Suratan 13

loading...



Aziz membelek-belek album gambar di bawah rak tv. Gambar lama dia dan Haizan sedang bermain gelungsur di tadika menggamit di ingatan. Haizan yang tinggi berada di depan sambil tangannya pula berada di bahu sepupunya itu. Dahulu mereka memang berkawan baik dan akrab kerana dahulu mak ngah Shitah yang menjaga sehingga umurnya menjangkau tiga belas tahun. Semenjak dari itu, hubungan intim bagaikan belangkas, tidak boleh dipisahkan. Hanya setelah ayah Aziz bercadang untuk kembali ke kampung halaman sebelah ibunya di Segamat, kemesraan bak dua beradik itu menjadi pudar dan hambar. Dan kini, takdir mendekatkan mereka lagi. Tawaran bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat keselamatan diterima dengan hati terbuka. Aziz sedar diri dengan pencapaiannya setakat tingkatan tiga mana mungkin dia memilih pekerjaan. Sudah hampir enam bulan Aziz menumpang di rumah emak saudaranya itu, ini bermakna sudah hampir enam bulan juga dia bekerja di syarikat kawalan keselamatan itu.

“Dah…dahlah tu Ziz. Kau tak jemu-jemu tengok gambar kita masa kecik tu. Aku tahulah yang kau lebih comel dan tembam. Ake keding je, ha…macam sekarang ni. Cuma sekarang ni aku lebih handsome dari kau! Jangan jealous ok!”

“Tak de lah.Saja, aku boring…”

“Apahal?”

“Tak ada apa-apa.” Jawab Aziz hambar.

Haizan menghampiri Aziz yang terperuk di sebelah rak tv. Dia menepuk bahu sepupunya itu.

“Kau macam tak tahu perangai aku. Aku akan korek masalah kau sampai kau boleh bukak mulut. Terus terang aje…”

“Ada hal sikit.”

“Kan aku dah agak. Yang sikit tu lah yang kena selesaikan. Kalau tidak dia jadi bertimbun dan bila dah berbukit, payah nak ditarah!” Haizan berfalsafah.

Aziz ketawa mendengar kata-kata sepupunya yang selalu menang darinya dalam bab berkata-kata. Tetapi dia tidak kisah. Dia sudah biasa. Memang adatnya dia selalu kalah. Kalau Aziz yang menang itu dah jadi luar biasa. No big deals, orang kata.

“Azeem, kau letak album sekolah kau ni merata-rata. Bila dah hilang nanti mulalah membebel kat emak.”

Aziz menyambut album gambar yang dihulur oleh mak ngahnya.

Haizan hanya tersenyum apabila ditegur oleh ibunya. Dia menukar saluran tv untuk mencari rancangan yang bagus. Tengahari minggu begitu tentu banyak rancangan menarik yang disajikan. Lagipun sekarang saluran berbayar yang dilanggannya menyediakan puluhan saluran dari seluruh dunia untuk dinikmati. Mudah aje, tekan dan pilih. Sedang dia leka menonton rancangan hiburan di tv, Aziz menegurnya dengan kasar.

“Kau ni, buat aku terkejut je.”

“Sorrylah beb! Tapi aku nak tanya ni.”

“Apa dia?”

Haizan memperlahankan suara tv. Aziz bergerak menghampirinya dengan wajah yang bersinar-sinar. Kalau sebentar tadi dia menyergah Haizan dengan kasar tetapi kali ini wajahnya lain macam pula, membuatkan Haizan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Zeem, kau kenal dia?”

Aziz menunjukkan gambar di dalam album Haizan. Haizan hanya memandang sekilas tetapi segera hatinya berdebar-debar. Nina Soraya…siapa yang tidak kenal. Gambar kandidnya yang cantik, secantik orangnya…

“Yang mana satu?” Haizan pura-pura tak endah.

“Yang inilah. Mana lagi. Banyak gambar dia dalam albuk kau ni.”

“Ohh! Dia ni. Kenal.”

“Soraya…Nina Soraya!” Aziz galak meneka.

Giliran Haizan pula bersinar-sinar matanya. Ah! Pasti Aziz sudah biasa dengan nama itu. Ini peluang baik, getusnya.

“Hmm…betul. Nama dia Nina Soraya. Aku panggil dia Nina. Kawan sekolah. Maksud aku…ex girlfriend aku. Eh…tak, tak…! Sebenarnya, dialah mak we aku yang selalu aku cerita tu.” Perasaannya bagai terawang-awang tatkala menyebut nama keramat itu.

Aziz tercengang. Rupa-rupanya Haizan pernah bercinta dengan pegawai operasi di syarikatnya. Kecil aje dunia ni rupa-rupanya.

“Mana kau kenal dia?” Tanya Haizan tidak sabar.

“Dia pegawai kat office aku. Glamour siot!!”

Haizan mengurut dada tanda lega. Mulai dari saat ini gadis itu akan dijejaki.

“Kenapa kau tak bagi tahu dari dulu? Taklah aku sakit kepala, sakit hati macam ni. Dah lama aku cari dia tau. Sejak aku balik semula ke Malaysia. Tup-tup kau yang jumpa dia dulu. Bertuah badan!”

“Apa dah jadi sebenarnya??” Aziz tidak faham.

Haizan merebahkan badanya di atas karpet.

3 comments:

  1. Dah habis ker atau Ada sambungan lg ..?? Kalau Ada buku nya dkt mana boleh dpt .??? Ada n3 terbaru x ..??? Seronoknya cite ni .. Saya tabik kepada Akak mmg bestlah citer ni

    ReplyDelete
  2. Haunt novel kahkahJune 9, 2011 at 6:19 PM

    Haizan ngan Nina akan bertemu lg ke..??? Seronoknya baca

    ReplyDelete
  3. Haunt novel kahkahJune 9, 2011 at 6:19 PM

    Haizan ngan Nina akan bertemu lg ke..??? Seronoknya baca

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.