MY LOVE CEO 8

loading...

Hampir 3 bulan perkenalan kami, sedikit sebanyak aku akui hatiku telah ditawan. Memang Mr CEO bukan lelaki yang romantik tetapi cukup untuk membuatkan hatiku tertawan dengan sikap selambanya. Perjalanan hidupku sebagai seorang pengarah syarikat amat indah. Aku ditawarkan pelbagai kelebihan, elaun dan kereta. Pendirianku tentang semuanya? Tahulah aku…degilnya mengalahkan budak kecil berusia 3 tahun. Memang aku bakal isterinya dalam satu komplot rahsia, tetapi takkan nak ambil semua itu. Karang mati terkejut keluargaku melihatkan penampilanku. Aku harus stay cool, humble. Itulah aku.

SMS dari Mr CEO mendebarkan dadaku. Selalunya dia akan menelefon atau mengirimkan SMS selepas aku habis kuliah. Tetapi hari ini lain sikit. Apa halnya pulak?

‘Akan o/station – London, 1 minggu. Ada seminar.’
‘Bila?’
‘tonite.’
‘so urgent?’
‘yap!’
‘saya?’ Apa aku balas ni? Aku pun tak faham.
‘y?’
‘tak de apa.’
‘Cik dir…’
‘me?’
‘u ada. Don worry.’

Blushing. Aku tutup muka dengan buku IT. Buat apa aku nak malu, bukannya ada orang tahu. Seri? Hah! Aku gelak-gelak tengok Seri tersengguk-sengguk memanggung kepalanya. Padan muka! Siapa suruh lambat tidur.

“Siapa SMS?” Curi dengar juga telinganya.

“Orang sesat.”

“Kalau sesat takkan pulun layan macam tak ingat dunia.”

“Huh! Pantang.”

“Dia nak apa?”

Aku tahu siapa yang Seri maksudkan.

“Tak ada apa-apa. Sibuk aje.”

Bunyi SMS masuk lagi. Aku sorokkan handphone burukku di bawah buku IT yang boleh tahan tebalnya.
‘Kat kuliah?’
‘Yap!’
‘Keluar?’
‘Now?!’
‘ya cik dir.’
‘xxxxxx’
‘ponteng...’
‘xxxxxx’
‘wait 4 u.’
‘ha??’
‘zzzzzzzz…’

Zzzz? Apa itu? Dia tidur kut? Bila masa pulak dia nak jumpa aku. Berangan! Aku terus simpan handphone dalam beg. Tapi fikiranku tetap tak lepas fikir tentang Mr CEO. Dia nak pergi jauh. Lima hari pulak tu. Huh! Mesti rasa ‘missing’ nanti. Aku? Bolehkah aku berpura-pura lagi. Sedangkan dengar dia nak pergi seminar pun aku tak sedap badan. Sesekali aku tergelak teringatkan SMS antara aku dengan Mr CEO. Dia CEO, aku director tetapi SMS kami macam …ah! Tak tahu nak kata apa. Yang penting kami faham sudah!

Seri menyiku lenganku dengan kasar. Aku kerut dahi. What? Mulut Seri muncung ke depan. Aku pandang depan. Lecturer IT merenung tajam wajahku. Mungkin dia tanya..nak bercinta ke nak belajar? Aku agak aje. Aku jawab dalam hati…bercinta sambil belajar! Hu…hu…

AKU terus sudut coke yang dibeli dengan rakus. Haus beb! Tadi kat bilik kuliah satu apa tak boleh buat. Abang yang menjaja makanan ringan itu pun ikut geleng-geleng lihat telatahku.

“Dah?” Seri datang hampir.

“Okey. Dapat beli top up?”

“Dah.”

Ada bunyi SMS masuk. Aku cepat-cepat belek handphone.

‘minum air duduk cik dir. Tak elok.’
‘haus sangat.’
‘erm…boleh jumpa?’
‘kata Mr CEO tidur?’
‘yg tidur mata. Hati tak tidur…’
‘boleh gitu? Hi..hi…klu nak jumpa skrg!’


Ceh!! Aku tak bagi chance. Kalau dia nak jumpa sangat, datanglah. Aku mesti gerenti dia tak mampu memenuhi arahanku. Aku ketawa-ketawa sambil menyimpan handphone ke dalam beg.

“Cik Fina…”

Air coke ku terjatuh ke tanah dek terkejut disapa seseorang dari arah belakang. Kurang asam betul! Seri ikut terloncat kerana terkejut sepertiku.

“Maaf…”

Mataku membuntang tatkala bodyguard Mr CEO itu tersengih-sengih menyusun jari memohon maaf. Tegur tak beri salam!

“Mr CEO nak jumpa.”

“Dah sampai? Cepatnya?” aku keliru.

“Dari pukul 2.00 petang dah sampai.”

“Hah??”

Aku belek jam. Sekarang pukul 5 petang. Dekat 3 jam Mr CEO menungguku. Kesiannya…aku menggumam. Seri hanya angkat bahu. Nasib kaulah Mr CEO. Siapa suruh jatuh cinta dengan budak sekolah! Patutlah tadi hantar SMS macam spy, nampak segala yang aku buat. Rupa-rupanya dia dah sedia ada.

“Kenapa dia tak bagitahu tadi?” sambil berjalan ke kereta Mr CEO aku pet pot pet pot macam mak nenek. Bodyguard yang suka tersenyum itu hanya menggeleng-geleng.

“Dia ada kata Cik Fina tak boleh diganggu.”

Sedih pulak aku dengar frasa yang keluar dari mulut bodyguard Mr CEO itu.

Mr Bodyguard membuka pintu belakang. Seri hanya berdiri beberapa langkah dariku. Dia sudah faham dengan syarat yang diberikan oleh Mr bodyguard.

Aku pandang Mr CEO. Dia bercermin mata hitam dan bertopi, berjeans hitam dan bert-shirt putih. Ngam-ngam aku teringatkan watak Keenu Reeves dalam cerita mat salih yang aku dah lupa tajuknya. Aku speechless…nak kata apa? Lu pikirlah sendiri…

“Temankan saya.”

“Kata nak jumpa saya?” Dia dengan statement ke depan, aku keluar statement mengundur.

“Saya nak jumpa awak dan minta awak temankan saya.”

“Emmm…”

“Ada syarat lagi?”

“Tak ada.”

Aku tak sampai hati nak tokok tambah itu dan ini. Orang nak pergi jauh katakan!

“Ajak Seri. Di kan Ms Bodyguard awak.”

Mr CEO tersenyum-senyum. Aku mengangguk dan membuat isyarat agar Seri ikut masuk ke dalam kereta. Seri apa lagi, express macam tiada esok baginya. Memang muka tak malu kawan aku yang seorang ini.

Kereta bergerak dalam kelajuan sederhana. Sambil itu aku melayani Mr CEO berbual. Tak ada satupun dia cerita perihal syarikat. Kalau tidak, dia sering melaporkan perjalanan syarikat kepadaku. Aku kan Cik director!

“Kita nak pergi mana ni?”

“Jalan-jalan. Sebelum saya pergi, saya nak berdua-duaan dengan awak dulu. Ada kenangan yang boleh saya bawa nanti.”

“Lima hari aje.”

“Lebih dari itu.”

“Awak kata lima hari aje.” Merajuk konon!

“Lima hari kalau awak kira ada 120 jam, dan bila awak fikir setiap minit bermakna jauhnya 7,200 minit saya akan tinggalkan awak…awak ingat tak lama ke? Cukup untuk buat saya lupa semuanya.”

Ah! Betul kata Tun Mahathir. Melayu mudah lupa. Aku jadi sedih. Baru lima hari dia dah kira berapa lama dia boleh lupa padaku. Kalau lima bulan, lima tahun, lima puluh tahun? Cinta…macam makan sambal belacan. Walaupun pedas, tetap nak makan! Apa aku merepek dengan peribahasa zaman sekolah rendah ni…

“Jangan sedih. Saya takut lima hari tanpa kenangan dengan awak akan buat saya rindu. Saya takut lima hari tanpa kenangan dengan awak saya tak boleh bekerja. Saya takut lima hari tanpa kenangan dengan awak, saya hilang awak.”

Mr CEO meluahkan pendapatnya. Dia menyatakan perasaannya secara tidak sedar. Tetapi aku faham. Cik Fina ini kan dah ada pengalaman…

“Awak pun jangan takut. Saya tidak akan hilang dan awak tak akan kehilangan saya.” Aku memujuknya. Aku pun sama sebenarnya, luarannya sahaja aku nampak brutal, tetapi di dalam hati ada taman bunga…wahhh!

Kami sampai di sebuah restoran kampung yang menganjur ke laut.

“Dah sampai pun.” Mr CEO melepaskan sebuah renungan manja. Duhai hati…jangan kau pengsan lagi.

“Kita nak buat apa kat sini?” soalan lurus bendul dari mulutku. Tentulah makan-makan sambil tenung-tenung mata. Jawapan menyedapkan hati sendiri.

“Saya nak ajak awak tengok fireflies dengan saya.”

Fireflies? Oh! Yang kelip-kelip tu…aku tunjuk isyarat tangan pada Seri yang sedang melopong mulutnya.

Aku dengar sahaja apabila Mr CEO bertanyakan itu dan ini untuk meninjau Fireflies kepada tuan punya tempat tersebut. Bayaran satu kepala RM40.00, Satu bot boleh muat 40 orang pada sesuatu masa dan kena tunggu sampan penuh baru boleh bergerak.

“Tak mengapa. Saya booking semua tempat.”

Lelaki melayu berperut boncet itu menggaru-garu perutnya. Aku dengan Seri dah senyum-senyum. Lucu pulak tengok gelagat lelaki itu. Selesai rundingan dan membuat bayaran, kami berempat termasuk seorang pemandu bot bergerak ke arah lebih kurang 20 kilometer dari jeti. Aku tak sabar untuk melihat Fireflies. Aku dah lupa perasaan itu tatkala dapat menangkap Fireflies. Aku ingin rasainya semula.

Berdua lebih baik tetapi berempat tentulah yang terbaik! Aku dapat kawal sikit diriku! Ha! Ha! Ha! Mr CEO begitu ‘cool’ walau di mana-mana. Mulutku yang becok bercakap itu dan ini menambah ceria wajahnya. Itu berlakon aje…dalam hati hanya TUHAN yang tahu.

“Eii…cantiknya. Macam pokok krismas. Ambil gambar cepat.”

“Sini! Sini! Sudut yang ini lebih cantik.” Seri pula memberi arahan. Yang jadi mangsa? Tentulah Mr bodyguard yang kaki senyum itu.

“Kita ambil gambar berdua?” Mr CEO berbisik.

“Bertiga la…”

“Awak dengan saya. Untuk ingatan saya…” Sekali lagi dia menegaskan.

Aku tiada pilihan. Seri pun okey aje, dia tahu Mr CEO dah suka kat aku. Aku memang tahu pun! Jenuh aku bergambar dengan Mr CEO. Mana tidaknya…dia kata satu atau dua gambar aje, tetapi ini nak dekat 20 keping. Melampau betul!

“Saya suka tempat ini. Cantik. Aman. Selalu mengundang rindu…”

Aku tak suka bila dia dah sentuh bab hati dan jiwa ini. Segan beb!

“Nanti tunggu saya balik, okey.”

Tak payah pesan pun aku akan tercongok menanti kepulangannya. He…he…

“Saya ada satu rahsia. Saya harap awak boleh dengar dan simpan juga sebagai rahsia awak. Satu hari saya terjumpa seorang gadis yang comot. Saya hantar dia pulang. Tetapi saya terlupa meminta alamatnya. Satu kali terjumpa, tanpa alamat, tak tahu nama, tetapi pelik saya boleh ingat wajahnya. Saya tahu saya suka pada dia. Saya yakin saya boleh jumpa dia semula. Doa saya dimakbulkan. Setiap masa saya berdoa agar TUHAN simpankan hati gadis itu untuk saya. Saya rasa saya tahu gadis itu pun tahu apa rahsia hati saya ini.”

Dadaku berdebar kencang. Itu aku ke? Aku lah kut! Jangan tanya apa-apa cik Fina, rahsia!! Bukankah aku rasa getarnya? Malam itu aku simpulkan kenangan abadi bersama dengan Mr CEO ku. Aku semakin suka padanya…



HARI-hariku tanpa Mr CEO? Hari Pertama. Aku buka kad yang Mr CEO bagi. Gambar kartun Pooh jadi hiasan. Dia menulis kata-kata semangat. Tetapi mataku tidak berkedip tatkala menatap tulisannya di hujung kad.

Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead. The consciousness of loving and being loved brings a warmth and a richness to life that nothing else can bring.

Selepas membaca frasa itu, hatiku berdebar-debar. Apa yang ingin Mr CEO sampaikan? Aku golek-golek di atas tilam. Aku belek jam. Pukul berapa kat sana eh? Mr CEO buat apa ek? Aku lihat Seri tidur mati. Jam dekat pukul 6.30 pagi. Aku belek jadual kuliah untuk hari ini. Investment …ah! Kepalaku terus berserabut dengan wire. Tetapi dengan semangat cinta yang Mr CEO kirimkan, aku jadi kuat. Mesti pergi kuliah. Tapi hantu dalam badan malas betul nak mandi. Ceh!! Aku ‘admit’ akhirnya. Aku mula rindu padanya, pada hari pertama Mr CEO tinggalkan aku dengan encik Pooh.

“Tak pegi kelas?” entah bila Seri bangun, tiba-tiba dia menegurku yang sedang berangan-angan.

“Macam malas…”

“Tuang kelas ke?”

“Tak tahu lagi.”

Sekejap Seri menghilang ke dalam bilik air. Yang pelik siap bawak handphone tu…main game sambil ‘melabur’ kut! Tak berapa lama kemudian, bunyi SMS masuk di handphoneku.

‘jgn ponteng tau. saya ada dihati.’

Aik! Tahu pulak aku nak ponteng. Macam ada instinct aje. Mr CEO boleh baca hati orang ke? Takuut!! Aku cepat-cepat tendang pintu bilik air. Seri!!!


HARI kedua tanpa Mr CEO. Aku buka kad yang dia tinggalkan. Gambar encik pooh lagi. Aku terasa dimanjakan.

Love is an act of endless forgiveness, a tender look, which becomes a habit.

Ya lah tu…habit kau yang sedang kucar kacirkan perasaanku! Aku nak Mr CEO sekarang juga!! Jeritku kuat-kuat. Dalam hati aje…




HARI ketiga tanpa Mr CEO ku. Aku buka kad yang Mr CEO tinggalkan. Uhhh! Encik Pooh lagi. Apa dia pasang CCTV pada kad ini ke? Encik Pooh pun Pooh la…

Men love because they are afraid of themselves, afraid of the loneliness that lives in them, and need someone in whom they can lose themselves as smoke loses itself in the sky. Like I lose to you, Cik Fina.

Ah….I’m speechless. Terharu. Dia sebut namaku. Opsss…tulis namaku. Aku rasa wujud juga aku di alam realitinya. Ohh! Aku sayang Mr CEO.


HARI keempatku tanpa dia. Seorang lelaki yang telah mengacau bilaukan perasaanku. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Uh! Sebab itu Seri asyik membebel. Aku asyik makan roti dengan peanut butter. Sebab Mr CEO kata suka peanut butter la...tidur pulak tak pakai bantal, mana nak lena. Tidurku asyik terganggu…asyik mengigau. Mimpikan Mr CEO. Aku dah gila bayang ke?

“Bukan giler bayang aje…tahap giler meroyan.” Seri tak ada belas kasihan langsung! Aku benci Seri.

Kad dengan encik Pooh yang cantik ‘landing’ di bawah pokok jadi hiasan. Aku ketawa melihat gelagat encik Pooh yang lucu. Kad ke empat ini aku layangkan di atas muka. Aku lambat-lambat membukanya. Macam bau Mr CEO pulak. Aku cium lagi. Patutlah…haruman Pursuit Dunhil lekat pada kad ini. Pandainya dia…tinggalkan baunya untuk ku agar hilang ‘giler meroyanku’ ini. Betullah Seri…aku dah giler.

Love would never be a promise of a rose garden unless it is showered with light of faith, water of sincerity and air of passion.

Segalanya yang ditulis oleh Mr CEO benar belaka! Romantik juga Mr CEO ni walau aku tahu dia salin balik kata-kata tadi dari website. Yang penting masa yang diambil untuk meninggalkan sesuatu kepadaku. Yang penting niatnya. Aku jadi tidak sabar untuk membuka kad untuk hari ke lima. Aku jadi penunggu masa. Setiap detik dan saat begitu berharga.

HARI kelima sampai juga. Seri hanya menggeleng melihat telatahku. Macam budak sekolah rendah, ejek Seri. Aku apa kisah. Aku gagal menyorokkan rahsia hatiku dari pandangan Seri lagi. Aku dah mengamalkan dasar terbuka…lihatlah cik Fina ini. Aku telah jatuh cinta pada Mr CEO!

‘Cik Fina dear,
Would you together with me, showered our faith with light, water of sincerity and air of passion? If YES, wear this ring and wait me at the Airport. Till we meet, I would say that not even my single time I’m not thinking of you. Your lovely Mr CEO.’


Sebentuk cincin emas jatuh dari celah kad. Jantungku bergetar laju. Apa maksudnya semua ini? Sabar cik Fina, sabar. Aku memujuk hati. Aku dilamar oleh Mr CEO? Betul ke tidak? Aku masih bermimpikah?

Dengkuran Seri semakin kuat. Tidur ke apa minah tu? Lagi aku keliru…pukul berapa nih? Aku tak kira. Aku nak call Mr CEO jugak. Kalau dia jawab, bermakna aku tak bermimpi. Yeah!!

Aku dail nombornya. Aku malas nak kira pukul berapa sekarang ini di luar negara. Kalau dia betul-betul sayang cik Fina ini, mesti dia jawab panggilanku.

“Hello! Mr CEO?”

Sebaik telefon diangkat, tanpa intro dan tanpa salam, aku terus menegurnya.

“Sorry…he is in the bathroom. Please call later.”

Perempuan sesat mana yang jawab telefon Mr CEO ni?? Perempuan?? Ah!! Sakit sawanku datang menyerang. Tolong aku Seri!! Wajah mamai Seri nampak berbalam-balam saja dimataku. Itu tandanya hari dah hujan…

3 comments:

  1. Marvellous... with such lovely words on the cards... memang cairlah hati Fina...

    ReplyDelete
  2. Thanks a lor for your support...

    ReplyDelete
  3. aduh kata2 mr CEO mmg power..bait2 kata pada kad pun romantik.hihi

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.