MY LOVE CEO 4

loading...
Aku menurut sahaja langkah Mr CEO yang semakin laju. Sesekali aku berlari-lari anak agar tidak ketinggalan jauh. Aku sedar siapa aku, sebab itu Mr CEO berjalan pun lagaknya macam orang yang mahu melarikan diri. Takkan dia nak lari dari aku. Tadi dari dalam bangunan pejabatnya bukan main tanganku dipegang kemas. Kini, apabila sudah sampai di dalam kawasan hospital, aku pula yang tercungap-cungap mengejarnya. Bukannya apa, alang-alang dia dah bawa aku ke sini, kenalah juga hantarkan aku balik ke kolej nanti. Kalau tidak, alamat aku tidur kat tepi jalan ataupun pondok bas macam yang Fendi bengap itu buat pada aku dulu! Itu sebabnya aku kena kejar si CEO ini…bukannya apa!!

Tiba-tiba Mr CEO berhenti mendadak tanpa sempat tekan brek! Aku pun apa lagi, tengah syok berlari seratus meter tak sempat buat apa-apa. Terus terterpa dada bidangnya. Beberapa saat itu aku rasakan dunia sepeti berhenti berputar dan aku berada di awang-awangan. Mataku terbuka tetapi badanku kaku tidak boleh bergerak. Eh! Kenapa ni? Aku koma ke? Takkan terjatuh atas dada Mr CEO boleh jadi koma. Emak, abah, abang…tolong Fina! I’m died!

“Awak okey ke?”

“Hello lady…are you okey?”

“Saya okey ke tak ek? Entahlah…”

“Tolong lepaskan saya. Saya dah sesat jalan ni.”

Aku tersengih menahan malu macam kerang busuk. Kerang pun lagi cantik kut sengihannya berbanding diriku yang kalut dan terkulat-kulat ini. Lama juga aku ‘landing’ di atas dadanya. Degupan jantungku sama laju dengan degupan jantung Mr CEO yang aku tercuri dengar tadi. Fuh! Macam cerita Hindustan pulak, kat tengah-tengah kesibukan hospital aku boleh terlentuk di dada Mr CEO. Hish!! Eden malu omak!!

“Kita nak ke mana?”

“Jumpa my mother…” Mr CEO sempat menjawab walaupun matanya sibuk melilau mencari bilik pesakit.

“Awat jumpat kat hospital?” soalan bodoh yang aku sepatutnya tahu kenapa kita orang berada di situ.

“Dia sakit. Hospitalised since yesterday. Saya tak sempat jenguk dia.”

Modennya kehidupan Mr CEO hinggakan emak sendiri masuk hospital pun macam tidak kisah sahaja. Lainlah dengan keluarga aku. Walau emak mengadu termasuk dalam parit di depan rumah, kami adik beradik terus tempah ‘flight’ balik kampung. Gitulah kami! Darah Jawa tetap tak hilang di bumi Melayu?! Hih…hih!! Hih!

“Saya tengah susah hati awak tersengih-sengih. Awak ketawakan saya ya?”

“Bu…bukan. Awak jangan salah faham. Saya…saya….”

Tak sempat aku mahu mempertahankan diri, Mr CEO sudah kelihatan begitu teruja memandang pintu bilik pesakit di hadapannya.

“Huh! Jumpa pun akhirnya.”

Tanpa menungguku yang masih termangu-mangu, Mr CEO terus meluru masuk ke dalam. Pintu yang dilepaskan itu pun melanggar batang hidungku yang kurang sikit mancungnya ini. Dengan cepat aku meramas hidungku yang terasa sengal. Dengan geram aku tumbuk pintu kayu yang tidak bernyawa itu. Padahnya aku juga yang kena, buku limaku berasa perit. Ya ampun…aku lagi sengal! Pintu itu tak bersalah, yang salah si CEO itu lah…omelku tidak henti-henti.

Tiba-tiba pintu itu di tolak dari dalam pula tanpa sempat aku bersedia apa-apa. Sekali lagi batang hidungku terkena pintu kayu yang kaku tu.

“Adui!! Dua kali kena ni! Buta punya….”

“Sorry! Saya terlupa awak ada kat luar. Jom saya kenalkan dengan my mother…” Mr CEO sudah tersengih mengangkat tangan memohon ampun. Saya dah maafkan…hati gatalku mula buat perangai.

“Tak apa ke pakai macam ni aje? Saya macam tea lady tak? Atau ada rupa cleaner hospital?” aku menunjukkan muka seposen.

Mr CEO ketawa terbahak-bahak. Seorang doktor yang baru lalu tertoleh-toleh melihat telatah Mr CEO itu. Mata doktor lelaki itu sempat memandang ku dari atas ke bawah dan kemudian berlalu dengan wajah ‘sembelit’. Nasib baik aku dapat kawal diri, ya lah di depan ‘bakal suami’ katakan…kalau tidak sudah lama mata doktor itu buta sebelah aku kerjakan. Jangan lihat orang tak ada mata, okey…

“Saya tak kisah itu semua. Awak jujur…itu yang penting.”

Mr CEO menarik tanganku untuk diperkenalkan kepada emaknya. Bila tangan kami bergandingan, aku rasakan ada air terjun yang sejuk menyiram tubuhku yang sedang panas. Nyaman! Huh! Peganglah lama-lama Mr CEO. Aku tak kisah. Nak panggil apa nanti dengan emaknya? Mak cik, untie, grandma…eh! Itu nenek. Bila tengah tension macam ini datanglah angin bebalku…

Di dalam bilik itu hanya terdapat seorang wanita muda sedang berbaring lesu. Di tangannya terdapat wayar yang menyalurkan air ke dalam badan. Walau sedang sakit, wanita itu masih kelihatan cantik dan anggun. Kata tadi nak kenalkan aku dengan emaknya, tetapi di mana dia? Takkan ini emaknya? Mustahil!!
“Mom…my friend datang nak tengok you.”

Ini emak dia? Biar betul! Tiba-tiba dengan penampilanku sekarang aku rasakan diriku sangat tua dan buruk berbanding dirinya. Rasa malu yang amat sangat menerjah air mukaku hinggakan aku segan menyambut huluran salamnya.

Mr CEO menyiku lenganku agar menyambut salam dari emaknya. Nyaris aku tergolek kat tepi katil itu dek tolakan Mr CEO yang agak kasar tadi.

“Saya Fina mak cik, untie, mama…” aku tersasul tersebut semua gelaran yang aku hafal. Suka hati dialah nak pilih yang mana satu. Boleh gitu? Aku jangan cakaplah, bengang tahap gaban!!

Mr CEO yang sedang menyeluk ke dua poket seluarnya tergelak-gelak mendengar aku menyebut sekaligus panggilan kepada emaknya.

“Emak setuju…Izz sediakan dokumennya. Emak sign nanti…”

“Tapi…”

“Tak apa. Sementara dia belum habis study, lantik wakilnya untuk kendalikan syarikat. Izz pun ada dalam company kan, apa nak risau?”

“Kita belum tanya dia, emak.”

“Sekaranglah masanya. Emak jadi saksi…”

Aku tidak faham sepatah haram dialog dua beranak ini. Aku pun pura-pura membelek bunga yang diletakkan di dalam pasu di satu sudut. Sesaja tunjuk feminine, padahal aku paling tak suka dengan bunga-bunga hidup begitu. Leceh nak maintain, kalau bunga plastik kan senang. Sepuluh dua puluh tahun pun masih macam itu juga, tak layu-layu. He…he…

“Awak…aw…”

“Fina…” tetiba aku naik miang nak suruh Mr CEO panggil namaku.

“Whatever! Okey…cik Fina. Saya nak pinang awak…”

Aku nampak muka Mr CEO penuh dengan bintang-bintang. Kemudian datang pula pelangi tujuh warna memadam bintang-bintang tadi. Wajah Mr CEO jadi kecil dan kecil hinggalah bertukar hitam. Aku tak nampak apa-apa dah…kenapa ni??

4 comments:

  1. wow..
    so interesting..
    suka suka..

    ReplyDelete
  2. hahaha lawak2

    kelam kabut jer fina nie..tp sy suka wataknya..

    pitam dah ke fina tu?

    ReplyDelete
  3. fina dh blackout..
    suka sgt ngan citer ni

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.