Header Ads

NOVEL: MENGAPA DI RINDU 17

Advertisement
Dua bulan berlalu. Hati yang kecewa belum lagi terubat tetapi hidup harus diteruskan juga. Alisya tidak mahu hanya kerana dirinya yang tercalar duka, maka dia menarik sama sahabat dan rakannya untuk berduka. Baginya cukuplah insiden patah hati menimpa dirinya, tetapi bukan memusuhi lelaki terutamanya Hazzim yang kebelakangan ini semakin aggresif menggodanya dengan pelbagai cara. Bukan juga prejudis terhadap kaum Adam tersebut hanya kerana kecurangan seorang lelaki.

“Imah, aku rasa aku dapat agak siapa yang hantar bunga-bunga ni.”

“Siapa?”

“Hazzim.”

“Si kacak yang kaya raya tu? Anak Dato’ Yusniza yang kita pergi buat temuramah dulu?”

“Hrmmm…”

“Kau betul tak? Sure?”

“Aku yakin dia yang hantar bunga-bunga tu. Kau tahu tak, lepas tahu aje aku clash dengan Zikry, ada aje bunga yang aku dapat. Tapi satu aku perasan, kali ini bunga yang aku dapat semuanya berwarna ceria. Gembira.”

“Aku pun perasan juga. Dulu kau dapat bunga merepek meraban. Entah apa citarasa, aku pun tak tahu.”

“Ya tak ya juga! Pandai kau!”

“Eh! Alisya! Aku rasa peminat kau yang dulu tu orang tua kerepot kut. Sebab itu taste dia melampau tahap tak ingat dunia…” Rahimah ketawa mengekeh selepas menuturkan ayatnya.

“Kau ni. Tak baik tau. Lebih baik ada daripada tak ada langsung!”

“Aik! Perli kawan nampak!”

“Terasa ke?”

Rahimah membaling pensil di tangan ke arah Alisya tetapi gadis itu sempat mengelak. Akhirnya dia ikut ketawa gelihati dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Alisya sebentar tadi.

“Kau kawan dengan si Hazzim tu takkan dapat bunga aje. Lain-lain tak ada ke?” Rahimah cuba mengorek rahsia.

“Mana ada! Mungkin dia jenis makhluk kedekut kut!”

Alisya tidak mahu berterus terang. Hampir sebulan cuba menerima kehadiran Hazzim seadanya, dia telah dilonggokkan dengan kemewahan. Daripada handphone mahal, baju berjenama, cincin perkenalan dan makan malam di restoran mewah, semuanya dia telah rasa. Bukan dia meminta, apa lagi merayu dibelikan semua itu. Tetapi sedang hati dibalut sepi, dia melayani sahaja apa yang diberikan oleh Hazzim. Dia berkira-kira, jika saatnya tiba dan dia masih juga tidak boleh menerima lelaki itu, dia akan kembalikan semuanya. Alat solek berjenama, pakaian dan cincin pemberian lelaki itu, tidak digunakan hingga saat ini. Biarlah almarinya penuh dengan hadiah pemberian Hazzim tetapi untuk sesekali dia menggunakannya, dia belum bersedia. Sekilas dia menjeling pula telefon Nokia di tepi meja. Itu sahaja pemberian Hazzim yang dia gunakan, itu pun kerana terpaksa. Telefon miliknya entah di mana tersilap letak, dia sendiri tidak ingat. Ketika itu fikirannya sedang berserabut.

“Hoi! Mak Cik! Berangan! Entah apa difikirkan…”

Alisya tersenyum kelat. Walaupun kaya raya seseorang itu jika hati tidak suka, nak buat macam mana? Rahimah sebenarnya turut gembira melihat perubahan yang positif yang berlaku ke atas sahabat baiknya itu. Dia tidak mahu Alisya murung dan muram seperti baru-baru mula putus cinta. Tidak kisahlah siapa kawannya sekarang, yang penting Alisya pandai menjaga diri dan pisang tidak berbuah dua kali.

“Imah, kau nak tengok apa dia tulis kat aku?”

“Ingatkan P & C. Meh aku tengok, kut-kut aku boleh nasihat apa yang patut.”

Rahimah mahu merampas kad kecil itu dari tangan Alisya tetapi Alisya menyimpannya kembali. Dia berasa ragu-ragu. Apa pula perasaan Hazzim jika dia tahu rahsia peribadinya terbongkar. Apakah dia akan berkecil hati? Ah!! Aku bukannya ada apa-apa dengan dia pun. Dia saja yang syok sendiri; hati kecilnya berbisik nakal. Berkongsi dengan Rahimah apa salahnya.

“Nah lah. Tapi kau jangan ketawa pulak. Kasihan dia…”

“Ya lah! Ya lah! Aku bukannya budak kecil. Itu pun aku boleh fikir tau. We just sharing, kan…”

Rahimah membelek kad kecil itu. Dia menghidunya pula. Wangi. Pandai betul lelaki itu menggoda Alisya. Benarkah dari Hazzim? Bukan Zikry ke? Dia berbolak balik. Tanpa menunggu lama, kad di tangan ditatap penuh minat.

“Katamu indah dan manis maka aku amat menyayangimu...
Perhatianmu penuh erti maka aku amat mengasihimu...
Kebaikanmu terserlah maka aku merinduimu...
Tetapi aku bimbang, jika kamu terus memberikan kenangan maka aku akan jatuh cinta padamu...”

Rahimah menyerahkan kembali kad tersebut kepada Alisya. Dia terharu dengan kata-kata yang tertulis di dalamnya. Kalau benarlah itu kiriman dan tulisan Hazzim, boleh tahan juga jejaka kacak itu. Sungguhpun berjawatan tinggi, keluarga bangsawan, tetapi dia tidak malu berterus terang tentang perasaannya. Sesungguhnya Alisya bertuah kerana diminati oleh seorang lelaki budiman sepeti itu.

“Apasal kau terdiam? Kelu seribu bahasa? Apa pendapat kau?”

It’s complicated actually. Kau nak terima dia?”

“Tak tahu.”

“Aku tak kisah kau dengan dia, aku agak kau orang dah matured, tentu tak banyak masalah dalam menyesuaikan diri dalam perhubungan. Tapi aku takut satu aje…”

“Pasal apa? Ex-girlfriend dia?”

“Itu satu hal. Kau ingat tak dengan model yang suam-suam kuku tu. Aku tak ingat namanya. Itu lantaklah…tapi yang aku risau hubungan kau dengan orang tuanya. Dato’ tahu ke tidak kau berkawan dengan anaknya?”

Alisya menggeleng. Apabila Rahimah memulakan cerita, dia jadi seram sejuk. Selama ini tidak terfikir pula adanya masalah begitu yang akan timbul. Selama ini dia menasihatkan orang lain melalui kolum popularnya di dalam majalah terbitan syarikatnya. Apabila masalah kecil sebegitu menerjah hidupnya, dia pula yang panik.

“Betul juga kata kau, Imah. Dengan anaknya anytime aku boleh handle and settle, tapi dengan orang tuanya, aku jadi pobia. Dulu masa berkawan dengan Zikry pun aku tak sempat jumpa familinya. Harap aje kawan dua tahun, tak pernah dia ajak datang atau jumpa keluarganya. Yang ini pulak, aku tak tahu nak kata apa. Emaknya aku kenal, tapi bila fikir apa kau cakap tadi, aku jadi takut.”

“Dia ada pelawa kau jumpa orang tuanya tak?”

“Belum.”

“Bila lagi?”

“Mana aku tahu. Eh! Kau ni…aku terima dia pun belum. Bagilah aku masa.”

“Kalau hati dah suka, jangan tunggu lama-lama. Nanti si dia dikebas orang.”

“Kebas pun kebas lah. La ni aku suka macam ini. Sorang-sorang tak ada komitment.”

“Jangan cakap besar, Alisya. Nanti kalau kau dah suka, dia pulak tinggalkan kau. Suka macam itu?”

“Bila dah sayang aku jaga betul-betul.”

“Sekarang ni tak jaga?”

“Biarlah dia dengan caranya. Aku ikut rentak aje…”

“Strategi kau bahaya tau tak! Tak sesuai lagi dah! Kau kena aggresif. Goda dia balik, tarik perhatian dia…”

“Aku tak ada mood.”

“Dah ubah selera pulak.” Rahimah menyindir.

“Oii! Mak cik…aku bukan girlfriend dia tau. Dan for your info, aku bukan jenis yang kau fikirkan tu.”

“Jangan menyesal.”

Alisya mengerutkan dahi. Takkan menyesal punya! Dia berbisik nakal.



ALISYA menolak daun pintu yang tidak berkunci. Motorsikal Kamal elok tersadai di luar rumah. Seperti biasa, jika Kamal tidak sibuk di kedai ikannya dia akan melepak di rumah. Dan yang selalu menaikkan darah Alisya adalah si Kamal suka menyerakkan barang di ruang tamu. Dia suka menyepahkan majalah, cawan dan gitar kesayangannya merata-rata.

“Kamal!!”

Sambil nama Kamal disebut, Alisya lincah mengutip segala benda yang berselerak itu satu persatu lalu diletakkan di tempat asalnya. Dia buntu bagaimana mahu mengubah sikap adiknya itu yang kaki sepah barang. Dahulu, sewaktu ibu mereka masih hidup, puas juga dia dileteri. Kini setelah kedua orang tuanya meninggal dunia, Alisya jadi pengganti dan menuruni sikap ibunya pula.

“Mal!! Kamal!!”

Nama yang dilaung tak juga muncul. Dia membawa beg tangannya ke bilik. Seketika dia menjenguk kamar bujang milik Kamal. Tiada sesiapa di situ. Kosong. Lengang. Ah! Mungkin dia keluar dengan Hazzim. Orang ada abang angkat katakan!
Alisya berhasrat mahu berehat seketika. Dia mahu melapangkan jiwanya. Dia mahu membersihkan segala saki baki kenangan bersama Zikry. Dia tidak mahu ada kenangan langsung dengan lelaki itu.

Sejenak fikirannya terganggu dengan pendapat yang dikongsi bersama Rahimah siang tadi. Semuanya boleh di atasi tetapi satu saja masalah yang dia kena reda jika mahu meneruskan perhubungan dengan Hazzim. Adakah kehadirannya dialu-alukan? Apakah keluarga korporat itu sudi menerima dirinya seadanya? Seorang anak yatim piatu dan berpendapatan sederhana. Layakkah dia di dalam kehidupan lelaki bernama Hazzim?

Telefon Nokia berwarna silver bergegar menandakan ada panggilan masuk. Alisya membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab. Dia malas melayani sebarang panggilan buat ketika ini. Namun panggilan tidak berhenti-henti itu meresahkan jiwanya. Siapakah gerangan si pemanggil? Kamalkah? Hazzimkah? Eh! Buat apa pula lelaki itu menelefon? Fikirannya bersimpang siur. Lantas punat ‘on’ di telefon di tekan.

“Hello…”

Tanpa salam satu suara kasar menjerkahnya. Suara seorang wanita dewasa yang bagai tidak sabar mahu menyampaikan sesuatu. Silap orangkah dia?

“Saya Alisya.”

“Tak payah nak kenalkan diri awak. Saya tahu siapa awak. Saya tahu apa niat sebenar awak. Baik awak undur diri sekarang atau awak akan menyesal seumur hidup!”

“Awak ni siapa?? Saya tak kenal pun.”

“Awak tak perlu nak kenal saya. Cuma saya beri amaran supaya awak undurkan diri. Jangan telefon, rapat atau layan lagi panggilannya. Jangan ada hubungan langsung dengan dia! Awak faham!!”

Alisya menarik nafas dalam-dalam. Siapa berani mengugutnya dengan kuasa kasar dan tak tahu adab langsung. Dia gagal mengecam yang empunya suara di hujung sana.

“Kenapa awak diam? Awak sanggup menyerah kalah?”

“Saya tak faham. Apa maksud awak? Saya harus menyerah dengan siapa? Saya tak tahu hujung pangkal perkara yang awak cakapkan ini.”

“Jangan jadi bodoh! Awak tahu Hazzim, kan? Awak kenal dia, kan?”

“Hazzim? Who cares! Awak silap orang kut…”

Alisya terus menutup talian telefon tersebut. Biar dikata biadap, dia tak heran. Kalau orang itu mahu bergaduh perihal Hazzim, dia tak kuasa mahu melayannya. Hazzim bukan ada apa-apa kaitan dengannya. Hazzim sekadar berkawan dengannya. Dan Alisya pun menganggap Hazzim rakannya. Salahkah persahabatan mereka?


DATO’ Hajah Yusniza memerhatikan adiknya bergumam seorang diri selepas membuat panggilan telefon. Dia sengaja meminta Yuhanis menghubungi Alisya. Setelah dia dapat tahu daripada Wida yang Hazzim sedang berkawan dengan seseorang, dia mulai bimbang. Dato’ Yusniza mula membuat siasatan sendiri dengan bantuan Bahrudin. Bahrudin pula yang tahu sedikit mengenai rakan wanita Hazzim, terus melakukan apa yang dipinta oleh wanita koroprat itu tanpa banyak soal. Lagipun dia ingin tahu siapa Alisya sebenarnya. Adakah dia wanita dari kalangan keluarga berada atau pun gadis liar yang mahu merosakkan Hazzim.

“Apa budak tu kata?”

“Biadap! Perempuan macam itu yang si Hazzim kejar? Tak ada perempuan lain ke dalam dunia ni.”

“Apa dia cakap tadi?”

“Macam tak kisah. Tak takut pun bila aku gertak. Tak sangka betul…muka lawa…”

“Itu yang buat Hazzim terpikat kut.”

“Aku geram ni kak. Boleh dia hempas telefon macam itu aje. Bingit telinga aku ni…”

Dato’ Yusniza melepaskan tawanya terhadap Yuhanis. Dalam segarang-garang adiknya pun boleh kalah dengan gadis mentah seperti Alisya. Ada apa dengan gadis itu yang boleh mengikat Hazzim untuk bercinta kali kedua. Apa rahsia dan taktik gadis itu demi merebut cinta Hazzim? Adakah gadis itu berniat jahat? Hanya mahukan kekayaan dan kesenangan milik Hazzim dan keluarganya. Sambil berfikir dan telinganya menadah bebelan dari mulut Yuhanis, Dato’ Yusnizah merasakan seolah-olah dia kenal dengan empunya nama tersebut. Sekonyong-konyong seraut wajah cantik muncul di ruang mata. Tak mungkin! Takkan berani dia bermain api dengan aku?

“Kau dah tengok gambar dia?”

“Ada. Tadi ada kawan MMS kan…”

Yuhanis menunjukkan gambar Alisya kepada Dato’ Yusniza. Wajah Dato’ Yusniza berubah rona. Dia merenung gambar di dalam handphone Yuhanis. Memang sah tekaannya. Gadis wartawan itu pernah membuat liputan tentangnya tidak berapa lama dahulu. Tetapi seingatnya, ketika pertemuan secara rasmi tersebut gadis itu tidaklah menonjol sangat berbanding temannya yang lagi satu. Dia sendiri sudah lupa namanya. Apakah gadis patuh dan merendah diri sanggup mencabar kewibawaannya? Takkan dia berani menentang ugutan yang dibuat oleh Yuhanis tadi. Jika benar, ini bermakna dia harus menundukkan Alisya dengan cara yang ‘humble’ juga.
Advertisement

6 comments:

  1. macam mana nak dapatkan novel ni sepenuhnya?

    ReplyDelete
  2. Anonymous: sambungannya sedang dlm pembikinan. Maaf ya, sangat sibuk. Insya'Allah bulan Mei nanti sy boleh cover balik mana yg tak siap.

    Tq kerana membaca di sini.

    ReplyDelete
  3. Haunt novel kahkahJune 9, 2011 at 9:46 PM

    Akak bestlah... n gempak smpaikan bumi pun Bergegar semata2 kerana citer ni

    ReplyDelete
  4. my dear Ann,
    saya dah buat sampai MDR 22...cuba tengok,
    tq

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.