Header Ads

Puisi: Camar Yang Hilang

Advertisement
Camar itu tak pulang-pulang
entah hilang di telan burung angkasa
entahkan sesat dalam belukar batu mencangkar langit
mungkin telah penuh hatinya
dengan asap hitam yang ditelan saban hari
demi menagih sesuap simpati dari hati yang sudi

Camar itu tak pernah muncul lagi
pada balik dinding besi yang di pagari
pada celah tubuh-tubuh lesu yang bergelimpangan
mungkin telah hancur maruahnya
digadaikan pada sebuah harga kehidupan
yang terhimpit dalam perlumbaan duniawi

Camar itu sepi tanpa berita
lewat utusan maya pun tak pernah dijumpai
apatah warkah bersetemkan kalimah rindu
yang ada tinggallah nama yang semakin kabur
kerana ingatan yang telah di mamah zaman
kerana usia penunggu itu pun tinggal sesaat dua!

keluhan hati,
aynora nur
Advertisement

2 comments:

  1. iya ke cik adieb? tulis puisi ini tentang anak yg tak pulang2 stlh lama merantau, mungkinkah lupa daratan?

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.