Salam Ramadan dari mykarya.net

loading...
Selamat sejahtera,
Bismillah...


Ramadan datang lagi, dengan hati yang suci, menadah tangan memohon pada Illahi, agar Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Tak pernah ada rasa benci, malahan kesyukuran tak terhingga di panjatkan moga kesejahteraan dan kesihatan yang baik sentiasa dikurniakan. Semoga para sahabatku yang dikasihi di laman mykarya.net, yang tak pernah ditemui, hanya bertemu pada alam maya ini, pun sama seperti diri ini, dilimpahkan kesihatan dan puasa yang afdal.

Sepuluh jari disusun, maaf dihulur jika ada teman-teman maya yang terasa dan terkecil hati, dengan penulisan yang menyentuh hati dan peribadi. Tiada niat mahu memburukkan sesiapa kerana penulisan dihasilkan sekadar mengisi masa terluang dan memenuhi minat yang tertanam sejak dahulu lagi. Semoga kalian sudi menerima permohonan ini dengan tangan terbuka.




Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 1433H,

Semoga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang...
aynora nur        

3 comments:

  1. salam ramadan kepada penulis juga,(:

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan, selamat menyambur ramadan. Moga perkongsian kita memberi manfaat kepada pembaca semua. Amin.

    ReplyDelete
  3. t/kasih...salam perkenalan juga.

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.