Header Ads

Novel: Mengapa Di Rindu 18



Hazim membayangkan wajah Alisya yang manis melemparkan senyuman sepanjang masa kepadanya. Kalau 24 jam sekalipun, senyuman itu tetap tak jemu dipandang, makin membuat jiwa mudanya bersemangat melalui hidup seharian. Senyuman Alisya ibarat bunga kembang pagi yang suci dan luhur. Tetapi malangnya, sudah berhari-hari gadis itu asyik masam apabila bersemuka dengannya. Kalau buat-buat terserempak, sempatlah juga Hazzim mengintai gadis itu bergurau senda dengan rakannya, Rahimah. Tapi itu tidak bermakna langsung bagi Hazzim. Kalau boleh dia mahu perhubungan yang telus disulami dengan rasa cinta yang membara. Rasa cinta yang saling berbalas dan menerbitkan rindu antara dia dengan Alisya.

Hazim sendiri pun hairan mengapa Alisya sering mengelak dari bertemu dengannya. Hubungan Alisya dengan Zikry telah lama berakhir, tentu lebih mudah bagi Hazzim untuk mengambil hati gadis genit itu. Namun itu masih belum bisa membuat Hazzim berjaya menembusi pintu kebal hati Alisya. Nampak gaya hanya dia yang bertepuk tetapi tidak bersambut. Tepuk sebelah tangan manakan berbunyi! Sedarlah wahai Hazzim…hati kecilnya menjerit-jerit.

“I tak sengaja.”

Kali ini betul-betul dia tak sengaja terlanggar Alisya. Fikirannya bercelaru memikirkan gadis itu. Malang pula bila waktu-waktu begini berlanggar pula dengan Alisya yang berwajah masam itu. Argh!! Bersedia untuk dimarahi…terima ajelah.

“You buat apa kat sini?”

“Tengok-tengok orang…”

“Siapa?”

Hazzim terpana disergah begitu. Dahi Hazzim berpeluh. Nak diseka peluh renik itu terasa segan pula.

Dia bertanya tanda cemburu atau sekadar ambil tahu? Hazzim cuba meneka rona wajah yang ditunjukkan Alisya. Dia tak marah aku terlanggar pun dah cukup baik. Elok pula anginya hari ini.

“I nak jumpa kawan. On the way nak jumpa kawan…” suara Hazzim bergetar tatkala Alisya merenung tepat ke anak matanya.

“Oh! Okey. See you next time.”

“Tak nak joint sekali?” Gatal pulak mulut ni nak mempelawa Alisya. Hazzim menutup mulutnya tetapi dalam hati berdoa agar gadis itu mahu menemaninya makan tengahari.

“Tak mengapa. I dah ada lunch date.”

“Dengan siapa?” sepantas kilat pertanyaan itu terhambur dari bibir Hazzim.

“Awak kisah ke?” Alisya ketawa sinis.

Hazzim menyeluk poket seluarnya menahan rasa bengang yang sedang menyerang maruahnya. Dia rasa sangat rendah diri. Ulu hatinya pedih bagai dihiris sembilu. Memang sekelumit pun Alisya tiada perasaan terhadapnya. Kini dia pasti. Harapan yang tadinya setinggi gunung kini hancur berkecai terhempas ke bumi.

“Kalau gitu I pergi dulu. Nice to meet you.”

Hazzim berjalan laju tanpa menoleh ke belakang lagi. Kaki yang melangkah umpama tidak jejak di bumi. Perasaan malu menghantui diri. Dia sangkakan pertemuan tak sengaja ini bakal membuahkan makna yang indah, tetapi nasibnya malang lagi. Alisya semakin jauh hendak digapai. Hati gadis itu umpama hati batu, kering dan kontang.

“Encik Hazzim! Nanti dulu.”

Hazzim berjalan terus menuju ke keretanya. Dia tak sedar yang Alisya mengejarnya dari belakang. Kali ini hatinya sudah keras. Pedulikan rasa merajuk ini yang menghuni ruang hati. Walau apa pun terjadi dia tidak akan berpaling kepada Alisya lagi.

“Encik Hazzim!”

“Encik Hazzim!”

Hazzim tidak sampai hati pula membiarkan Alisya memanggil-manggil namanya. Entah kenapa dia kalah apabila berdepan dengan Alisya. Alisya bagai besi berani yang sering menarik hatinya untuk sentiasa melekat pada gadis itu walaupun dia sudah disisihkan awal-awal lagi. Ish! Merajuk? Tak ada dalam kamus hidupku! Getus hatinya menahan sabar.

“Ya??”

“Kut iya pun janganlah merajuk. Buruk betul tengok orang lelaki macam ni.”

“I? Merajuk dengan you? Mana ada. Dah you kata ada lunch date takkan I nak tunggu you. Tak betul macam itu cik Alisya?” debaran di dada Hazzim datang lagi. Masih ada peluang? Ya ke?

“Itulah you cepat sangat angkat kaki. Nasib baik I sempat kejar. Kalau tidak you lepas peluang nak lunch dengan I. I selalu busy tau. Ini pun secara kebetulan I dapat keluar.” Alisya sengaja mengusik.

Mata Hazzim bersinar-sinar merenung wajah merah Alisya yang dibahang mentari yang tegak di atas kepala. Malu pun ada apabila ditegur begitu, tapi apa ada hal. Biar malu sekarang daripada terlepas peluang yang jarang diperolehi ini.

“Dah rezeki I.”

Alisya sekadar tersenyum.

“Lunch date tadi tak jadi?”

Sambil berjalan ke restoran berhampiran, mereka berbual-bual kosong.

“Last minute pulak dia cancel.”

“Kalau boleh I tahu, lunch date you dengan siapa?”

Pelayan baru berlalu pergi setelah habis mengambil pesanan dari Hazim dan Alisya. Alisya mengelap mukanya yang berpeluh dengan tisu. Hazzim pun berbuat begitu di wajahnya yang terasa bahang. Menghadap Alisya lagilah bahang itu tak kebah-kebah.

“Client. Syarikat perabot nak beli layout dalam magazine I untuk buat advertisement. Cancel pulak.”

Fuh!! Lega. Nasib baik client aje…Hazzim mengurut dada. Tetapi lelaki atau perempuan? Tua atau muda? Hatinya bimbang semula.

“Ada hal lain lah tu.”

“Dah dua kali postponed. Macam nak main-main aje.”

“Think positive, Alisya. Mungkin dia betul-betul ada masalah.”

“Mungkin jugak.”

Hazzim berasa bangga dapat memberi kata perangsang kepada Alisya. Itu belum lagi confirm jadi boyfriend…

“Apahal tadi you laju menonong aje. Ada hal penting ke? Kalau you ada urgent matter, I tak kisah. I boleh makan sendiri. Lagipun dah selalu I sorang-sorang macam ni.”

‘Kalau ada emergency meeting pun I sanggup cancel demi you, Alisya.’

“Apa halnya?” Alisya mengulangi lagi soalannya apabila dilihat Hazzim hanya terkebil-kebil memandangnya. Lucu juga Hazzim ini…Alisya berbisik sendiri.

“Apa dia?”

“Aish!! Berangan ke?”

“Tak! Tak! Lapar sangat. Tu yang tak boleh concentrate apa yang you cakapkan.”

Berlakon Hazzim, jangan tak berlakon. Yang penting bunga pujaan bukan di dalam taman larangan lagi! He..he…

“Dah lama tak dengar dari Kamal. Dia sibuk kat kedai atau sibuk dengan Adira?” Hazzim menukar topik.

“Hmm. Dia sibuk sikit akhir-akhir ni. Tak tahu kalau ada kena mengena dengan Adira atau ada perkara lain. Dia banyak projek dengan kawan-kawan dia tu. You dah lama tak keluar dengan dia ke? Dia pun kerap pergi memancing lately…”

“I pun sibuk dengan operai syarikat. Dah lama tak keluar dengan Kamal. Tapi I tengok Adira sekarang ni happy semacam aje. Kut-kut dah jumpa dengan penawar rindunya lah tu…”

Alisya ketawa gelihati mendengar Hazzim menyebut perkataan ‘penawar rindu’. Aish! Main tajuk lagu nampaknya…boleh tahan jiwang juga mamat ni…benak Alisya mengulas si jejaka kacak di depannya.

“You ketawakan I, ya?”

Alisya tidak membalas. Dibiarkan sahaja pertanyaan dari Hazzim itu.

“I suka tengok you pun gembira sekarang ni. Jangan sedih-sedih Alisya. Anything yang you perlukan I boleh bantu selagi terdaya.”

“I pun dah penat menangisi benda yang bukan hak I lagi, Hazzim. Sekarang I nak happy untuk diri I sendiri. I sebatang kara dalam dunia ni, asalkan Kamal gembira dan I bahagia, cukuplah.”

“Bagi chance pada I, boleh?”

Alisya tersedak. Nasib baik makanan di mulut tidak tersembur keluar. Jika tidak mesti sudah mengena wajah redup milik Hazzim. Pelanggan di sebelah menyebelah tertoleh-toleh ke arah Alisya.

“Are you okey?”

Alisya mengangkat tangan tanda dia masih mampu mengawal keadaan dirinya. Dia tidak memerlukan bantuan Hazzim buat ketika ini.

“You main terjah aje…terkejut I.”

“I takut nak beri salam, takut tiada jawapan dari you.” Hazzim berfalsafah.

Alisya hilang mood untuk menghabiskan saki baki makanan di dalam pinggan. Sergahan dari Hazzim yang seolah menyandarkan harapan kepadanya serta merta terasa begitu membebankan. Kalau Dato’ Yusniza tahu apakah reaksinya? Bagaimana penerimaannya bila dia tahu Hazzim makan dan keluar berdua dengannya pada saat dan ketika ini.

Alisya terfikir mungkin ada mata-mata yang sedang mengawasi gelagat mereka di dalam restoran itu. Jika tidak takkan perasaannya jadi gundah gulana dan tidak sedap hati secara tiba-tiba. Dia menjeling sekilas keadaan sekeliling namun tidak ketemu dengan wajah yang mencurigakan. Fuh!! Nasib baik.

“Hazzim!! What a coincidence…”

“What are you doing here?”

Hazzim dan Alisya saling berpandangan. Alisya tidak percaya sangkaannya benar sama sekali. Minah saleh mana pula yang berdiri di belakangnya sambil mesra menyapa Hazzim. Tetapi wajah Hazzim menggambarkan kegusaran. Bala apakah ini? Siapakah manusia itu?
Advertisement

4 comments:

  1. at last...............new n3...............
    i follow.........................

    ReplyDelete
  2. Haunt novel kahkahJune 9, 2011 at 10:01 PM

    Akak novel dia Ada x Kalau Ada nak beli... Kalau x da Akak buat n3 baru lg ...bestlah citer ni.. X sabar nak baca lg..

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.