Novel: Suratan 17

Jam hampir 4 petang. Soraya mengemaskan mejanya yang agak berselerak sebelum berganjak pulang nanti. Waktu pejabat yang tamat pada pukul 5 petang dirasakan begitu lambat berjalan. Melati dan Kamaliah telah keluar awal kerana ada urusan peribadi. Entah apa rancangan mereka, Soraya malas ambil tahu. Kalau nasib baik esok pagi pasti dia orang akan bercerita sambil mereka menikmati kopi panas dan sebagainya. Wahab dan Amin pula sedang sibuk menekan butang komputer, bukannya buat kerja pun. Macamlah Soraya tak tahu punca keseriusan wajah masing-masing. Pasti kalah main game kat Facebook. Tinggal Bro. Aziz yang sedang menyusun fail di bilik stor kedengaran bernyanyi-nyanyi kecil lagu kumpulan Spring. Soraya ikut sama menyanyi, tetapi di dalam hati sahaja. Dia pun meminati lagu tersebut yang dia sendiri sudah lupa tajuknya. Encik Ahmadi awal-awal lagi sudah berambus, mungkin ada temujanji dengan agensi cari jodoh. Macam-macam hal pulak manusia di pejabatnya ini. Tiba-tiba telefon berdering meminta diangkat.

“Tanjung Puteri Security Services…”

“Ya.”

“Encik Ahmadi dah keluar. Ada apa hal encik?”

“Saya Dollah bin Ahmad. Saya nak ambil emergency malam ini, orang rumah saya sakit kuat. Kalau boleh pihak pejabat tolong cari pengganti untuk tempat saya malam ini.”

“Encik jangan risau. Insya’Allah saya akan dapatkan pengganti pak cik. Pak Cik ambil cuti beberapa hari, nanti saya bagi tahu Encik Ahmadi. Mungkin dalampukul 6 petang pengganti pak cik akan sampai.”

“Terima kasih cik…”

“Soraya.”

“Oh! Cik Soraya. Terima kasih banyak-banyak. Saya berkawal di sekolah Rendah Bunga Kiambang Batu 11 ya, Cik Soraya…”

“Baiklah pak cik.”

Soraya segera membelek buku catatan peribadi pengawal-pengawal syarikatnya. Mendail nombor yang berkenaan dan mencari pengganti tempat pak cik Dollah. Akhirnya dia berjaya mendapatkan pengganti pak cik Dollah. Dia mengucap syukur kerana pengawal-pengawalnya sentiasa memberikan kerjasama yang baik padanya.

Kedengaran Bro. Aziz masih berada di dalam bilik stor. Pagi tadi Encik Ahmadi bising kerana bilik stor mereka berselerak dan tidak tersusun. Terpaksalah bro. Aziz yang mengemaskannya. Marah-marah juga Bro Aziz apabila di suruh melakukan kerja tersebut, tetapi siapalah dia untuk membantah. Encik Ahmadi bos dan dia sekadar pemandu syarikat sahaja.
Sewaktu Soraya bersiap sedia untuk pulang, dia terkejut apabila secara tiba-tiba Haizan sudah terpacul di muka pintu pejabatnya. Haizan masih bersut kemeja lengan panjang dan berseluar kasual yang sedikit longgar. Butang bajunya terdedah sedikit di pangkal dada menampakkan dada bidangnya.

Ah! Alangkah bahagianya jikalau aku dapat baring di dadamu wahai lelaki…Soraya sempat berimaginasi. Tetapi cepat-cepat dia mengawal emosinya daripada disedari oleh Haizan.

“Jumpa lagi.” Haizan menyapa mesra.

“Apa hal datang?” soal Soraya tanpa mengendahkan pandangan asyik Haizan terhadapnya.

“Tak boleh ke kalau aku nak jumpa buah hati?”

“Siapa? Semua orang dah balik!”

“Hai...yang depan akulah. Mana lagi.”

Muka Soraya merah padam. Antara suka dan duka…

“Nina. Kita dinner malam nanti, nak tak?” suara Haizan gemersik di cuping telinga Soraya.

“Kalau aku free.”

“Aku datang pukul 8 malam. Pakai cantik-cantik tau.” Haizan tidak mengendahkan layanan dingin Soraya. Malah dia semakin galak mengusik gadis itu.

Haizan meninggalkan Soraya setelah melihat Bro. Aziz datang ke arahnya. Sempat juga tangan nakalnya menyentuh lembut pipi Soraya. Soraya terkejut kerana dia dalam keadaan tidak bersedia langsung. Kalau tidak sudah lama penampar hinggap di pipi Haizan. Lagipun dia malu dengan Bro. Aziz yang sedang berada dekat dengannya sewaktu insiden itu terjadi.

“Sebenarnya aku singgah tadi sebab nak jemput Aziz. Aku chow dulu!” Haizan mengenyitkan matanya.

Soraya memerhatikan sahaja Haizan dan Bro. Aziz berjalan beriringan menuju ke kereta Wira hitam milik Haizan. Dari gerak gaya tentu mereka sudah lama berkenalan, begitu fikir Soraya. Akhirnya Soraya menjadi orang yang paling akhir meningalkan pejabat ketika jam bergerak ke angka enam.


HAMPIR jam lapan malam tetapi bayang Haizan tidak juga muncul-muncul. Soraya sekadar mengenakan dres panjang separas betis berbunga kecil berwarna coklat. Dres mencerut di pinggang menampakkan lagi kerampingannya. Dengan tubuh tinggi lampai begitu dia memang sesuai memakai apa jua jenis pakaian. Kakinya berayun-ayun di atas buaian yang terletak di anjung rumah. Cahaya lampu dari dalam menerangi sebahagian ruang luar rumah di mana Soraya sengaja membiarkan anjung tersebut bergelap. Hatinya masih berteka-teki. Apakah jejaka itu serius mempelawanya makan malam? Bagaimana dengan perasaannya sendiri, yang kerap jengkel apabila mengenangkan kisah lalu? Zaman persekolahan yang penuh dengan asam garam. Kekadang dia berdendam juga. Tetapi perasaan sayang mengatasi segalanya.

Lamunan Soraya tersentak apabila sebuah wira hitam berhenti di hadapan rumah. Dari dalam kereta keluar satu susuk tubuh yang amat dikenali. Soraya terasa wajahnya memerah saat itu juga tetapi nasib baik lampu dari dalam rumah yang agak malap dapat menyembunyikan pelbagai rasa yang bersarang.

Entah bila ibu dan bapanya menghidu kedatangan Haizan, Soraya pun tak perasan. Tiba-tiba suara ayahnya begitu mesra mempelawa Haizan masuk.

“Tak mengapa pak cik. Mungkin lain kali. Saya dah lambat ni.”

“Okeylah kalau macam tu. Bawa kereta hati-hati.”

“Insya’Allah pak cik.”

Huh! Bukan main mesra pulak Encik Abidin ni…rungut Soraya tak puas hati. Tentu ada benda yang mahu ditanyakan pabila pulang nanti. Bersedia ajelah dengan jawapannya.


HAIZAN membuka pintu kereta untuk Soraya. Gadis itu masuk dan duduk di tempat duduk penumpang. Bau haruman dari pewangi kereta terus menyerbu ke lubang hidungnya. Agak pembersih juga si Azeem ni, fikir Soraya.

Hujan mulai turun rintik-rintik. Haizan memasang ‘wiper’ agar pandangan jadi lebih jelas. Sesekali Haizan mengerling Soraya di sebelah. Cantik sungguh dia malam ini. Pasti emak dan ayah tidak akan menolak pilihan hatiku kali ini. Dialah yang menghuni hati ini sejak dari dulu hingga kini. Hatinya berlagu riang sambil membuang jauh-jauh tanggapan yang Soraya sudah dimiliki.

“Azeem, kita nak ke mana?”

“Makan malam.” Ringkas jawapan Haizan.

“Kat mana?”

“Ada la. Surprise.”
“Dengan aku pun nak buat surprise.”

“Mestilah. Kau kan yang special.”

Hati Soraya dibayangi renda bahagia.
spacer

Semalam Yang Hilang

persis sang merpati putih terbang tinggi
bebas di angkasa
hidupku menjejak jaya utara selatan timur dan barat
pohon tinggi dan rimbun
ku singgah dengan percaya dan yakin
sungguh aku tak terlintas
serangan hujan dan guruh bertali arus
bisa menjatuhkan ku
ke lurah kelam yang dalam
ke jurang tak berair
ke daratan yang kontang dan kering...

bak kata pujangga
terbanglah kau setinggi mana
ke tanah jua kau kan singgah akhirnya...

begitulah nasib jika hidup menongkat langit
bila makanan ku adalah butiran emas
rakan-rakan bertingkah siang dan malam
leka diulit muzik dunia
kerdil sungguh diriku di mataNya

tangan ku paut erat
munajat dengan rasa amat malu
singgah sebentar di persadaMu
ku toleh yang lalu
ku dakap yang sedang ku pegang kini
dan ku kejar berkahMu
pada permulaan langkah yang diatur

Izinkan aku
menjadi tetamu
bukan sekadar senja menjelma
bukan setakat bulan purnama penuh
juga pada tatkala malam ku yang sunyi menjengah.
spacer

My Love Ceo ~ Special Entry


“Tangguh? Tapi Kenapa? Kau jangan cari pasal Fina.”

Emak sudah mencekak pinggang di depanku sambil matanya bulat bak sebutir bola pingong yang bila bila masa saja boleh melantun di atas pipiku. Aduh! Tak sanggup aku tengok muka mak seburuk itu. Agaknya dulu dulu kalau abah tengok muka mak macam ini tentu emak tak sempat jadi isteri abah.

“Ya, postponed bak kata Dylan…”

“Kau orang berdua dah gila ke apa? Dylan tak Dahan, mak tak peduli. Kali ini mak nak korang kahwin. Titik. Noktah.”

“Tapi mak…”

“Tapi apa???” mata emak semakin besar dan makin dekat di mukaku.

“Emak, jangan buat macam tu. Buruk tau. Takut Fina.”

“Tau takut. Yang korang buat perkara tak bincang dulu, tau tau nak kahwin. Itu kau tak tahu takut aku. Fina tengok nanti macam mana kalau mak dah naik hantu, semua hantu pun takut.”

“Iya ke mak? Tak pernah nampak pun.”

“Kau tak caya??”

“Caya…caya…hehe…”

Aku angkat punggung nak masuk ke bilik. Tak kuasa nak melayan darah mendidih emak yang sedang meluap-luap. Kalau aku suruh ambil wuduk kang, marahnya makin tinggi dan tak pasal-pasal boleh terkena serangan jantung, siapa yang susah. Aku dan abah dan adik beradik aku yang susah! Aku tak nak jadi penyebab perkara-perkara buruk yang bakal berlaku. Hish! Selisih Malaikat 44…

“Hah! Nak ke mana pulak tu. Emak belum habis cakap.”

“Tadi juga mak yang cakap tunggu abah balik dari surau. Kita bincang lagi. Emak tak ingat ke?”

“Bila masa aku cakap macam itu?”

“Baru sekejap tadi. Cepatnya lupa mak. Fina masuk bilik dulu. Nanti abah balik kita bincang lagi.”
Emak kalau sedang marah sekejap beraku engkau dengan aku. Padahal ayat yang terakhir kat atas itu saja aku kenakan emak, kalau tidak bisingnya tak habis-habis.

Izz Dylan O’Connor pun satu. Dah elok plan dan arrange strategi supaya emak dan abah boleh satukan kami, dia pulak buat hal. Pada saat-saat akhir terpaksa tangguhkan perkahwinan kami kerana ada hal mustahak yang tak dapat dielakkan. Apa yang mustahaknya? Aku pun tak diberitahu. Cuma yang dia kata, beri dia masa selama tiga bulan untuk fikirkan keputusan kami ini. 3 bulan? Bukankah dulu dia pernah tinggalkan aku selama 3 bulan juga? Eh! Bukankah aku yang tinggalkan dia? Adakah 3 bulan kali ini dia pakat nak tinggalkan aku sebab dia sudah boring? Apakah dia telah bertemu dengan kekasih mat saleh lain yang lebih sesuai dengan jiwanya?

Entahlah…untuk semua pertanyaan tersebut aku tiada jawapannya. Bila emak dan abah paksa cari jawapan, maka aku katakan yang itu ‘probation’ period untuk dia jadi suamiku.

“Apanya period, period tu. Dia tu kan lelaki, kenapa pulak datang period?” Abah bertanya dengan muka sumpah tak faham, maknanya muka poyo.

“Ha…ha…ha….”

Aku gelak sakan. Memang kelakar pertanyaan abah. Mr Dylan aku tu datang bulan, kut betul siapa nak jawab? Aku pun tak nak kahwin dengan Mr CEO ku itu.

“Maknanya macam tempoh percubaan , abah. Dalam tempoh tiga bulan itu kalau Fina nak reject dia pun boleh.”

“Ohhh…terkejut abah. Ingat dia datang bulan…”

Emak masih mencuka dengan keputusanku. Aku dan Dylan sebenarnya yang buat keputusan ini.

Aku teringat pada satu petang Dylan datang kepadaku dan menyatakan hasratnya itu. Aku memang terkejut beruk. Semasa aku di Australia dia sanggup mengejarku dan membawa aku kembali ke sini. Bila aku ada depan mata, dia minta tangguhkan perkahwinan kami. Siapa yang tak terkilan.

“Abang ada problem ke?”

“Tak ada. Abang cuma perlukan masa 3 bulan untuk selesaikan hal abang. Tak ada kena mengena dengan Fina. Abang tahu Fina gadis baik dan anak yang baik. Abang cuma perlukan 3 bulan ini untuk diri abang sendiri. Abang ada sesuatu yang belum selesai…”

“Apa dia tu? Abang tak nak share dengan Fina?”

Aku lihat Mr CEO terdiam tidak menjawab. Namun matanya aku rasakan sesuatu. Iyalah dah namanya tunangan, mesti ada terasa sedikit apa yang dia sedang rasakan. Barulah namanya ada chemistry. Aku tunggu. Satu minit berganti sepuluh minit. 10 minit berganti 1 jam. Lama kelamaan aku jadi ahli gusti tomoi dengan menyinsing lengan baju kurungku.

“Baik abang cerita kat Fina sekarang sebelum Fina naik angin.”

Mr CEOku yang tersayang deras deras angguk kepala. Sebelum ini memanglah aku dah berubah sikit demi sedikit agar jadi lemah lembut dan gadis pingitan, tetapi disebabkan sikap Mr CEO yang agak ‘blur’ dan lemau petang itu, aku jadi ‘terkeras’ balik. Nasib kaulah Encik Dylan!

“Fina jangan garang macam tu boleh tak?”

“Hah! Tau takut.”

“Abang tak takut, cuma hilanglah sikit keayuan tunang abang ni.”

Ceh! Pandai tu ayat aku balik. Aku pun tersenyum simpul macam ulat bulu naik daun. Aku sayang kamu, Mr Ceo…Saaaayang sangat, tapi kenapa nak tinggalkan aku. 3 bulan pulak tu!

“Abang ada plan something. Untuk kita berdua. Tapi apa yang abang sedang buat ni adalah rahsia. Bila dah berjaya baru abang cerita kat Fina.”

“Kenapa? Abang buat kerja illegal ke?”

“Ke situ pulak dia. Muka abang ada cop orang yang buat kerja-kerja illegal ke, wahai Cik Fina?”

“He he…ada kut.”

“Apa? Awak jangan-jangan dah tak percaya kat abang. Itu yang awak cuba buat tuduhan…”

“Tak adalah macam tu. Abang sensitive sangat. Habis tu nak tinggalkan Fina 3 bulan. Lama tu. Kalau orang pregnant macam-macam yang dia orang ngidam tau.”

“Fina mengandung ke?”

“Apa abang ni! Fina gadis suci murni mana boleh pregnant sebelum nikah. Kan Fina kata kalau…kalau…tak faham jugak. Kang orang cakap jawa you don’t understand pulak!”

“Ha! Ha! Ha!...Lawaklah Fina ni.”

“Best? Suka? Gelakkan orang lagi.”

“Dah Fina buat lawak seram, abang ketawalah.”

“Fina suka abang ketawa tadi, soo sweet. Selalu abang ketawa macam robot aje, dibuat-buat.”

“Itu ketawa business, sekarang ni ketawa dengan buah hati. Tentulah lain.”

“Ada ke ketawa business? Macam pelik aje.”

“Fina lupa abang ni siapa?”

“Abang tu CEO di hati kita…”

“Tak nak.”

“Okeylah tu.”

“Abang nak Fina anggap abang ni sahabat cum kekasih, baru rasa dekat. Kalau CEO tu macam formal sangat. Terasa awak macam pekerja abang aje.”

“Gatal. Kalau staff abang boleh mengurat, kalau dengan Fina abang cuma dapat garang aje.”

“Tak. Dengan Fina abang dapat diri abang balik. That is enough for me.”

Aku gosok mata pelan pelan. Bukannya gatal tapi macam ada air mata yang nak jatuh. Macam rasa sedih pulak dia letakkan aku pada satu tahap yang istimewa dalam hatinya. Memang sah! Cik Fina ni memang garang tetapi dalam hati ada taman, secret garden orang kata! Haha!!

“Are you crying?”

“Mana ada. Sedih sikit aje. Abang nak tinggalkan Fina, mestilah sedih. Lepas tu nak buat plan rahsia ke benda, tak nak share pulak tu. Orang kecik hati lah.”

“Sabar ya sayang. 3 months will go away like 3 days only if you know my true intention later. Insya’Allah.”

“Itu yang buat Fina tak sabar!!” aku menjerit kecil dengan gaya mengada-ngada. Dengan tunang sendiri, bukannya CEO pun. Kalau dengan CEO gaya aku jadi macho habis. Boleh gitu?



***

Aku berdebar menunggu kehadiran Mr CEO setelah 3 bulan tidak bertemu. Perasaanku? Macam nak tercabut jantung punyalah debaran ini begitu laju umpama Michael Schumacher yang ‘drive’ Ferari dalam kejuaraan F1 dulu. Tanganku sudah seram sejuk. Nak jumpa dengan dia macam tak pernah jumpa prince charming yang buat blind date. Aku tak sabar. Padahal selalu kami buat video conferencing untuk melepas rindu. Aku tengok dia macam biasa aje, kut kut aku yang luar biasa. Atau aku yang dah mengembang? Tak mungkin! Aku semakin ramping dan mengecil akibat sakit. Sakit rindu pada CEOku. Ah! Kalaulah aku ada kuasa ‘sixth sense’, tentu aku boleh intai-intai apa yang CEO rancangkan. Apakan daya, aku manusia biasa berketurunan Jawa yang hanya ada kuasa senyuman. Cewah! Kalau tidak, takkan CEO Dylan boleh terjatuh cinta pada aku.

“Assalamualaikum…”

Burrrr!!

Jus orange yang sedang ku hirup tersembur keluar dari mulut dek terkejut beruk dengan teguran salam dari seseorang. Suara itu. Suara yang ku rindu. Aku mengelap mulut dengan sopan. Aku angkat kepala.

Wow! This is the man I miss most in the world. Aku nak peluk dia. Aku nak cakap macam-macam. Aku nak senyum. Aku nak nangis. Aku nak menyanyi. Aku jadikan lagu Kembali Senyum nyanyian Azwan Pilus sebagai latar belakang pertemuan indah ini. Ah!! Tak boleh aku bayangkan. Tetapi semua itu tak mampu aku luahkan pun.

“Waalaikumussalam.” Hanya itu.

Setelah 3 bulan aku menyimpul ayat. 3 bulan aku susun bunga bunga rindu dan aku jadikan jambangan bunga cinta untuk Mr CEO. Malangnya tak ada satupun yang aku boleh luahkan. Otakku jadi bebal. Entah mengapa? Hilangkah rasa rindu itu?

“What happened to you? You are so quiet. Don’t tell me you have lost you tongue while I’m not here…”

Tak kelakar!

Langsung tak boleh ubatkan hatiku yang rindu.

Aku nak dengar dia cakap bahasa kebangsaanku. Mana dia. Dia dah berubah. Masa telah mengubah segalanya. Apakah aku salah satu benda yang dia juga telah ubah (remove) dari FB hidupnya??

“Cik Fina, kenapa diam ni?”

“Awak ni tunang saya ke?”

“Yup! Why? Fina dah tak kenal abang? Jangan main-main Fina…”

“Itulah. Ini yang buat Fina confuse. Errr…abang ke ni?”

“Iyalah. Kenapa? Tak caya ke?”

Aku terdiam. Nak senyum pun tak boleh. Ini apa cerita. Apa yang buat aku terkelu ni. Hish! Duhai hati, kau tenanglah. Aku sedang cuba mengatur bicara. Encik Dylan di depanku ni mengapa luar biasa handsomenya? Wajahnya sangat tenang dan jernih. Dah macam ustaz pulak Mr Ceo ni aku tengok. Hmm…

“Abang sihat?” aku mengatur bicara. Sangat berlemah lembut. Aku jadi malu. Akukah ini? Celaru betul.

“Sihatlah. Fina pun abang tengok makin cantik. Tak sabar nak kahwin dah. Bila kita boleh arrange our wedding?”

Woit! Biar betul. Dia masih sayangkan akulah. Dia masih ingat aku ini tunangan dia. Dan yang syoknya dia terus ajak aku kahwin. What a surprise! Alhamdulillah.

“Sabarlah bang. Tak lari gunung dikejar.”

“3 bulan abang tunggu kita disatukan. 3 bulan abang menghilang tapi masih dapat bercakap dengan Fina, itu pun dah buat abang tak sanggup. Abang rasa abang dah bersedia.”

“Mana abang pergi selama ni?”

“Kan abang ada plan untuk kita. Awak tak nampak ke?”

Aku tengok tak ada apa-apa pun yang dia bawa. Kereta pun masih sama. Lubang hidung pun dua, mata masih sama. Semuanya sama. Apa yang dia plan berbulan bulan gamaknya. Hinggakan aku ditinggalkan menanggung rindu. Sumpah! Mataku tidak menipu, semuanya dia bawa balik jasadnya sama seperti sebelum dia pergi.

“Sebenarnya abang dah siapkan mahligai kita, tempat tinggal kita dan anak-anak nanti. Abang yang design, abang yang pilih ID concept, abang buat kolam untuk anak-anak kita bermain, abang sediakan taman untuk Fina berkebun, abang sediakan untuk Fina dan anak-anak semua kemudahan yang sepatutnya abang kena bagi. Itu tanggungjawab abang yang baru abang selesaikan sebelum abang jadi suami Fina.”

Aku ternganga. Nasib baik tak ada lalat yang masuk ke mulut. Cepat cepat aku katupkan mulut dan berdiam mendengar ceritanya lagi. Rasullullah ada berpesan jika suami bercakap isteri kena dengar. Dalam bab aku ini, aku sedang belajar jadi seorang isteri. Kiranya, ada kena mengenalah kenapa aku tetiba lemah lembut dan jadi pendengar setia!

“Lepas tu abang settlekan kerja abang. Abang arrange balik organisasi syarikat semenjak Fina tinggalkan. Abang lantik kakitangan dan warga kerja yang lebih komited. Yang paling best abang lantik CEO baru.”

Mr Ceo memandangku dengan senyum penuh makna. Mungkin dia menunggu si minah garang ini bersuara. Aku pantang orang bagi chance, tak pernah aku abaikan.

“Habis abang buat apa?”

Dia masih tersenyum. Ah! Sudah-sudahlah nak cairkan hatiku yang sedang sarat dengan rindu wahai Encik Dylan O’Connor, nanti ada pula yang jadi mashmellow, lembik-lembik gitu! Aku tak sanggup….

“Abang penat dengan semua kerja yang tak pernah berhenti. Abang dah puas dengan apa yang abang capai selama ini. Abang nak berehat dan buat anak ramai-ramai, boleh gitu?” Mr Ceo melahirkan impiannya. Ayat yang terakhir itu yang tak larat aku nak telan. Impian seorang lelaki yagn tak ada kerja agaknya….

“Tak logik. Habis siapa nak bagi kita makan kalau abang tak bekerja.”

“Don’t you remember who am I?”

“Then, who are you?” aku malas nak fikir. Cakap dan Tanya lebih senang.

“Fina….Ooo Fina…abang kan owner of the company.”

“Ooohhhhh….” Aku baru teringat semuanya sekaligus. Dah benih genius, tentu ingatanku tak boleh dipertikaikan lagi. Aku dah tak risau lagi. Mahligai dah ada, syarikat dah ada. Okeylah tu, dah boleh kahwin.

Tapi aku hanyalah seorang wanita yang akalnya cuma satu tetapi nafsunya sembilan. Tentu ada perancangan Mr Ceo yagn tidak terjangkau dek akal yang dirancang begitu rapi oleh tuan punya badan itu sendiri iaitu Mr Ceoku itu.

“Abang tahu dan sedar abang tak cukup ilmu di dada. Abang mungkin ada ijazah dari universiti ternama dunia, abang mungkin ada MBA yang ramai diidam oleh seorang usahawan, abang mungkin ada bergulung gulung recognition dari pelbagai badan korporat, tetapi abang masih tak habis mengaji. Abang tak khatam al-Quran pun semasa abang kenal dengan Fina. Abang rasa malu dan rendah diri. Abang rasa abanglah orang yang paling miskin di dunia kerana abang tidak kaya ilmu agama di dada.”

“Jadi dalam tempoh tiga bulan terakhir, abang mendalami ilmu agama, tentang Fardhu Ain, tentang hukum hakam dan abang habiskan mengaji al-Quran. Alhamdulillah. Minggu lepas abang sempat buat umrah dengan ustaz dan kakitangan abang.”

Patutlah! Itu yang aku tersembur air dari mulut sewaktu pertama kali Mr Ceo menegurku tadi. Dia memang lain.

“Jadi, abang rasa sangat fresh sekarang. Dan sebab itu abang dah sedia sepenuhnya untuk jadi kumbang di hati Fina.”

“Eiii tak maulah. Geli. Kumbang tu kalau gigit tangan orang tak nak lepas. Dahlah pulak tu warna dia gelap, serammm….”

“Itu kumbang apa? Kumbang tanah. Abang ni kumbang emas.”

“Iyalah tu!”

Aku bernafas lega. Segala fikiran buruk yang aku sangkakan tentang calon suamiku ini amatlah tak terjangkau dek akalku. Manalah aku tahu Mr Ceo membuat perancangan yang sangat unik yang mengambilkira kehadiranku dalam hidupnya. Itulah dinamakan hijrah, dari seorang manusia kepada hamba yang dicintai. Amin!!

Selepas aku habis meneguk tiga cawan fresh orange kerana terpegun mendengar kisah Mr Ceo tadi, dia mengajakku ke kereta kerana ada surprise katanya. Huh! Mungkin nak bagi aku sebiji Ferari, kereta macam pelumba F1 itu. Siapa sangka, cempedak boleh jadi nangka!

“Mama…”

Aku terpempan. Seorang wanita separuh umur yang memang aku kenali sedang duduk di belakang kereta. Raut wajahnya amat berbeza sekali sejak entah bila kali terakhir aku bertemunya.

“Mama…” aku mencium tangannya. Dia mengusap ubun ubunku. Lembut. Aku rasakan kasih seorang ibu sedang mengalir dalam tubuhku.

Selepas itu aku tahu rupa-rupanya Mr Ceo juga merawat ibunya yang sakit. Dia menjaga ibunya hinggalah wanita itu kelihatan amat berbeza. Mengikut kata doktor, bakal ibu mertuaku itu mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hinggakan dia gagal mengenali dirinya sendiri. Kini, semuanya sudah kembali terkawal dan bakal mertuaku hanya perlu membuat normal check up dalam tempoh tertentu.

“Fina kena ingat. Rasullullah ada pesan. Utamakan ibumu sebelum ayahmu dan kemudian orang orang lain di sekelilingmu yang patut kamu sayangi juga. Fina tak boleh jealous dengan mama tau selepas ni…”

“Fina tahu. Fina tahu Fina ada kat mana dalam tubuh abang.”

“Abang tak faham apa Fina cakap.”

“Fina kan bakal isteri abang. Isteri kan umpama tulang rusuk kiri suami.”

“Pandai calon isteri abang ni.”

“Dah calon suaminya pun pandai. Fina belajar dari orang bijak pandai lah…tak gitu?”

Dia tersenyum. Aku tersenyum. Tapi aku tak tanyapun mengapa Mr Ceo memakai kopiah ketika bertemuku. Itu yang aku asyik tersembur aje air dari mulutku. Dia memang betul betul telah berhijrah. I like! I like!

"Eh! Bila masa pulak abang pakai kopiah ni?" Mr Ceo merenungku.

"Mana Fina tahu. Sejak kita jumpa kat restoran tadi abang dah macam ini."

"Iya ke? Masya'Allah...Fina tak apa apa kan? Tak malu kan bila abang pakai macam ni tadi?"

"Tak adalah bang...okey. Fina suka."

"Sebelum jumpa Fina tadi abang solat Zuhur dulu, lupa nak buka pulak kopiah ni. Agaknya dah terbiasa macam ni masa abang pergi umrah hari tu."

Aku tertawa kecil. Comel juga bila melihat Mr Ceoku kalut begitu. Whatever pun, akhirnya aku akan dapat restu yang abadi daripada kedua orang tuaku. Itu yang penting.
spacer

4 Hari Disember

Pintu hari nan terbuka
menjemput masuk
sang tetamu pada Disember ini
tanda usia menginjak lagi

Disember datang dengan namamu
di bawah bintang bergelar Sagittarius
insan ini dinilai ceria, mengikat persahabatan dengan jiwa

dalam romantiknya ada sensitif
mengemudi perahu kehidupan
dalam ketenangan tak bertemu
raut remaja wajah bak sang dara
dek senyum dan amalan hidup
yang bersandar pada tiang Ad-Din.

pada dada tenang sang insan
menjabat kalimat doa dalam kudus
agar panjang umurnya melewati masa
dan menatang dalam senyum ceria
tanda hatinya penuh selendang bahagia

pada bisikan hati dipalu
beribu pelangi indah mengiringi langkah
agar cahaya warna warni itu
menanti di hujung setiap pelabuhan

tak pernah insan ini lelah
menerima kedatangan tetamu hari
untuk kesekian kalinya purnama mendatang
akan dipersilakan bertamu
dengan tenang dan rendah hati

bila bermula
bila berakhir
misteri alam tetap manis untuk disingkap.







Terima kasih kerana membaca karya Aynora Nur di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka dan Bagi Komen Sekali Yea!






"Kadangkala ALLAH Hilangkan Matahari. Kemudian DIA Turunkan Guruh & Kilat. Kita Tercari-cari Matahari. Rupa-rupanya DIA Mahu Hadiahkan Kita Pelangi."


spacer

Bukan Leo Qarnain - 3

Setahun yang lalu….


“Kau nak mati apa ajak aku lumba kereta. Kereta kau pun baru beli. Sayang siot nak lanyak.”

“Alah Leo! Duit boleh dicari. Kereta yang ini rosak, aku belilah kereta lain. Apa kisah. Kau pun satu, lembik sangat. Pengecut. Cuba jadi macam aku. The macho man in the town! Hahaha…”

“Macho tak macho. Aku apa ada hal. Kau lainlah, tak macam aku. Aku takutlah beb! Lagipun, aku sayangkan nyawa aku…”

“Hoi! Kau ingat kau sorang sayang nyawa. Kita try aje, lepas tu forget it. Just for fun.” Qushairi makin galak menghasut Leo.

“For last. Aku tak mau.”

“Penakut!”

“Don’t care.”

“Macam ni ke lelaki gentleman. Tak ada bola lah kau ni!”

“Lantak kau nak cakap apa.”

“Leo! Leo!”

“Aku blah dulu. Ada hal kat kolej.”

“Nak jumpa si ugly betty lah tu. Macam bagus aje.”

“At least aku ada orang suka!”

“Walaupun kau nampak macam jerk aje, ulat buku betullah kau ni. Huh! Tak tahan aku!”

“Suka hati kaulah Que. Aku chow dulu!”

Leo sudah berlari ke arah kereta Satria GTi miliknya. Qushairi mengejarnya dari belakang. Walaupun pelawaannya ditolak, dia tak berasa hati dengan kawan dan musuh sepermainan sejak berzaman itu.

“Nak modified enjin tak? Kasi ngaum lebih lagi. Aku boleh tolong carikan orang yang pandai hal-hal macam ni.”

“Ini pun dah cukup bagi aku, Que. Kau tu jaga BMW yang mak aku belikan. Kereta baru tu beb. Calar sikit siap kau.”

“Kalau calar pun kau yang kena. Sebab kereta tu mama beli untuk kau, bukan aku. Aku Cuma tolong pakai aje. Dah kau yang tak nak guna. Malu konon! Kau ni pelik betul. Orang lain berbaris nak naik kereta tu tau. Kau pulak senang-senang bagi pada aku. Nanti mak usu marah macam mana?”

“Mama aku pun mak kau jugak kan? Samalah tu…”

“Kau jangan lupa! Aku ni anak sedara mama aje, kau tu anak kandung. Memang jauh beza.”

“Pada aku semua sama. We are the Leo’s family.”

“Yup! Yang itu aku setuju. Sebab itu nama aku Leo Qushairi dan kau Leo Qarnain.”

“Okeylah beb! Aku chow dulu. Dah lewat ni.”

“Aku hantar.”

“Aku nak pergi sendiri.”

“Jangan degil. Aku hantar. Lagipun latihan bola keranjang aku dibatalkan. Itu yang buat aku bosan giler, beb!”

“Jom.”

Qushairi menarik tangan Leo ke kereta BMWnya. Qushairi memang terlebih nakal berbanding Leo. Leo lebih cool dan agak lembut orangnya. Leo agak sensitive tetapi Qushairi pula berlagak selamba dan agak garang. Perwatakan mereka yang kontra telah menyebabkan mereka sering tidak sebulu. Qushairi jadi begitu kerana kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil lagi, jadi dia menumpang kasih dengan mak cik dan pak ciknya iaitu ibu bapa Leo.

“Ugly betty kau tu buruk sangat ke sampai kau gelarkan dia macam tu.”

“Tak. Dia cantik. Cuma cermin mata dia tebal sangat.”

“Ooooh…jadi minah kau tu tak lah buruk seperti yang aku sangkakan. Bila aku boleh jumpa dia?”

“Sekarang pun boleh. Lepas ni kalau jadi apa-apa pada aku, kau boleh take over. Dia okey punya! Terbaik beb!”

“Sorry lah Leo, aku tak berminat.”

“Yang kelakarnya, dia admire kat aku. Aku tau tapi buat-buat tak tau. Dia ingat aku buta agaknya. Saja je aku ikut rentak dia sampai dia tahu yang aku dah tahu…”

“Kau suka dia tak?”

“Aku?”

“Ya lah. Takkan aku kut. Aku tanyakan kau.”

“Of course I like her…dia tu dengan aku macam ada chemistry aje.”

“Okeylah. Semoga hubungan korang sampai hujung nyawa.”

Leo ketawa gelihati bila Qushairi menyebut frasa tersebut. Kelakar sungguh. Sudahlah Qushairi tu orangnya brutal tak ingat dunia, inikan pula menyebut sesuatu yang bersifat sentimental. Hati Leo amat tersentuh.

“Dah lama aku tunggu kau macam ni. Lebih bersikap terbuka. Kau asyik buku, buku, buku. Boring betul. At least berkawanlah. Campur dengan orang. Kita tukar buah fikiran. Kau ada dunia kau. Aku pun ada. Bila Leo dan Qushairi digabungkan, barulah meriah dunia. Tak gitu?” Qushairi memuji Leo yang berubah sikap tetiba. Leo sudah boleh bercerita tentang itu dan ini.

“Macam kita kecik-kecik dulu.” Leo sudah ceria kembali. Qushairi pun hairan apakah yang menyebabkan Leo berubah sikap. Wajahnya begitu gembira. Mulutnya macam bertih jagung. Sekejap tadi dia begitu telus menceritakan kisahnya dengan ugly betty.

Belum sempat Leo mahu menyambung cerita, telefonnya berdering.

“Nombor tak dikenali…”

“Siapa?” Tanya Qushairi sambil tangannya mengawal stereng.

“Mana aku tau.”

“Jawablah. Mungkin ada hal.”

“Assa…”

Belum sempat Leo membuka bicara suara di hujung sana yang kedengaran cemas telah menerjah telinga.

“Tuan Leo…”

“Ya. Siapa ni?”

“Mama dan ayah tuan …”

“Dia orang kat overseas.”

“Mama dan ayah tuan…”

“Kenapa??” jerit Leo cemas.

Qushairi menyambar telefon dari tangan Leo.

“Ada apa?”

“Mama dan ayah tuan accident. Mereka sudah tiada…”

Telefon jatuh dari tangan Qushairi. Leo tercengang-cengang. Kereta yang dipandu oleh Qushairi telah hilang kawalan. Tidak lama kemudian jalan raya yang tadinya agak lengang telah menjadi hangar bingar dengan bunyi siren kereta polis dan ambulans.

“Leo!”

“Leo!”

“Kau tak boleh mati. Maafkan aku Leo.”

“Aku yatim piatu, Leo…”

“Kau tak habiskan cerita kau pada, Leo.”

“Leo Qarnain, maafkan aku.”

Untuk ke sekian kali kenangan di dalam jiwa Qushairi tumbuh lagi di dalam memorinya. Dia belum berdaya menerima kenyataan sebuah kehilangan yang tragis.









Terima kasih kerana membaca karya Aynora Nur di sini.

Sila Klik 'LIKE' Jika Suka dan Bagi Komen Sekali Yea!






"Kadangkala ALLAH Hilangkan Matahari. Kemudian DIA Turunkan Guruh & Kilat. Kita Tercari-cari Matahari. Rupa-rupanya DIA Mahu Hadiahkan Kita Pelangi."


spacer

...apabila sepi itu

bukan berdiam diri
lari dari semua
sambil hati dan lidah berbicara
senyap lebih mengerti dari segala
yang mereka rasa
yang mereka katakan
adakah menjadi silap
jika butir idea minda
lebih diterima disana...

bukankah sepi telah menjawab segala?



@ terima kasih kerana membaca karya saya. Klik 'like' jika suka yea. Jangan lupa komen...
spacer

Bukan Leo Qarnain - 2




“Kau kata kau Leo, tapi bukan Leo Qarnain. Habis kau Leo Qushairi?”

“Yang aku tahu ikut surat beranak nama aku macam itulah.”

“Habis kenapa muka kau macam fotostat betul dengan muka Leo. Kau twin kot?”

“Aku tak ada adik beradik. Aku anak tunggal.”

Ainul mencerlung memandang Qushairi. Best jadi anak tunggal. Hmm, keluarga aku…malas nak cerita! Segalanya tunggang langgang, Ainul bermain kata di dalam hati.

“Kau tengok macam tak puas hati jek. Ada masalah ke?”

“Memang. Kau kaya, tapi anak tunggal. Aku miskin, tapi adik beradik bersusun.”

Qushairi menyiku lengan Ainul. Ainul nyaris terpelanting di lereng bukit berhadapan padang bola tempat mereka melepak. Badannya sudah separuh menggelungsur tetapi sempat ditarik oleh Qushairi.

“Kau nak bunuh aku ke?”

“Belum lagi, itu baru acah-acah aje.”

“Bodoh! Kalau aku maut tadi macam mana?”

“Aku ucapkan takziahlah…”

“Orang kaya semuanya sama. Tak ada hati perut. Aku tak suka orang macam ni…kecuali Leo aku. Dia tak macam kau, tak macam orang kaya lain yang aku kenal.”

“Berapa banyak orang kaya yang kau kenal? He he he…” Qushairi menyeringai.

“Ada lah…”

“Eleh…aku tau. Sorang aje kan. Leo tu aje kan? Jangan nak kelentonglah. Macam kau faham sangat tentang kehidupan orang-orang kaya. Macamlah kau ada kat dalam dunia dia orang. Kau tak faham sebenarnya…”

“Korang sombong! Bongkak! Nak jaga status aje.”

“Kami tak mintak dicaci macam ni. Kami tak mintak itu semua. Sebenarnya kau tu yang teruk.”

“Tetiba aku pulak yang kau nak salahkan. Sendiri makan pengat, sendiri mau ingatlah!” Ainul meninggikan suaranya.

“Tulah kau, aku baru cakap sikit kau dah marah-marah. Sepatutnya kau tak boleh menyesal dilahirkan daripada perut orang miskin. Kau patut bersyukur, tak kiralah kau lahir dari golongan apa, yang penting bersyukur. Itu tanda kau umatnya yang patuh.”

“Eh! Eh! Wah…pandai cakap macam ustaz. Kau tu ada buat apa kau kata tadi?”

“Aku saja nasihat. Nak dengar baguslah. Tak nak ikut pun aku tak rugi. Dosa pahala kan masing-masing yang tanggung.”

Eleh! Betul ke dia ni? Entah-entah terlupa nak makan ‘ubat’ pagi tadi, itu sebab cakap macam orang buang tebiat…Ainul mengumpat Qushairi. Tapi, Leo pun macam ni jugak. Suka nasihat orang. Cuma Leo tidak sekasar Qushairi. Mana persamaan mereka? Mana perbezaan mereka? Ainul makin confuse.

“Kau umur berapa?”

“Dah berbulan kita bergaduh dan berkawan, sekarang baru kau nak tau umur aku? Apalah kau ni, tak sensitive langsung. By the way, birthday aku dah lepas.”

“Alhamdulillah.”

“Pelik.”

“Tak perlu keluar belanja.”

“Perempuan kedekut.” Qushairi mengutuk Ainul.

“Aku orang miskin tak boleh pemurah sangat. Nanti bankrap.”

“Kau tau tak? Orang miskin yang pemurah lagi Allah suka. Orang kaya yang pemurah dah biasa sangat.”

“So?”

“Mendermalah…” Qushairi menadah tangannya di hadapan Ainul macam mengemis sesuatu.

“What?!”

“Sedekah pada sahabat…”

“Okey…tunggu jap. Kau tutup mata.”

“Suka hati kaulah Ainul. Yang penting kau sudi bersedekah pada orang yang memerlukan macam aku. He he he…”

“Nah!”

Dengan rakus Qushairi membuka matanya. Kemudian hampa. Di tapak tangannya kosong. Tiada apa-apa. Ainul menipu.

“Jangan kecik hati dulu.”

“Siapa yang kecik hati, cuma merajuk aje.”

Ainul tersenyum penuh makna.

“Aku dah sedekahkan sesuatu pada kau.”

“Mana ada. At least RM ke…something yang aku boleh buat kenangan.”

Ainul menggeleng.

“Aku sedekahkan Al-Fatihah pada kau. Ha ha ha…”

“Hoi! Sepatutnya kau doakan aku panjang umur, ini tidak. Kau macam suruh aku pergi cepat aje.”

“Bukan macam itu. Sedekah al-Fatihah juga sebagai tanda kita mengingati seseorang itu. Aku tak ada duit, itu saja yang aku mampu bagi…”

“Pandai juga kau ek…”

“Aku ingat kata-kata seorang ustazah. Kalau kita sedih pun boleh baca al-Fatihah, kita hajatkan sesuatu pun kita boleh baca al-Fatihah. Senang. Tak payah keluar belanja.”

“Kau ni kan…”

“Ada apa?” soal Ainul tak sabar.

“Boleh tahan juga.”

“Boleh tahan aje? Itu ayat penyedap rasa…”

“Yang penting ikhlas.”

“Betul jugak.”
“Kau belum jawab soalan aku. Berapa umur kau?”

“Twenty six…”

Dada Ainul berdebar. Kebetulan apakah ini? Tangannya mulai menggeletar.

“Next year…janganlah panik sangat. Muka kau pucat macam nampak hantu.” Qushairi tersengih lebar.

Ainul mengurut dadanya. Ada-ada saja Qushairi ni. Baru sebentar tadi harapannya setinggi gunung, kini gunung itu telah runtuh terus menyembah bumi. Leo Qarnain memang tidak wujud lagi. Tetapi di manakah dia?


***

Qushairi menyendiri di dalam biliknya. Dia teringat-ingat wajah Ainul yang terkejut sewaktu dia menyebut umurnya. 26 tahun. Next year…

Apa ada pada Leo? Apa kaitannya dengan gadis itu hinggakan begitu fanatik dengan apa saja perkara yang berkaitan dengan Leo. Apa hubungan mereka? Mengapa setiap kali berbual dengan Ainul, gadis itu kelihatan resah. Ah! Ainul yang selamba, Ainul yang lurus tetapi bersikap kasar. Ainul yang penuh misteri. Kalau dia tahu siapa Leo sebenarnya, adakah dia akan menerima kenyataan?

Qushairi mengambil album gambar. Album itu berselerak di bawah rak TV di biliknya. Dia tak mahu membukanya. Dia tak sanggup.

“Leo…”

Qushairi merintih.

“Leo…”

Rintihannya semakin keras.

“Maafkan aku.”
spacer

Bukan Leo Qarnain - 1



“Leo!”

“Leo!”

“Leo Qarnain!”

“Tunggu aku jap!”

“Peliknya dia ni, kenapa tak toleh pun aku panggil. Siot betul.”

Ainul memecut laju bak pelari 100 meter menuju garisan penamat. Dia tak kira sudah berapa ramai orang di kompleks beli belah Jusco yang dilanggarnya hingga ada yang tunggang langgang. Apa yang penting saat saat penting ini tidak akan dilepaskan walaupun sesaat. Dia mesti mendapatkan lelaki bernama Leo itu.

Akhirnya….

“Huh! Dapat juga aku kejar kau. Kau ni jalan macam watak Charlie Chaplin. Laju ngalahkan MRT…”

Ainul termengah-mengah menahan nafas tetapi tangannya tak lepaskan cengkaman pada sesusuk tubuh milik Leo.

“Apa hal kau ni!!”

Tangan Ainul ditepis ganas. Sederas itu juga perasaan terkejut beruk melanda Ainul. Ainul perlahan-lahan memasang matanya pada tenungan penuh amarah pemuda berbaju biru itu.

Leo Qarnain! Kenapa dengan kau!! Ainul terpinga-pinga. Pemuda itu marah benar nampaknya.

“Lu cakap bebaik sikit ya. Gua bukan orang yang lu carik tu. Gua bukan Leo…Leo apa yang kau sebut tu. Lu salah orang beb!”

Ganas suit! Leo tak seganas ini. Tetapi mungkin saja peredaran masa telah mengubah sikap seseorang, Ainul berfikir positif.

“Aku tau kau ni Leo, cuma kau tak nak ngaku sebab kau nak test aku. Duga ingatan aku, kan? Eleh…Malaysia ni keciklah, setakat muka kau berapa kerat aje kat muka bumi ni. Aku cam betul, kau dengan lesung batu kau! Oppss lesung pipit. Meh aku tekan, ada lagi tak lesung pipit kau tu!”
“Wei! Wei! Apa ni main pegang-pegang pipi orang. Lu bukan muhrim aku…haram hukumnya. Ceh!!”

Bukan muhrim. Haram. Tetapi bahasa haram jadah yang kau gunakan tu apa ke maknanya! Ainul menelan geram sambil mulutnya tersenget ke kiri dan ke kanan. Mangkuk hayun betul mamat ni, aku cuma nak test aje, bukannya niat nak menggatal. Ainul terus memaki-maki dalam hati.

‘Leo, kau tak kenal aku ke? Aku yang jadi…hmmm, ala…yang dulu SA kat kau!” Ainul cuba memulihkan ingatan mamat di depannya.

“SA? What the SA man??”

“Oit. Aku bukan man but woman. Girl from next door! Haha….” Ainul sempat melawak.

“Macam lawak sangat. Cepat lah oii…gua nak blah!”

“Tunggu! Tunggu! Aku SA tu….ala, secret admirer yang kau kata muka macam ugly betty…cermin mata tebal, tapi gigi aku cantik…ingat tak?”

“Lu jadi SA kat mamat Leo tu…apa kacak sangat ke dia tu. Ada macho macam gua.”

“Ha! Ha! Ha! Kau tak macho, kerempeng ada la…” Ainul ketawa besar.

“Lu kutuk gua, beb! Belum ada makhluk dalam dunia ni berani kutuk gua tau, lu satu-satunya! Kau nyesal nanti kalau tau gua sapa…”

“Aku tak heran kau sapa pun. Aku cuma nak Leo Qarnain aku, aku cari dia selama ni. Ke mana dia pergi…”

Pemuda itu merenung wajah Ainul dengan tanda tanya di wajahnya. Dari tadi asyik sebut Leo, Leo, Leo…tapi nama aku pun Leo jugak. Ishh! Kebetulan yang menakutkan!

“Ha! Kau dah ingat aku, kan? Akulah Ainul…selalu kau panggil ugly betty tu…”

“Macam mana gua nak ingat sebab gua bukan Leo apa ke bendanya tu. I’m not Leo.”

“Tapi aku yakin kau memang Leo. Cuba kau senyum ke, ketawa ke? Aku nak tengok masih ada lagi tak kau punya lesung pipit tu. Please lah Leo…” Ainul merendahkan suaranya.

Pemuda itu nampak bingung seketika dengan tindakan Ainul yang tetiba jadi begitu sentimental. Mengada-ngada betul. Meluat.

“Kau mengakulah yang kau tu Leo, tak penat aku carik kau selama ini. I miss you Leo…”

“Aik! Gedik betullah Lu ni. Gua bukan Leo. Lu faham tak, kang gua….”

“Apa kau nak buat? Aku cuma mintak kau buktikan yang kau bukan Leo. Please…”

“Kau nak sangat kan?? Nah….”

Mamat itu tersenyum tersengih macam kerang busuk betul betul di depan muka Ainul. Biar puas muka dia. Padan muka kau! Nak sangat kan…

Ainul terduduk sebaik lelaki itu membuka pekungnya. Bukan Leo Qarnain. Ah! Bukan kau, Leo. Aku nak cari kau kat mana lagi? Munculkan diri kau Leo, untuk aku.

“Weh! Apa kau buat ni? Malulah sikit duduk kat tengah-tengah dunia.”

“Kau pergi. Memang kau bukan my Leo. Kau bukan Leo…”


***

Leo Qushairi masih tersengih-sengih mengenangkan gelagat perempuan gila yang ditemui dalam keadaan ‘ngeri’ di shopping Complex Jusco tadi. Terjerit-jerit memanggilnya dengan panggilan Leo Qarnain. Siap mintak dia tersenyum atau ketawa bagi membuktikan dirinya bukan mamat yang dipanggil Leo entah apa ke benda nama hujungnya.

Qushairi memegang pipinya. Ah! Kesan sentuhan lembut tangan perempuan gila itu tadi bagai melekat disitu. Getaran rasa yang menjalar yang ditahan sejak tadi kini dilepaskan. Indah juga perasaan ini. Dah lama dia tidak berperasaan begitu. Kali terakhir? Entah. Dia sudah lupa. Entah sudah berapa lama hatinya kering. Semuanya gara-gara kejadian itu. Dia tak mahu ingat. Kesan luka parah hati dan perasaan yang makan bertahun untuk sembuh, takkan dia nak ingat lagi. Cari nahas namanya!

Tetapi wajah gadis SA ugly betty itu tetap tak boleh dilupakan. Menyesal dia blah macam itu aje hari tu, kalau tidak ada chance calling-calling….hati panas punya pasal, dah sekarang melepas! Gumam Qushairi memandang siling biliknya.

***

Hari Sabtu. Pukul 2.34 petang. Lokasi Jusco Shopping Complex. Leo Qushairi cuba nasib. Kut-kut dapat jumpa si ugly betty yang cantik tu. Apasal orang gelar dia ugly betty, punyalah cun awek tu. Silaplah dia orang, awek secantik ‘ugly betty’ tu dilepaskan gitu aje. Leo entah apa ke bendanya itu pun satu, awek macam ni pergi blah macam itu aje. Tengok contohnya, aku si Leo Qushairi ni dah angau pulak! Cis….ugly betty, muncullah kau! Niat insung matak aji…kurus kerempeng…Leo tersengih-sengih sendirian sambil memandang orang yang lalu lalang. Apalah otak aku tak ‘center’ betul…Leo bermonolog lagi.
Setelah hampir setengah jam menunggu, akhirnya kelibat ugly betty muncul seperti yang dijangka. Gadis itu nampak selamba tetapi tidak berapa ceria. Mesti tengah cari Leo dia. Aku pun Leo juga, yang itu tak ada, yang ini kan ada…

“Hai!”

“Opocot!”

“Kau melatah yek.”

“Wat lu. Gua cuma terkejut beb!”

“Buat apa kat sini? Cari Leo entah apa ke bendanya tu ke…”

“Siapa nama lu beb! Gua ingat muka je…apa lu buat kat sini?” Ainul bertanya balik. Sengaja dia menggunakan bahasa ‘gua’ dan ‘lu’ kerana lelaki itu yang mengajarnya begitu pada pertemuan minggu lepas.

“Ya lah. Kita belum berkenalan walaupun kita dah bergaduh minggu lepas, kan? Aku Leo, erm…sorry Qushairi. Aku Qushairi.”

“Thanks for the nice intro. Gua Ainul. No second name…Cuma Ainul.”

“Hehe…Nape tak letak aje nama Ainun, huruf Ain dengan nun, tak…tak…jangan mare ugly betty…”

“Banyaklah ugly betty lu! Cuma Leo saja boleh panggil gua macam tu.”

“Okey! Okey! Fine…Ainul.”

“Lu buat apa kat sini?”

“Saja cari Ainul aku yang dah terlepas.”

“Banyaklah lu…”

“Cuba jangan cakap macam tu. Geli tau aku dengar…”

“Geli konon, yang kau tu cakap macam gangster taik kucing dengan aku hari tu, nape? Aku pun geli jugak tau, uwek…nak muntah.”

“Eii, apa ni. Jangan muntah kat aku. Muntah kat dalam tong sampah tu…”

“Aku acah aje.”

“Hehe…” Qushairi menyeringai.
Memang. Kau bukan Leo. Mata aku tak silap kali ini. Hati Ainul berdetik. Tetapi, kenapa kalian terlalu serupa? Siapakah kalian? Mungkin pelanduk dua serupa…

“Kau tenung aku buat apa?”

“Hrm…cari Leo dalam diri Qushairi…”

“Ada ke?”

“Tak.”

“Lama-lama adalah tu…”

“Apa maksud kau?”

“Nothing….”



***

Ainul ugly betty dan Qushairi yang tak mengaku dirinya pun bernama Leo akhirnya menjadi kawan rapat yang sering menghabiskan masa mereka bersama pada setiap hujung minggu. Selama beberapa bulan itu yang kalau ditukar kepada minggu jumlahnya jadi banyak juga, mereka sentiasa menjadi tetamu kepada Jaya Jusco. Di sana mereka melepak, bergurau, bertukar cerita tentang kehidupan dan benda-benda yang tiada kaitannya dengan Leo! Memang Ainul telah menamatkan pencariannya tentang Leo Qarnain. Maka berkuburlah cinta peminat rahsia ini terhadap ‘prince charming’nya.

Satu hari entah minggu ke berapa Sabtu itu hadir…

“Kenapa dengan Leo kau? Ada apa dengan dia?”

“Stop that question boleh tak? Aku dah tak nak fikir. Benda dah lepas, lagipun aku dah penat. Aku pasrah aje. Kalau dia muncul pun nak buat apa. Dia mungkin dah lupa siapa Ainul ni.”

“Sedih siot ayat kau tu. Macam dah berkerat rotan aje.”

“Kadang kala kita kena lepaskan dia perlahan-lahan. Lama-lama oklah…”

“Hurm…betul. Aku setuju. Walaupun kita terpaksa mengambil masa bertahun, berabad, ataupun seumur hidup kita…lepaskanlah, biar hati kita lebih tenang. Redakanlah…”

“Kau cakap pasal aku ke?”

“Aku cakap pasal diri aku. Kau lain, aku lain.”

“Tentulah lain. Takkan Ainul boleh jadi Qushairi pulak!”

“Kau perasan tak yang hubungan kita penuh misteri. Aku cuma kenal kau sebagai Ainul, seorang perempuan dan very slumber person…”

“Aku pun cuma kenal kau Qushairi, ganas, gangster taik kucing, sombong, tapi dalam hati ada rama-rama…”

“Apa agaknya yang buat kita serasi?”

“Entah.” Ainul menjawab tanpa perasaan.

“Aku seorang pencari…” perlahan Qushairi berkata.

“Aku pun sedang mencari…”

“Bertahun kita mencari Leo sebenarnya….” Qushairi merasa sebak. Tak tau kenapa.

“Muka kau serupa, tapi kau bukan Leo…”

“Aku pun Leo tapi bukan Leo Qarnain.”

“Apa kau cakap?!”
spacer

Aku Yang Terlewat 3



Aku memapah tubuh kurus Aqila keluar dari perut Harrier lalu perlahan-lahan meletakkannya di atas sofa di ruang tamu. Semasa dalam perjalanan pulang tadi aku sempat menghubungi Datuk Khalid dan menyampaikan apa yang telah berlaku.

"Awak tolong uruskan Zaff. Saya belum habis lagi discussion dengan client."

"Tapi Datuk..."

"You can handle it...I trust in you."
Trust! Percaya! Aku rasa semuanya di bebankan ke atas bahuku. Atas dasar percaya aku menjadi mangsa. Aku penurut kata, itu sebabnya orang umpama mengambil kesempatan ke atasku. Prinsipku mudah sahaja. Segala benda yang orang minta tolong, asalkan berasaskan kebaikan, aku akan melakukannya tanpa banyak soal. Itu aku.

Tetapi dalam bab membantu Aqila, aku rasa terbeban. Bukan sebab aku tidak ikhlas, tetapi aku takut kerana pertolongan yang sekali ini, akan menjadi dua kali dan berkali-kali. Mana letaknya masaku kepada isteriku dan keluargaku? Aku benar-benar buntu.

"Nak, tolong angkat dia ke atas sekali ya. Bibik tak kuat mau ngangkat nak Aqila. Almaklum, Bibik udah repot..."

Laa...aku ingatkan Datin tadi, rupa-rupanya Bibik sahaja pangkatnya. Bukannya aku mahu memandang rendah pada wanita separuh umur yang tersengih-sengih memandangku itu tetapi penampilannya begitu sofistikated! Bayangkan seorang Bibik berdandan cantik dengan solekan tipis dan baju berwarna garang. Aku rasa bukan aku sahaja yang tersalah sangka, orang lain pun akan menyangkakan perkara yang serupa.

"Dia memang begitu. Minggu ini saja udah lebih empat kali hidungnya berdarah. Bibik pun bingung nggak tau mau buat apa dengan nak Qila ni."

"Dia selalu pitam-pitam macam ini ke?"

"Memang kerap banget..."

Aku tersengih. Banget...perkataan yang selalu diucapkan oleh Hannah. Rindu banget!! Ah Hannah...aku selalu terleka pada janji. Aku membelek jam di tangan.

"Bibik! Dia okey ke kalau saya tinggalkan..."

"Tak mengapa, nak. Bibik tolong tengok-tengokkan."

"Tapi..." aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Betul ke dia okey ni..."

"Usah risau nak. Kejap lagi dia sedar lah tu..."

Confident betul Bibik ni! Aku yang menggelabah. Sakit apakah yang dihidapi oleh Aqila sehinggakan orang sekeliling seperti tidak risaukan dia. Apakah kerana penyakitnya sudah tiada penawarnya? Atau, apakah Aqila sudah tidak lama lagi untuk hidup di muka bumi ini...

"Bibik. Apa sakit dia sebenarnya?"

"Sakit angau aje!"

Satu suara garau menyergah tiba-tiba dari arah pintu bilik Aqila. Tanpa dipelawa dia berjalan masuk dan berdiri di sebelah Bibik.

Aku langsung tidak faham dengan situasi yang sedang berlaku. Mukaku terpinga-pinga macam beruk sesat dalam hutan. Aku semakin terkejut beruk apabila Aqila yang tadi tak bergerak macam patung bernyawa, terus berdiri tegak sambil dengan lagak manja dan mengada-ngada memegang lenganku.

"You see..."

Tegas dan lantang sekali suara lelaki yang tak bernama itu menerjah cuping telingaku. Tangan Aqila sudah aku lurutkan dari lenganku dengan cara yang agak terhormat sedikit. Tetapi sakit di hati hanya TUHAN yang tahu. Aku dipermainkan hidup-hidup!!

***

Wajah masamku sepanjang keluar makan dengan Hannah sedikit sebanyak merobek ketenangan makan malam kami. Hannah menegur sikapku yang agak dingin dan seperti berada di dunia yang asing. Aku masih berdiam juga. Rasa amarah yang aku tahankan memaksa aku menjadi begitu. Itupun demi Hannah. Agar makan malam kami boleh menjadi medan kami bergembira. Tetapi Hannah tetap Hannah, kaum Hawa yang amat sensitif deria rasanya...

"I stress...itu aje."

"Stress sebab apa? Hari ini kan you off day. Cuma temankan Datuk main golf aje kan? Apa yang buat you stress?"

"Tak ada apa-apa lah." Jawapanku pendek sahaja.
spacer

Aidil Adha...Aku penanti Setia!

itu suara indah yang sedang dihayati
datang dari peti yang berisi nikmat pengorbanan
ceritera tentang sejarah mereka
ikatan kasih antara hamba ke hamba
ikatan kasih teruna dan dara
termeteri dua jiwa suami dan isteri

kadang dalam hidup di fana ini
hati tersirat nada benci bernyanyi di canang syaitan durjana
hati dilumur lumpur hitam bernoda
ada tingkah bersulam kata tak manis
kelopak dendam pun berbunga
benih benci mula menjalar ke tiang tiang percaya
maka itulah guna setiap suara dihayati
indah makna pengorbanan masa lampau itu

bukan hari ini untuk hari ini
semalam tak datang singgah tanpa kelmarin
esok pun jenguk kerana disitu janji harapan
tahun ke tahun hinggap di hati
harap ia kekal bernoktah di lubuk ingat
dan bertapa dalam gua cinta Illahi

aidil adha
ceritera pengorbanan memahat kukuh
jadi azam buat kami yang tinggal!
spacer

Biarkan Ia Berlalu








benarkah aku ini
izinkan aku bertanya
ada rindu, ada benci, ada ragu pada matamu
yang tak kau tunjukkan
pada jalan terang benderang

biar kau tak izinkan
aku terpaksa mengheret langkah perlahan
sambil menoleh kebelakang
kalau-kalau...

kau tarik kembali
sisa kasih yang sudah berderai
lalu cuba mencantum
menjadi sekeping kain suci putih tak bernoda

apakah ini hanya impian
punah musnah tak menjadi realiti
harapan hanya tinggal pepasir yang disambar ombak
lenyap terus ditelan dalamnya lautan
hingga tak nampak langsung bebayang kita

jangan ada lagi sisa
yang masih melorek warna pelangi
pada dasar hati kita
kelak,
aku tak sanggup melihat
tangisan air matamu
nan berwarna merah!

pada ketika itu
kau tentu tahu
jawapan nan tersurat
buat sikapmu yang membedil
seluruh kepercayaan hati

jangan kau toleh lagi
aku di sini...
spacer

Novel: Suratan 16

“Bukalah pintu tu Nina, apa terhendap-hendap lagi. Kawan kau tu dah sampai.” Gesa ayahnya.

Soraya hanya memakai gaun berbunga kecil separas lutut sambil rambutnya disanggul ala kadar. Solekannya juga tipis sahaja, hanya sekadar mengelakkan wajahnya kelihatan pucat.

“Eh! Aziz…apa angin kau dating tak diundang ni? Nak buat surprise kat aku ke? Siapa kawan yang kau bawak tu.” Soraya menjenguk melalui cermin kereta. Bro. Aziz hanya tersengih-sengih. Sengihannya itu yang membuatkan dada Soraya bergetar kencang. Apa muslihat pulak ni!!

“Nantilah. Bagilah aku parking dulu. Tak sabar betul!”

Soraya sudah mendahului mereka bertiga hingga dia tak perasan ada sepasang mata memerhatikannya dengan begitu asyik sekali. Encik Abidin dan Puan Saodah mnenanti di muka pintu. Tetapi pasangan suami isteri itu telah terlebih dahulu mengenali siapa tetamu anak gadisnya malam itu. Nak sorok konon! Mereka berdua tersenyum simpul menyambut tetamu istimewa itu.

“Azeem…masuklah. Lama betul tak jumpa. Kamu apa khabar? Mak dan ayah kamu pun apa khabar agaknya.”

Encik Abidin bergerak ke belakang Soraya dan segera menyalami jejaka yang nampaknya semakin segak itu.

Soraya terpempan. Azeem!? Serta merta mukanya menjadi merah padam. Langkahnya terasa kekok. Dan yang pastinya, dadanya semakin bergetar tidak keruan. Ya ALLAH…tabahkanlah hatiku.

“Mak…elok tak muka Nina?” Soraya berbisik ke telinga emaknya.

“Dah cantiklah tu …” jawab emaknya tersenyum.

“Masuklah Zeem, Aziz…” akhirnya barulah Soraya bersuara. Itupun dengan keadaan tubuhnya membelakangkan tetamunya itu. Dia tidak bersedia. Siap kau nanti Bro. Aziz! Tengok apa kau dah buat ni??

Dengan sedikit kekuatan yang tinggal, perlahan-lahan Soraya memandang Haizan Azeem. Di situ mata mereka bersatu, terpancar cahaya kegembiraan yang tidak terhingga walaupun tiada sepatah kata yang diungkapkan. Bro. Aziz memerhatikan drama sebabak itu dengan dada yang sebak. Siapa sangka kan? Soraya dan Azeem saling mengenali.
“Saya baru balik dari overseas Mak Cik, pak cik…dalam enam bulan gitu. Baru inilah sempat datang sini.”

“Sekarang kerja kat mana?”

“Bank pak cik…”

“Ayahnya masih buat business yang dulu jugak ke?” puan Saodah mencelah.

“Begitulah mak cik. Nak buat apa lagi…”

“Nina kenapa senyap aje? Takkan dah terubat rindu tu sampai tak boleh nak berkata-kata…” Bro. Aziz mengusik Soraya. Baru sekarang dia memanggil Soraya dengan panggilan Nina, itupun terikut-ikut dengan panggilan manja gadis itu di rumah.

Soraya hanya menjeling. Suapannya juga lambat-lambat. Sesekali dia mencuri pandang kepada Haizan Azeem yang semakin kacak dan ‘macho’ itu. Dan rupa-rupanya setiap kali itulah Haizan ikut berbuat begitu. Akhirnya mata mereka kerap bersatu lalu mecambahkan ruang rindu yang semakin subur.

Hampir sebelas malam barulah Bro. Aziz dan Haizan memohon diri untuk pulang. Walaupun dalam hati Haizan tidak mahu balik, tetapi adat berkunjung harus dipatuhi. Lain kali kan ada waktu, lalu saat itu akan ku jejaki kau lagi wahai Nina Soraya! Haizan sempat menatap Soraya dari jauh buat kesekian kalinya buat melepas rindu bertahunnya itu.


SORAYA gelisah tidak boleh melelapkan mata. Peristiwa sebentar tadi menyentak perasaan egonya selama ini dan melunturkan dendam yang kesumat di dalam dada. Betapa walaupun pantai berubah dek air yang yang berubah, tetapi Haizan Azeemnya tetap sama seperti dahulu. Penuh kesopanan untuk menggamit rindunya kembali. Tanpa sedar air mata menitis membasahi pipinya yang gebu.

“Aku masih rindukan kau, Nina…”

Masih terngiang-ngiang ucapan keramat dari Haizan tadi. Ungkapan ringkas yang telah menyentak sanubarinya menjadi bertambah sayangkan lelaki itu. Segala dendam dan benci yang dipasung lewat beberapa tahun dahulu bagai debu diterbangkan angin malam pergi jauh dari sudut hatinya. Yang tinggal hanyalah segala rasa-rasa yang indah belaka!


HAIZAN menjawab panggilah telefon untuknya. Pagi-pagi begitu talian untuknya memang sibuk apatah menjelang akhir bulan. Dengan kerenah pelanggan, ibu pejabat yang memerlukan laporan disegerakan, dan bermacam masalah harus dihadapi setiap waktu. Namun hari ini ‘mood’nya baik. Sepagi hari Pak Mazlan jaga yang hampir sebaya ayahnya dibelikan nasi lemak dari warung di sebelah ofisnya.

“Hello! Selamat pagi.”

“Zeem! Pak Anjang ni…sibuk sangat ke?” kedengaran jauh suara di hujung sana.

“Biasalah Pak Anjang. Pagi-pagi macam ni memang saya sibuk sikit.Apa halnya ni Pak Anjang?” suara Haizan ikut tinggi bagi mengimbangi nada suara yang di sana.

“Ni ha…anak angkat Pak Anjang si Diane nak ke rumah kau petang sabtu nanti. Boleh tak kau tolong jemput dia kat jeti. Dia kata dah bosan asyik duduk kat pulau. Sesekali dia nak ke bandar jugak.”

Haizan menggaru kepala yang tidak gatal. Si minah saleh tu hendak dating sini? Nak buat apa? Haizan bersoal jawab sendiri.

“Bolehlah Pak Anjang. Nanti saya arrange transport…”

“Kau kena ambil dia sendiri. Aku tak percaya orang lain. Jangan tak jadi tau…”

“Bila dia nak balik England?” Haizan lari dari tajuk perbualan.

“Cuti kuliahnya lama lagi. Okeylah Zeem, nanti kau call Pak Anjang balik ya…”
Klik! Talian terputus.

Masalah pulak. Baru aje nak mintak Aziz aturkan ‘date’ dengan Soraya, hal lain pulak yang tebas dulu. Argh!! Yang penting aku mesti jumpa Soraya hari ini juga. Haizan bermonolog sendirian hingakan tanpa sedar tangannya sudah mendail nombor Aziz.

“Hoi! Kalau nak cakap cepat, aku sibuk ni!”

“Sorry Bro…mimpi kejap.” Haizan terkebil-kebil mendengar jerkahan dari Bro Aziz di corong telefonnya.

“Aku nak jumpa dia lagi Bro. Boleh tak? Dia ada kat office ke?”

“Tak bolehlah Zeem. Dia ada appointment dengan client. Makan tengahari kat Crystal Crown. Lain kali boleh kut!”

“Mana boleh. Aku nak jumpa dia jugak! Aku tak puas jumpa dia malam tadi. Kau cakap dengan dia yang aku akan tunggu dia kat lobi…”

“Macam mana dengan client…” belum habis Aziz menjawab, Haizan telah memutuskan talian.


HAIZAN sedia menanti kedatangan Soraya di lobi Crystal Crown. Pelanggan agak kurang sedikit hari itu, maklumlah pertengahan bulan. Banyak syarikat yang membayar gaji pada akhir bulan, itu yang menyebabkan banyak tempat makan yang penuh setibanya hari gaji. Sambil duduk, dia membelek majalah yang baru dibeli sebentar tadi. Pasaran saham yang jatuh mendadadk minggu ini, dan kejatuhan matawang ringgit mengakibatkan perjalanan ekonomi sedikit lembap. Kebanyakan majalah bisnes membincangkan isu tersebut.

Sewaktu memandang ke pintu masuk CC, Haizan terpandangkan Soraya berjalan beriringan dengan teman sepejabatnya , siapa lagi kalau bukan pak syed yang glamor itu. Mereka kelihatan mesra dan saling bertukar cerita. Tanpa disengajakan, Soraya juga terpandangkan Haizan yang sedang merenunginya. Haizan berserah sahaja apabila Soraya dan Syed Hafiuz meluru ke arahnya.

“Azeem, kau tunggu siapa?” Soraya memesrakan suaranya.

Tunggu kau lah, Sapa lagi! Hatinya berkata.

“Tak sangka jumpa kau kat sini Zeem. Jomlah kita makan sama. Eh! You kenal dia, Soraya? So…tak payahlah I kenalkan.”

“Orang handsome macam Encik Azeem ni semua awek kenal…” Soraya seolah menyindir Haizan.

“Jomlah…” Syed Hafiz mempelawa bersungguh-sungguh.

“Err…tak mengapa. Aku tengah tunggu kawan.” Haizan menolak walau di sudut hatinya melonjak-lonjak untuk mendampingi gadis tersebut.

Sambil meninggalkan Haizan, Soraya tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang ditunggui oleh jejaka kacak itu. Lelakikah atau perempuan? Apakah Haizan dah ada buah hati? Tetapi malam semalam dia seolah menaburkan harapan yang tinggi menggunung kepadanya. Selera Soraya terus hilang apabila fikirannya diterjah persoalan bertalu-talu.

Kembali dari makan tengahari dengan Syed Hafiz, Soraya dikejutkan dengan kehadiran sejambang ros merah di mejanya. Dia menduga pasti Syed Hafiz yang sengaja membuat surprise, kerana dari ekor mata dan cara pandangan lelaki berketurunan syed itu sedang cuba menggodanya. Soraya malas untuk membaca nota yang diselitkan. Dia pasti tekaannya benar. Siapa lagi yang mahu mengirimkan benda-benda begitu kecuali orang itu betul-betul serius mahu mendekatinya. Soraya meneruskan kerjanya seperti biasa. Bro. Aziz yang duduk di meja Wahab memerhatikan sahaja gelagat Soraya.

Interkom di meja Soraya berbunyi. Encik Ahmadi mengarahkan Soraya masuk ke biliknya. Dengan perasaan malas dan langkah yang longlai dia bergerak juga. Walau apa sekalipun, Encik Ahmadi adalah bos dan semestinya seorang ketua perlu dihormati selagi dia tidak melampau batasan.

Soraya terus duduk tanpa di suruh. Ahmadi memerhatikan dengan ekor matanya.

“You dah bereskan semuanya?”

“Maksud encik?”

“Tak payah berencik-encik lah Soraya dengan I. Dah berapa kali I bagi tau…”

“Itukan lebih sopan. “

Ahmadi tersenyum simpul.

“Kita kembali ke tajuk asal. Apa yang you nak I settlekan lagi bos? Semua dah siap. Gaji pekerja semuanya dibayar ikut time. Kebajikan pekerja terjaga. Tak tahulah kalau ada yang mengadu kata tak cukup…”

“You ni keras kepala. Degil. Tak bagi chance langsung pada I…”

“So, apa masalahnya Encik Ahmadi?”

“Errr…tak ada apa-apa.”

“Ini saja yang you nak tanyakan?”

“I Cuma nak cakap best kerja dengan you!”

“Sindir ke pujian? Tadi baru aje kata I ni degil, keras kepala…”

“Up to you.”

Soraya bertambah geram. Inilah padahnya bila soal kerja dicampur aduk dengan soal peribadi. Ingat aku tak tahu kau punya taktik…pooraaah!

“Ada apa-apa lagi yang you nak suruh I buat? Kalau tidak I nak keluar.”

“Kita berborak dulu lah. I boringlah sorang-sorang macam ni.”

“Kalau bosan kat dalam ni, jom duduk luar, joint kita orang.” Sela Soraya dengan nada keras.

Tanpa menunggu lama Soraya terus angkat kaki. Bujang telajak tu kalau dilayan makin menjadi!
spacer

Novel: Mengapa Di Rindu 21



“Hazzim nak ke mana?”

“Keluar kejap ibu.”

“Dengan siapa?”

“Sorang.”

“Takkan keluar malam-malam tak ajak kawan.”

“Tak ke mana pun ibu. Saya bukan berclubbing. Saya cuma nak ambil angin.”

“Hazzim tahu Wida dah ada kat sini kan?”

‘Hmmm…” Hazzim hanya menggumam. Dia tidak gembira bila nama itu disebut di hadapannya.

“Dah jumpa dia?”

“Ada juga terserempak beberapa kali.”

“Hazzim masih sayangkan dia? Masih ingat dia?”

“Entahlah ibu. Saya nak cepat ni. Lain kali kita discuss pasal ini ya…”

Hazzim terus meluru ke garaj yang menyimpan keretanya.

“Hmmm…jangan balik lewat sangat. Tak elok berembun kat luar. Lagi-lagi kalau embun yang dipanggil embun jantan. Kesihatan Hazzim pun nak kena jaga. Kerja awak bukan tugas sembarangan…ingat tu. Ibu tak mahu esok pagi Hazzim pergi kerja dengan muka mengantuk.”

“Terima kasih ibu. Walau umur saya dah masuk 3k club, ibu tetap masih nak ingatkan saya. Thanks ibu.”

Selepas menggamit Dato’ Hj Yusniza, Camry putih Hazzim meluncur laju menuruni bukit dan berhenti sebentar di pintu pagar. Pak Din sedang berdiri menekan remote pintu pagar utama itu. Pengawal pintu yang sudah bertahun bekerja dengan keluarga Hazzim itu kelihatan komited dengan tugasnya.

“Lama tak berbual dengan Pak Din. Pak Din sihat?”

“Sihat, nak…”

“Alhamdulillah…”

“Nak ke mana?” soalan yang serupa diajukan.

Hazzim tersengih mendengar pertanyaan Pak Din.

“Kenapa dengan kamu?”

“Pak Din tanya macam ibu aje…itu yang saya rasa gelihati.”

“Ya ke?”

“Ha’ah. Risau betul. Saya orang bujang dan dah matang pulak tu. Saya tahu apa yang saya buat Pak Din. Ibu aje yang macam tak percaya kat saya.”

“Hati seorang ibu memang begitu. Sampailah dia menutup matanya…”

“Iyalah Pak Din. Saya nak keluar kejap ambil angin, Pak Din. Saya pergi dulu. Assalamualaikum…” Hazzim mengangkat tangan sebelum meluncur laju ke arah jalan raya.

“Waalaikumussalam…” Pak Din menjawab sambil tersenyum.



KEDAI menjual ikan dan akuarium milik Kamal kelihatan sibuk seperti biasa. Dari jauh kelihatan Kamal sedang sibuk melayani dua orang pelanggannya yang berbangsa Cina. Dia langsung tidak perasan kehadiran Hazzim di belakangnya. Apabila Hazzim menegurnya, barulah Kamal berpaling dengan wajah kaget.

“Hei bang, what’s up! Lama tak datang?”

“Okey, I’m fine. How’s business?”

“Bagus bang…eh! tak pegi mancing lagi ke?”

“Lately dah kurang. Abang sibuk sikit kat pejabat tu.”

Perbualan mereka terganggu sebentar apabila dua orang pelanggan berbangsa Cina tadi mahu membuat pembayaran. Kamal bergerak ke kaunter, memasukkan data dan kemudian mengembalikan baki wang pelanggan tersebut.

“Banyak ikan. Ada ikan baru ke?” Hazzim bertanya sambil tangannya masih di poket.

“Adalah sikit-sikit. Ikan emas merah ramai orang ambil bang…warnanya yang cantik lagi-lagi bila waktu malam, itu yang jadi tarikan…syok oh!!”

“Iyalah tu! Ikan memanjang…takkan takde masa untuk tuuuut!”

“Apa tuuuut yang panjang bunyinya tu bang.”

“Alah…buat-buat tak tahu konon. Aweklah, apalagi?” suara Hazzim ditinggikan.

Kamal ketawa mengekeh bila Hazzim mengusiknya pasal awek. Sudahlah abang angkatnya jarang datang, alih-alih datang serkap jarang pasal awek. Huh! Memang muka selamba abang Hazzim ni, tukasnya dalam hati sahaja.

“Adira macam mana?”

“Opss! Adira bang?” wajah Kamal sudah memerah bak cili padi.

“Dia okey bang.”

“Habis kau tak okey?”

“Saya….”

“Kau lembab sangat ayat dia. Kan abang dah bagi jalan hari tu. Kau tinggal ‘shoot’ aje…”

“Eh! Nak shoot apa bang? Anak orang tu, kena tangkap polis nanti saya…merana kak Lisya.”

Giliran Hazzim pula yang ketawa berdekah-dekah. Kamal ni memang betul-betul pelurus budaknya. Maksud Hazzim bukanlah nak suruh Kamal tembak Adira dengan senapang atau pistol. Dia umpamakan ‘shoot’ itu sama dengan tembakan ayat-ayat cinta, kasih dan sayang…

“Kau ni memang tau. Dunia kau asyik ikan memanjang…cuba bukak sikit otak tu. Itulah, abang nak sponsor sambung study tak mahu. At least kalau kau ada pelajaran, banyak benda yang boleh bukak otak kau. Kau ni bukan tak pandai, cuma kurang cerdik sikit je…”

“Abang kutuk saya pun janganlah macam nak matikan semangat saya. Tadi dahlah kata saya lembab pasal awek, sekarang kata saya kurang cerdik pulak. Abang ni patut-patutlah…” Kamal menunjukkan muka merajuk. Dia mencangkung di tepi kaki lima kedainya.

“Hah! Tengok tu…ni siapa yang nak pujuk. Kalau abang sorrylah, makan hatilah jawabnya.”

“Tak ada orang lain yang lebih faham saya kecuali…”

“Kak Lisya!” suara wanita yang cukup dikenali tiba-tiba muncul dari arah belakang Kamal.

“Kak Lisya!! Ada kat sini rupanya?” Kamal terjerit nyaring.

“Apalah adik akak yang macho ni kuat merajuk jugak rupanya. Hodoh benar tengok Kamal merajuk sambil mencangkung tadi.”

“Tanya BF akaklah ni. Tak habis-habis dia kutuk Kamal. Orang pun ada perasaan jugak tau.”

“Ya lah tu…” Hazzim masih dalam mood menyakat. Dia gembira berada di dalam kelompok kecil keluarga Alisya itu. Anak yatim piatu yang cukup berdikari dan saling memberikan sokongan antara satu sama lain. Dalam diam sekali lagi cintanya semakin hangat terhadap Alisya.

“Jomlah ikut sekali.”

“Pergi mana abang Hazzim?”

“Datinglah…apalagi?”

“Dengan tuuu ke?” muncung Kamal ditalakan ke arah Alisya.

Hazzim sekadar ketawa santai. Nampak benar hatinya sedang berbahagia.

“Siapa lagi yang abang ada…kakak Kamal yang suka merajuk nilah aje…”

“Boleh percaya ke? Hari tu yang serang you kat restoran bukan awek you ke?” Alisya cuba membuka cerita tempohari.

“Itukan ex-girlfriend I. You pun tahu. I dah putus dengan dia bertahun dulu. I pun dah declare pasal kita kat depan dia, kan? You pun tahu Alisya. Itu semua hanya kenangan. I tak menyesal pun lupakan kenangan itu.”

“Saja nak duga you…”

“Jangan duga yang berat-berat Alisya. I takut tak boleh menghadapinya. Paling I takut apabila diduga supaya lupakan you, tinggalkan you…boleh jadi gila I!”

“Hish! Ke situ pulak. Apa pulak sampai jadi gila…tak maulah cakap macam tu lagi.”

Kamal tersengih-sengih mendengarkan butiran bicara antara pasangan kekasih yang baru sahaja mengulit bahagia. Tapi dia hanyalah pemerhati dari jauh. Asalkan Alisya bahagia, dia akan ikut bahagia. Jika sebaliknya, dia akan menjadi insan yang menderita untuk kakaknya juga. Orang kata…sehati sejiwa.

“Dugaanlah yang mematangkan kita hingga kita boleh jadi diri kita seperti sekarang ini. You dengan masalah you, I pun ada ada masalah I. You pernah kecewa, I pun pernah ditinggalkan. Kita pasangan yang ditakdirkan untuk bertemu. Untuk selamanya atau pun sementara, hanya TUHAN yang tahu…” Alisya memberikan pendapatnya. Dia tidak mahu terus hanyut dalam anganan yang tak pasti.

“Mulai sekarang tak maulah cerita benda-benda sedih ni. Macam tak positif thinking langsung. Apa yang datang kita tempuh bersama. I selalu ada untuk you, Alisya. Sudah lama I tunggu saat-saat ini. Dah lama I teringin menjadi sebahagian dari diari harian you, sentiasa ada dalam hati you. I berharap you sudi terima I seadanya.”

Alisya memandang Hazzim dengan penuh khusyuk kali ini. Dari tadi dia asyik main-main. Tidak serius. Apabila Hazzim mula menyuarakan hasrat hatinya, barulah Alisya berani membuka hatinya sedikit demi sedikit untuk Hazzim. Dia takut sekiranya kali ini impian indahnya hanya separuh jalan sahaja seperti yang dilakukan oleh bekas teman lelakinya dahulu.

“Insya’Allah Hazzim. I akan cuba terima you seadanya.”

Mata mereka bertentangan buat kesekian kalinya. Perlahan-lahan Alisya menjatuhkan pandangannya ke lantai tempat mereka berpijak. Ada rasa malu yang bertandang secara tiba-tiba apabila Hazzim kerap memandangnya dengan penuh romantik. Hati wanita mana yang tidak cair lebih-lebih lagi di hadapan jejaka ‘hot’ itu.

“Lapar tak ni?”

Alisya menggeleng.

“Aik! Tadi masa I ajak keluar you cakap adh lapar sangat. La ni tak lapar pulak.”

“Kenyang dengar falsafah kehidupan you.”

“Sindir I ke?”

“Kebenaran, what!”

“I lebih hebat dari yang you sangkakan, Alisya.”

“Tunjukkanlah…”

“Tak boleh kat sini, nanti orang nampak.”

“Nak tunjukkan kat mana?”

“At special place for a special lady.”

“Main-mainlah you ni!”

“Serius…” nada suara Hazzim kedengaran begitu manja. Alisya terasa berdebar-debar lagi.

“Anak emak.”

“Dengan you aje…”

“Whateverlah!”

Tiba-tiba Kamal yang selesai menutup kedainya muncul di sebelah Alisya.

“Ada adegan yang menyampahkan mata pulak kat sini.”

“Tak baik Kamal cakap macam itu tau. Cuba respect sikit…” Alisya menegur perkataan Kamal yang agak kasar sebentar tadi.

“Ya lah, siapa yang merajuk dan sapa yang kena pujuk. Macam dah terbalik pulak!” Kamal sengetkan bibir. Dia sudah duduk di bahagian belakang dan badannya seolah berada di tengah-tengah kedudukan antara Alisya dan Hazzim.

“Hish! Dia ni…” Alisya mencubit adiknya hingga Kamal mengaduh kesakitan.

Hazzim dan Alisya bersama-sama dengan Kamal beriringan masuk ke dalam restoran Arab yang terletak di pinggir bandar. Walau jam sudah mencecah ke pukul 10 malam, restoran itu masih lagi dikunjungi pelanggan.

“Sebelum keluar tadi ibu ada tanyakan pasal Wida.”

Hazzim membuka cerita perihal ibunya kepada Alisya. Kamal masih belum keluar dari tandas. Entah apa dibuatnya berlamaan-lamaan di dalam sana. Entah-entah bergayut dengan awek…

Hati Alisya merasakan debaran yang sangat kuat secara tiba-tiba. Bayangan wajah tokoh korporat itu terpacul di ruangan mata. Rahsia dia mengenali Dato’ Yusniza masih tersimpan rapi. Peristiwa dia disergah oleh satu suara wanita beberapa hari lalu juga masih dirahsiakan. Pasti wanita yang menelefon itu ada kaitan dengan Dato’ Yusniza. Dan secara tidak langsung dirinya ditarik masuk ke dalam kancah perasaan ini.

“Hurm…cerita pasal ex-girlfriend you lagi…”

“I have to be transparent with you, Alisya. From now and onwards…you mesti ambil tahu pasal semua ini.”

“I nakkan hubungan kita berjalan secara natural, Hazzim. I tak dipaksa dan you pun buat bukan kerana terpaksa. Cukuplah sebelum ini I gagal…”

“Alisya…you tak boleh macam ini. Sekarang bukan zaman natural lagi. We must fight for people we love.” Hazzim tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Alisya. Dia tidak mahu kecundang lagi buat kesekian kalinya. Maka sebab itu dia mesti berkeras dengan pilihannya jika ditakdirkan Dato Yusniza masuk campur nanti.

“Kenapa dia tanyakan pasal Wida?” Alisya menukar topik.

“Pandai sayang I ni tukar topik ya?”

“Itu namanya feeling escapism…” Alisya tertawa kecil.

“Kenapa?”

“Tak mahu sakit hati.”

“You sakit hati? Macam tak percaya…” Hazzim tertawa ceria.

“Tak percaya? I pun ada perasaan juga.”

“Ingatkan belum jatuh cinta dengan I…”

“Siapa yang kata I jatuh cinta pada you.”

“Baru sekejap tadi you cakap.”

“Baru sayang aje…”

Alisya berkata perlahan. Dia malu jika Hazzim menganggapnya terlalu gopoh.

“Sayang pun jadilah, daripada tak ada langsung. Dah nasib badan.”
spacer

Novel: Suratan 15


Soraya dan Syez Hafiz makan tengahari di Pan Pacific Hotel. Pada waktu makan tengahari begitu Dewan Teratai penuh dengan ragam manusia yang mahu menjamu selera atau bertemu rakan perniagaan sambil menjamah hidangan yang lazat.

“Selalu datang sini?”

“Kadang-kadang. Itupun dengan family…”

“Kerja ok?”

“So far okey aje…pengawal-pengawal keselamatan syarikat I semuanya berpengalaman. Kita orang ambil pesara tentera ataupun askar-askar yang pencen awal. Jadi, mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Apa yang penting, kebajikan mereka kena jaga. Kalau dia orang buat hal, susah syarikat nak cari pengganti.”

Syed Hafiz tertegun memerhatikan Soraya berbicara. Gadis di depannya itu memiliki kecantikan semula jadi, petah dan peramah. Ciri-ciri wanita idaman ada di depan mata. Apalagi yang mahu ditunggu, menyesal nanti jika ia dilepaskan begitu sahaja setelah sekian lama dia mencari pasangan yang sesuai.

“I tanya you marah tak?” tanya Hafez ketika dalam perjalanan menghantar Soraya pulang ke pejabatnya.

“Kena pada soalannya I jawab. Kalau tidak, I biarkan saja…”senda Soraya membuatkan Syed Hafez terasa dirinya disindir.

“You still available?”

Akhirnya itulah yang terkeluar dari mulut Syed Hafez.

Soraya ketawa tak tertahan lagi mendengar soalan yang ditanyakan oleh Syed Hafez. Dia tidak menyangka yang Syed Hafez akan menyuarakan pertanyaan yang berbaur peribadi pada seawal pertemuan mereka. Soraya hanya melayan tawanya yang belum surut lagi tanpa menjawab pertanyaan dari teman barunya itu.

“Nina! You tak jawab pun.”

“Soalan itu bukan untuk I…”jawab Soraya selamba ketika membuka pintu kereta Perdana milik jejaka kacukan Arab itu.

Soraya sekadar mengangkat tangan tatkala Syed Hafez masih terpaku di dalam keretanya menunggu jawapan yang tidak pasti. Akhirnya setelah beberapa ketika lelaki itu berlalu juga dari hadapan pejabat Nina Soraya.

Sebaik sahaja Soraya mencecahkan kaki ke dalam pejabat, Kamaliah menerjah cuping telinganya dengan suaranya yang lantang.

“Soraya, kau offkan handphone ya? Encik Ahmadi asyik bertanyakan pasal kau. Katanya ada hal mustahak. Nanti dia nak jumpa kau!”

“Mana dia?”

“Sekarang dia ada appointment dengan klien dekat Bukit Mewah. Dalam pukul tiga nanti dia balik.”

“Yang lain mana?”

“Amin dan Wahab keluar makan. Melati pulak MC.Perut dia sakit lepas makan rojak mamak kat depan tu…”

“Haiii pagi tadi elok aje…”

“Nak kena, Soraya. Tak boleh kata apa…”

“Ada orang cari aku, tak?”

“Banyak. Panggilan dari klien. Dari kilang plastik kat Larkin pun ada. Dia mintak pihak kita tambahkan lagi seorang pengawal kat sana sebab dia orang nak beroperasi 24 jam mulai bulan depan. Jadi, shift malam mereka nak ada dua orang pengawal secara bergilir…”

“Lain-lain? Adik aku kat KL ada call tak?”

“Tak ada. Hah! Ada lagi satu. Yang ini agak P&C sikit…aku ada catatkan kat kertas memo. Nah!” Kamaliah menyerahkan sekeping kertas kecil yang bertulisan tangannya.
Sambil tersengih-sengih Kamaliah mengusik, “Boyfren dah balik kut!”

“Kau ni! Ada-ada aje!”

Soraya menilik catatan tersebut.

‘NINA, TUNGGU AKU MALAM INI.-‘

“Siapa ni?!!”

“Aku pun tak tahu. Suaranya tak pernah aku dengar sebelum ini. Dia …seorang lelaki.”

“Siapa pulak nak kacau aku. Pelik betullah.”

“Entah-entah yang bagi bunga pun orang yang sama. Berhati-hati Soraya. Takut dibacakan jampi serapah kat bunga tu, sasau kau dibuatnya.”

“Kau ni merepek aje!”

Kamaliah ketawa mengekeh.

“Bos ada tanya pasal bunga itu, tak?”

“Ada.”

“Apa kau jawab?”

“Aku cakap boyfriend kau yang bagi…”

“Bagus. Pandai otak kau. 10/10…”

“Otak aku kan geliga.”

Mereka ketawa bersama-sama lagi.


“TADI you pergi mana Soraya? I cari merata tempat tak jumpa. Dahlah handphone pun you offkan. Menyusahkan betul…” tanya Ahmadi dengan kasar.

Petang-petang ditanyai begitu membuatkan Soraya bosan dan naik angin. Apa kuasa dia untuk menghalang tindakan Encik Ahmadi. Pergi makan tengahari dengan klien pun salah, offkan handphone pun salah. Apa lagi haknya sebagai individu. Di mana ketenangannya hinggakan soal peribadi pun Encik Ahmadi suka masuk campur. Berperananlah sebagai bos, ini lebih-lebih pulak…Soraya hanya mampu memprotes dalam hatinya.

Ahmadi berdehem beberapa kali apabila Soraya menunjukkan wajah tidak puas hati. Lagipun hatinya panas apabila pagi tadi ada jambangan bunga di atas meja Soraya. Lagi pula Kamaliah mengkhab arkan bahawa bunga itu adalah kiriman seorang yang cukup istimewa bagi Soraya. Mana hati lelakinya tidak cemburu. Bunga yang dijaga ada pula yang berani menganggu.

“Lain kali bagitahu pada I bila nak lunch atau tinggalkan office. Senang I nak cari you kat mana. Taklah buat I risau…”

Soraya rasa hendak termuntah mendengar perhatian yang dihulurkan oleh bosanya yang bujang telajak itu. Ada hati pada akulah tu…Soraya tersenyum gelihati.

“Encik Ahmadi tak perlulah risau pasal I. Lagipun I dah besar dan pandai jaga diri. Cuma, jagalah diri you sendiri!”

Soraya meninggalkan bilik Encik Ahmadi dengan perasaan yang berbagai-bagai.

MALAM itu Soraya berdebar-debar menantikan tetamu misterinya. Siapakah gerangan sidia? Walau pada mulanya dia beranggapan nota yang diberikan oleh Kamaliah sekadar main-main, dia bersiap juga ala kadar. Mana tahu tetamu itu benar-benar muncul. Tidaklah gelabah jadinya. Sambil itu fikirannya melayang kepada Bro. Aziz yang tidak nampak batang hidungnya siang tadi. Ke mana perginya pekerjanya itu? Apakah Bro. Aziz yang merancang ini semua kerana lelaki itu sering bertanyakan perihal teman lelaki kepada Soraya sejak kebelakangan ini.

Dalam dok melayan perasaan, wajah si bujang telajak Encik Ahmadi terpacul di ruang mata. Lelaki itu sering menyakitkan hatinya. Kata-kata yang dihamburkan sering menyakitkan hati. Naik meluat benar Soraya dengan sikap bosnya itu. Dah nasib badan dapat bos macam itu, terima ajelah, bisiknya memujuk hati.

“Tak sampai lagi ke kawan Nina tu?”

“Belum…”

“Hai…orang jauh ke?” sampuk ayahnya pula yang hanya berkain pelikat.

“Manalah saya tahu, yah. Dia tak perkenalkan diri.”

“Orang yang bagi bunga itu ke?” sambung ayahnya lagi.

“Hermmm…” Soraya menjawab malas. Dia berasa segan pula apabila ayahnya mula menyoal itu dan ini.

“Macam bagus budaknya. Dalam menggoda, dia sebenarnya menduga Nina…” celah emaknya tersenyum simpul.

“Emak ni ada-ada aje…”

Kedengaran bunyi hon di luar pagar. Soraya menjenguk melalui tingkap kaca. Di bahagian pemandu dia perasan seperti Bro. Aziz. Tetapi tak pasti siapa pula yang duduk di sebelahnya. Mereka datang dengan Proton Wira berwarna hitam yang tak pernak dilihatnya sebelum ini.
spacer

Kenali Penulis

.....**>< tentang aku, saya & AYNORA NUR...**

Pada awal menulis, saya hanya disokong oleh seorang 'kawan baik' dan diri sendiri. Tiada sesiapa yang menyedari bakat saya ini walaupun saya sering menghantar karya dan tulisan saya ke pelbagai majalah seperti REMAJA, Bacaria, Berita HARIAN, Majalah FOKUS, dan banyak lagi.

Saya dilahirkan pada 4 Disember dan berbintang Sagittarius. Entah betul atau sekadar mitos, orang kata mereka yang dilahirkan di bawah bintang Sagi memiliki hati yang sensitif, kreatif, berperwatakan mesra dan mudah didekati. Tapi, itulah saya...insan kecil yang baru bertatih menulis beribu ayat untuk dijadikan bahan yang dipanggil novel...


Saya seorang yang biasa dan sederhana yang baru sahaja menamatkan MBA saya di UTM Skudai. Bidang kerjaya saya berkaitan jualan dan pentadbiran disamping amat berminat membaca buku2 motivasi serta novel cinta tulisan penulis tanahair seperti Norzailina Nordin, Noorhayati Berahim, Anis Ayuni, Aisya Sofea dan banyak lagi.




Idea untuk menulis?
------------------------


Hidup di muka bumi ini kadangkala membuatkan kita tension, geram, berdendam, sedih, gembira, sayu, derita dan banyak lagi. Adakala dari pengalaman sendiri, dan ada juga bacaan sendiri dan luahan dari kawan-kawan, maka saya cuba merakamkannya dalam bentuk tulisan. Maka terhasillah cerita e-novel saya seperti Cinta Kamelia, Mengapa Di Rindu?, Ukiran Jiwa, Suratan, Selamat Tinggal Kekasih, Kerana Kamu, My Love CEO, dll.


Saya tak kisah jika orang tidak menyukai hasil tulisan atau apa saja berkaitan dengan idea saya. Ia adalah sesuatu yang subjektif. Kita tidak boleh memaksa. Tetapi saya akan terus menulis menggunakan medium saya dan bahasa penulisan yang sempurna. Kerana niat saya menulis sudah tentu mahu memartabatkan bahasa kita.


Saya berharap kepada anda yang meminati tulisan dan e-novel saya dapatlah berikan sebarang komen dan pandangan yang boleh mengangkat minat saya agar berpanjangan dalam arena penulisan ini.


Ambillah seberapa banyak ilmu dan perkara yang baik2 dari tulisan saya, tetapi...tolong! Jangan 'copy & paste' karya2 di sini dan jadikan seperti harta anda sendiri. Itu yang saya tidak benarkan!!


Sekiranya anda mahu berinteraksi dengan saya, sila gunakan alamat email di bawah:-


aynora.nur@gmail.com
nora.azam@gmail.com
h/p: 012-7946902 (sekiranya perlu sahaja...)
spacer

...jika esok lusa (petikan dari Aku Yang Terlewat)

jika esok lusa saya masih isteri awak
tolong jangan marah-marah dengan saya
hargai saya sebagai seorang isteri
pelihara maruah saya sebagaimana
selayaknya seorang suami lakukan

jika esok lusa saya masih isteri awak
tolonglah setia pada saya
sayang sepenuh hati
sayangi anak-anak saya...

jika esok lusa saya masih isteri awak
saya mahukan rumahtangga yang ceria
hidup harmoni tanpa dibayangi rasa takut

jika esok lusa saya masih isteri awak
bawalah keluarga ini
ke jalan yang diredhai
spacer

Novel: Suratan 14


“Hello… Nina ada?”

“Saya yang bercakap. Siapa di sana?”

Keadaan hening sebentar. Soraya menunggu sipemanggil bersuara. Kedengaran nafasnya turun naik menggambarkan dia sedang gementar.

“Hello! Pagi-pagi dah kacau orang. Kalau tak nak bercakap baik jangan telefon!” Soraya bersuara tegas.

“Please hold Nina…” suara itu kedengaran begitu gemersik dan lembut di cuping telinga Nina.

Soraya terpempan. Apakah sidia yang berada di hujung talian? Mengapa perasaan ini begitu berlainan sekali? Tidak semena-mena lagu rindu berkumandang dari dalam diri Soraya. Haizan Azeem…nama yang sudah sekian lama disebut-sebut tetapi entahkan bila dapat bertemu semula. Kini, si empunya nama keramat itu benar-benar muncul semula. Perasaan Soraya bersimpang siur antara percaya dan tidak. Antara berada di alam realiti atau khayalan, dia sendiri pun tidak pasti.

“Ya…siapa di sana?” Soraya mengulang soalan demi memastikan siapakah gerangan yang menganggunya pagi-pagi begini.

“Saudari tak marah?”

Suara sang pemanggil berubah garau sedikit.

“Kalau berterus terang takkan saya nak marah. Siapa ni?” Soraya hilang sabar hingga nada suaranya tingggi sedikit. Lagipun moodnya sudah hilang setelah dia pasti itu bukan suara milik Haizan Azeem. Rakan sekeliling pandang memandang tetapi Soraya buat-buat tak faham.

“Saya Syed Hafiz…Credit Officer dari EDD bank. Masih ingat I lagi?” suaranya begitu menggoda.

“Mmm…I tak berapa cam suara you. I ingatkan siapa tadi.”

“Cik Nina, you free tak hari ini? I nak ajak you lunch.”

“Sebenarnya…”

“Takkan tak sudi kut. You decide nak makan kat mana, I follow.”

Macam tag line SY dari Sinar FM pulak…Soraya gelihati sendiri.

“Okeylah Encik Hafiz. Kalau you dah nak belanja takkan I nak tolak pulak. Itukan tak bagus.” Akhirnya Soraya mengalah.

“Kalau macam tu I ambil you kat office. Dalam pukul dua belas gitu, tunggu ya..”

“Set!”

Soraya mengeluh kecil setelah memutuskan talian. Bro. Aziz sejak dari pagi keluar ke pejabat pos masih juga belum balik. Ahmadi, bosnya yang bujang telajak itu pun tiada di dalam biliknya. Amin dan Wahab sedang leka membuat kerja masing-masing. Kamaliah dan Melati juga sibuk. Maklumlah dekat akhir bulan, gaji dan kerja lebih masa para pekerja mereka perlu di kira dan dimasukkan ke dalam komputer sebelum di hantar ke bank untuk pengkreditan.

“Hello good morning. Cik Nina ada?” seorang remaja lelaki berbangsa India tiba-tiba muncul di muka pintu.

“Wow! Bunga sebakul, untuk siapa ni?” jerit Wahab yang kebetulan mahu keluar.

“Nina Soraya.”

“Amboi cantiknya! Beruntunglah badan…ada orang bagi bunga.” Entah kan sindiran atau pujian yang diberi oleh Wahab, Soraya malas ambil pusing.

Kamaliah dan Melati pula datang menyibuk.

Soraya hanya tersenyum menerima jambangan bunga ros merah itu yang disulami beberapa tangkai daisy cerah. Dia memang kerap menerima pelbagai tanda terima kasih dari pelanggannya dalam pelbagai bentuk.Ada yang ingin menjamunya makan di hotel mewah, dan tak kurang pula yang ingin menjadikan Soraya teman istimewa mereka. Bagi Soraya itu semua tak menjadi kudis baginya, memang sudah resam dalam perniagaan.

Remaja India itu sudah berlalu selepas mendapatkan tandatangan dari Soraya. Melati dan Kamaliah mendekati meja pegawainya yang cun melecun itu.

“Kali ini siapa pulak, Soraya?” Tanya Melati.

“Jangan-jangan sugar daddy!” jerit Amin mengusik nakal.

Soraya hanya tersenyum diusik begitu. Dia membuka kad comel yang disertakan bersama sebakul ros merah itu.

‘SELAMAT BERTEMU KEMBALI, NINA.’

Pelik. Tiada nama pengirim atau tandatangannya. Hanya sekadar tulisan tangan yang tidak dikenali. Soraya berasa janggal dengan kiriman kali ini. Memang agak pelik.

“Kali ini giliran aku pulak bawak balik bunga itu, Melati. Minggu lepas kau dah dapat.” Kamaliah mengingatkan gilirannya kerana Soraya tidak pernah membawa pulang hadiah-hadiah yang diberikan oleh pelanggan mereka.

“Sorry cik kak berdua. Kali ini turn saya bawa balik.”

Kamaliah dan Melati berpandangan.

“Are you sure, Soraya?” dahi Melati berkerut.

“Why not! Yang ini nampak interesting… maybe my secret admirer.”

“Wow!! Kelas beb.” Sambut Wahab yang sibuk memasang telinga mendengar perbualan tiga gadis tersebut.

Melati dan Kamaliah kembali ke tempat duduk mereka sementara Soraya sibuk memikirkan siapakah gerangan pengirim jambangan bunga tersebut. Adakah daripada seseorang yang dia kenal rapat?
spacer

Sesekali...



Cinta...
kamu tetap bertahan kerana campur antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?

Cinta...
kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Cinta...
kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Cinta...
kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

Cinta...
hatimu gembira ketika dia berbahagia?
matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA.
spacer

Novel: Mengapa Di Rindu 20



Wida duduk diam-diam sambil menunggu orang yang ingin ditemui muncul. Bibik yang membawa hidangan jus oren telah lama menghilang di sebalik pintu gerbang nenuju ke ruang dapur. Di tengah-tengah antara ruang tetamu dan dapur terdapat satu dewan makan yang dikhaskan untuk tetamu yang datang. Itulah fungsi pintu gerbang yang terbina dari adunan kayu jati berkualiti tinggi yang memisahkan ruang tamu dan ruang dapur. Dahulu dia bebas keluar masuk di kediaman mewah itu. Dahulu juga dia bebas menjenguk bilik Hazzim jika jejaka itu pergi ‘out station’ atau tiada di rumah.

Kini…mendengar suara orang yang bakal ditemuinya sebentar lagi pun dia sudah kecut perut. Itu belum lagi bertemu muka. Tetapi demi dendam yang kesumat lantaran cinta yang ingin disambung tidak mendapat layanan yang sewajarnya, Wida jadi berani. Dia ingin menabur minyak tanah ke atas unggun api yang suam-suam kuku panasnya. Gosip yang bertebaran di luar sana mengatakan pilihan Hazzim mendapat tentangan dari tuan punya rumah mewah ini. Inilah peluangnya!

“Dah lama kamu sampai?”

Wida tersentak. Matanya menentang pandangan sinis dari Dato’ Yusniza. Wida bangun mengangkat tangan untuk bersalam tetapi malangnya tokoh korporat itu tidak menyambutnya. Dia malu sendiri lantas segera menarik tangannya kembali ke belakang.

“Masih ingat jalan ke sini. Ingat dah lupa?”

“Ha’ah…maafkan saya mummy sebab ganggu masa mummy sekejap. Wid…”

“Straight to the point. Kamu nak apa?” Dato’ Yusniza memotong percakapan Wida.

“Begini mummy…”

Dato’ Yusniza memotong percakapan Wida dengan nada keras. “Don’t call me mummy. Guna panggilan lain. Sakit telinga nak dengar.”

“Oo…ok Dato’. Wida faham Dato’.”

“Hurm! Teruskan. Saya nak keluar sekejap lagi. Cepat sikit.”

“Ya….ya…”

Wida menelan liurnya. Tekaknya berasa payau yang amat sangat. Sungguh Dato’ Yusniza telah membuang dirinya jauh ke kancah benci. Untuk menentang matanya juga Dato’ sudah tidak sudi. Tak mengapa, ini masa dia, bisiknya dalam nada geram.

“Wida jumpa Hazzim tadi.”

“Apa yang peliknya? Bukankah kamu selalu mengintip dia walaupun saya dah halang. Kamu memang muka tak tahu malu.”

“Wida nampak dia makan dengan perempuan. Bila Wida tanya dia kata perempuan itu girlfriend dia. Itu yang nak inform pada Dato’ sebenarnya…”

Dari duduk Dato’ Yusniza terus berdiri bila Wida menyampaikan perkhabaran itu. Dalam senyap Hazzim berjumpa dengan seorang wanita dan telah memperkenalkan sebagai teman wanitanya kepada Wida. Siapakah wanita itu? Apakah wanita yang sama yang ditunjukkan gambarnya oleh Yuhanis tempohari? Sejak bila pula Hazzim pandai berbohong kepadanya? Ini tak boleh diterima akal; bentak Dato’ Yusniza sambil tak sedar dia mengenggam penumbuknya.

“Kamu dah makan?” suara dato’ Yusniza bertukar nada. Kali ini nadanya begitu lembut sekali.

Wida menggeleng dengan perasaan hairan. Apa kena dengan Dato’ korporat ini? Sekelip mata berubah begitu saja.

“Jom kita lepak kat dewan makan. Bibik pun ada masak banyak lauk untuk ‘launch’ tadi. Tapi Hazzim tak balik pun. Ammar pun tak singgah makan, ada appointment lah agaknya dia orang tu. Tak sangka pulak kamu yang terjumpa dengan Hazzim…”

“Duduk….duduklah. Macam tak biasa pulak.”

“Ya lah Dato’…”

“Isshhh…panggil mummy aje. Macam biasa yang Wida buat dulu.”

‘Mummy? Tadi kan kau tak bagi aku panggil nama itu. Dasar talam dua muka…; gumam Wida sendirian.

“Siapa nama girlfriend dia?”

“Alisya.”

“Erm…sedap nama dia. Macam mummy pernah dengar nama tu. Ada gambar dia?”

“Maaflah mummy. Tak ada. Tak sempat nak ambil tadi. Habis tu…Hazzim marah-marah.”

“Apahal pulak dia marahkan kamu?”

“Dia marah sebab Wida asyik follow dia aje.”

Dato’ Yusniza ketawa besar. Begitulah lagaknya jika pasangan yang sudah tidak sehaluan lagi. Benci membenci sudah jadi mainan perasaan.

“Tak mengapa. Biar nanti mummy marahkan dia balik.” Dato’ Yusniza tersenyum memujuk.

“Terima kasih mummy.”

Dalam rasa pelik dan keliru mendepani apa yang sedang berlaku, Wida tetap makan dengan berselera sekali. Masakan Bibik Natrah memang sedap. Dari dulu dia memang menggemari masakan yang disediakan oleh Bibik. Lagi satu, Bibik faham dengan citarasa penghuni rumah tersebut. Ada saja hidangan yang istimewa untuk setiap manusia di dalam banglo mewah itu. Dan Bibik akan melakukannya dengan rela hati kerana dia telah menganggap penghuni rumah agam itu seperti anaknya sendiri, termasuklah Wida sekali.

“Boleh Wida tolong mummy?”

“Apa dia mummy?”

“Nanti kita bincangkan. Sekarang mummy ada hal, bila dah settle kerja mummy, mummy akan call Wida. Boleh ya?”

Wida tersenyum senang. Dato’ Yusniza telah mengutipnya kembali dari kancah sampah terbuang. Dia berangan-angan tinggi, selepas ini bolehlah dia melepak di banglo milik Hazzim dan keluarganya itu. Wah!! Keadaan sudah kembali seperti asal. Wida bernyanyi riang tatkala menuruni tangga di ruang garaj untuk menuju ke perut teksi yang sudah ternganga. Tadi Bibik Natrah sempat memanggil teksi untuk Wida setelah diminta berbuat begitu oleh majikannya.

Dari cermin pintu, Dato’ Yusniza memerhatikan gelagat Wida dengan muka jelek. Sengaja dia menghulur not seratus ringgit kepada Wida agar gadis gedik itu boleh berambus dari banglonya. Dia tidak tahan untuk berlakon lama-lama di hadapan Wida. Demi membongkar kegiatan anak bujang kesayangan, dia sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa menjilat balik ludahnya sendiri.

Sebuah kereta masuk di garaj. Tersembul wajah Hazzim yang penuh ceria sambil menjinjit beg di tangan kirinya. Dato’ Yusniza terperanjat melihatkan kemunculan Hazzim di saat-saat begitu. Nasib baik dia sempat ‘menghalau’ Wida tadi. Jika tidak, pasti temberangnya pecah.

“Assalamualaikum Ibu….”

Tangan Dato’ Yusniza dicium dengan ikhlas. Dato’ Yusniza sempat merenung wajah anak bujangnya yang masih solo itu. Raut Hazzim berbeza dari biasa. Ada cahaya kebahagiaan yang terpancar. Itulah kata-kata naluri seorang wanita bergelar ibu. Mungkin itu penangan cahaya cinta, siapa tahu?

“Hazzim dari mana? Tak balik pejabat lepas ni?”

Dato’ Yusniza menyapa lanjut bila Hazzim sudah bergerak naik ke atas.

“Penatlah ibu. Dari Springs Season Resort tadi saya terus balik.”

“Ada apa kat sana?”

“Ada hal sikit.”

“Business appointment ke? Dengan siapa?” Dato’ Yusniza masih mahu bertanya lanjut.

”Taklah ibu. Personal meeting…”

Pelik bunyinya. Dahi Dato’ Yusniza berkerut seribu.

“Eh! Tak makan dulu? Bibik dah masak banyak lauk ni.”

Hazzim memusingkan badannya sambil melurutkan tali leher di tengkuknya.

“Tak lah ibu. Nak solat kejap lepas tu berehat. Okey bu…”

“Okey.”

Perlahan sahaja suara Dato’ Yusniza menjawab. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Hazzim. Si bujang kesayangannya seperti mahu menyorok sesuatu. Dari hasrat mahu keluar berjumpa dengan rakan perniagaannya, Dato’ Yusniza membatalkan niatnya itu. Dia mahu menunggu di rumah kalau-kalau Hazzim mahu berbicara tentang perubahannya yang mendadak itu.
spacer