Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Dec 11, 2010

SURATAN 12

nur aynora
Hishamuddin mengetuk pen berwarna emas di atas mejanya. Dua tiga hari kebelakangan ini fikirannya terganggu. Kelmarin isterinya bercerita pasal pertemuannya dengan Soraya. Hati lelakinya berdebar-debar apabila bayang wajah Soraya yang cantik molek melintas di ruang mata. Kenapa mesti ada pertemuan lagi andai hati ini telah kau robek? Kau permainkan aku demi membalas perbuatan Haizan. Sampai hati kau Soraya!

Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk. Tanpa menunggu lama ianya terus terkuak. Pembantu kedai bukunya datang tergesa-gesa dengan wajah yang merah padam.

“Kenapa Wati?”

“Tu ha…kat luar ada pelanggan meradang. Buku yang dicari tak ada. Katanya dia dah telefon. Sebelum ini buku yang dia cari tu ada dijual di kedai kita. Bila dia datang dah tak ada!” Wati masih termengah-mengah.

“Tak apa. Biar saya handle. Awak teruskan kerja.”

“Terima kasih Encik Hisham…”

Hishamuddin menuruti langkah Wati. Dia segera mendapatkan gadis tinggi lampai yang berpakaian ringkas. Gadis itu masih bercekak pinggang. Tanda tidak puas hati. Kaca mata hitamnya terletak elok di atas kepalanya.

“Apa halnya cik…”

Belum habis Hishamuddin berkata-kata, gadis itu menyampuk. “Kalau nak bisnes jangan tipu orang. Hari itu kata ada, hari ini lain pula halnya. Dahlah saya datang kena redah hujan, sampai kat sini buku yang saya cari tak ada. Encik tahu tak, malam nanti saya dah kena balik KL. Lainlah kalau saya tak telefon.” Sumpah seranah gadis itu berjela-jela.
Hishamuddin menghela nafas.

“Beginilah cik…kami bisnes. Siapa mahu beli kita jual. Lagipun kami tak pasti lagi yang cik ni jadi beli atau tidak. So, kami jualkan kepada sesiapa yang berminat nak beli.”

“Jadi encik bisnes tak percaya orang lah! Ingat saya suka-suka telefon.” Gadis itu masih berang.
Pelanggan yang berada di dalam kedai buku itu pandang memandang. Wati dan dua orang rakannya terus menjalankan tugas walaupun mereka berasa rimas dengan situasi tegang di petang-petang begitu.

“Apa kata kita settlekan cara baik. Lagipun tak elok cik marah-marah dalam kedai saya. Perkara ini boleh diselesaikan.” Hishamuddin berlembut.

Giliran gadis itu pula menghela nafas.

“Baiklah kalau begitu. Ini dan alamat saya di KL. Saya perlukan buku itu untuk pengajian saya. Kalau boleh encik poskan secepat mungkin.”

Begitulah akhirnya. Semasa bergegas meninggalkan premis itu, gadis berkaca mata hitam itu berlanggar dengan Famiza Inson di pintu masuk. Famiza terpinga-pinga melihatkan situasi itu dan Wati memandangnya dengan ragu-ragu.

***
Soraya termenung di mejanya. Bunga kering di hujung sana menjadi mangsa renungannya yang dalam. Pada siapa hendak dikongsi sebuah rindu yang tiba-tiba datang bertamu. Rindu pada kekasih lama yang telah ditinggalkan. Alangkah bagusnya jikalau pada saat ini mereka saling berkasihan dan sedang menuju kea lam bahagia bersama. Ramai lelaki telah datang dan pergi dalam hidupnya tetapi yang kekal dalam ingatan hanya seorang.

“Semua cara telah aku buat untuk memikat kau, Nina. Bunga, kad, kejutan dan macam-macam lagi…tapi tak sedikit pun perhatian kau tumpah pada aku. Ego betullah kau ni!” Amran pernah putus asa dengannya.

“Kalau kau sudi, minggu depan aku balik Pahang suruh keluarga aku pinang kau.” Raja Zaidi yang terkenal dengan sifat kasanovanya pernah mendesak.

Kenangan-kenangan semasa di UITM dating menerpa silih berganti. Bukan aku memilih yang berharta, atau rupa paras yang kacak segala, tetapi sebenarnya hati ini masih malas bermain cinta. Telah hamper empat tahun putus hubungan, dan dia hampir dapat mengikis perasaannya, tiba-tiba pertemuan dengan Famiza menggetarkan kembali rasa cintanya kepada Haizan Azeem. Apakah dia juga begitu?

“Berangan!!”

Soraya terkejut apabila Bro. Aziz menepuk mejanya dengan kuat.

“Kau ni!”

“Maaflah Cik Soraya. Marah ke?”

“Tak…” Soraya menjawab dengan malas. “Kau dah pergi hantar caruman KWSP dan SOCSO? Nanti lambat kena denda…”pertanyaan Soraya masih bernada sama. Malas.

“Semua dah settle.”

Oleh kerana Soraya tidak melayannya seperti selalu, Bro Aziz beralih ke meja Kamaliah yang berhampiran dengan pintu masuk.

“Sibuk?”

“Tak Nampak? Buta ke?” jawab Kamaliah dengan tegas.

“Hmm…semua orang nak marah aku hari ini. Macam ni aku merajuklah!”
Bro. Aziz hendak berlalu tetapi Kamaliah cepat-cepat menggamitnya. Pemandu syarikat itu kembali tersenyum.

“Sikit-sikit nak merajuk. Kenapa? Siapa marah kat kau hari ini?

“Tu…” Bro. Aziz separuh berbisik.

“Ohh! Memang sejak pagi aku tengok dia tak ada mood je. Entah-entah gaduh dengan boyfriend…” sampuk Melati yang konon-konon sibuk dengan kerjanya.

“Eh! Dia ada boyfriend ke? Tak pernah cerita pun.”

“Hai…selama ini kau tak Nampak. Yang kat dalam tu…”muncung Melati tajam kea rah bilik Encik Ahmadi. Kamaliah ketawa gelihati. Bro. Aziz berlalu dari situ kerana dia tidak mahu ikut serta dalam hal gosip menggosip begitu.

Mendengarkan meja rakan-rakannya yang riuh rendah, Soraya menjeling dan terus menyambung kerjanya. Ingat aku tak dengar! Gumam Soraya sendirian. Ada teman lelaki salah, tak ada jadi perbualan pulak.

Demi membuang rasa bosan, ingatannya berlari kepada peristiwa petang semalam. Sebaik habis kerja dia terus menuju ke Plaza Angsana, mencari baju untuk kegunaan ke pejabat. Lagipun sudah agak lama dia tidak membeli baju baru untuk dirinya sendiri. Kompleks membeli belah tersebut tidak pernah sunyi dengan lautan manusia walaupun ketika tiba jam sudah menghampiri enam petang. Setelah memilih beberapa pasang baju, dia tergerak untuk membeli makanan segera untuk adiknya di rumah. Tetapi Restoran Mc Donald, KFC dan Pizza Hut penuh sesak dengan barisan yang panjang. Akhirnya dia membatalkan niatnya sahaja.

Sewaktu menuju ke kereta, Soraya perasan dia diekori. Ah! Mungkin orang itu menuju ke arah yang sama. Begitu Soraya memujuk dirinya. Namun apabila kaki kirinya sudah menginjak ke dalam kereta, dia terasa tangannya disentuh dengan sedikit kuat. Soraya menjerit kerana terkejut diperlakukan begitu. Lelaki berkenaan cepat-cepat melepaskan pegangannya.

“Maaf Nina…”

Diakah? Benarkah?

“You Nina, kan?”

Soraya menanggalkan kaca mata hitamnya. Separuh badannya masih berada di dalam kereta. Dia mengamati lelaki bermisai nipis dan sedikit gempal tubuhnya. Namun ketinggiannya melindungi kecacatan itu.

“Kau?!”

“Hishamuddin…”

Tanpa disedari mereka telah salig bersalaman. Soraya keluar dari perut kereta dan berbual-bual sebentar melayani teman lama. Mereka saling bertanya khabar diri masing-masing dan sedikit hal pekerjaan.

“Kau macam mana?”

“Apa maksud kau?” soal Soraya semula.

“Biasalah…kawan-kawan kita semuanya dah berkeluarga.”

“Ohh! Ingat apa tadi.”

Soraya mematikan persoalan tersebut dengan mengubah topik perbualan. Di akhir pertemuan tidak dirancang itu, Hishamuddin menghulurkan nombor telefonnya.

“Call kalau kau free…”

“Insya’Allah.”

Dan begitulah takdir Tuhan. Pertemuan petang itu membuatkan Soraya tiada ‘mood’ sampai ke hari ini. Ya ALLAH…kenapa tidak kau temukan aku dengan Haizan Azeem? Tiba-tiba nama itu berlagu indah di pelosok naluri wanitanya.

nur aynora / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

3 comments:

  1. Soraya nak jumpa semula dengan Azeem ke? Mesti best kan...

    ReplyDelete
  2. ala.....temukan Soraya dgn hazeem.......gatal lagi si hishamudin ni!!!! nak lagi!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous: Mesti Soraya dapat jumpa Hazeem, jangan risau...
    Aqilah: Tunggu ya, nak dekat ni...

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates