Header Ads

Cerpan : Aku Sebenarnya...(4)



Suzi dapat panggilan kerja sebagai guru tuisyen di sebuah keluarga yang agak kaya. Pasangan suami isteri itu memiliki empat orang anak yang sedang membesar dan boleh tahan nakalnya. Sewaktu memohon kerja tersebut Suzi hanya cuba nasib sahaja memandangkan dia sudah hampir dua bulan ‘tanam anggur’. Dulu ada dia cakap besar pada Azhan dan kini dia terima ‘daulatnya!’. Padan muka aku…

Tentang Azhan…entahlah. Sekejap ada sekejap tiada. Azhan macam biskut manakala Suzi pulak macam layang-layang terputus talinya. Manakan tidak, asyik main tarik tali akhirnya Azhan pergi membawa hati. Itu yang jadi macam biskut chipsmore…

Sudah seminggu Suzi bekerja sebagai guru tuisyen di Vila Malinda, gabungan nama empunya tuan rumah iaitu Encik Malik dan Puan Linda. Suasana di vila tersebut memang selesa dan mood mengajar juga dapat dipraktikkan. Memang pada mulanya otak Suzi agak berkarat tetapi bila diasah balik, dia sudah jadi biasa.

“Cikgu Suzi dah ada BF?”

Satu hari yang agak malang Szi sifatkan sebab si remaja berusia 14 tahun sudah sibuk tanyakan samada Suzi ada boyfriend atau tidak.

“Tak baik tanya cikgu macam itu.”

“Habis tu…boring la asyik belajar, belajar, belajar! Sesekali cikgu citerlah pasal life cikgu, boyfriend ke, atau apa-apa ajer. Janji rock!”

Suzi tersengih sumbing. Apa yang nak dikhabarkan. Budak hingusan di depannya bukan faham pun soal hati dan perasaan. Yang dia tahu pasal kartun, pasal Astro Ceria, dan paling rajin sikit dia tengok Tutor TV. Yang lain-lain mesti hampeh punya! Suzi tak habis-habis mengutuk.

“Kita ada pak usu tau, handsome…”

Wah!! Ada chance ni…bisik Suzi nakal.

“Cikgu nak dengar citer pasal pak usu?” anak sulung dalam empat beradik itu bertanya sambil mengenyit mata.

Suzi ikut mengenyit mata pada Trisya. Layan ajelah budak-budak ni, nanti susah pulak nak diajar…

“Pak usu kaya, banyak duit. Dia selalu belikan kita orang mainan, beli patung bear. Tapi kan kesian. Sampai sekarang pak usu tak ada GF. Sebab dia asyik kerja tak habis-habis. Balik pun sampai jauh malam.”
“Iya ke?” itu saja soalan Suzi.

“Cikgu macam tak minat aje dengar citer pasal pak usu. Tak best ya cikgu?”

“Mana ada. Cepat habiskan soalan yang cikgu beri tu. Nanti mama kamu check, habis cikgu kena marah.”

“Ini mesti cikgu dah ada BF. Nanti saya cakap dengan pak usu yang cikgu dah ada BF.”

“Eh! Kenapa pulak”

“Cikgu memang dah ada BF,kan?” Trisya pandai betul memerangkap Suzi.

“Bukan macam itu. Cuma BF cikgu macam biskut kering. Asyik lemau aje…”

“Kenapa BF cikgu macam biskut? Cikgu tak pandai cari BF kut. Cuba cikgu kawan dengan pak usu. Mesti pak usu tak macam biskut.”

“Ish! Kamu ni Trisya, tak habis-habis dengan pak usu. Cikgu tak mahulah. Abis tu BF cikgu nak letak mana?”

“Ha!! Confirm cikgu dah ada BF. Melepas pak usu.”

Suzi sekadar menelan liurnya sendiri. Sesekali dia melihat jam di tangan. Kemudian dia menyambung ajarannya. Trisya memang budak yang pandai dan bijak, malahan dia boleh dianggap lebih matang berbanding usianya. Jikalau tidak, takkan sibuk cerita perihal pak usu dengan ‘girlfriend’nya.

“Cikgu nak tumpang solat ya.”

“Oh!! Boleh cikgu…mama pesan suruh guna bilik tetamu. Kat sebelah pintu besar tu cikgu.”

Suzi menguak daun pintu bilik tetamu yang dimaksudkan oleh Trisya. Harumnya…wangian lavender menusuk lubang hidungnya. Kalau macam ini punya gaya, mau aku tertidur kat sini…Suzi berkata pada diri sendiri. Sehelai tuala tersidai di tempatnya. Keadaan katil seolah tidak berusik. Keadaan ruang bilik yang tersusun begitu menenangkan jiwa.

Usai memberi salam, Suzi menadah tangan kepadaNya mohon keampunan dan dipermudahkan perjalanan hidupnya. Suzi mahu hidupnya terus menuju kejayaan dan diberkati selalu.

Bunyi pintu berkeriut memeranjatkan Suzi. Silapnya juga kerana tidak mengunci pintu tadi. Suzi tidak jadi untuk menanggalkan telekungnya. Dadanya berdebar kencang.

“Opss! Sorry. Saya tak tahu ada orang kat dalam ni. Excuse me…”

Suara lelaki. Tetapi sekejap aje kerana selepas keadaan sepi kembali. Bunyi pintu dikatup perlahan-lahan menandakan orang itu rasa bersalah. Suzi menarik nafas lega. Kalau terjadi apa-apa tadi, siapa yang patut dipersalahkan.

“Cikgu! Cikgu!”

Trisya terus meluru ke arah Suzi sebaik dia keluar dari bilik tetamu. Wajahnya penuh keceriaan. Entah apa yang dia baru dapat hinggakan suaranya pun begitu gembira kedengaran.

“Apa hal?”

Trisya begitu manja pada pandangan mata Suzi. Entah kenapa antara mereka mudah benar serasi.

“Pak usu kita datang tadi.”

“Baguslah.”

“Cikgu nak jumpa dengan pak usu?”

Hish!! Budak ni macam ejen cari jodoh gamaknya. Tak habis-habis dengan pak usu dia…

“Jomlah cikgu. Pak usu tengah makan kat dapur.”

“Selalu ke pak usu datang sini? Tak apa ke cikgu jumpa dia? Nanti ganggu aje…” Bertubi-tubi soalan Suzi lontarkan. Trisya hanya terkebil-kebil memandangnya. Cute pulak dia buat muka macam tu.

“Pak usu tak makan orang, dia makan nasi Cikgu. Tu ha…pak usu kita.”

Dengan senyum meleret Suzi memandang pak usu Trisya serentak dengan lelaki itu mengangkat wajahnya.

“Innalillah…” suara Suzi terkuat sedikit dek rasa terkejut yang amat dengan pertemuan tak disangka itu. Siapa sangka cempedak jadi nangka!


***

“Tak baik tau awak cakap macam itu masa ternampak saya tadi. Awak nak sangat ke saya mati?”

“Bukan. Saya terkejut sebab jumpa awak kat sini.”
“Saya ingatkan awak dah menyampah sangat sampai terkeluar perkataan macam tu.”

Suzi hanya tunduk kesal. Siapa nak sangka yang Azhan adalah pak usu yang disebut-sebut oleh Trisya. Azhan lah orangnya yang begitu dikagumi oleh Trisya. Inilah orangnya yang dikatakan oleh Trisya kononnya tak ada GF. Boleh caya ke?

“Betul ke tak ada GF?”

“Siapa cakap macam tu? Trisya? Hmm…budak kecil tu memang suka menyakat. What do you think?”

“Pasal apa?”

“GF.”

“Nak suruh saya teka atau nak suruh saya buat kenyataan.”

“Up to you.”

“Muka macam awak takkan tak ada GF.”

“Itu tuduhan.”

“Tak betul apa?”

“Kenapa awak tak percaya juga yang saya masih solo.”

“Habis tu…awak dengan perempuan itu.”

“Perempuan mana?”

“Masa saya tertumpahkan kuah kari…”

“Itu…yang itu awak kata GF saya. Tak sesuai betul pandangan mata awak…”

“Silap ke penilaian saya?”

“Itu pembantu saya. Secretary…”

“Iya ke?”

“Tak caya juga?”

“Buktinya…”

“Trisya lebih tahu.”
“Takkan saya nak percaya cakap budak 14 tahun.”

“She is not just teenage…”

“Maksud awak?”

“Dia sangat bijak. Jadi, awak kena berhati-hati. Mungkin apa yang awak cakap akan sampai ke telinga saya.”

“Oh my…”

Azhan tertawa kecil. Dia suka melihat muka panik Suzi. Ini mesti ada sesuatu yang telah diceritakan kepada anak buahnya Trisya, kalau tidak takkan Suzi macam serba salah pula. Baru gertak sikit dah goyah…

“Pak usu!”

Azhan melepaskan renungannya terhadap Suzi. Trisya sudah berada di tepi buai tempat dia dan Suzi bersantai.

“Ada apa Trisya.”

“Cikgu cakap BF dia lemau macam biskut.”

“Trisya! Syyy!!”

Suzi menunjuk isyarat jari di mulutnya agar Trisya tutup mulut. Tetapi gadis sunti itu telah terlajak kata.

“Suzi, apa maksud awak?”

“Tak ada apa-apa!”

“Siapa yang awak maksudkan?”

“Mana ada. Trisya tersalah cakap.”

“Baik awak cakap. Kalau tidak, saya takkan lepaskan awak.”

Trisya telah berlari masuk ke dalam. Sebelum pak usu kejar baik dia selamatkan diri dahulu. Tinggallah Suzi di dalam cengkaman Azhan.
Advertisement

2 comments:

  1. aishhh ni yg bdebar2 ni.. thanxs cik writer

    ReplyDelete
  2. wani, terima kasih!
    teruskan membaca di sini...

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.