Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Jun 17, 2011

Novel: Mengapa Di Rindu 19

nur aynora


Alisya merenung tajam wajah wanita di hadapannya. Gelasnya yang tadi penuh dengan air sirap bandung telah kering kontang dengan sekelip mata. Alisya mengerling pula ke arah Hazzim yang asyik berpeluk tubuh. Sudah agak lama Hazzim dan Alisya begitu, yang seorang berpeluk tubuh dan yang seorang lagi merenung wajah wanita muda yang tiba-tiba muncul tadi. Suwey betul, orang kata. Dari kenyang jadi lapar semula. Tetamu yang tidak diundang itu bagai merobek memori Alisya kepada peristiwa di ‘shopping complex’ tidak lama dulu. Dia ‘cam’ betul dengan wanita sombong itu yang telah menyebabkan skirtnya terkoyak. Tanpa peduli perasaan orang lain atau pun ucapan maaf, wanita itu ‘blah’ begitu saja.

“Siapa dia ni?” wanita sombong itu bertanya tanpa memandang Alisya.

“A friend…”

“Friend aje? Bukan ada perkataan ‘girl’ kat depannya?”

“You ni kenapa? Ada apa cari I sampai kat sini? You tak ada kerja lain lagi? Asyik nak follow ke mana I pergi.” Hazzim masih mengawal nada suaranya.

“Saja…memang tengah tak ada job. You tahulah model macam I mana boleh ambil sebarang job. I must picky dearrr…” perkataan ‘dear’ ditebalkan sebutannya menyebabkan Alisya bertambah meluat hingga sampai tahap nak termuntah mendengar omongan wanita gedik itu.

Tangan wanita itu sengaja menyentuh lengan Hazzim dan buat kesekian kalinya Alisya terkejut dengan tindakan tersebut yang seolah-olah mencabar kewujudannya di hadapan mereka.

“Wida!! Don’t touch me like this. We are now in public area, please take care of your manner!”

‘Oh! Inilah Wida yang disebut-sebut orang. Taklah secantik mana, mekap aje yang tebal macam tar jalan; getus Alisya mengutuk wanita di hadapannya. Tanpa disengajakan dia tersenyum sumbing seorang diri. Gelagatnya itu disedari oleh Wida hingga menyebabkan wanita itu menghamburkan kata-kata kesat ke arahnya.

“Jaga mulut you. You tak ada hak nak marahkan dia kalau hanya kerana I. Kalau tak puas hati dengan I, you marahkan I, bukan dia. Dia tak tahu apa-apa.”

“Suka hati I lah. Mulut I yang cakap. Wow!! Bela dia nampaknya. Kata just ‘a friend’…” ketawa Wida yang kasar itu meledak kuat.

“Okey! Fine! Kalau you nak tahu yang betul, yang benar…actually dia ni …”

“Siapa dia ni?? Tell me!”

Keadaan menjadi agak kelam kabut sedikit akibat insiden yang tidak dijangka itu. Alisya ingin segera beredar dari restoran itu setelah banyak mata yang memandang kekecohan yang sedang berlaku. Dua orang perempuan berebut satu lelaki? Oh ! Mana mungkin! Alisya tak mahu dituduh sekeji itu. Dia bukan wanita pencari cinta, dan bukan juga terdesak untuk dicintai. Dia tak mahu masuk campur masalah yang sedang dihadapi oleh Wida dan Hazzim.

Namun tangannya di tahan oleh sentuhan lembut Hazzim menyebabkan seluruh perasaannya terkejut bak terkena renjatan elektrik. Akibat sentuhan yang tidak disengajakan oleh Hazzim, tangan Alisya bergetar dan berpeluh. Dia merasakan nafasnya seolah terhenti beberapa ketika.

“Kalau you nak tahu sangat, the truth is she is my girlfriend. Alisya is my first truly love…so, please don’t disturb her. For my sake, please don’t ever you dare to touch her, you remember that!” Hazzim melafazkan pengakuannya di hadapan Wida dengan penuh semangat.

Sekali lagi Alisya terkedu. Matanya cuba mencari anak mata jejaka kacak itu tetapi Hazzim langsung tidak menoleh ke arahnya. Seriuskah dia? Adakah segalanya cuma sandiwara untuk mengaburi mata Wida. Ikhlaskah Hazzim dalam membuat pengakuan yang boleh mengheretnya ke kancah sengsara? Adakah Dato’ Yusniza akan berdiam sahaja jika mengetahui kebenarannya?

“You…?”

“Shhh! Let me settle this first.” Hazzim berbisik ke telinga Alisya pula.

Keintiman Hazzim dan Alisya memang mengejutkan Wida. Apalagi hendak dikata, jika kata boleh berdusta tetapi, takkan perbuatan pun mahu dibohongi. Mata Wida jadi saksi akan kebenaran yang bekas kekasihnya itu telah mendapat pengganti. Mereka begitu serasi dan sangat sepadan.

“I sekarang ‘attached’ to Alisya. You jangan ganggu dan cari I lagi. Kisah kita dah lama jadi sejarah. You pun tahu semua itu. Jangan mudah buat tuduhan kepada Alisya hanya kerana you berdendam dengan I. Ingat tu.”

“I bagitahu your mum.”

“Dia tak ada kena mengena dalam hal ini. Dan lagi satu, you pun tahu my mum dah lama tak nak tengok muka you. You jangan nak cari pasal semula.”

Wida menggetap bibir menahan geram. Segala usahanya hari ini nampak sia-sia setelah beberapa hari dia mengekori Hazzim. Dia ingin menyambuing kembali ikatan yang telah terputus dua tahun dulu. Tapi siapa sangka, Hazzim kini sudah berpunya.

“Baik I pergi dulu supaya korang boleh settlekan masalah korang dulu.” Alisya mahu mengundur diri. Lagipun waktu rehatnya sudah lama habis. Rahimah pula sudah dua kali membuat ‘miss call’ ke telefonnya.

Namun Hazzim tetap menghalang bila Alisya mahu pergi. Dia mhu Alisya tahu sejarahnya dengan Wida. Hazzim mahu Alisya membuang rasa sangsi terhadap dirinya, lebih-lebih lagi status dirinya yang sering diperkatakan orang. Hazzim mahu Alisya tahu bahawa cinta yang ingin dihulur adalah ikhlas semata-mata, tiada niat lain. Kalau adapun, niat yang tersembunyi di dalam hati Hazzim adalah mahu menyunting Alisya sebagai suri hidupnya.

“I ni memang sampah! Semua orang buang I dari hidup mereka. You pun sama. Habis manis sepah dibuang.” Wida bersuara lemah namun cukup untuk ditangkap oleh pendengaran Alisya.

‘Apa maksud wanita ini? Apakah…??’ Ah! Persoalan itu termati di dalam hati Alisya sahaja. Dalam suasana tegang begitu takkan dia mhu menyoal Hazzim pula. Lagipun mereka belum benar-benar menjadi pasangan yang bercinta, apa pula haknya untuk bertanyakan perihal peribadi Hazzim.

“Sudah lah Wida. I pun tak ada hutang apa-apa dengan you. Segala kasih sayang kita dulu samada yang I kongsikan atau tidak dengan you, I dah lupakan. Maafkan I.”

Hazzim menarik tangan Alisya menuju ke kaunter bayaran sebelum menghilang di sebalik pintu restoran.

Wida terkedu tidak terkata apabila ditinggalkan terkontang kanting seorang diri di situ. Ingin saja dia meraung sekuat hati tetapi siapa pula yang mahu memujuknya nanti. Dia cuba mendail beberapa nombor tetapi malangnya semua tidak berjawab. Langkah terakhir dia cuba menelefon satu nama yang suatu ketika dahulu amat kamcing dengannya. Hatinya jadi kecut apabila panggilannya itu disambut dengan satu suara yang tidak asing baginya.

***

Alisya mengirimkan SMS kepada Rahimah yang dia mengambil cuti kecemasan setengah hari. Sebaik SMSnya diterima, panggilan dari Rahimah segera masuk ke telefon Nokia E5nya. Hazzim di sebelah mengisyaratkan agar Alisya tidak menjawab panggilan itu. Dia tidak mahu ada gangguan di saat dia mahu membuat keputusan penting di dalam hidupnya. Alang-alang dia telah terlajak kata tadi, dia mesti mengotakan janji itu. Dia mesti membuat pengakuan di hadapan Alisya sekarang atau dia tiada peluang langsung!

Harrier hitam Hazzim diparkir di kawasan letak kereta resort yang pernah mereka kunjungi dulu. Di waktu-waktu begitu memang orang agak kurang kerana kebanyakan pengunjung datang pada waktu makan tengahari. Resort itu tetap menjadi pilihan pengunjung kerana hidangan set ‘lunch hour’nya memang menyelerakan. Hazzim pun kerap berkunjung ke situ jika ada ‘business appointment’.

Suasana sangat sepi, Hazzim dan Alisya hanya melayani perasaan masing-masing sambil mendengar lagu dari corong radio. Lama kelamaan Alisya berasa kekok berdua-duaan dengan Hazzim yang sebelum ini dilayani sebagai seorang teman biasa sahaja. Walau kadangkala ada sifat nakal dalam diri mahu memanjangkan persahabatan itu ke arah yang lebih serius tetapi dia berasa janggal. Kerana sudah terbiasa diri berdikari, jadi dia tidak mahu tergedik-gedik mengharapkan perhatian istimewa daripada lelaki asing. Tetapi pada saat dan ketika ini, entah apa yang mendorongnya untuk mengikut telunjuk Hazzim.

‘Apakah aku sudah jatuh cinta? Apakah aku sudah mula mahukan perhatiannya? Layakkah aku dengan dia, seseorang yang disegani dan anak harapan kepada bondanya? Apakah aku mampu bersaing dengan segala cabaran yang datang??’ Soalan yang bermain di benak Alisya hanya mampu dijawab dengan sebuah keluhan.

“Maafkan I sebab libatkan you dengan masalah I. Tak sepatutnya I buat you macam ni. I tak mahu you terlibat, tapi I pun tak tahu dia muncul tiba-tiba macam itu aje.”

Lirih suara Hazzim tatkala menyuarakan rasa maaf kepada Alisya. Tindakan Wida menyerang mereka di restoran tadi tidak boleh dimaafkan langsung. Dia tahu Alisya tertekan dengan tindakan Wida tadi. Sebab itu dia mahu Alisya mengambil cuti kecemasan dan membawanya ke resort itu.

“I tak kisah. Bukan salah you pun. I dah biasa menghadap benda-benda macam ini. You kan tahu kerja wartawan macam I banyak cabaran. Pelbagai ragam manusia yang I jumpa. Ini semua perkara kecil aje. Don’t worry pasal I, okey.”

Hazzim tersenyum pahit. Kali ini debaran di dada lebih kuat dari selalu. Lebih-lebih lagi tadi dia telah meluahkan peraasaan yang terpendam sekian lama. Sebab itu sewaktu membuat pengakuan di hadapan Wida tadi dia tak mampu menatap wajah Alisya. Dia berasa amat malu kerana terpaksa melakukan cara begitu untuk menzahirkan perasaannya. Yang penting pengakuannya ikhlas, bukannya main-main. Hazzim harap Alisya faham situasinya tadi.

“Err…I nak tanya you satu perkara.”

“Apa dia?” ada getar pada nada suara Alisya.

“Be my girlfriend...”

Alisya ketawa. Dia rasa gelihati apabila soalan itu yang ditanyakan oleh Hazzim. Dia ingat ada perkara serius yang ingin mereka bincangkan. Rupa-rupanya Hazzim hanya inginkan jawapan pasti daripada isyarat cintanya selama ini. Ah! Taklah teruk sangat dia ni…getus Alisya di sudut hati.

“You tak ambil serius pun apa yang I tanyakan? Lagi-lagi you ketawa. Apa I tak layak untuk you ke? Atau you memang tak mahu menerima I. Jangan buat I berada dalam keadaan samar, Alisya. I need a firm answer, not just your smile or laugh…”

“Apa jawapan yang you nak?”

“Seikhlas hati you. What you feel…”

“Ikut hati I yang tengah panas ni, I would disqualified your question.” Alisya bermain kata.

“You serius sikit boleh tak?” Hazzim naik geram. Geram sayang.

“Who said I’m not serious?”

“At least…berikan jawapan yang membahagiakan I. Yang boleh buat tidur I lena, makan I kenyang. Ini tidak! You mainkan perasaan I.”

“Jawapan macam mana yang boleh bahagiakan you?” Alisya mengulum senyum. Seronok pula bergurau dengan Hazzim. Selalu lelaki ini serius sangat. Baru kini dia nampak sisi sebenar seorang Hazzim. Manjanya boleh tahan!

“Accept my proposal…be my girlfriend.”

Alisya ketawa lagi. Dia tak mampu menjawab soalan itu buat masa ini. Rasanya macam baru semalam saja dia menerima amaran dari seorang wanita. Takkan semudah itu dia hendak menerima Hazzim sebagai buah hatinya. Amaran itu pula baru sedikit, hanya sekelumit, esok lusa entah apa pula bala yang menunggu? Sanggupkah dia untuk menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang?

“Alisya…apa termenung ni?”

Bahunya disentuh lembut. Alisya membalas renungan dari Hazzim. Indahnya keadaan ini. Hanya orang yang betul-betul sudah jatuh cinta akan merasai pengalaman ini. Satu perasaan asing yang datang dengan pelbagai warna. Ada sayu, ada gembira, ada sedih dan ada bahagia. Cukup sempurna adunan itu tetapi belum tentu isinya juga akan seceria itu. Itulah cinta! Satu perjudian perasaan yang tidak tahu penghujungnya.

‘I…would say…”

“Yes?”

“Errr…I don’t know.”

“Ahhh! Simple aje Alisya. You terima I sebagai boyfriend you. Tamat.”

“Tak semudah itu Hazzim. Itu baru permulaan namanya. Bukan penamat segala cerita.”

“Habis…nak tunggu you cakap satu perkataan pun susah. Lebih baik cakap tiga sekaligus.”

“Apa dia?” Alisya ingin tahu apa yang patut diucapkan untuk tiga perkataan itu.

Hazzim tersengih-sengih.

“I love you.”

“Hazzim!!” Alisya terjerit kecil. Tapi dalam nada cukup bahagia. Bersediakah dia?

“Ok.”

“Untuk apa? Yang mana satu? Satu perkataan atau tiga perkataan?”

Alisya mengecilkan matanya memandang Hazzim buat kesekian kalinya.

“For all. All for one!”

“Alhamdulillah…syukur Ya ALLAH. Kau makbulkan doaku selama ini.”

Alisya mengurut dada tanda surut segala bebanan yang dipikul sejak dari restoran tadi. Kini sah dia berpasangan sebagai kekasih kepada Hazzim. Dalam diam Alisya berterimakasih juga kepada Wida. Jika tidak, dia sendiri buntu terhadap perasaannya sendiri.

Dalam gembira untuk sedetik dua itu, Alisya terbayangkan cintanya yang putus di tengah jalan bersama Zikry. Adakah percintaannya dengan Hazzim nanti bakal menerima nasib yang sama? Sesungguhnya Hanya TUHAN yang Maha Mengetahui.

nur aynora / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

2 comments:

  1. thanks Wida.....sbb dia,......Hazzim berani confront dgn Alisya.....heheeheeee.....sukaaaaaaaaa sangattttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  2. thanks Wida.....sbb dia,......Hazzim berani confront dgn Alisya.....heheeheeee.....sukaaaaaaaaa sangattttttttttttttttttt

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates