Review Novel : 3 Kata Hati ~ Norzailina Nordin

loading...
Selamat sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak buat review novel. Baru2 ini saya ada membeli tiga buah buku dari penulis tersohor bertajuk 3 Kata Hati karya Norzailina Nordin, Jujur Aku Setia karya Eka Fahara dan Kea Alyissa karya Arasharrina. Dan, sebuah novel islamik berjudul Dan Bidadari Pun Mencintainya. Buku ini karya penulis Indonesia yang saya tak berapa ingat nama penulisnya (kerana namanya agak panjang), kerana saya sedang menelaah buku itu buat masa ini. Belum habis baca lagi.

Okey, novel 3 Kata Hati adalah novel terbaru karya penulis polemik Norzailina Nordin. Apa bezanya ek? Memang terlalu jelas perbezaan novel ini dengan novel-novel beliau yang lain. Yang paling nyata novel ini membuat pendekatan 'bahasa pasar/bahasa seharian' dalam penggunaan bahasanya, ayat yang pendek-pendek dan penggunaan bahasa 'aku' dalam beberapa bab dan penggunaan bahasa diri kedua pada lain2 bab. Sebelum ini Norzailina Nordin memang terkenal dengan novel kedewasaan dan matang tetapi kali ini beliau cuba memancing pembaca muda remaja untuk mengikuti karyanya.

Pada pendapat saya, saya lebih menyukai novel-novelnya yang terdahulu seperti Sewangi Kasih, Arjuna Hati, Cuma Dia, Menanti Kasih, Getaran Rindu dan banyak lagi. Karya remaja dan belasan tahun sudah terlalu banyak di pasaran dan saya suka jika selepas ini beliau menulis dengan 'branding' yang tersendiri. Walau apapun, saya tetap penyokong karya Norzailina Nordin sampai bila-bila! Saya adalah salah seorang daripada beribu 'silent readers'nya.




Sinopsis belakang buku:

Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?
     
Bagi peminat novel, saya sarankan kamu semua cuba membaca novel ini dan rasakan perbezaannya novel 3 Kata Hati dengan novel2nya yang lain. Namun, citarasa orang lain2, ada yang suka dan sebaliknya.

Selamat membaca...
aynora nur

4 comments:

  1. setuju dgn pendapat cik writer. kali ni kak norz guna bahasa seharian kita guna so xde r rasa mcm berat sgt. tp dr sudut mainkan perasaan kita tetap ada. malah saya rasa lg berat dr novel2 dia sblm ni (kecuali impian terindah). apa2 pun saya suka sbb kak norz mencuba style yg baru.

    masa saya baca 3 kata hati ni, memula tu saya mcm xleh blah sikit r dgn hani cara dia tangani masalah perasaan dia tu. baru lps spm kot. dan jugak dgn iskandar sbb layan mak hani lbh2 sgt. huhu...teremosi sudah. tp yg pasti saya suka novel ni n sampai skrg bila saya terserempak dgn prius color putih area pandan indah automatik saya akan ingat iskandar ambik and hantar hani balik kerja.

    ~nor..

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan...

    t/kasih cik nor. setiap orang ada citarasa sendiri & it is very subjective.

    Saya peminat setia norza, dari dulu sampai sekarang. Sedang tunggukan karya beliau yg seterusnya...

    Ohh! Prius putih, ada sebijik kat depan ofis saya!

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan, Aynora Nur.

    Terima kasih sudi beli & review novel saya. Saya hargai pandangan ikhlas sdri. Memang benar saya cuba sesuatu yg baru lewat novel '3 KATA HATI' untuk memikat lebih ramai pembaca remaja. Ini semacam cabaran kpd diri saya sendiri yg sudah menulis lebih 20 tahun. Saya berharap novel ni mendpt tempat di hati pembaca kerana ia mengketengahkan sesuatu yg fenomenal - tentang FB - dan yg penting, bagaimana seorang anak gadis berdepan dgn situasi mencintai lelaki yg pada masa yg sama dikasihi oleh ibunya sendiri. Bukan mudah utk menangani novel ini, sebenarnya, tapi bagi diri saya ia adalah kejayaan kecil.

    Sekali lagi, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam, Aynora Nur.

    Terima kasih sudi beli & review novel terbaru saya. Memang saya persembahkan kelainan dlm novel tersebut, sekadar 'mencuba nasib' kerana banyak novel ala2 keremajaan yg mendpt sambutan hangat di pasaran. Ia bukan mudah utk ditangani & sejujurnya saya berharap novel itu berjaya 'memenangi' hati pembaca. Ia mengketengahkan satu isu 'fenomenal' ttg FB. Yg penting bagaimana seorang gadis 18 tahun berdepan dgn konflik emosinya sendiri...

    Salam sayang utk semua.
    Selamat Berpuasa.

    Seikhlasnya,
    Kak Norzailina Nordin

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.