Header Ads

NOVEL: UKIRAN JIWA 6


Hanan Lim mengatur langkahnya dengan laju kerana dia sudah terlewat dengan temujanjinya. Pada awalnya dia malas mahu melayani ajakan Kay untuk makan tengahari bersama memandangkan di pejabat sudah cukup banyak dokumen yang perlu diberikan perhatian penting. Namun apabila difikirkan banyak kali, dia akur juga. Mungkin ketika makan nanti dia boleh mula ‘slow talk’ pada Kay agar tidak menganggunya lagi. Dia mahu Kay menganggap hubungan mesra sekadar kawan sahaja dan tidak lebih dari itu.


“I’m sorry Kay. Terlewat sikit…”

Kay tersenyum manja. Kalau orang tak kenal pasti dengan mudah boleh jatuh cinta dengan jururawat muda itu.

“It’s okay. I pun baru sampai. Masa nak keluar dari rumah tadi jalan agak sibuk. How are you? Lama juga kita tak jumpa kan?”

“I macam biasa. Penat sikit kebelakangan ini. Banyak kerja. You tak kerja ke hari ini?” soal Hanan Lim berbahasa.

“I cuti hari ini. Esok dah naik kerja balik. Dah terlanjur ada masa sikit, itu yang teringatkan you. Emmm…lepas ni you nak buat apa?”

“Makan dan balik ofis semula. Why?”

“Ingatkan nak ajak you temankan I pergi tengok wayang.”

“Tak boleh. I sedang kerja.”

“Ala…ponteng kan boleh. You are the boss, right?”

“Boss pun pekerja juga. Makan gaji juga. Bos pun terikat dengan polisi syarikat. Kalau semua boss keluar masuk ofis sesuka hati, kat belakang kita staff pun buat perkara yang sama. Kita mesti tunjukkan contoh terbaik untuk kakitangan kita. Do you agree?”

“Ya lah, ya lah…jomlah order makanan. Dengar you membebel I terus lapar.” Kay terasa malu sendiri.

Hanan Lim mengulum senyum penuh makna. Setengah jam kemudian Kay dan Hanan Lim sudah berjalan keluar dari perut restoran itu setelah perut masing-masing penuh terisi.

“Not bad juga masakan dia orang kan?” Kay mencuba sekali lagi. Mana tahu untung sabut timbul.

“Iya. I pun habis licin makan tadi. I nak gerak ni, you ada apa-apa nak cakap ke? Dari tadi I tengok you macam cacing kepanasan. Kalau ada apa-apa problem, jangan malu cerita kat I. I boleh pinjamkan bahu I untuk you.”

“Pinjam bahu you…” Kay kegembiraan.

“Maksudnya…shoulder to cry on. Mendengar masalah you. Bahasa lembut pun you tak faham.” Hanan Lim berkata sinis. Sekali lagi wajah Kay berubah merah.

“You ni kan, tak romantik langsung. Tapi tak mengapa…I suka orang macam you. Jinak-jinak merpati. Makin I dekat, makin jauh you lari.”

“I tak lari mana pun Kay. I ada kat sini. Dan I memang tak romantic dengan you sebab you not my muhrim. Kalau dah kahwin, barulah tahu I ni romantic ataupun tidak.”

“Siapalah yang beruntung tu ya.”

“I have someone on my mind. But it is not you…sorry.” Hanan Lim sedaya upaya cuba berterus terang dengan Kay agar gadis itu berhenti berharap padanya lagi.

“Kasihannya I. Pinggan tak retak nasi tak dingin…”

“Apa you cakap ni? Macam salah aje I dengar. Bukannya hidung tak mancung…”

“Pipi tersorong-sorong…” Kay menyambut laju dengan muka yang kelat.

“Marah ke?”

“Tak.”

“I bergurau aje.”

“I know. Gurauan you memang menyakitkan hati. Okeylah…I cabut dulu. Balik tidur lagi bagus.” Kay mencebik.

Hanan Lim menghidupkan enjin keretanya. Begitu juga dengan Kay. Tiba-tiba seseorang menepuk mesra bahu Hanan Lim. Pemuda kacukan Cina itu segera berpaling. Matanya bertembung dengan seseorang bersama dengan temannya yang berlainan jenis erat berpegangan tangan. Kelihatan mereka berdua agak mesra juga.

“What are you doing here?”

“Lunch. And you?” soal Hanan Lim biasa-biasa saja.

“Kita orang baru nak lunch.”

“Ohh!” itu saja jawapan Hanan Lim.

“Dengan girlfriend baru? Tak introduce pun?”

Kay sudah menghampiri ke arah mereka berdua. Seperti biasa jururawat muda berkulit putih mulus itu mengendeng tak tentu pasal.

“Kawan. Kay…yang ini Jenny. My share partners…”

Hanan Lim memperkenalkan Kay kepada Jenny. Mereka bersalaman sekali lalu dan kemudian masing-masing melepaskan pegangan tersebut.

“Your friend?”

“Oh…Daus. Anak Datuk Johan.”

Giliran Daus yang sedari tadi berdiam sahaja berkenalan dengan Hanan Lim pula. Selepas sesi suai kenal tersebut, masing-masing meneruskan urusan sendiri yang sememangnya menuju arah yang berlainan.



***

Kay terlentang di atas katil rumah sewanya sambil bibir mungilnya mengukir senyum tak henti-henti. Bayangan wajah cuak Jenny bagai tertayang-tayang di ruang mata. Dia merasakan telah menang dalam perlumbaan memenangi hati milik Hanan Lim. Nampak jelas kejadian tadi dimana Hanan Lim melayani Jenny dengan dingin. Dan hubungan mereka sekadar share partners sahaja. Tak lebih dari itu. Mungkin kenyataan yang Hanan Lim luahkan tadi sekadar menduga hatinya. Seseorang dihati mungkin juga dirinya, siapa tahu. Jikalau benar Hanan Lim mahu main tarik tali, dia akan mengikut rentak lelaki itu sahaja. Tidak ada ruginya bersabar sedikit jika hasil yang dituai nanti adalah jongkong emas! Begitulah Kay berangan-angan hinggakan dia terlelap bersama angan yang tak sudah.



***

Hanan Lim meleraikan tali lehernya sebaik sampai di dalam bilik pejabat miliknya. Pendingin hawa dikuatkan agar dapat mengimbangi rasa panas yang menyelubungi diri dan hati. Lakonan yang ditunjukkan bersama Kay sebentar tadi sekadar untuk mengaburi mata Jenny agar gadis itu tidak lagi mengharap.Walaupun dahulu mereka seperti pasangan kekasih yang bahagia, tetapi kini tidak lagi. Bukan itu tujuan hidup Hanan Lim dan Jenny pula ada cara hidupnya sendiri. Hanan Lim mahu meninggalkan segala kejahilan hidup yang pernah diterokai dahulu ketika darah muda menguasai akal.

Setelah bertemu dengan cinta baru, hatinya sedikit demi sedikit dimasuki cahaya jernih yang sukar untuk ditafsirkan. Yang pasti hati menjadi tenang selepas itu, hinggakan dia menanamkan satu mercu tanda untuk berubah dari Hanan Lim yang lama kepada Hanan Lim yang baru. Yang pasti satu penghijrahan telah berlaku pada dirinya dengan tanpa dia sedari.

“Encik Hanan!”

“Encik….”

“Iya? Awak panggil saya?” Hanan Lim tersipu-sipu apabila stafnya yang bernama Ros sudah berdiri betul-betul di hadapannya.

“Ya. Saya dah ketuk. Tapi Encik Hanan macam mamai aje, berangan ke? Atau mengantuk lepas keluar makan dengan mak we.”

“Mana ada. Mak we? Apa maksud awak, Ros?”

“Tadi ada perempuan call masa Encik Hanan keluar makan. Dia kata ada lunch dengan Encik, tapi Encik Hanan tak sampai-sampai. Itu yang dia call ofis.”

“Oh…itu. Kawan. Ingat tak insiden yang saya cerita dulu. Terlanggar bontot kereta wira. Itulah dia orangnya. Nama dia Kay...”

“Telanggar kereta lepas tu terlanggar orangnya ke?” Ros mengusik agak kasar.

“Hish…mana ada. Cukup sekadar kawan. Bukan pilihan saya untuk dijadikan calon…”

“Jangan cakap pasal calon dulu, nanti cik Jenny marah.”

Mereka sama-sama ketawa. Hanan Lim faham apa yang dimaksudkan oleh Ro situ. Kemudian, Ros meletakkan tiga buah fail berwarna merah untuk tindakan bosnya itu.

“Urgent tau! Nanti sebelum pukul empat petang client nak datang.”

“Okey.”

Ros berlalu dari bilik Hanan Lim setelah pasti bosnya itu faham apa yang dia mahukan.

***

Hanan Lim meletakkan gugusan kunci di atas meja di ruang tamu. Tali leher yang sekian kalinya terlekat di leher dilonggarkan sebelum ia terlentok dalam genggamannya. Longgokan kerja di pejabat membuatkan dia selalu kembali ke rumah dalam keadaan letih. Namun begitu dia tidak boleh mengeluh kerana kerjaya peguam adalah minatnya sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Setelah menamatkan pengajian ijazah dari sebuah university di Australia, Hanan Lim kembali ke tanahair dan bekerja sementara di sebuah firma guaman terkenal. Kalau di hitung dan di congak, sudah hampir sepuluh tahun juga dia berkecimpung dalam kerjaya yang serba ‘glamour’ itu.

“Dah lama balik.”

Satu suara datar menegurnya dari arah belakang. Hanan Lim segera menoleh kerana dia pasti dan kenal benar dengan tuan punya suara.

Advertisement

2 comments:

  1. sambung lah, letih tunggu, best baca tulisan dan karya kamu

    -seripagi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya, idea dah tepu...tunggu masa sikit nak sambung..

      Delete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.