MY LOVE CEO 5

loading...

“Baru buka mulut dah pengsan, macam mana nak cerita kat dia. Apalah minah ni. Gelabah semacam!”

“Tadi Izz gelojoh sangat. Cuba slow sikit. Intro tak de, tiba-tiba kata nak pinang dia. Kalau I pun sama…pengsan sebab terkejut. Sometimes you have to learn how to enter other peoples world, Izz. She is too young to understand what we do. You.... ”

“Eleh! You ingat dia tu bodoh ke? Tak payah step by step…I tahu dia mesti dah dengar apa yang kita bualkan tadi. Dengan dia ni kena pakai terjah aje. I dah faham dah perangai dia. Hari tu dekat 2 minggu dia pegang IC I, dia ingat I orang jahat agaknya. Apa lah…”

“Syyy…dia dah bangun tu. Dengar dek dia, kecik hati pulak.”

Aku perlahan-lahan membuka mata. Sengaja berlakon begitu kerana sebenarnya aku dah terdengar perbualan mereka sedari tadi. Nasib baik tak ada sesi umpat dan keji ke atasku. Jika tidak, tahulah engkau siapa aku wahai Mr CEO. Aku lemparkan sengihan yang amat lebar untuk kedua-dua makhluk di depanku. Tetapi pelik sikit. Tadi aku terdengar perbualan mereka bukan macam anak dengan emak, lebih kepada kawan. Eh! Kawan ke? Jangan-jangan mereka sepasang kekasih yang berpakat nak kenakan aku. Tapi untuk apa? Aku ada barang berharga yang mereka perlukan ke? Patutlah wanita ini macam hampir sebaya denganku, nampak muda semacam. Takkan emak kut! Hish!! Tak masuk dek akal.

Pandangan mereka kepadaku begitu asyik sekali. Seperti sedang memerhatikan seorang puteri yang baru bangkit dari lena yang panjang. Wah! Berangan gitu…

“Ya…Sa…saya…pengsan tadi. Maaf. A…aa…pa yang awak nak cakap tadi?”

Aku menutup mulutku yang tidak pandai bersopan langsung. Gelojoh betul! Pantang dengar orang nak pinang, pengsan dulu dan sedar semula pun masih ingat apa yang dibualkan. Mulut oh! Mulut. Engkau memang tak ada insurans.

Mr CEO yang bernama Izz Dylan O’connor ketawa terbahak-bahak melihat sikap ku yang selamba ‘dork’. Langsung tak tahu malu…mungkin itu telahannya yang aku terjemahkan dari mata kasarku. Usai ketawa dia memandang pula wajah ibunya yang sedang berehat di atas katil. Ya lah orang sakit, tentulah duduk atas katil. Aku tadi yang pengsan elok aje duduk atas kerusi. Canggih tu…pengsan duduk.

“Kalau tak ada apa-apa saya nak balik.”

Itu dialog tanda aku dah bosan. Perbualan kami setakat itu dan ini, tiada perkembangan langsung. Senang cerita, aku mahu Mr CEO berterus terang tentang niatnya semasa sebelum aku jatuh pengsan. Apa yang sebenarnya dimahukan dariku? Menjadi kekasihnya? Menjadi bakal tunangnya? Atau ‘up’ sikit, terus menjadi isterinya? Mahukah dia denganku? Hendakkah aku berkahwin dengannya?

“Nanti dulu Fina. Jangan terburu-buru. Sebenarnya kami ada perkara nak offer pada awak. Tadi kami saja pusing-pusing cerita takut awak pengsan lagi. Tapi kali ini serius. We talk about business…” Mr CEO berkata perlahan-lahan dalam nada yang lembut. Sambil dia bercakap itu aku menatap wajahnya yang persis aktor Keenu Reeves versi Malaysia tanpa berkedip. Ada juga orang Malaysia handsome macam ini yeh…eh! Kan dia kacukan. One Malaysia lah ni…tanpa sedar aku sengih-sengih macam kerang busuk.

“Kami nak offer awak jadi pemegang saham syarikat kami. Syarikat ini belong to my mom, due to her healthy problem, she want to sell her share to you. For this purposes, you have to prepare at least RM500K to exercise your positioin as a director. Associate director…bla…bla…bla…”

Aku masih tiada tindak balas. Macam patung.

“Cik Fina…awak dengar tak apa saya cakap?”

Aku terkejut beruk dek tepukan kuat yang hinggap dibahuku sebentar tadi. Main kasar pulak dia ni!

“Apa ni!!”

“Sorry…saya cakap sepatah haram awak tak response. What happened to you actually? Awak dengar tak apa yang saya cakap berbuih-buih tadi.”

“Dengar …” aku tersipu-sipu.

“Apa yang awak tahu. Apa pandangan awak?”

“Setuju aje lah…he..he…” aku menyeringai. Sepatutnya aku kena berfikir panjang tentang benda-benda ini. Share? Associate director? Student boleh jadi director ke? Tapi umur aku kan dah lebih 21 tahun. Tentulah boleh. Apa lagi ek? Oh! Ya…RM500K. Hah!? Aku kira jari tangan, aku julurkan kaki. Ya ALLAH…RM500K. Takkan nak suruh mak dan bapak aku jual kilang tempe dengan tanah kat kampung. Berbaloikah? Apa yang aku dapat untuk ini semua?

“Macam mana Fina? Mak cik nak jualkan saham mak cik ini pada kamu. Setuju ke?” Emak Mr CEO begitu berhemah ketika berkata-kata. Secara tak langsung dia sebenarnya mahu aku meniru tata tertibnya, sopan santunnya. Bukan main redah aje! Siapalah aku untuk jadi seperti dia…aku hanyalah pelajar Investment Analysis yang baru nak bernafas. Sedangkan dia seorang pengarah syarikat yang memiliki segala-galanya….anak yang handsome…itu tak tinggal!

“Tapi saya tak ada duit sebanyak itu. Sebelum datang sini pun saya ada keluarkan duit. Tapi itu RM5,000…saya dah bayarkan duit yuran pengajian saya. Nak jadi RM500K kena tambah dua lagi kosong….he…he…kalau emak bapak saya mungkin dia orang ada, tapi bukan duit saya. Kalau boleh saya tak mahu susahkan dia orang. Lagipun…perkara ni tak masuk akal. Mahu dihantarnya saya ke Tanjung Rambutan.”

“Awak tak perlu masuk Tanjung Rambutan tu…we have provided you complete plan for all this…crazy planning!” Mr CEO mengukir senyuman penuh makna. Aku tahu dia memerliku.

“Wah!! Crazy planning? Rancangan gila tak masuk ke TR ke?” aku sindir Mr CEO kembali. Ha! Ha! Aku ketawa dalam hati. Ingat aku tak boleh ikut rentak kau!

“Tu mak…kan saya dah cakap. Dia licik budaknya.”

“Apa maksud awak??”

“Tak ada apa-apa. So…oleh kerana awak dah setuju, kita boleh mulakan sekarang.” Mr CEO membuka briefcasenya dan mengeluarkan dokumen yang mungkin menentukan masa depanku. Nasib malangkah? Bertuahkah aku? Tunggu dan lihat…

“Mm..maaf…saya tak kata pun yang saya bersetuju dengan tawaran awak. Saya nak baca dulu syarat-syaratnya. Kut-kut nanti tergadai jiwa dan raga, siapa nak jawab! Betul tak mak cik?” Aku sengaja mengerling ke arah emak Ijol. Dia tersenyum mengangguk. Aku ganas bagai nak rak…dia boleh buat ‘cool’ aje. Nasib le…kalau dapat menantu macam aku, layak ke? Entah!

“Yang tadi tu bukankah dah setuju?” Mr CEO merenungku dengan wajah geram.

Aku pandang dia balik. Siap kenyit mata. Aku yang ter ‘over’lah pulak dengan Keenu Reeves Malaysia ni. Suka hati aku lah, la…la…la…

“Izz…beri dia masa. Benda macam ini tak boleh terburu-buru.”

“Tapi mak…time is running. Sekarang kena serius. Tak boleh main-main.”

“Siapa yang nak main-main. Saya serius ni. Bak sini dokumen tu, saya nak baca.”

“Nah!”

Mr CEO mundar mandir sahaja ketika aku sibuk menelaah dokumen yang dimaksudkan. Sekejap ke kiriku, sekejap di kananku. Dia seperti sedang risaukan sesuatu. Jadi tumpuanku hanya separuh sahaja terhadap dokumen-dokumen tersebut, yang selebihnya aku lebih tertarik dengan gelagat Mr CEO. Ada masalahkah? Tadi dari pejabat elok sahaja. Entah-entah ada agenda lain di dalam dokumen perjanjian tersebut. Lagipun, siapa aku untuk terpilih sebagai penerima saham emaknya. Siapa aku? Selama ini dia mengintip aku kah? Kut-kut dia takut aku ubah fikiran tak setelah baca syarat-syarat yang dikenakan olehnya. Lebih baik aku baca semula dengan teliti. Ini tak boleh jadi.

“…anda harus bersetuju dan kena bersetuju dengan apa cara sekalipun syarat yang dikenakan kerana ia syarat yang mesti dipenuhi untuk mengambil alih saham syarikat. Anda harus patuh dan kena patuh dengan CEO syarikat ini akan apa sekalipun tindakannya yang tidak menyalahi undang-undang. Anda harus bersetuju dan kena setuju untuk berkahwin dengan Izz Dylan O’connor kerana ianya syarat SAH untuk menyandang jawatan associate director dan hendaklah kamu berkerjasama bersama-sama membangunkan syarikat demi waris yang akan datang.”

Aik! Apa ke bendanya syarat dalam dokumen rasmi jadi macam ini? Aku ada juga belajar undang-undang perniagaan, ini dah lain macam aje bunyinya. Macam nak jual aku kat Siam aje…

“…dalam apa jua keadaan anda harus memberikan kerjasama dan kena berkerjasama dengan CEO dalam mentadbir syarikat dan harus menghormati pendapat-pendapat pemegang-pemegang saham. Anda harus bertanggungjawab dan kena bertanggungjawab menjaga kepentingan CEO samada yang peribadi ataupun bukan samada anda rela atau sebaliknya.”

‘Kepentingan CEO? Yang peribadi?’ Huh! Itu macam tugas seorang teman hidup aje gamaknya?

“…maka dengan ini jika sekiranya anda bersetuju dan menerima syarat-syarat yang termaktub, anda dikehendaki menurunkan tandatangan anda. Maka selepas dari ini anda akan menjadi pemegang saham syarikat dan sekaligus membolehkan anda membuat undian terhadap perkara berbangkit di dalam Annual General Meeting syarikat yang akan diadakan kelak.”

Aku terus memicit-micit kepala yang tidak pening. Sengaja aku bertindak begitu. Ianya hanya satu helah. Aku harus keluar dari tipu daya orang-orang korporat ini. Aku nak balik! Tup-tup aku terbayangkan katil kat hostel. Buat masa ini agendaku hanya mahu tidur. Lelapkan mata. Aku tak mahu terjebak. Aku tak mahu dijual kat sempadan Malaysia. Aku tidak sudi menjadi isterinya jika dengan cara tipu helah begini Mr CEO dan kuncu-kuncunya mahu menjeratku. Aku tidak mahu!

Seri…saat-saat beginilah maka aku terkenangkan nasihat demi nasihat yang sering Seri hamburkan. Dia tahu aku memang lurus bendul orangnya, dia bimbang aku dipergunakan orang. Nah! Inilah bahana dek percayakan orang yang tidak dikenali. Body guard Mr CEOlah punya pasal! Dari niat nak pulangkan IC dah jadi cerita lain pulak.

“Kenapa dengan awak ni?”

“Tak tahu. Tiba-tiba aje kepala sakit macam nak mati. Tolong hantar saya balik. Saya nak balik hostel. Tolonglah…” pandai pula aku buat muka kasihan dengan Mr CEO. Lagipun hari dah beransur petang dan sekejap lagi malam akan bertandang. Malam dan kegelapan kan kawan kejahatan…aku semakin cuak memikirkan ini semua.

“Awak janganlah macam ini. Awak kena cepat sign dokumen tu. Awak kena tolong saya, Fina. Saya bukan nak main-main. Awak mesti kena tolong saya.”

“Saya tak boleh. Saya nak balik. Saya tak ada kena mengena dengan awak. Tolonglah saya…”

“Fina! Awak tak nak kenakan balik ex-boyfriend awak yang dan beralih arah itu ke? Awak tak nak tunjukkan yang awak boleh berdikari tanpa dia ke? Awak tak nak balas dendam? Ingat tak masa pertama kali kita bertemu, saya janji akan tolong awak dan jadi ‘geng’ awak untuk musnahkan ego dia. Nak kenakan dia cukup-cukup! Kalau awak tak berubah, sampai bila-bila pun awak akan dipandang macam sampah oleh dia. Saya akan tolong awak Fina untuk jayakan misi awak tu. Tapi tolong…tolong selamatkan saya dulu. Saya perlukan tandatangan awak untuk selamatkan syarikat saya, Fina. Saya perlukan sokongan awak. Selepas ini kalau awak nak buat apa kat saya, buatlah. Tetapi selepas semuanya selesai. Tolong saya, please…”

“Untuk apa ini semua? Saya tak perlukan tipu muslihat awak untuk dapat ini semua, Encik CEO. Saya ada semuanya. Saya tak hairan dengan kekayaan awak. Saya tidak boleh masuk dunia awak. Saya orang biasa yang hidup dengan orang biasa dan lalui hari hari dengan cara saya. Lagipun saya dah tak ada kena mengena dengan Fendy keparat tu! Saya pun dah balas perbuatannya dengan cara saya sendiri. Saya tak perlukan bantuan awak. Saya minta maaf Encik CEO. Saya tak layak!”

Dikepalaku ligat berputar insiden-insiden ‘pembalasan’ku terhadap Fendy yang berkawan dengan awek yang lenggangnya macam itik pulang petang itu. Aku dah pancitkan tayar kereta kancilnya yang tersengguk-sengguk itu dengan bantuan Seri, aku juga dah dajalkan assignment Statistiknya hinggakan dia dapat markah cukup-cukup makan aje untuk subjek tersebut. Apa lagi ek…hah! Aku dan Seri dah kenakan awek si Fendy ketika gadis itu bermain futsal. Kami basuh bajunya hingga lencun sebelum masukkan semula ke dalam begnya yang ditinggalkan di tepi gelanggang. Tak cukup brutal ke misi balas dendam aku itu?

“Macam inilah Cik Fina…”

“Maaf mak cik.” Aku sudah berdiri tegak macam tiang lampu tepi jalan. “Saya ada kelas esok. Saya tak boleh tunggu lama lagi. Hari dah masuk senja ni. Saya minta izin untuk benarkan Encik Izz hantar saya balik.” Menggeletar bibir nak sebut namanya, Encik Izz konon! Aku tak biasa!!! Skemanya…

LANTARAN kedegilan insan bernama Alfina Suria Dayanti a.k.a Fina (akulah tu), Mr CEO tidak terkata apa. Menonong dia menuju ke keretanya selepas menyimpan segala dokumen yang baru separuh habis aku baca itu ke dalam briefcasenya. Sekali lagi jadilah aku macam pelari seratus meter mengejar langkah kakinya yang panjang macam galah itu sebelum sampai kekeretanya.

Di dalam kereta, aku jadi batu. Diam dan bisu. Mr CEO pun sama. Hanya sesekali terdengar dia mendengus kasar. Aku semakin takut apabila berdua-duaan dengannya di dalam perut kereta. Aku takut dia berbuat sesuatu kerana aku tidak mengikut kehendaknya tadi. Aku peluk beg kuat-kuat, bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang datang. Aku pura-pura bermain dengan telefonku agar dia fikir banyak kali jika mahu berbuat jahat. Ya lah…konon-konon dah standby nak dail nombor 999. Talian kecemasan…

“Peluk beg tu buat apa? Kan bagus kalau peluk saya aje…” Fuh! Dia perasan pulak tu yang aku tengah kecut perut. Sempat pulak bergurau!

“A…a…tak. Cuma sejuk aje…”

Dia menghulurkan tangan kirinya ke tempat duduk belakang sambil tangan kanannya masih mengawal stereng. Keadaan begitu menyebabkan tubuh kami bersentuhan buat beberapa ketika. Hangat. Bau wangian dari tubuhnya begitu mendamaikan. Minyak wangi apa ni ek? Jangan-jangan minyak guna-guna.Huh! Selisih malaikat 44. Dadaku berdebar kencang. Dah dua kali hatiku berdebar-debar hari ini, pertama kali ketika dia mengenggam tanganku ketika meninggalkan pejabat siang tadi, dan keduanya tentulah ketika dan saat ini di mana tubuh kami berdua amat rapat. Sesak nafas aku dibuatnya!

“Pakai ini.”

“Apa?”

“Kata sejuk. Pakai jaket saya.”

“Ohh!!”

“Jangan ada fikiran macam itu lagi pada saya. Saya bukan orang jahat. Saya pun manusia biasa macam awak. Cuma saya berada di dalam dunia yang berlainan. Dunia yang saya terpaksa masuk. Satu hari nanti saya pun ingin jadi seperti awak.”

“Awak tak marahkan saya?”

Dia mengerling sebelum terus menumpukan pemanduannya ke hadapan.

“Buat apa nak marah. Take your time.”

Aku rasa ada air bergenang di tepi mataku. Tersentuhkah aku?

3 comments:

  1. lawak3 hehe... mula2 fikir yg citer ni sedih or plain... tup2 ada gak ayat yg lucu2 hehe... tersengih- sengih dibuatnya... nice n3

    ReplyDelete
  2. kelakar jer fina nie. Mr CEO cool jer..kacak plak tu.haha

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.