Header Ads

#Review novel: Andai Kau Jodohku

Advertisement
Novel ini saya beli tiga hari lepas. Asyik terpegang kat tangan tapi tak sempat nak habiskan. Asyik terganggu aje bacaan saya hinggalah semalam saya sempat habiskan bacaan Andai Kau Jodohku. Macam biasa saya sukakan tulisan Liza Zahira yang matang, mencerminkan kehidupan muslim dan yang penting susunan ayat yang digarap mengindahkan lagi keseluruhan isi buku ini.

Andai Kau Jodohku adalah kisah biasa yang pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Namun yang membezakan adalah novel ini dipenuhi dengan aksi seram, kisah mistik yang digambarkan penuh sadis, umpama cik Liza Zahira sendiri yang sedang bertarung dengan makhluk dari alam 'lain' tersebut. Mungkin juga sang penulis ada pengalaman sedemikian...
Sinopsis dari kulit buku:

Riana Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!
Saya rasa berbaloi membeli novel ini kerana di dalamnya penuh dengan pengajaran, nilai persahabatan, dan juga pengalaman mistik yang digambarkan dengan penuh teliti. Inilah kali pertama saya berasa seram sejuk membaca novel cinta yang disulami dengan unsur seram dan mistik. Syabas kepada Liza Zahira kerana membawa kelainan di dalam novel terbarunya ini.

Petikan dari dalam novel...

Ezani semakin berpeluh. Suara Danish semakin tenggelam. Terasa ibunya sedang merenung dan berbicara.

"Nak, kenapa kau tega meninggalkan ibu? Kenapa kau pergi tanpa melihat ibumu yang sudah terkujur kaku? Kenapa kau biarkan daging-daging ibumu menjadi busuk dan lerai dimamah ulat dan berenga? Kenapa kau biarkan tulang temulang ibumu terbiar berserakan tanpa kau sempurnakan jenazah ibumu?"

Tubuh Ezani bergegar, menggigil ketakutan. Lalu suara itu berbicara lagi, "Nak, ibu rindu padamu...."

##mykarya: Bertaubatlah sekarang selagi pintu taubat masih terbuka.
###saya bagi 4/5 bintang untuk novel ini.

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.