Header Ads

#Review novel: Mungkin nanti

Kali ini saya nak buat review pasal novel yang baru saya beli. Dua malam saya membaca, meneroka dan cuba menghayati watak watak seperti Aqi, Zahar, nenek, pekerjaan mereka, persahabatan di tempat kerja, dll.

Novel yang bertajuk Mungkin Nanti, terbitan Fajar Pakeer, adalah buah tangan terbaru dari penulis berbakat dan produktif, siapa lagi kalau bukan Anita Aruszi aka Mazni Aznita. Saya telah memiliki Hujan Rindu, Tiada Sepertimu, Bunga Syurga, Kasihmu Arina, Street Vandetta, dan ini yang terbaru.

Penulis novel tersebut memang seorang yang kreatif, lari dari tema kebiasaan, membawa kita menjelajah dunia asing yang kita sendiri belum pernah pergi.

Dalam Mungkin Nanti....Aqi dan Zahar sering tak sependapat. Mereka sering bersaing untuk melakukan yang terbaik untuk syarikat mereka. Apa sahaja yang dilakukan oleh Aqi, akan 'sakit' di mata Zahar. Bagi Zahar, Aqi hanya seorang wanita biasa yang tiada keistimewaan seperti wanita2 lain.

Aqi, gadis yang mengalami buta warna, selalu terseksa dengan deraan yang dilakukan oleh Zahar.

....:Ambilkan yang coklat tua tu," suruh Zahar, masih menanti.
Aqi tergamam. Coklat tua? Yang mana? Dia melihat dompat-dompaet itu sama sahaja. Yang mana satu dompet yang berwarna coklat?
"Hei, kau pekak ke apa ni? Aku nak dompet coklat tu, cepatlah."gesa Zahar meninggikan suara apabila melihat gadis itu teragak-agak memandang isi kandungan dashbox.
Aqi menelan liur. Ya Allah! Kenapa aku diuji hari ini? Dengan nafas gementar, dia mengambil salah satu dompet tersebut.
"Yang inikah?" Dia menanya.

Kasihan kan? Aqi seorang gadis buta warna yang cuba menyesuaikan dirinya dengan orang normal di sekeliling. Berjayakah Aqi mengatasi masalah yang membalut dirinya itu? Adakah Zahar wajar memperlakukan gadis yang memiliki hanya sedikit kelemahan sebegitu rupa?

Tetapi secara peribadi, saya suka kebanyakan tulisan Anita. Dia bijak menyelitkan kisah kekeluargaan di dalam setiap ceritanya melalui dimensi yang biasa dan berbeza. Kebanyakan karya2 tulisannya akan menyelitkan unsur kekeluargaan, bukannya setakat tulisan kosong yang penuh hiburan semata-mata.




Sinopsis di belakang buku

Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci! Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa! Lalu di bawah langit biru mereka bertemu. Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?


Jadi, untuk tahu kisah Mungkin Nanti sampai habis, sila beli dari kedai buku berhampiran.

##mykarya: tak rugi beli dan baca, 4/5 bintang.

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.