Header Ads

MY LOVE CEO 9

Advertisement

Tiga bulan, tiga minggu, tiga hari, tiga malam…argh! Mr CEO yang aku tinggalkan! Mr CEO yang aku abaikan. Mr CEO yang aku lupakan. Hampir lupakan sebenarnya. Eh! Mengapa aku harus sedih? Setakat orang macam Mr CEO kat mana-mana aku boleh cari. Tapi orang macam aku ni, bolehkah Mr CEO dapat kat luar sana?

Orang macam aku? Cik Fina yang panas baran? Cik Fina yang kuat cemburu? Cik Fina yang selamba? Cik Fina yang setia? Tapi sayang…tiga bulan bercinta dah dikhianati. Kalau tiga tahun, entah apa jadi. Agaknya kisah cintaku dengan Mr CEO boleh jadi macam cerita hikayat seribu satu malam.

Enam bulan… 3 bulan mencipta kenangan dan 3 bulan aku tinggalkan dia dengan perempuan itu. Perempuan yang dibawa pulang dari London. Perempuan mat saleh yang seksi dan ranggi. Sewaktu aku mengendap kepulangannya, perempuan itu siap memeluk lengan Mr CEO dengan mesra. Dan Mr CEO macam tiada perasaan bersalah pun membenarkan lengannya dipinjam oleh wanita Inggeris itu. Agaknya memang macam itu kehidupan Mr CEO. Itu baru pergi lima hari, kalau lima minggu? Silap haribulan dia angkut satu bas wanita Inggeris balik dengannya! Huh! Bencinya aku dengan Mr CEO. Dia tak tahu aku menangis melolong kat belakang tiang di airport sewaktu aku dengan Seri mengendap Mr CEO. Seri suruh aku terjah aje Mr CEO tetapi aku tak mahu. Biarlah…asalkan dia bahagia.

Bahagia? Bahagiakah Mr CEO jika pada hari kepulangannya dia menunggu aku di airport sampai berjam-jam. Aku tengok dengan kepala mataku sendiri. Saksinya Seri. Panggilan telefon jangan cakap, nasib baik aku silent kan modenya. Puas menjejak aku dengan call, dia hantar berpuluh SMS. Wajahnya nampak amat kecewa sewaktu kakinya melangkah meninggalkan airport kerana Cik Fina yang ditunggu tak muncul.

3 bulan….tanpa Mr CEO…aku jadi rindu. Aku jadi jiwang karat nyanyi lagu-lagu rindu. Aku hilang keakuanku…hilang diri sebenarku. Aku jadi lemah semangat. Ketika putus dengan Fendy dulu, aku rileks aje. Menangis satu hari sakan, cukup! Esoknya aku dah sihat. Tetapi dengan Mr CEO, aku tidak menangis. Tapi jiwaku mati. Tak ada soul orang kata!

“Udah le tu…melangok macam beruk lapar. Kamu tak der kerja ke Fina? Balik cuti semester ni asyik pandang dinding, pandang reban ayam. Ada tidak, kamu pergi tepi parit, baling batu. Itu ke yang kamu belajar kat universiti tu. Kalau gitu gamaknya, lebih baik tolong emak dan abah kamu kat kilang tempe itu. Ada juga hasilnya.”

Itu syarahan emakku di pagi yang hening. Syarahan dia kalau dah mula memang susah nak berhenti. Tapi disebabkan free, tak kena bayar yuran, aku layankan jugak. Kemudian dia pot pet pot pet lagi sampai ke sudah, aku angkat kaki. Kalaulah aku tak tinggalkan Mr CEO…tentu sekarang aku yang pot pet pot pet kat dia.

Hai Mr CEO…kat mana kau agaknya? Dah dua hari aku tak terima SMSnya. Dah dua hari dia tak buat miss call. Dah dua hari juga dia buat aku sasau. Kami ni nama aje ‘berperang’, tetapi Mr CEO masih seperti biasa menghantar SMS, MMS dan miss call kepadaku. Aku kan Cik directornya…kiranya hubungan ini aku seorang saja yang isytiharkan perang tetapi baginya, aku masih Cik Fina yang dulu. Adohai…aku rindu pada Mr CEO ku. Apa nak buat ni?

Takkan aku nak call dia? Jatuhlah saham! Habis tu?? Apa aku nak buat? Pergi cari dia? Ahh! Malulah…Aku berbaring sambil bermain-main dengan handphone. Nak call tak nak? Nak call ke tidak?

Nada dering lagu dari kumpulan Wali Band bernyanyi nyaring. Dek terkejut beruk, aku terjatuh dari atas pangkin bersama-sama dengan telefon ku sekali. Habis sakit punggungku. Aku dengar suara emak berleter dari ruang dapur mengalahkan merdunya suara Celine Dion. Dia tahu lah tu aku jatuh macam nangka busuk!

Eh! Siapa yang call? Aku tergesa-gesa mencapai telefon bimbitku tetapi apa dah jadik? Alamak…berkecai barai telefon murahku. Aku ketuk-ketuk telefon itu pada tepi pangkin, tetapi tak mahu hidup juga. Siapa yang call ek? Mr CEO kut? Habislah aku…putus sudah kasih sayang…Tak de harapan…

“Fina!! O Fina!!”

“Ya!!” aku ikut melaung.

“Siapa pulak call kat telefon mak ni! Kamu tolong tengok…”

Aku berlari ke dapur. Canggihnya usahawan tempe ni, kat dapur pun masih lagi memegang handphone. “Mana mak?”

“Ni hah!”

Aku tengok senarai miss call mak. Satu aje. Dan yang satu itu dari nombor tidak dikenali. Aku pun hairan jugak, terror orang ini. Buat miss call sampai mak aku tak sempat nak jawab. Bab-bab miss call ni, aku terus teringatkan Mr CEO. Kerja dia kut? Takkan dia, bila masa pulak dia tahu segala benda tentang keluarga aku. Aku cerita pun tak pernah. Tak mungkin!

AKU SEDANG menyidai kain ketika pihak pos laju datang menghantar bungkusan. Dengan gaya wanita melayu terakhir jalanku sebab aku sedang memakai kain batik sarung, abang pos laju itu menyambut kedatanganku dengan senyum simpul.

“Apa ni bang?”

“Tak tahu.”

“Kenapa boleh tak tahu?” terlebih ramah mulutku.

“Ini amanah dik. Tak boleh buka bungkusan orang.”

“Bagus! Bagus! Bye!” aku melambai-lambai tanda terima kasih.

Bismillah…dengan sekali lafaz aku sah membuka bungkusan itu. Bukan sah jadi milik orang, okey! Wow!! Mak!! Ada orang bagi handphone! Aku berlari mencari emak di dalam rumah tetapi tak ada. Sah! Ini mesti dah pergi ke kilang tempenya dengan abahku.

‘Dari siapa ni?’
‘Macam tahu aje telefonku pecah!’
‘Abang Long agaknya…’ fikiranku berserabut dengan pelbagai pertanyaan.
‘Mungkin Seri.’
‘Tapi Seri selalu tak cukup duit.’
‘Mungkin PA Mr CEO?’
‘Atau…Mr CEO???’
Kenapalah aku selalu ingatkan dia? Gilakah aku? Angaukah aku? Seri!!! Dimanakah dikau? Nun jauhnya kau di utara, datanglah Seri, kau kan penasihatku yang terulung…

AKU TENUNG telefon baruku. Tak berbunyi pun. Sesapa yang bagi handphone baru ni, aku amat hargainya. Tapi sori, aku terkial-kial sikit nak guna. Almaklumlah…Blackberry! Aku tau tekan nombor dan hantar SMS aje, yang lain nantilah aku ambil course dengan sesiapa…he…he…tak pun dengan Mr CEO. Kalaulah masih ada jodoh aku dengannya. Sedih pulak dengar statement menjaga hati ni…

Irama deringan lagu Wali Band berkumandang nyaring membuatku tersentak lagi. Tapi kali ini aku tak duduk atas pangkin dah, tapi duduk atas tangga batu. Selesa sikit.

“Hello?”

“Hello…” aku jawab. Suara lelaki yang kedengaran.

“Hello?”

“Hello…” aku jawab nada yang sama. Suara lelaki bertukar.

“Hello…dah okey ke?”

“Okey apa?” aku tahu itu suara Mr CEO. Yang first tadi mungkin suara bodyguard dia.

“Awak jawab call.”

“Jawab tak mesti dah okey. Emak pesan jangan biar miss call berlambak-lambak.”

“Baguslah dapat emak yang sporting. Mana dia?”

“Dah pergi kilang agaknya.”

“Emak awak rajinnya, patut suruh awak yang pergi. Dia kena berehat. Betul tak?”
Eh! Apasal dia ni asyik cerita pasal emak aku? Tak tanya aku rindu ke, merajuk ke, aku sihat ke, makan ke, cukup tidur ke? Ini sibuk tanya hal orang lain. Geramnya!!!

“Awak tak rindu pada saya ke?” straight forward betul dia ni. La…aku juga yang bebel dalam hati tadi. Macam mana dia boleh tahu?

Aku diam. Sepatah aku tak jawab. Tapi dalam hati hanya TUHAN yang tahu.

“Awak angkat call pun saya rasa dah happy sangat. At least saya tahu awak masih ada…”

Apa maksud dia? Dia ingat aku mati kalau tak ada dia? Eiii geramnya!!

“Maksud saya awak masih ada ruang untuk saya. Tolong Cik Fina…jangan buang saya dari hidup awak. Awaklah kekuatan saya. Walau cuma enam bulan kita kenal, saya tahu awak pun rasakan apa yang rasa.”

Ohh! Nasib baik dia beri penjelasan yang panjang lebar tu…sejuk balik hati rasanya.

“Boleh tak kita tamatkan konfrantasi kita ni?”

Yahooo!! Aku pun dah tak tahan menanggung beban…

“Saya nak jumpa awak.” Wah!! Bunga rinduku jatuh bertaburan di atas tanah.

“Saya kat kampung, Jauh…lima hari pun belum tentu awak boleh sampai!”

“Kalau saya boleh sampai dalam masa lima minit macam mana?”

Eleh! Propa aje Mr CEO ni. Lima minit boleh sampai konon! Rumah aku pun tak tahu, ada hati nak kelentong. Aku pun apa lagi, layan aje. Bukan rugi apa-apa pun. Takkan berjaya punya cita-citanya yang macam angan-angan Mat Jenin itu.

“Okey…saya tunggu. Berangan lah!” aku ketawa-ketawa dihujung talian.

“Sebab saya rindu sangat nak jumpa soulmate saya. Awak tunggu ya.”

Dadaku bergetar laju. Formula 1 pun kalah. Entah kenapa aku rasakan kata-katanya serius. Bukan main-main. Alamak! Kalau betul macam mana? Apa kata emak? Apa kata abah? Aku miang nak kahwin ke? Eee…aku tak tau nak fikir apa dah. Sendiri buat salah, berserah ajelah.

Bunyi hon yang kuat di laman rumah mengejutkanku. Dengan bert-shirt dan berkain batik yang aku ikat aje di pinggang aku berlari meninjau ke luar. Emak dan abah suka benor paksa aku pakai macam ini kat rumah, lebih wanita katanya. Dia orang tak tau kain batik ni lebih sepuluh kali sehari, nak terlondeh aje kerjanya.
Fuh!! Aku mengurut dada. Nasib baik emak dengan abah yang balik. Aku ingat my love Mr CEO yang menjelma. Aku ketawa macam kanak-kanak riang. Terlepas bala katakan…

“Napa kamu suka benor gayanya? Macam tak cukup gigi abah tengok Fina ketawa…”

“Saja bah…hilangkan tension.”

“Lain kali tolong abah kat kilang tu. Berangan aje kerjanya.”

Aku ikut mengajuk gaya abah yang membebel-bebel sambil memeluk bahunya.

“Apa ikut abah pulak. Pergi ambil barang kat kereta tu. Ada sikit lauk untuk masak tengahari. Sampai bila asyik nak makan berhidang aje. Hari ni, emak dengan abah pulak nak makan berhidang. Fina masak.” Emak tak bagi chance langsung aku nak honey moon sempena cuti semester ini. Apalah nasib badan.

Aku mengambil barang di bonet kereta yang sudah ternganga. Tetiba aku terhidu bau haruman Pursuit Dunhill di sekelilingku. Bulu romaku berdiri tegak. Takkan dia pakai ilmu pengasih kut untuk memikatku! Tak payah pikat pun memang aku dah terpikat…statement miang keladi! Atau aku memang dah gila bayang hinggakan di mana-mana asyik teringatkan Mr CEO.

“Assalamualaikum…”

Aku tergamam. Ada hembusan nafas di belakangku. Hantukah? Tapi siang hari, takkan ada hantu pulak? Aku baca ayat Sum Mum Buk Mun Um Yun’ Fahum La Yar Jiun…ayat halau anjing. Dah itu aje yang aku teringat saat ini. Nasib badan…aku tawakal!

“Kalau marah pun takkan tak jawab salam.”

Mr CEO! Aku cam suaranya. Aku kenal baunya. Lima minit? Lima minit? Hah!? Lima minit yang kebetulan…

Aku palingkan tubuh. Mataku menentang pandangannya. Apa aku rasa…lu pikirlah sendiri bila orang marah marah sayang…takkan rasa pedas pulak. Hantu yang beri salam tadi Mr CEO rupa-rupanya. Nasib baik ikan di tangan kanan dan sayur di tangan kiriku, kalau tidak…dah lama aku hilang ingatan!

Kalaulah dia tahu bagaimana rasanya keperitan hidupku tanpa Mr CEO, tanpa dirinya dalam 3 bulan ini. Nasib baik boleh bertahan, itu semua ego punya pasal!

“Kalau rindu kenapa buat saya macam ni.” Suara Mr CEO bergetar.

“Sebab rasa marah tak boleh nak kelentong pasal perasaan.…” aku luah apa yang dirasa.

Dia tersenyum. Bila aku kata aku marah dia makin lebar tersengih. “Itukan normal bagi wanita normal macam awak.”

Tapi bagiku itu abnormal. Aku benci dengan apa yang aku rasa. “Saya kekok.” Aku jawab sepatah dua.

“Sesekali awak kena berlembut dengan saya, dengan rasa yang awak ada.” Dia bersyarah pulak. Bengang beb! Dahlah lama tak jumpa.

Tapi…opss, aku rasa macam ada benda yang tak kena kat sini.

“Awak tolong saya…”

Mr CEO berkerut dahi. “Tolong?”

Mulutku mucungkan ke arah bawah, kain batikku hampir nak terlondeh. Aku kepit di celah kaki. Hilang segala rasa malu. Yang aku fikirkan adalah kain batikku yang dah longgar sangat rasanya. Mr CEO masih tak melepaskan peluang merenungku. Bukan dia dengar permintaanku. Dia boleh main mata pulak. Hish!! Cepatlah sikit dia ni, aku dah tak boleh control lagi. Aku dah tak boleh fikir lagi.

“Boleh pegang ke?” aku faham maksudnya. Aku selalu garang semacam dengannya. Pegang sikit pun tak boleh.

“Dah darurat!” jelingku. Malu pun ada.

Baru saja tangan Mr CEO nak landing di pinggangku, suara guruh abah melengking dari jauh. “Hah! Korang buat apa tu?”
Advertisement

1 comment:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.