Header Ads

Cerpan : Aku Sebenarnya...(3)



Semenjak insiden di restoran nasi campur dahulu, Hana telah tahu segalanya. Hana berjaya mengorek segala isi hati dan perut si rakan baiknya, Suzi. Hana tahu mengapa Suzi menangis ketika dalam perjalanan pulang dari makan nasi campur ketika itu. Ingatkan Suzi tak tahan menanggung malu terpaksa mengelap baju mamat handsome di khalayak ramai, tetapi rupa-rupanya Suzi terharu sebab dapat menyentuh badan sasa lelaki itu. Dalam diam Suzi menyukai lelaki bernama Tuan Azhan yang akhirnya juga telah terpecah tembelang bahawa tuan Azhan tidak ada ’Tuan’ pada pangkal namanya. Panggilan tuan adalah untuk jawatan beliau sebagai pengarah di Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Barulah Suzi sedar mengapa orang asyik selalu tunduk hormat apabila bertembung dengan Azhan. Dia ‘somebody’ rupa-rupanya!

Hari Jumaat datang lagi. Suzi melangkah malas ke dalam perut bas. Masakan tidak, hari ini adalah hari terakhir dia bekerja di jabatan kebajikan masyarakat. Kontraknya telah tamat. Buat sementara waktu jabatan tidak melanjutkan kontrak pekerja sementara sepertinya. Setahun di jabatan kerajaan tersebut, banyak benda yang Suzi pelajari. Dan yang paling istimewa, dia mengenali hati budi seseorang, tetapi malangnya orang tersebut telah pun berpunya. Apalah nasib badan.

“Awak tak lewat lagi?”

Isk! Ayat skema mamat sebelah aku ni macam pernah dengar aje, tapi kat mana ya?? Biarlah, lantaklah…malas nak layan! Suzi pura-pura terlelap. Dia dah tak kuasa melayan sesiapa lagi. Luka di hati masih belum sembuh, takkan nak ditambah luka baru. Itu tempah maut namanya!

“Tak main angry bird hari ni?”

Peramah tak bertempat! Gumam Suzi dalam hati.

“Puan Suzi…tak sudi berbual dengan saya ke?”

Puan Suzi…Puan Suzi…hanya seorang manusia suka menyakat aku begitu. Suzi tak pasti kalau benarlah yang di sebelahnya ini adalah Azhan, apakah dia setakat bergurau atau serius maut bila memanggilnya Puan Suzi. Asyik-asyik kata pasal suami, rumahtangga, dah berkahwin dan macam-macam lagi.

“Ya lah…orang dah berkahwin tak sudi nak berkawan dengan saya.”

Cis! Jatuh merundum saham aku kalau semua orang ingat aku dah kahwin. Woit! Aku masih single lah! Mahu saja Suzi menjerit tetapi sekarang keadaan tidak mengizinkan. Nanti ada pula pak cik bas brek mengejut dengar jeritan Suzi. Malu satu keluarga…

“Saya tengah tidur awak kacau aje. Bising tau.”

Suzi membuka matanya. Memang benar! Yang duduk di sebelahnya adalah Azhan, mamat hari jumaat yang telah menyelamatkannya dua kali. Hari ini hari terakhir Suzi naik bas merah. Dan mungkin juga kali terakhir Suzi dapat berjumpa dengan Azhan. Mengenangkan itu semua Suzi sekadar menjeling Azhan dengan pandangan lemah. Dia tak bermaya. Ingatkan Azhan tidak menemaninya pada hari terakhir ini, tetapi ada juga mamat ini di sini.

“Last day ya?”

“Hmm…mana awak tahu?”
“Tanya pada kawan awak, Hana.”

“Ermmm…Hana memang tak boleh tutup mulut.”

“Lagipun saya ada dengar dari jabatan lain.”

“Ya lah tu. Buat apa ambil tahu pasal saya.”

“Tak tahu. Cuma saya tak boleh nak lepaskan awak. Walaupun saya tahu awak dah berkahwin.”

Grrrr!! Suzi menahan geram. Asyik-asyik benda itu juga yang disebut. Takkanlah dia tak tahu aku single mingle lagi…

“Lepas ni nak buat apa?”

“Makan tidur makan tidur sampai boring.”

“Tak nak cari kerja lain?”

“Tak tahu lagi.”

“Kenapa? Suami tak izinkan?”

“Awak! Awak cakap sekali lagi pasal suami ke, pasal kahwin ke, saya cungkil biji mata awak!”

Pak cik bas berdehem beberapa kali. Dia tahu Suzi tengah geram. Mamat yang seorang ni nak mengurat pun tengok tempatlah, kan dah kena sergah dengan cik Suzi…

“Saya okey pak cik, don’t worry.” Suzi memberi jaminan kepada pak cik bas.

“Ada masalah bagitau pak cik. Nanti pak cik sekelkan dia…”

Azhan terkulat-kulat di sisi Suzi. Pelik benar dengan perempuan berkahwin ni, marah betul dengan suaminya! Tapi jauh di dalam hati Azhan, dia rasa kelainan. Semakin dia memujuk mengatakan Suzi telah berpunya, semakin galak hatinya mahu mengenali gadis itu. Dia tahu berdosa hukumnya apabila mencintai isteri orang, tetapi dia tak dapat menipu diri sendiri.

“Maafkan saya. Kita boleh berkawan lagi kan?”

“Tak kisah. Semua orang saya kawan.”

“Jangan lupa calling-calling.”

“Iya lah tu…”

“Tak sudi ke? Atau errr…”

Suzi menjeling tajam. Sekali lagi kau sebut, aku campak kau ikut tingkap bas! Jerit hati Suzi amat geram.

“Nombor H/P saya ada dalam Galaxy Ace awak.”

“Saya tak mintak pun.”

“Tapi saya nak bagi.”

Suzi tak ingat entah bila Azhan meletakkan nombornya dalam senarai ‘contact’ di GAnya. Bila disemak, memang ada. Siap ada nama lagi.

“Hari ini hari Jumaat.”

“Saya tahu. Saya belum buta hari…”

“Kenapa tak pakai baju kurung macam selalu.”

“Saya nak pergi tengok wayang lepas habis kerja nanti.”

“Nak ikut sekali.”

Suzi merenung Azhan yang muka tak tahu malu itu. Entah siapa nak ajak dia. Suzi tak kata apa-apa.

Sepanjang hari Suzi sibuk mengemaskan fail dan kerja-kerjanya yang bakal ditinggalkan. Ada sebahagian kerja kena pass over kepada orang lain. Ada pula yang kena difailkan ke tempat yang sepatutnya. Sehingga tengahari barulah Suzi berhenti rehat untuk makan dan bersolat. Usai sahaja waktu rehat dia menyambung kerjanya. Ada rakan-rakan yang datang berbual sekejap dan kemudian dia menyambung tugas semula. Bila jam mencecah hampir 5 petang, Hana datang menggamitnya.

“Ada orang mengadu yang kau tak jawab call.”

“Siapa orang tu?”

“Azhan.”

“Aku dah agak.”

“Kenapa tak jawab?”

“Aku sibuk.”

“Atau kau sengaja sibukkan diri kau.”

“Kenapa pulak.”

“Sebab kau sedih. Aku tahu kalau sedih aje kau mesti buat-buat busy.”

“Mana ada.”

“Jangan tipu. Dosa…”

Suzi malas melayan keletah Hana lagi. Nanti menambah sedih hatinya sahaja. Sedih nak meninggalkan rakan-rakan sepejabat yang hampir setahun dikenali. Lagi sedih nak meninggalkan kerusi dan meja yang jadi ‘rakan baik’nya selama ini.

“44 miss call…”

“Banyaknya.”

“Mamat tu memang gila.”

“Orang dah suka, Suzi. Terima ajelah…”

“Habis tu, perempuan baju jarang yang kita jumpa kat restoran dulu tu nak letak kat mana? Nak sumbat kat bonet?”

“Apa kisah? Yang penting kau suka dia.”

“Aku tak macam itu, Hana. Kalau boleh aku nak bahagia dan orang lain juga bahagia.”

“Kalau itu prinsip kau, susahlah. Sampai bila-bila pun kau tak akan jumpa bahagia.”

Suzi melepaskan keluhan kecil. Ada benar juga pendapat Hana itu.


***

“KITA nak tengok cerita apa eh?”

“Kata nak tengok Ombak Rindu.”

“Tak maulah. Orang kata ceritanya sedih.” Suzi menjuihkan bibir.

“Habis tu…”

Setelah puas memilih, akhirnya Suzi dan Hana sepakat menonton Alvin & the Chipmunks 3. Hati mesti riang dan digembirakan. Tak mau sedih-sedih, pujuk Suzi pada diri sendiri. Panggung wayang taklah penuh sangat sebab jatuh pada hari jumaat. Kalau hujung minggu mesti penuh. Tangan Suzi penuh kedua-duanya. Sebelah pop corn dan sebelah lagi Coke.

Suzi lihat Hana asyik betul main dengan HPnya. Setiap masa ada sahaja SMS yang masuk. Entah dengan siapa dia bercinta dan berbahagia, Suzi tak mahu ambil tahu. Yang penting Suzi nak buang segala kesedihan yang sedang bersarang di dalam dada. Tak mau lagi fikirkan fasal hari jumaat dan Azhan atau kaitan antara keduanya.

Sebaik lampu pawagam dimatikan, Suzi siap sedia untuk memberikan perhatian pada filem yang bakal menceriakannya. Suasana gelap dan kelam menambahkan moodnya untuk bergembira malam ini.

“Awak…”

“Oppocot!!”

“Kenapa? Ada lipas ke?” Hana ikut terkejut.

“Lipas otak kau! Azhan! Siapa bawak dia ke sini?” Suzi berbisik ke telinga Hana.

“Mana aku tahu.”

“Cik Suzi…oopss puan…”

“Awak jangan cari pasal. Saya jerit karang…”

“Saya pun boleh jerit juga. Cakap awak cabul saya.” Azhan merendahkan nada suaranya.

“Apasal pulak??”

“Tak tengok tangan awak kat mana?”

Suzi baru perasan yang dia telah terpegang peha Azhan ketika rasa terkejut disergah oleh mamat tersebut. Habis semua plannya untuk bergembira ria dan melupakan kesedihan malam ini. Yang ada hanyalah sedih dan sedih lagi…Setiap kali mengingati Azhan, dia jadi keliru. Tak tahu mengapa.

“Saya dah tahu status awak.”

“Status?”

“Status FB awak…”

“Hana! Kau ni kan…”

Suzi mencubit lengan Hana dengan geram. Sangat geram. Hana memang tali barut yang yang tak ada hati perut. Habis semua rahsia Suzi dibongkarkan. Apa dia nak buat sekarang? Nasi dah jadi kerak. Takkan nak halau mamat ini dari dalam panggung. Dia pun beli tiket jugak. Hmmm…menghadap ajelah telinga ini dengan bebelan basinya nanti. Niat nak tengok dan concentrate pada Alvin dah terbantut. Yang ada Azhan…wat to do!!

“Awak single, kan?”

“Itu je yang awak dapat selepas buat miss call 44 kali pada saya?”

“Awak sepatutnya engineer kan?”

“Saya tak pilih kerja. Yang penting tak tanam anggur.”

“Perli nampak!”

“Saya tak suka orang buat bising waktu saya nak tengok filem.”

“Ini aje peluang yang ada. Lepas ini sure awak missing in action…”

Aku miss atau missing…bukan kau punya pasal! Suzi menjerit dalam hati. Momen ini biarpun dalam gelap tetap manis untuk dikenang. Rasa dekat dengannya walau dalam hati menolak untuk dicintai. Setiap kali dia rasa ingin dikasihi, setiap kali itu juga dia terkenang-kenang hati insan lain. Prinsip ini sering menjerat diri sendiri. Benar kata Hana, bahagiakan diri sendiri! Tetapi bolehkah dia?

“Awak tak tahu saya dah follow dan like awak sejak mula-mula awak naik bas. Saya tertunggu hari jumaat sebab itu sahaja hari saya akan nampak awak terkejar-kejar bontot bas. Itu sahaja hari yang saya tak bawa kereta. Awak tak nampak saya ke?”

“Suka hati awaklah nak like atau dislike saya.”

“Awak suka saya, kan?”

“Tak ada bezanya.”

“Ada.”

“Dah terlambat.”

“Apa maksud awak?”

“Awak…errr….awak pergilah pada dia.”

“Dia? Siapa yang awak maksudkan.”

“Dah terang nak bersuluh lagi…”

“Mana ada. Dalam gelap macam ni memang kena pakai lampu suluh. Kalau nak terang, jom kita berbual kat luar.” Azhan sempat berseloroh.

“Awak ni! Saya tak suka awak nak putar belitkan cakap saya.”

Azhan mengeluh perlahan. Suzi dapat mendengar keluhan itu. Apakah dia sudah penat mengejarku? Apakah dia tak mahu lagi main sorok-sorok dan tarik tali dengan aku? Suzi cuba meneka dalam kegelapan.

“Sebelum awak pergi, boleh awak buat sesuatu untuk saya?”

Suzi diam tidak menjawab.

“Tolong accept saya. Saya ada add awak kat FB, tapi awak tak layan saya.”

Suzi ketawa gelihati. Ingatkan apa bendanya tadi. Ala…FB punya pasal rupa-rupanya.

“Saya tak accept sebarangan orang!”

“Saya ni bukan something untuk awak ke?”

“Ada! Awak selalu buat hari jumaat saya kelam kabut.”

“Itulah kenangan saya dalam diari hidup awak! Awak tak akan dapat lupakan saya!”
Advertisement

2 comments:

  1. aiya...best!!!
    lawak pon ada ngn azhan nie... :D

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.