Header Ads

MY LOVE CEO 7


“Apa yang kau nak citer kat aku malam tadi?”

“Ada ke aku janji nak citer apa-apa kat kau. Aku tak ingat pun.”

“Kau ni selalu macam itu. Dah hutang lupa nak bayar.”

“Aisey!! Ini yang aku marah. Tadi kata nak aku citer, tiba-tiba tanya hutang pulak. Kau ni macam layang-layang putus tali tau. Cuba concentrate sikit. Spesifik.”

“Kau hutang citer dengan aku lah, ngok!”

“Siot kau! Panggil aku macam tu. Okey! Aku takkan citer apa-apa. Aku tak ada mood.”

“Ala Fina! Sikit-sikit nak merajuk. Aku bukan Fendy la…yang kau dok nak merajuk-merajuk ni. Aku pun tak kuasa nak layan.” Seri ikut rentakku. Konon! Merajuk taik kucing!

“Hoi!! Kita dahlah dua kangkang kera kat sini…aku merajuk, kau pun merajuk…habis sapa mau pujuk? Lu pikirlah sendiri Seri…”

Aku berjalan laju meninggalkan Seri yang termangu-mangu dek dijerkah olehku sebentar tadi. Dalam pada itu aku ketawa juga mengingatkan telatah Seri yang sering menyenangkan hatiku dalam pelbagai cara. Seri yang kelakar dan kekadang lucu, Seri yang kerap tersasul menyebut nama-nama yang mempunyai huruf ‘R’, Seri yang selalu meminjamku duit dan Seri yang sering menghiburkan hatiku tatkala Fendy keparat meninggalkanku. Oh! Bagaimana TUHAN telah hadiahkan aku seorang sahabat sebaik Seri…lalu patutkah aku merahsiakan apa yang terjadi ketika aku ‘diculik’ semalam? Tidakkah mulutnya yang seperti murai tercabut ekor itu bakal mengundang masalah kepadaku. Ini rahsiaku! Haruskah??

“Kenapa tergaru-garu…macam kera terkena belacan…he…he..”

Rupa-rupanya Seri perasan tindakanku. Orang dok pikir hal semalam, dia dah terjah! Tak ada salam langsung!

“Kau ada problem ke?”

“Ada lah sikit.”

“Tak nak share? Kalau tak nak tak apa.” Oit! Merajuk lagi ke?

Aku memandangnya kemudian menelek kuku tanganku yang cute ini. Lalu memandangnya semula. Kemudian belek kuku lagi. Lepas tu pandang dia…nak cakap ke tak nak?

“Apa hal? Betul kau tak kena apa-apa semalam? Lain macam aku tengok kau sejak balik semalam.”

Wajahku berubah tetiba. Dia perasan ke? Alamak malulah kalau dia tahu sebenarnya aku dah mula suka kat Mr CEO. Entah sejak bila aku mula suka kat dia? Suka? Bukannya jatuh cinta? Akal sihatku saling berperang. Ah! Suka dulu baru jatuh cinta. Betul ke?

“Aku lain macam yang macam mana?” soalan ku tunggang terbalik. Lantaklah, aku punya ayat…
“Kau nampak blushing…tak macam orang tension kena culik pun. Atau…sebab yang culik tu Mr CEO, maka kau relakan diri kau kena culik. Betul gitu?”

Apa pendapat macam itu? Seri dah mulakan sesi korek mengorek perasaanku sebenarnya. Macamlah aku tak tau…

“Bukan itu sebenarnya…”

“Habis tu…ceritalah.” Wah! Dia punya daya memujuk mesti dapat penuh, 10/10. Bab ini memang dia expert.

“Mr CEO nak kahwin dengan aku.”

“Apa? Kau bior betul.”

Dan selepas itu, aku tahu apa telatah Seri yang sering membuatkan tahap bengangku berada pada ketinggian gunung Everest. Dia ketawakan aku, kawan baiknya sendiri. Sampai meleleh-leleh air matanya kerana dia ketawa sampai macam orang gila. Kawan-kawan dalam bilik kuliah sudah faham. Mesti ada yang tak kena…mereka sudah lali. Fina-Seri, pelajar cun yang nakal. Tapi nakal¬-nakal baik tau…

“Dia buta ke apa sampai nak ajak kau kahwin.”

“Okey what! Aku taklah buruk sangat. Nanti habis study aku dapat jadi remiser okey lah tu. Sama taraf sikit.”

“Tak! Bukan aku cakap kau tak cantik, tak cun. Kau pun tak kalah dengan artis-artis cantik kat luar sana…tapi, aku musykil. Dia tau tak yang kau ni ada sawan. Sawan yang itu! Yang itu…”

“Selisih! Mana aku ada sawan? Kau biar betul. Kau ni kalau nyanyuk melampau tahap gaban. Cuba cover sikit.”

“Kau tak tau ke yang kau ada sawan? Sawan tak boleh kena tinggal macam si Fendy dah buat kat kau.”

“Ohhh!” Mulutku ternganga sengaja menjemput lalat masuk.

“Mr CEO bukan macam Fendy la. Dia ada sifat peri kemanusiaan sikit. Lagipun…aku bukan betul-betul terima offer dia.” Statement ciri-ciri isteri mithali.

“Cara kau jawab lain macam je…kau udah kena apa-apa ke?”

“Kena apa??” aku melongo lagi.

“Kena ayat oleh Mr CEO kau tu.”

Aku ketawa kuat dan sesekali mengilai. Orang kata ketawa sakan. Prof di depan angkat-angkat kening dan toleh-toleh. Nak perhatian lah kut! Ha!Ha! Ha! Sorry Prof…

Seri tepuk belakangku dengan kuat. Aku tahu dia suruh aku jadi wanita melayu terakhir sekejap.

“Tak boleh?” saja mencabar Seri.

“Tak sopan.” Dia membetulkan ayatku.

“Kalau kau nak tau, Mr CEO nak sebut satu perkataan sayang pun susah tau, inikan pulak nak mengayat aku yang brutal ni. Aku rasa dia tak berani. Tak ada confident.” Ceh! Aku kutuk seorang CEO yang telah berjaya itu.

“Eleh. Setahu aku seorang CEO memiliki tahap keyakinan paling tinggi. Dia orang pergi train nak jadi CEO tau, bukan orang macam kau!” Seri menyindirku. Tak guna punya sahabat.

“Kalau aku kata aku jadi director, kau percaya tak?”

“Director ladang lembu family kau aku percaya la…” Seri selamba mengutukku.

“Kau jangan tengok aku tak ada mata.” Aku naik marah.

Lecturer kat depan langsung tak masuk kat otak. Hatiku sudah mulai rimas. Dalam aku melayan mulut Seri yang macam laserjet itu, aku jadi rindu pada Mr CEO. Beberapa kali aku curi pandang pada skrin telefon yang aku silentkan, tak ada satupun panggilan atau SMS masuk. Aik!

Dia dah lupa pada sang director ini ke??

SERI mencuit-cuit lenganku. Aku buat ‘derk’ aje, malas melayani kelentongnya lagi. Kali ini entah mamat mana yang dia nak usha, aku dah tak ambil ‘port’. Namun setelah aku rasakan cuitan Seri di lenganku macam nak ajak aku bergusti, aku layanku juga.

“Kenapa?” mataku liar memandang kelibat teksi yang lalu. Tak ada satupun yang mahu berhenti.

“ Kenapa mamat pakai jaket kat kereta itu tersengih-sengih tengok sini. Dah lama tau. Itu Mr CEO kau kut.”

“Hish! Mana ada CEO tunggu budak depan U. Bukan taraf dia orang le.”

“Ya tak ya jugak.”

Aku saja kenakan Seri. Aku macam cam dengan mamat dan kereta itu. Kat mana ya?

“Dia datanglah…seram sejuk aku. Kau handle ya Fina…cakap aku tak nak kenal dengan dia.” Seri sudah menyorok di belakangku.

“Cik pengarah…Mr CEO nak jumpa.” Baru aku teringat yang mamat ini adalah bodyguard Mr CEO.

“Ha?? Nak jumpa? Nak buat apa? Dia tak ada meeting ke? Dia tak ada kerja ke?” Apa mulutku celupar benar, tadi kata rindu. Dah orangnya nak jumpa banyak songeh pulak. Marahku kepada diri sendiri.

Bodyguard Mr CEO tersenyum simpul. Aku ingat orang berbadan sasa susah nak tersenyum tapi yang seorang ini terlebih sudah!

“Dia ada kat dalam kereta. Baru habis meeting.”

“Ya ke?” banyak soal pulak. Seri dah menolak-nolak tubuhku inginkan penjelasan. Nyaris terjatuh aku dibuatnya. Aku tolak balik tubuh kedingnya. Padan muka! Tak tahu sabar.

“Jom.”

“Jomlah!” Seri berlebih-lebih pulak dia.

Dia pulak yang laju jalannya meninggalkan aku yang sedang terhegeh-hegeh berjalan. Masa inilah kakiku sukar benar nak digerakkan. Hati di dalam jangan cakaplah…berdebak debuk macam nak buat presentation kat depan pentas lecture hall.

Bodyguard itu membukakan pintu belakang. Dia menghalang Seri untuk masuk sebaliknya aku dilayan macam seorang puteri. Aku jeling Seri dengan ekor mata tetapi hati di dalam ketawa gelihati. Boleh gitu?

Sebaik terpandang muka Mr CEO, ini yang terlepas dari mulutku. “Muka saya okey tak?”

Mr CEO tersenyum-senyum melihat ketersasulanku. Tapi dia pandai cover, “Tak payah risau cantik atau tak muka awak tu. Saham tak jatuh. Kan awak dah ada yang punya. Awak tengok muka saya pun dah cukup ada jawapannya.”

Responku? Aku malu bukan kepalang. Dari tersasul jadi termalu pulak! Kalau ada power, aku rasa hendak saja aku ubah diriku menjadi sekuntum bunga daisy yang indah. Dan berada di dalam genggaman Mr CEO. Tetapi masalahnya kini aku bukan bunga daisy dan aku tidak boleh nak ‘cover’ rasa malu yang amat menebal hingga aku rasakan kulit wajahku sudah naik merah macam udang kena bakar.

“Cik Director dah makan?”

“Dah! Eh! Belum! Tapi macam dah makan…”

Ei!! Aku rasa nak gigit-gigit aje lidahku yang tak bertulang ni. Boleh dia naik gedik bila berdepan dengan Mr CEO. Pulak tu dia panggil aku Cik Director? Ini apa cerita? Tak romantik betul!! Aiseh! Ada hati nak berromantik sakan…aku kutuk diriku sendiri.

“Jom! Kita berbual-bual kat tempat lain. Saya rasa saya perlukan lebih masa untuk mengenali awak. My life savior…”

Dengarkah kau Seri? Dia iktiraf aku…bangganya. Tetiba aku terdengar suara ‘tak bahagia’ milik Seri menyumbat cuping telingaku. Baru aku perasan yang Seri sedang jengkel dengan bodyguard Mr CEOyang tidak membenarkan Seri masuk ke dalam kereta untuk sementara waktu.

“Ajak my naughty partner sekali boleh?”

“Siapa?”

“Seri.”

“No problem. Awak kan Director…” Mr CEO tersenyum penuh makna. Kalau ada benda yang lebih manis dari gula, aku kan tabalkannya untuk senyuman Mr CEO itu.

Aku membiarkan pintu kereta terbuka sebelum mempelawa Seri masuk. Ketika itulah aku perasan ada sepasang mata memandang tajam dan tepat ke wajahku. Macam pernah nampak mamat tu? Tapi kat mana ek?

Oh!! Itukan bekas dot dot ku…aku tak mampu menyebutnya. Kakiku lemah tiba-tiba. Bukankah aku cakap besar di hadapan Mr CEO hari itu yang aku telah membalas segala perbuatannya. Bukankah aku sudah banyak kali mengaku kepada Seri yang aku boleh berdiri tegak tanpa mamat keparat itu. Tetapi kini mengapa ‘sawan’ku datang lagi. Inilah penyakit sawanku yang Seri dok kutuk-kutuk tadi.

“Fina?”

Mr CEO menegur. Aku diam. Sebaliknya aku terpaku memandang Fendy yang tidak lepas-lepas memandangku.

“Shall we?”

Mr CEO memegang tanganku. Aku balas mengenggam tangannya lebih kuat. Dari situ aku mendapat kekuatan. Aku mesti lakukannya sekarang sebagai agenda balas dendamku. Kalau Fendy nak kerjakan aku, Mr CEO kan ada. Sepantas kilat aku pergi mendapatkan Fendy yang berdiri macam statue of liberty dan melepaskan tamparan wanita sekuat 360 darjah. Kemudian aku berpatah balik ke kereta. Mr CEO telah berdiri di luar kereta dengan wajah yang panik melihat tindakanku.

“Dah okey? Nak kerjakan dia lagi tak?” Mr CEO tersengih-sengih.

Boleh dia ‘cool’ pulak sebaik aku melepaskan nafas lega. Tadi tunjuk muka panik konon! Aku rasa dia dapat mengagak siapakah lelaki yang aku tampar tadi. Kalau tak tahu, nasiblah!

“Apa rasa?”

“Lapar.”

Mr CEO melepaskan ketawanya dengan agak kuat. Seri dah buat muka bosan kerana dia macam rusa masuk kampung. Tidak tahu hujung pangkalnya kisah Mr CEO ini dan Cik Directornya. Dari raut wajahnya aku macam ternampak-nampak skrip mak tiri yang sering dia hamburkan. Sabar ajelah Cik Fina…

“Kejap lagi kita makan. Pilih aje awak nak makan apa, saya bayarkan.”

Aku membetulkan dudukku. Terlalu rapat dengannya menjadikan aku rimas. Bukannya apa, aku ni kan sering kalut semacam. Aku takut nanti aku yang tidak dapat mengawal diri. Lagipun dengan cara ini aku dapat membelek Mr CEO dengan rasa aman. Siapa yang tak nak pandang muka Mr CEO yang handsome semacam ni.

Jam apa dia pakai ek? Oh! Tag Heuer. Original ke? Huh! Kalau kat US mungkin harganya murah kut! Maintenance tinggi ni. Hiii…tak bolehlah aku nak pinang dia! Aku ketawa sendiri memikirkan kelakar seram yang aku sedang fikirkan.

Dengan keadaan yang kelam kabut tadi, aku tak perasan pun yang Mr CEO di sebelahku ini lain pulak penampilannya. Oh! Dia tak memakai kemeja seperti selalu sebaliknya mengenakan t-shirt berbentuk ‘v’ di leher dan berjeans hitam. Mungkin dia telah sempat menyalin pakaiannya sebelum keluar bertemuku. Aku sengetkan sikit kepala untuk melihat kasut yang dipakainya.

“Apa curi-curi tengok. Tak kena bayar. Free aje. Tengoklah puas-puas.”

Mak datuk! Malunya aku disergah begitu. Nasib baik tak pengsan lagi…he…he….
Advertisement

1 comment:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.