Novel: Mengapa Di Rindu 22

loading...
STICKY POSTJom sertai Segmen Kenali Watak! Sila Klik Kat Atas Ya!





Alisya melalui hari-hari mendatang dengan rasa bahagia yang sedikit demi sedikit mulai menjalar di dalam segala urat nadi. Siangnya ceria bertemankan gurau senda rakan-rakan baiknya terutama Rahimah manakala malamnya dia sering ditemani oleh panggilan telefon daripada buah hati tersayang, Hazzim. Kadangkala Hazzim dengan muka yang tebal berkunjung ke pejabatnya dan menjemput Alisya untuk makan tengahari bersama. Pada mulanya Alisya cuak juga dengan penerimaan dari rakan sepejabat, tetapi demi memegang kata-kata semangat daripada Rahimah, dia biarkan sahaja kata-kata dan pandangan sinis orang lain di bawa terbang bagai angin lalu menerbangkan debu sahaja.

“Bukan dia orang yang bagi kau rasa bahagia itu. Boleh ‘blah’ dengan senyum sini dia orang.” Begitu Rahimah sering memberikan motivasinya.

Alisya amat berterima kasih kepada Rahimah yang sangat memahami dan ‘sporting’ itu.
Dan setiap kali balik dari makan tengahari, ada sahaja ole-ole yang dibawa balik oleh Alisya. Seringkali Rahimah mengusik mengatakan dirinya semakin gemuk kerana selalu mendapat makanan percuma daripada Alisya, Alisya hanya tersengih. “Bukan aku belanja. Mamat sorang tu yang suruh aku tapau.”

“Ingat jugak dia kat aku.”

“Mestilah. Kau kan sahabat baik kekasih dia.” Alisya sempat bergurau bila setiap kali Rahimah segan mahu menerima bekalan makanan yang di bungkuskan untuknya.
Usai waktu pejabat pukul lima petang Alisya segera mengemaskan barang-barangnya. Hari ini dia ada urusan untuk menemankan Hazzim menemui pelanggan yang datang dari Singapura. Temujanji mereka adalah pada pukul 6 petang. Alisya terus berjalan laju menuju ke kereta Hazzim yang sedang menunggu tidak jauh dari pintu pejabatnya.

“Hai…”

“Hai sweetheart. Dah ready?”

“Nak ready apa? I hanya follow you aje. You tu yang kena ready fizikal dan mental.”

“Maksud I, dah ready berjuang dengan I? Client I nanti tu bukan calang-calang orang. Dia presiden sebuah syarikat hartanah di Singapura. Manalah tahu kut-kut I yang pengsan dan gelabah, you pulak yang kena handle meeting tu.”

“You jangan main-main dengan I, Hazzim. I memang langsung tak ready. I just want to follow you, that’s all. Tak ada kena mengena dengan kerja you tau.”

“Macam mana nak jadi isteri I kalau benda sikit macam ni pun you tak nak tolong I,darling…” Hazzim membuat nada suara seakan merajuk.

“Tak nak is tak nak! You panggil I honey ke, darling ke, sweetheart ke…you punya hal. I Cuma nak temankan you aje. I tak makan rasuah, ok.”

“Habis tu…”

“I makan nasi aje…ada faham!”

“Garanglah you ni…”

“Nasib badanlah. Siapa suruh pilih I daripada ribuan you punya peminat.”

“Main kasar nampak. Mana ada ribuan. Nak kira dengan jari pun tak ada. You lah satu-satunya…”

“Yang si minah menyerang kita kat restoran dulu tu, bukan you punya ex…konon tak ada. Nak kira tak ada konon! Sebenarnya you kena cakap nak kira dengan jari tak cukup. Kena kira dengan calculator.” Alisya ketawa mengekeh kerana dapat mengusik Hazzim.

Sebagai balasannya, Hazzim mencubit lengan Alisya dengan perasaan geram. Geram geram sayang…

“Sayang I ni sekarang dah pandai bergurau. Belajar daripada siapa agaknya ni?”

“Dari sidia kat sebelah inilah. Siapa lagi…”

Keadaan jalan raya agak sesak sedikit tetapi tidaklah sehingga kenderaan langsung tidak boleh bergerak. Hazzim memandu sambil sesekali memandang jam di pergelangan tangannya. Alisya di sebelah yang anggun berskirt labuh dan berblaus separas punggung sedang asyik bermain ‘game’ di handphonenya. Hazzim memandang Alisya sekali lagi. Baru dia perasan. Alisya tidak pernah memakai baju-baju berjenama yang sering dibelikan olehnya. Begitu juga dengan handbag dan kasut. Tidak pernah dia nampak Alisya mengenakan barangan atau hadiah yang dibelikan olehnya. Jauh di sudut hati Hazzim berasa kecil hati juga dengan tindakan Alisya itu. Kenapa agaknya?

“Honey…I nak tanya sikit boleh?”

“Hrmm…”

“Boleh tak?”

“Tanyalah.”

“You stop main ‘game’ tu sekejap boleh tak? Macam budak kecil pulak you ni.”

“Ya lah cik abang sayang.”

Hazzim tersenyum puashati.

“Kenapa you tak pakai barang-barang yang I beli? Tak sudi atau tak kena taste you?”

“Kalau I kata tak sudi you nak buat apa?”

“I kecil hati jawabnya. Merajuklah macam ni.”

Hazzim berhenti mengusik Alisya. Wajahnya dimasamkan. Pandangan matanya tegak memandang ke depan. Tiada lagi bahasa tubuh yang meliuk lentok mahu bermanja seperti sebentar tadi. Orang lelaki pun ada rajuknya juga tau…gumam Hazzim geram.

“Tak ada siapa nak pujuk you tu. Merajuk orang lelaki buruk betul.”

Suasana jadi hening seketika. Keadaan jalan masih lagi jam. Kereta bergerak semakin perlahan dan merangkak-rangkak, kalau berlumba dengan kura-kura pun, benda alah itu boleh menang. Memang biasanya keadaan di jalan utama itu sesak teruk pada waktu puncak sekitar pukul lima hingga enam petang, kerana pada waktu itu orang berpusu-pusu keluar dari tempat kerja masing-masing.

“Kenapa you tak suka barang-barang yang I bagi?” sekali lagi Hazzim menyoal. Dia inginkan kepastian. Kalau Alisya tidak suka, dia boleh membeli benda lain yang boleh digunakan oleh Alisya.

“I simpan. Sayanglah nak guna benda-benda mahal untuk ke tempat kerja. You pun tahu kan kat tempat kerja I suasananya macam mana. Nanti orang tak buat kerja. Asyik belek badan I yang pakai barang-barang branded. I sedar I tak mampu beli itu semua Hazzim. Tapi I pun tak nak tolak pemberian you. So, for your sake, I keep it safely.”

“Iya ke? Atau you tak sudi takut termakan budi.”

“Ha! Yang itu pun boleh jadi. Tak apalah I simpan dulu. Kalau dah tergerak nak pakai, I akan pakai. Don’t worry ok!”

“Janji?”

“Insya’Allah. Kalau janji tapi tak tunaikan nanti makan diri. I tak mahu termakan dek janji…”

“Pandai you nak ugut I, ya...”

“Bukan ugut Encik Hazzim. Itu namanya berwaspada. Berhati-hati. You tahulah I hidup dalam dunia ni dua beradik aje, yatim piatu pulak tu. Kalau jadi apa-apa pada I, siapa nak tolong?”

“Jangan cakap macam itu Alisya. I kan ada.” Hazzim merendahkan nada suaranya tanda ambil berat.

“Kalau satu masa nanti you ada, kalau you tak ada?”

“Kenapa pulak?” soal Hazzim tak puas hati.

“Iyalah. Kita mesti kena percaya Qada dan Qadar dari Allah. Jodoh, ajal dan maut ketentuan Tuhan. Apa yang kita rancang tak semestinya menjadi.”

“Insya’Allah, dengan izin Allah juga I percaya. Jika meminta sesuatu yang baik, kita akan dapat yang baik juga. Cuma cepat atau lambat aje Cik Alisya.”

Alisya terdiam seketika. Dia agak penat petang itu setelah seharian mengejar dateline. Rahimah pun sama, tak menang tangan dengan lambakan berita yang mahu disunting. Ada sesetengah berita tidak boleh digunakan langsung kerana agak kurang menyakinkan. Bos mereka asyik jelling-jeling tanda menunggu berita sampai di mejanya serta merta.

“Kenapa you diam?”

“I diam? Hmmm…mungkin I tak nak kacau you yang tengah drive.”

“You tak suka I bincang pasal jodoh, kan?”

“Belum masanya Hazzim.”

“Bila?”

“Sehingga I benar-benar bersedia.”

“Jangan biarkan sampai I berjanggut tau! Masa tu nanti bawa anak orang ingatkan cucu pulak.”

“Apa salahnya! Otai cool!”

“You panggil I otai? I belum tua macam tu Alisya. You kena gerenti yang you takkan biarkan I tua kerepot baru nak kahwin. Jangan lama-lama Alisya, nanti I mati kempunan.”

“Ishh! Ke situ pulak. Kalau tak sabar, cari lain. Buat apa tunggu I.”

“You ingat cinta dan rasa kasih sayang I ini boleh dilelong murah-murah kat pasar malam? Cinta I eksklusif untuk you seorang Alisya. I akan tunggu you sampai you ready…”

“Boleh tahan ke?”

“Kalau tak tahan I peluk bantal.”

“Gatal.”

“Tolong garu…”

“Miang.”

“Boyfriend you jugak! Kalau tak miang bukan lelaki sejati namanya.”

“Pendapat mana yang you pakai tu? Itu semua alasan yang digunakan oleh orang lelaki untuk mengaburi kegiatan mereka yang suka berpoya-poya.”

“Ini semua pendapat kaum lelaki sejati. Lurus!”

“Nonsense!”


****

Hazzim selesai berrmesyuarat dengan pelanggan dari Singapura sekitar pukul 7.30 malam. Encik Matthew Ang dan pembantunya Mohd Khairul bergegas ke sebuah lagi hotel bagi meraikan makan malam syarikat yang pertama kalinya dibuat di luar Singapura. Encik Matthew ada mempelawa Hazzim untuk ikut serta tetapi ditolak dengan lembut oleh pemuda itu. Mungkin kalau dia berseorangan dia akan ikut Encik Matthew. Oleh kerana dia beriya-iya mengajak Alisya, kurang elok pula menerima jemputan orang tanpa persediaan yang sepatutnya.

“Kalau tak boleh makan best hari ini.”

“Dengan I pun you boleh makan best, Alisya.” Hazzim mengusik.

“I tahu. You memang pemurah. Semoga Allah selalu lipat gandakan rezeki you sekeluarga. Amin!” Alisya meraup muka dengan kedua telapak tangan.

“Thank you, darling.”

Wajah Hazzim diselubungi riak bahagia. Rasa penat dan letih dibuang jauh demi ada berdekatan dengan insan tersayang. Rasa kasih dan cinta yang dipupuk semakin subur dan berbunga cantik. Dia dapat merasakan itu. Sungguh indah perasaan suci yang Allah kurniakan. Bukan semua orang dapat nikmat bahagia sepertinya. Dalam hati Hazzim tidak putus-putus mengucap syukur.

“I nak tanya sikitlah Hazzim. Up to you nak jawab atau sebaliknya.”

“Sure. I akan jawab segala pertanyaan you darling.”

“You stop acting gatal macam itu boleh tak? I geli tau. Just call me Alisya, macam orang lain panggil I. Lebih sweet dan lembut. Whatever gelaran seperti darling, honey, sweetheart…soo boring! ”

“You ingat I main-main ke? I ikhlas panggil you macam tu.”

“Dan, you pun boleh panggil semua perempuan dengan gelaran macam itu. Tetapi, hanya ada satu Alisya! Kan beza tu.”

Hazzim terdiam. Kata-kata Alisya ada benarnya. Jika semua perempuan dipanggil dengan gelaran umum begitu, di mana ekslusifnya Alisya dalam hidup Hazzim? Kini dan selamanya, Hazzim percaya hanya ada satu Alisya yang bertakhta di hati.

“Eh! You nak tanya apa tadi?” Hazzim beralih topik.

“Ermmm…macam mana I nak mulakan, ek?”

“Dengan Bismillah…” Hazzim tersenyum manis.

“Betul tu…”

Alisya mengucapkan Bismillah dan kemudian segera menghamburkan persoalan yang sering bermain di benaknya sejak kebelakangan ini.

“Your mother tahu kita berkawan?”

“Kenapa?”

“Atau father you? Kedua-duanya sekali? Dia orang tahu tak yang kita berkawan…”

Hazzim memandang Alisya dengan mata berkelip-kelip. Pertanyaan Alisya memang di luar jangkaan sama sekali. Selama hubungan mereka serius kebelakangan ini dia beulum terfikir ke arah itu. Beritahu parents? Bolehkah dia berhadapan dengan mereka? Sedangkan sebelum ini pun percintaannya di campuri oleh ibunya. Bolehkan kali ini ada ‘exceptional’? Apakah kali ini Alisya boleh terlepas dari tapisan ibunya? Parah juga ni! Dalam tak sedar Hazzim melepaskan keluhan kecil.

“You tak nak jawab soalan I?”

“I simpan dulu, lain kali kita jumpa I akan beritahu.”

“You belum inform dia orang, kan?”

Sekali lagi hati Hazzim berdegup laju. Langkah yang di atur dalam hubungan mereka sejauh ini kelihatan manis semuanya, tetapi ada juga awan hitam perlahan-lahan menutupi sinar mentari yang menyuluh.

5 comments:

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.