Cerpan: Aku Sebenarnya...

loading...
Suzi cepat-cepat menuruni anak tangga lalu terus menuju ke pintu lif. Dia tak mahu ketinggalan lagi seperti selalu. Dia tidak mahu seperti biasa terkejar-kejarkan bontot bas dan menghidu asap hitam legam itu sampai wajahnya ikut berbau asap. Bila sampai dalam perut bas semua orang menutup hidung kerana badannya berbau asap bas bukannya pewangi seperti orang lain. Walau berkilo kilo pewangi enchanteur di sembur ke seluruh tubuh, tetap kalah pada ‘kewangian’ asap bas. Apa mau buat! Wehhh! Tensionnya…

Pagi ini sempena tahun baru 2012 dia buat azam baru. Kalau orang lain sibuk tanam azam nak naik gaji, nak dapat boyfriend, nak tukar boyfriend sebab dah boring dengan pak we yang ada sekarang, ada pulak buat azam nak kuruskan badan tetapi bagi Suzi, azamnya tetap pada bas. Bukan nak mengurat pak cik bas tersebut, tetapi nak naik bas tepat masa dan tak mahu terkejar-kejar bontot bas lagi. Hmm…tercapaikah azamnya?

Yesss!! Aku berjaya! Suzi terpekik kecil bila dia dapat duduk di tepi tingkap belakang pemandu bas. Dapat juga dia merasa kerasnya kerusi bas itu. Tak apa. Yang penting dapat duduk dengan nyaman. Boleh main ‘angry bird’ sekejap, fikirnya.

“Hari ni tak lewat pulak?”

Suzi terkejut. Lebih daripada terkejut beruk. Entah terkejut gaya apa, Suzi pun tak tahu nak classifiedkannya. Sampaikan Galaxy Ace terlepas dari tangan tetapi ada tangan sasa yang menyambutnya. Nasib baiklah tu, kalau tidak berderailah duit gajinya setengah bulan ni…

“Apa dia?”

“Selalu pagi-pagi dah buat basrathon…”

“Basra….”

“Ya!”

Si mamat ini boleh pulak tersengih-sengih selepas mengutuk Suzi. Galaxy Ace dikembalikan kepada Suzi selepas mamat tersebut menekan sesuatu pada skrin telefon.

Basrathon pun basrathonlah. Yang penting dia dah selamatkan telefon aku, bisik Suzi pada diri sendiri.

“Terima kasih.”

“Untuk basrathon atau untuk telefon?”
“Telefon.”

Dia gasak ketawa pulak. Suzi buat muka selamba. Hari ini dia nak menikmati kejayaan mencipta azam pada tahun baru dan azamnya itu tercapai. Yang lain-lain tak penting. Mamat kat sebelah pun tak penting.

“Jom turun. Kita dah sampai.”

Dah sampai? Cepatnya? Dia tahu pulak aku turun kat sini? Hish!! Mesti sudah lama dia mengintai pergerakanku…

“Awak aje yang tak perasankan saya. Setiap hari Jumaat saya akan ikut awak naik bas dan turun kat sini.”

“Ya ke?” Itu sahaja yang mampu Suzi lafazkan. Kenapa hari Jumaat? Hari lain dia naik basikalkah? Merepek betul mamat seorang ini.

Itulah kalau sudah hari-hari asyik kejar bontot bas, muka makhluk manusia seperti mamat yang sedang mengiringinya ini pun dia tak perasan. Dah berapa lama agaknya dia diekori? Atau mamat itu sengaja mereka cerita panas, almaklumlah mahukan perhatian. Orang lelaki sekarang ramai yang buaya darat…

“Dah lama awak ekori saya?” Betul ke ayat tersebut…

“Siapa nak follow awak. Saya naik bas setiap hari Jumaat sebab senang nak pergi sembahyang Jumaat. Kalau bawa kereta susah nak parking, jalan jammed, dan balik petang pun selalu jammed. Tak ada kaitan pun dengan awak…”

“Malunya…”

“Tau malu pulak! Selalu basrathon tak malu pun…”

“Awak jangan ejek saya lagi. Sekali lagi awak cakap basrathon, saya bunuh awak.”

Suzi menjeling marahkan mamat yang tak reti bahasa itu. Yang buat Suzi lebih sakit hati adalah setiap kali dia berselisih dengan pekerja jabatan lain, ada sahaja insiden tunduk menunduk kepala. Tak tahulah dengan siapa dia orang tunduk hormat, takkan dengan Suzi kut! Suzi makin panas di hati.

“Selamat pagi tuan…”

Ada pula yang memanggil mamat di sebelahnya itu ‘tuan’. Ini mesti orang sebelah utara. Ada juga Suzi dengar nama kawannya ketika di universiti dahulu di panggil Tuan Saadon. Tuan Saadon berasal dari Grik, Perak. Jadi mamat ini mesti ada darah cicit moyang dari sebelah sana.

“Nama awak tuan apa?”

“Tuan?”

“Ya…tuan…”

“Ohhh…errr…Tuan Azhan.”

“…bin ?”

“bin apa pulak?”

“Iyalah, orang biasanya kalau nama anak ada Tuan, bapak dia pun ada Tuan pada pangkal nama…”

“ermm…Tuan Zainal.”

“Sedap nama tu.”

Mamat tersebut tersedak tetiba. Suzi naik hairan dengan perlakuan mamat yang bernama Tuan Azhan itu. Gaya dia tersedak macam tertelan bola golf pula. Macam-macam perangai manusia kat dalam dunia ni…

Sebaik tiba di tingkat 7, Suzi menekan butang lif. Pintu terbuka. Suzi cepat-cepat berjalan menuju ke pejabatnya. Dia ingin bagitahu semua orang yang dia tidak terlewat lagi pagi ini. Dia nak tunjuk muka kat bosnya yang selalu sindir sebab punch card selalu merah. Dia nak bagitau semua orang yang Suzi tahun 2012 telah berubah.

“Cik basrat….”

“Eiii…apa lagi? Awak kerja kat tingkat 7 juga ke?”

“Bukan.”

“Habis tu…saya nak cepat ni.”

“Apa nama awak?”

“Nak buat apa? Tak pentinglah.”

“Just asking…”

“Kalau awak bernama tuan Azhan. Saya pulak puan Suzi.”

“Dah kahwin…”
“Suka hati awak. Okey. Bye!”

“Bye!”

1 comment:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.