Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

May 7, 2012

Bila Langkah Tersilap Tapaknya

nur aynora
Sumpah!
Katamu kau setia pada jejalur senja pelangi yang mewarna maya
baru semalaman aku tinggalkan kau di perdu jati
tapi hatimu tak teguh bak pohon jati yang merendang meredup kita
lupakan atau aku terlupa
mana satu ungkapan yang dihulur dari butiran tak jelas
yang tiba-tiba aku pun tak tangkas lagi
lalu air mata yang dulunya mengalir jernih buat laluan luah rasa
kini sudah keruh dengan linangan hitam pekat lurah penuh dendam!

Biarkan!
lalu bilah-bilah hari yang kupikul penuh dengan amarah
janji segunung intan satu kumit pun tak kau penuhi
tapi derap gagah perkasa kau tujahkan pada jalan yang bersimpang
merempuh pagar aman yang terbina atas tanah bernama adil
gugur dan layu tembok batu melewati usianya yang begitu
tamparan kasar angin ganas bagai tak meriak pun kocakan airmu
jatuh pulas pada dada waktu yang anganmu tak sudah-sudah!

Susuri hari hari mendatang dengan dada lapang
tolehkan mata beningmu pada aku yang akur membawa
sinar kelam dan malam menyusur cahaya
di bawah naungan Takzim
yang berkah

..........................................
akukah yang tak faham?
aynora nur

nur aynora / Author & Editor

Mykarya.com adalah blog perkongsian e-novel, cerita korea dan drama melayu.

5 comments:

  1. hyee ^^ . saya tag awak dalam GA Iena Eliena , mari turut jadi yang tersenarai ^^ .

    http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html

    thanks awak . nanti dah join bgtahu ziela ya ^^

    ReplyDelete
  2. ejulz: iya ke? hmm...memang betul pun.

    ahmoy si merah: jap lagi saya tengok segmen tu, ok...

    ReplyDelete
  3. dtg sini bls kunjungan dari segmen serious follow back =)

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Gooyaabi Templates