Header Ads

My Love CEO 13

Advertisement

Aku telah bersiap-siap untuk ke rumah bakal mertuaku semula. Aku duduk memanggung dagu sementara menunggu kedatangan insan tersayang. Dalam gembira untuk menghabiskan hari-hariku bersama Mr CEO, tetap ada gundah yang menyapa. Entah mengapa hari ini hatiku sarat dengan rasa malas untuk mengunjungi banglo Mr CEO. Mungkin kejadian semalam sedikit sebanyak mempengaruhi perasaanku saat ini. Mungkin juga aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Tetapi bagaimana jika perasaan yang sedang memburu ini ada sebabnya? Tetapi atas sebab apa? Weh!! Apa pula otakku main-main ni…
“Sayang…”
“Cik Fina sayang…” kali ini panggilan itu sedikit panjang membuatkan aku tergugah dengan lamunan yang baru nak bermula.
Aku tersengih macam kerang busuk. Walau macam mana pun aku mahu menjadi sedikit dewasa, saat itu jugalah sifat nakalku berjalan seiring. Hish!! Memang kena banyak berlatih untuk senyum dengan seikhlas rasa.
“Pepagi buta dah melamun.”
Mr CEO mencuit batang hidungku. Aku ketawa girang. Dah jadi tunangan orang pun perangai masih macam bebudak sekolah menengah. Aku mengumpat diri sendiri.
“Saja. Hilangkan rasa boring…”
“Boring ke tunggu abang tadi?”
“Eh! Mana ada?!” Boring nak pergi rumah dia…he…he…hatiku berbisik nakal.
“Malam tadi boleh tidur?”
“Boleh. No problem punya!”
“Awak memang kuat tidur, kan. Dalam kereta selalu awak tertidur. Bukan nak temankan abang berborak. Buat tahi mata aje…” Mr CEO mengusik.
“Habis tu…masa kan emas. Nanti kalau dah kahwin entah-entah tak cukup masa nak tidur.” Opps! Apa mulutku ke situ pulak. Miang tak bertempat.
Mr CEO ketawa gelihati. Namun dalam dia tertawa begitu, dia tetap nampak berkarisma. Langsung tak luak aura kekacakkannya. Kagum betul aku. Sebab itulah dia terpilih sebagai CEO. Bukan mudah seseorang itu untuk dilantik ke jawatan penting sebegitu. Mahu banjir satu KL dengan air mata anak dara yang kecewa melihatkan gandingan aku dengan Mr CEO. Ya lah…aku boleh dikategorikan sebagai comel anak melayu, sedangkan dia kacukan darah Inggeris. Jauhnya macam langit dengan bumi…tetapi cinta tak mengenal sesiapa! Cewah!!
“Kenapa dah kahwin nanti tak sempat tidur? Abang tak faham lah…”
“Hah!? Tak mahu cakaplah. Tadi tersasul.”
“Kena cakap juga. Abang nak dengar alasan dari Fina.” Mr CEO semakin galak mengusikku. Tetapi aku cukup teruja, semalam dia tension giler, at least hari ini dia sudah kembali seperti sediakala. Itulah yang aku mahu.
“Lain kali kita bincang, okey? Sekarang tak sesuai…”
“Bagi abang okey aje…anytime Fina boleh discuss dengan abang. Cepatlah…cakap sekarang. Kalau tidak abang turunkan Fina kat tepi hutan ni.”
“Eleh! Macamlah Fina takut.”
Akhirnya Mr CEO hanya tergeleng-geleng melihatkan kedegilanku. “Nanti kalau kita dah bernikah, abang pun rasa tak boleh tidur langsung.”
“Hish! Ada pulak gitu?”
“Ya lah. Nak tunggu Fina berhenti pot pet pot pet entah bila. Ada saja cerita tak habis-habis. Kut-kut kena tunggu seribu satu malam…”
Aku marah dikutuk begitu oleh Mr CEO. Apa lagi, habis lengan kirinya aku balun dengan bantal ditangan. Akhirnya tawa kami berderai memecah lebuhraya yang masih lengang.
***
“Bila berlakunya?” soal Mr CEO cemas.
“Sejam yang lepas. Nasib baik I datang cepat. Kalau tidak parah juga dia.”
“Thank you, Tini. Bibik kat mana?”
“Kat dapur.”
Aku mengekori Mr CEO ke dapur. Bibik sedang membancuh Nescafe hinggakan aromanya menusuk ke lubang hidungku. Mungkin kerana terlalu tekun atau ada benda lain yang sedang difikirkan, Bibik tidak perasan akan kehadiran kami. Tiba-tiba aku berasa belas.
“Bibik.”
Dia berpaling. Wajahnya penuh dengan cakaran. Aku terus memeluknya. Kami saling bertangisan. Mr CEO ikut sama memeluk aku dan Bibik. Beberapa saat kami saling berdakapan hingga akhirnya teguran satu suara meleraikan pelukan kami bertiga.
“Bibik okey ke?”
“Bibik okey Mbak Tini.”
“Nak pergi ke hospital tak? Tini boleh tolong hantarkan.”
“Tak. Tak perlu. Bibik boleh pakai ubat sapu saja. Lukanya pun enggak teruk.”
“Teruk ni Bibik. Lama-lama nanti mesti pedih.” Aku menegurnya.
“Tak mengapa nak Fina. Bibik dah biasa. Usah bimbang ya.”
Mr CEO mengurut belakang tengkuknya. Dia mundar mandir di ruang dapur. Aku, Tini dan Bibik hanya memerhatikan sahaja. Mungkin Mr CEO mahu berkata sesuatu.
“Maafkan mama saya, Bibik. Saya tahu dia belum sihat. Saya tahu dia perlu tinggal lebih lama kat hospital tu. Tetapi dia degil. Dia nak balik ke rumah juga. Maafkan saya sebab Bibik yang jadi mangsa di atas kelalaian saya. Saya janji tak akan benarkan dia keluar lagi dari hospital tu, Bibik. Saya janji. Maafkan kesilapan saya, Bibik.”
Bibik datang dekat ke arah Mr CEO. “Jangan begitu nak Izz. Kalau Bibik ditempat kamu pun tentu Bibik melakukan hal yng serupa. Kita tidak tergamak mahu menghampakan permintaan seorang ibu. Usah persalahkan diri kamu, ya. Bibik okey saja, enggak apa-apa.”
Mr CEO hanya mengangguk lemah.
“Kita nak discuss sekarang ke Encik Izz…”
“Bagi saya masa setengah jam, Tini. Saya perlu bersendirian seketika.”
Aku merasa belas melihat kecelaruan yang sedang diharungi oleh Mr CEO. Tetapi apakan dayaku untuk menolongnya. Kejadian yang baru berlaku pun aku masih termangu-mangu tidak tahu menahu. Yang aku tahu mama Mr CEO telah dibawa pergi dengan ambulans. Di luar banglo terdapat beberapa anggota polis sedang melakukan siasatan. Entahlah…
“Sayang…”
“Hah?!” Aku terkejut lagi. Inilah bahananya jikalau asyik mengelamun tak tentu masa dan tempat.
“Temankan abang.”
“Abang kata nak bersendirian…”
“Abang akan lebih kuat jika ada Fina di sisi…”
Kembang kempis hidungku dipuji begitu. Memang dialah pilihan pertama dan terakhir untuk menjadi suamiku. Tidak syak lagi!
Kami berehat di dalam bilik bacaan dengan membiarkan pintu terbuka. Aku duduk di sebelahnya agar mudah kami berbincang. Keluhan keras dilepaskan. Aku tahu dia sedang buntu saat ini. Peluh halus memenuhi dahi. Aku menghulurkan tisu. Dia menyambutnya lalu mengelap peluh yang semakin banyak.
“Abang tak sangka mama akan jadi semakin teruk.”
Aku diam saja. Biarlah Mr CEO bercerita. Aku sanggup menunggu biarpun untuk seribu tahun lagi. He…He…
“Mama sebenarnya menghidap penyakit mental, Fina. Abang tak bagitahu pada Fina sebab abang ingat mama boleh sembuh. Dulu dia tak lah seteruk ini. Sejak Cindy datang dan cerita yang bukan-bukan, dia mula jadi tak tentu arah. Fikirannya yang kusut makin bertambah celaru. Kadang-kadang dia mengamuk tak ingat dunia. Selalunya Bibik yang bantu abang bila mama buat hal.”
Mr CEO menambah. “Mama sudah terlalu trauma sejak dia berkahwin dengan daddy dahulu. Ancaman, caci maki, hinaan, dibuang keluarga…peristiwa-peristiwa itu yang menyebabkan tubuh badannya tak boleh nak terima. Walau zahirnya mama ceria dan nampak kuat, tetapi di tekanan di dalam hanya Tuhan yang tahu. Bila dah tak tahan, mama kadang-kadang hantuk kepala kat dinding. Tapi mama tak pernah sentuh kami. Pukul pun tidak. Dia tak akan lepaskan kemarahannya pada anak-anak. Dia pandai sorokkan. Itu yang abang sayang sangat kat mama.”
Mr CEO tersedu-sedu. Aku tak tahu nak buat apa. Aku hanya membatu. Kali pertama aku melihatnya begitu. Juga kali pertama aku mendengar kisah yang sebenarnya dari mulut Mr CEO. Aku tak marah pun jika dia rahsiakan penyakit mamanya. Sudah sepatutnya seorang anak lelaki menyimpan dan merahsiakan aib ibu sendiri. Aku semakin kagum dengan Mr CEO.
Lebih kurang setengah jam berikutnya kami hanya diam. Suasana menjadi hening dan sepi sekali. Begitulah sepinya hati Mr CEO saat ini.
“Sayang…”
“Sayang, bangun sayang…”
Aku menggeliat. Eh! Kat mana ni?
“Ini siapa yang tension, awak atau abang? Sedapnya dia buat tahi mata.”
“He…he…” aku sekadar menyeringai.
“Jom. Mungkin Tini dah lama tunggu kita.”
Aku bangun dengan malasnya.
“Eh! Abang dah okey tak?”
“Okey. Lebih-lebih lagi bila tengok Fina tidur dengan nyamannya. Abang berjanji pada diri abang, selagi diizinkan olehNya, abang akan pastikan Fina boleh tidur nyaman sepanjang hidup dengan abang nanti.”
“Eiii…malunya abang tengok Fina tidur.”
“Bukan abang aje tau. Bibik dan Tini pun ada sama.”
“Abang!! Kenapa tak kejutkan Fina.”
“Tak apalah. Meeting abang dengan Tini pun dah selesai. Abang pun dah segar bila pekena Nescafe Bibik tadi.”
“Habis tu…buat apa Tini tunggu kita?” ada nada cemburu dalam suaraku.
“Nak pergi tengok cincin. Hari itu abang suruh dia tempahkan. Untuk Cinderella abang yang kuat tidur ni. Aik …tak habis lagi cemburu kat Tini?”
“Suka hati Fina lah!”
“Kuat cemburu tak baik tau. Nanti cepat tua!”
Advertisement

7 comments:

  1. alahai..
    pela nasib izz
    dapat tunang kuat tido..
    hhihihi

    ReplyDelete
  2. wah~~~
    ada sambungan...ske.ske.
    best.best.
    ^^
    so sweet~

    ReplyDelete
  3. nk lagi sambung cepat ye dah lama tak baca My love CEO.

    ReplyDelete
  4. May_Lin: Sokongan awak sangat akak hargai. Teruskan membaca ya..lagi satu, Fina tu sama karakter ngan seseorang yang dekat dlm hidup ini. Kelakar kan...

    N.Haliban: Terima kasih juga kerana membaca di sini.

    Anor: Akak akan cpt sambung, dah nak tamat mini novella ni.

    ReplyDelete
  5. hehe kuat tido.Macam hobi sy.kehkeh

    ReplyDelete
  6. novel ke ni x puas bce lh best tergntung bce x best.

    ReplyDelete
  7. ni novel ke best tpi bce tergntung x best.

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.