My Love CEO 14 (Final)

loading...
“Apa?? Gila?”

“Bukan gila lah mak, sakit mental aje!”

“Samalah tu. Gila ngan sakit mental kan adik beradik.”

“Mak ni kolot! Sakit mental tak berjangkit, mak. Bukan macam HIV ke Aids ke…”

“Tak ada orang lain yang kau nak jadikan suami lagi? Kalau ikut saham kau…patutnya kau boleh dapat yang lagi elok. Bukannya budak tu yang ada keturunan gila. Tak mau aku!!”

Itu kata muktamad emak kepadaku. Salah aku juga yang gatal mulut canang yang mama Mr CEO dimasukkan ke wad untuk rawatan pesakit mental. Terus aje emak membebel tak berhenti macam murai tercabut ekor. Itu belum lagi aku kena leter dengan abah. Abah dengan emak dua kali lima saja. Macam pakat pulak mahu menjatuhkan maruahku.

“Kalau mak ngan abah tak nak kahwinkan Fina dengan abang Izz, Fina nak kahwin lari. Fina tak kisah. Emak dan abah nak marah macam mana pun, Fina tak kisah!!”

Aku yang lembut orangnya mula menjalankan strategi. Aku mula guna cara ugutan. Sebenarnya acah aje tu, mana aku ada berani nak buat benda karut marut tu. Aku sesaja nak tengok suhu kemarahan dan halangan dia orang. Apakah mereka akan turuti kehendakku yang mengalahkan kanak-kanak tadika. Padahal bak kata abang long, aku dah layak benor jadi mak orang.

***
Aku perang dingin dengan abah dan emak. Aku mogok lapar. Hari kedua hidupku tanpa menjamah nasi. Aku ratah lauk aje. Bukan kerana berdiet tetapi dek protes dengan emak dan abah yang langsung tidak mahu mendengar penjelasanku tentang sakit mental. Yang brutalnya emak boleh antar SMS ‘time’ nak suruh aku makan. Macamlah aku ni berada di seberang lautan. Emak pun tak kurang hebatnya seperti aku. Lakonan emak memang menjadi. Namun aku tahu, emak hanya marah-marah sayang!

***


Aku duduk bersendirian di atas bangku. Perhentian bas inilah tempat bermulanya hidup kacau bilauku di samping Mr CEO. Dari gadis comot, pelajar hingusan, remaja yang dikecewakan, perlahan-lahan bertukar dan naik taraf setanding gadis-gadis manis di luar sana. Revolusi diri berlaku tanpa aku sedari. Aku semakin matang dalam segenap segi. Huh!! Sesi angkat bakul lagi…

Aku berkeluh kesah. Siapalah hidupku tanpa Mr CEO. Dia antara kejadian terhebat yang pernah ALLAH turunkan kepadaku. Kesabaran, kematangan, keunggulan…he…he…semuanya yang baik-baik ada pada dirinya. Yang tak baiknya?? Ada juga. Dia tak kuat cemburu. Dia langsung tidak cemburu. Huh!! Tak sayang kat aku ke? Dia susah nak tunjukkan yang dia tak sukakan sesuatu. Dapat pulak tunangan yang agak ‘poyo’. ? Nasib kaulah Mr CEO…

“Kenapa mengeluh?”

“Entahlah.”

“Macam ada masalah besar aje…”

Eh!! Siapa pulak yang aku layan ni? Pakai tibai aje, aku pun toleh…

“Abang…”

“Buat apa duduk sorang-sorang kat sini?”

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Aku ingin mengimbas kenangan lampau. Ingatan terhadap nasibku yang berubah selepas bertemu dengan lelaki yang aku panggil Mr CEO ini. Tika sedih ini datang bertamu, aku ingin melupakan masa depanku yang kelihatan malap. Kalau orang lain mahu berlari ke depan, aku pula mahu mengundur ke belakang.

“Kenapa abang tegur Fina malam tu? Tak takut salah orang ataupun hantu ke…”

Mr CEO ikut duduk di sebelah sambil matanya ditala ke depan. Satu renungan yang cukup jauh bagiku. Cukup menggambarkan perasaannya saat ini. Sama sepertiku, bercelaru.

“Dah takdir agaknya…”

“Takdir perjalanan hidup kita adakalanya kita tak menyangkanya, kan…dulu kita happy, tapi kini sad…”

“Agaknya Tuhan mahu hubungan ini berakhir. Cerita cinta kita memang sedap didengar, manis dipandang…tetapi jadi sad ending pulak.”

“Psst! Jangan cakap macam tu. Kita jumpa emak dan abah, kita terangkan rancangan kita.”

“Abang yakin dia orang akan membantah. Pasal benda ni bukan semua orang boleh terima. Abang faham. Mama bukan minta dijadikan begitu. Mama pun tak tahu dirinya macam itu. Terlalu banyak tekanan….”

“Takkan abang nak menyerah aje. Itu bukan sikap abang yang sebenar.”
“Fina nak abang buat apa lagi? Seribu satu cara kita dah lakukan, tetapi hasilnya masih negatif juga. Kita tidak bernasib baik, Fina. Mungkin kita belum cukup berkorban…”

“Apa maksud abang? Apa lagi yang perlu kita lakukan?”

“Reverse psychology…kita mengalah. Kita berpisah. Tapi bukan untuk putus, tetapi untuk sedarkan dia orang yang kita sebenarnya tidak boleh dipisahkan.”

“Abang cakap berbelit-belit. Fina tak faham.”

Aku mulai sedih. Berpisah? Maknanya tidak berjumpa? Ertinya aku ditinggalkan kerana halangan keluarga? Kerana mama Mr CEO sakit jiwa. Tak adil!!! Aku sekadar menjerit dalam hati.

Sungguh! Aku tak mahu dengar! Tentang perpisahan, tentang sad ending, tentang patah hati…aku mahu semuanya macam dalam cerita dongeng. Manis-manis belaka! Akulah sang puteri yang malam tidurnya bermimpikan putera yang kacak dan apabila tersedar, aku tak mahu puteraku bertukar menjadi katak!

Aku pejamkan mata. Kut kut aku sedang bermimpi. Lalu mata ku buka. Aku toleh ke sebelah. Hah! Tiada Mr CEO. Sah lah aku sedang berimaginasi. Perhentian bas ini begitu hening rasanya. Aku rasa tersendiri di dalam keramaian. Aku rasa amat tersisih. Airmataku menitik satu persatu. Benarlah perbualan sebentar tadi hanya berada di dalam khayalanku. Aku sendiri di sini. Tiada Mr CEO. Tiada Encik Izz. Tiada sidia yang penyabar itu.

Mr CEO…adakah hubungan ini berakhir dengan kesedihan? Adakah cintaku mati ditengah jalan?

“Kita bawa haluan masing-masing. Semoga takdir bahagia milik kita satu hari nanti.” Bagai terngiang-ngiang kata terakhir yang terlafaz dari bibir Mr CEO.

Seminggu selepas itu aku pengsan kerana terlalu banyak menangis. Tiga hari aku ditahan di wad kerana kurang air. Selepas keluar dari hospital, aku terus bawa diri, memohon belajar di Austraila. Aku tinggalkan rasa rajukku dibahu keluargaku. Pujuklah aku kembali kalau kalian mampu!!

***
Seseorang menepuk bahuku. Punggungnya dilabuhkan di sisi. Dia menghulurkan secawan Expresso panas. Harumnya begitu menggoda rongga hidungku. Satu tegukan begitu menyegarkan jiwa yang sedang resah. Kerinduan yang tiada arahnya…inilah perasaanku saat ini.

“Kau temenung lagi!”

“Mana kau tahu.”

“Aku perhati kau dari jauh tadi.”

Aku mengeluh.

“Sudahlah Fina. Yang lepas tu lepas. Pandang ke depan. Jangan jadikan kisah sedih semalam sebagai penghalang untuk kau maju dan berjaya. Bukan rezeki kau nak berkahwin dengan Mr CEO. Mana tahu rezeki kau dengan pemilik syarikat pulak. Lepaskanlah dia dari hati kau…”

Aku tersenyum pahit. Pemilik syarikat! Owner of the company! Ada ke mat saleh yang berkenan kat aku di bumi asing ni? Mustahil!

****



“Fina. Good news!”

“Apa dia?”

“Kita dah ada client.”

“Ya? Sure?”

“Yup!!” Muka Seri bercahaya.

“Apa dia nak? I mean…what type of deals?”

“Pelik sikit. Dia orang nak minta kita buat research.”

“Research ke benda? Sendiri punya research pun tak gerak lagi, nak buatkan orang punya. Company pulak tu. Deals back off la Seri. Tak sanggup.”

Sebenarnya sudah hampir tiga bulan aku dan Seri merantau di bumi Australia ini demi melangsaikan hutang kami kepada masa depan yang digelar ilmu pengetahuan. Aku dan Seri mengambil Master dalam bidang human resource development. Lebih kurang kami nak jadi consultant bila dah habis studi. Seri dok mengangkut Adam sekali, ya lah…Adam kan suami Mithali seperti aku kata dulu. Ke hujung dunia pun Seri pergi, Adam tak pernah tinggal.

Mengapa Australia? Mengapa buat masters di luar negara? Semuanya gara-gara Cik Fina yang degil ni dah patah hati. Aku terpaksa melupakan semuanya, melupakan Mr CEO dan dalam masa sama berdoa agar Mr CEO ada juga di bumi Kangaroo ini. Logik kah? Harapkan benda yang terasa mengarut pula.

“Why??? Takkan belum berjuang dah ngaku kalah.”

“Tak cukup masa.”

“Kita cuba dulu.”

“Cuba kata kau? Duit orang kau nak cuba-cuba? Tak nak aku.”

“Muai siot! Dia boleh bagi upfront 50%. Tak nak ke? Kita nak mula hidup kat tempat orang kenalah beralah sikit. Curi-curi masa sikit…boleh ya?”

“Masa yang 24 jam pun tak cukup Seri, oiii…”

Seri merapatkan jarinya. Aku tahu dia tak gembira dengan perangai degilku. Tapi takkan aku nak ‘bunuh diri’ dengan research yang entah amendanya nanti.

“Mana dia dapat maklumat tentang company kita? Dua bulan pun belum ada…” Aku mencerlung memandang Seri. Sambil tu buat muka kesian dengannya. Seri senyum sedikit.

“Senior student tolong promotekan.”

“Chinese Malaysia??”

Seri geleng.

“Dah tu? Mat saleh?” Aku pakai agak je.

Seri mengangguk laju macam burung belatuk. Dalam anggukannya itu macam ada satu rasa yang aku juga dapat rasainya. Rasa cuak! Seri kalau bersalah aje akan rasa macam itu. Tapi kenapa dia mesti rasa bersalah? Ini mesti ‘something wrong somewhere’!

“Apa yang kau sorokkan dari aku.”

“Kau agak?” Dia tanya aku balik.

“Ini yang aku benci. Kau jawablah sendiri.”

Aku menghabiskan sisa Expresso. Aku tak mahu berlama-lama di luar begitu. Udara sejuk bulan Disember di bumi Kangaroo ini menyakitkan tubuhku sampai ke tulang hitam. Baju sejuk labuh separas lutut yang tersarung ditubuhku seakan tidak membantu langsung.

“Weh! Kau nak ke mana?”

“Balik.”

“Mana??”

“Office.”

Seri berlari anak mengejarku. Aku tahu discussion kami separuh jalan tadi. Belum selesai. Tapi aku dah muktamadkan. Cancel the deals!!

***

“What?!”

“Ya! Aku tak tipu. Dia ada kat sini.”

“Buat apa?”

Seri menunjukkan kontrak research yang kami dapat.

“Dia ikut aku ke sini?”

“Bukan. Dia memang ada business kat sini. Kau yang ikut dia ke sini.”

Ohhh! Aku speechless. Ada juga mat saleh di bumi asing ini yang menyedari ‘talentku’. Ada juga manusia sebaik dan semulia Mr CEO yang selalu menyelamatkan aku dari kegelapan. Dalam aku kesusahan mencari sumber tajaan studiku, ada tangan yang sudi membantu. Dialah satu-satunya Mr CEO di hati!!

“Kau tak nak jumpa dia?”

“Siapa yang tak nak. Kat sini tak ada siapa yang nak halang hubungan kami. Emak aku kata, selagi aku masih di bumi Malaysia, jangan harap dia akan restui hubungan kami. Nasib baik dapat ilham nak ke sini, kan. Aku bebas buat keputusan aku sendiri.”

“Huh!! Masa aku ajak dulu bukan main alasan kau. La ni siapa yang pandai, tengoklah orang…” Seri masuk bakul angkat sendiri.

“Jangan-jangan…” aku mengenyitkan mata memandang Seri yang gelisah.

“Apa?”

“Kau pakat dengan dia kut.”

“Tak kuasa aku. Banyak lagi kerja lain.”

“Kau bukan boleh dipercayai!” Aku mencubit lengan Seri. Seri menjerit perlahan.

“Apa kau kata?”

“Suka hati aku lah. Mulut aku.”
“Lain kali mulut pasang insurans. Cakap lebih sikit aku boleh claim. Cepat sikit aku kaya!!”

“Tengok nanti siapa yang kaya dulu!”

“Kau ada Mr CEO bolehlah!”

“Aku kan director…cik director!! He…he…, kau lupa atau buat-buat lupa?”

Seri menunjukkan muka sakit hati.

“Masih valid ke?”

“As long as aku masih bergelar tunangan Mr CEO! ”

“Muka tak malu, sendiri yang lari kata masih tunang orang.” Seri mencebik.

“Dalam cinta mana ada istilah malu puan Seri. Yang penting aku suka dia ada kat sini. Kat mana aku nak jumpa dia, ek?”

Seri hanya tersenyum senyum macam kerang busuk. Aku tahu Seri sedang mempermainkan aku. Aku tahu Seri sedang mengatur strategi untuk menyakatku. Buatlah apa saja Seri. Asalkan aku boleh bertemu dengan Mr CEOku. Agar aku dapat menamatkan segala rasa sedih ini.

Sekali lagi aku menunjukkan muka kasihan.

“Kalau kau masih yakin dengan cinta kau tu, kau kira sampai lima rasa-rasa dia muncul tak?”

“Merepek!”

“Aku cabar.”

“Jangan main-main Seri. Cepat cakap. Aku boleh jumpa dia kat mana?”

“Sahut cabaran aku. Kau kan suka dicabar.”

“Nonsense!!”

“It possible if you believe with your love…if not, sorry…”

Pulak dah! Apa kes ni? Cabar mencabar? Aisey men…aku memang pantang…

Akhirnya aku layankan juga perangai gedik Seri yang tetiba menaikkan darah mudaku. Buka rugi apa pun, kalau dia muncul selepas aku kira sampai lima, itu kira I’m very lucky!! Heh!! Buang tebiat betul.

“I’m here.”

Satu suara menegurku. Aku buat ‘derk’ aje.

“Tak caya dengan apa yang kau dengar?” Seri mengejek.

“Mimpi mainan di siang hari…” aku bersahaja.

“You’re very lucky Cik Fina.”

Aku merenung Seri dan Seri membalasnya dengan renungan juga. Apa citer ni?

“Dia ada kat sini ke?” aku mula serius. Aku rasa debarannya. Entah mengapa. Debaran ini macam ketika aku berdekatan dengan Mr CEO. Dan bagi menambah keyakinanku, pewangi Dunhill yang tetiba menusuk aroma hidungku. Apakah dia sedang berdiri di belakangku? Apakah dia telah ada di sisiku?

Aku memusingkan tubuhku. What the…again, I’m speechless!! Airmata jernih turun di pipi tanpa dipaksa. Aku relieve apabila memandangnya. Dia sihat. Dia nampak sedikit kurus. Dia ada misai, mungkin menyimpan misai. Tapi aku tak suka! Yang lain tak apa. Dalam sibuk menangis sempat pula aku menganalisa dirinya.

“Don’t cry my dear…”

Lagi aku menangis tanpa rasa malu di hadapannya.

“Indeed you’re very lucky for having me…”

Aku berterusan memukul tubuhnya dengan gaya mengada-ngada. Entah mengapa. Mungkin aku mahukan kebenaran. Mana tahu aku hanya berkhayal….

“Sudahlah tu, simpan airmata tu untuk hari bahagia kau nanti. Aku takut dah kering kontang kena pula guna air mata air…” Teguran Seri bernada gembira.

“Abang dengar semuanya tadi?”

Mr CEO mengangguk.

“Yang mana satu abang tak dengar?” Aku malu sendiri. Bukankah tadi aku mengaku masih tunangannya sedangkan aku yang tinggalkan dia kerana halangan orang tuaku. Entah apa dia kata nanti.
“Semuanya abang dengar. Tapi…abang rasa kita patut tamatkan pertunangan kita, Fina. Abang tak sanggup lagi. Abang tak sanggup kita berterusan macam ini.”

Aku rasa tidak percaya dengan pengakuannya. Setelah sejauh ini kami dipertemukan, dia tiba-tiba sahaja mahu menamatkan pertunangan kami. Argh!! Apa lagi dugaan yang datang ini, tolonglah aku YA ALLAH!

“Kita kahwin. Abang nak Fina jadi isteri abang, ibu kepada anak-anak kita.”

Ohh!! Aku nak!!! Tapi jeritan ini aku simpan dalam hati. Ingatkan apa tadi. Seri senyum simpul melihatkan raut kebahagiaan yang terpancar diwajahku.

“Fina nak resign jadi director.”

“Tak boleh. Sampai bila-bila pun Fina tetap director dalam hidup abang…tanpa Fina abang hilang arah…please don’t leave me like that again Fina.”

Bumi Kangaroo yang sejuk menjadi hangat dengan pertemuan ini. Dalam hati aku berdoa, dalam hati aku memohon, emak, abah…izinkan aku berbahagia! Restuilah kami!!

11 comments:

  1. Hi,...Citer dah habis. Tapi best, happy ending.

    ReplyDelete
  2. australia tgh musim panas ye pd bulan december,hoho..xde orang pakai long coat.btw,nice story!

    ReplyDelete
  3. Annoymous: terima kasih atas info tersebut. Gd luck!

    ReplyDelete
  4. Yes! Yes! Yes!

    Eppy ending... At last, sampai ke Australia pun Mr CEO follow... untungnya jadi Fina, dapat Mr CEO, ada kawan sebaik Seri yang menemani dia...

    ReplyDelete
  5. aish...tak puas ati pulak dgn ending dia...hehehe...

    nak ckp pasal cik fina bantah mak ayah tak bagi kawin tadi...ugut kahwin lari... :( di dunia realiti, mak ayah akan sgt2 sedih bila anak dara wat macam tu...cik fina boleh dikira nak hampir derhaka...

    maaf ya...mungkin situasi famili cik fina lain. ehehe...gomen ne.^^

    ReplyDelete
  6. dah ending?????? aduh......tapi best!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Ada special n3 tak?
    rasa ending dia pendek sgtlah.
    buatlah special n3 boleh tak?

    ReplyDelete
  8. At last happy ending..terhibur pagi sy dengan mininovlla mlc..:)

    ReplyDelete
  9. sekadar perkongsian rancangan ustazah oleh Prof. Muhaya. insyaAllah.. moga ada kebaikan yg boleh dimanfaatkan bersama

    Tanyalah Ustaz : Allah CEOku

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.