr CEO.

“Hah?”

“Jom…kita tinggalkan Rina buat kerja tea lady pulak.”

Aku mengekor langkah Mr CEO yang agak laju. Di ruang menunggu banyak mata yang memandang gandingan aku dengan Mr CEO. Pandangan yang penuh pelik…

3 comments:

  1. Haunt novel kahkahJune 9, 2011 at 10:33 PM

    Apa tea lady..??? Melampaunya rina tu.. Ishh3... sbb tu Ada pepatah bahasa inggeris " don't judge a book by it's cover" ...Kalau Kita miskin atau x cntik x semestinya Kita x pandaikan ...betul x kak

    ReplyDelete
  2. haha berlagaknya perempuan rambut kuning tu..macam lawa sgt kata org tea lady.huhu..

    ReplyDelete
  3. rmbut kuning lipstik merah, nape x pakai baju hijau bleh trus jd trafic light.. hee

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.