Header Ads

Biodata : Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak

Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.




Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.

Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.

Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.

Dato' Sri Najib mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

Biodata : Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak


Perdana Menteri Malaysia Keenam3 April 2009 – Kini

Timbalan Perdana Menteri31 Oktober 2004 – 2 April 2009
Menteri Kewangan17 September 2008 - Kini
Menteri Pertahanan1999 – 2008
 Menteri Pendidikan1995-1999
Menteri Pertahanan1990-1995
Menteri Belia dan Sukan1987-1990
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan1986-1987
Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan1981-1982
Timbalan Menteri Pelajaran1980-1981
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos1978-1980
Eksekutif Petronas1974-1976

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
                Norashman Razak


Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom

Advertisement

3 comments:

  1. I'll immediately seize your rss feed as I can't in finding your e-mail subscription link or e-newsletter service.
    Do you've any? Please let me realize so that I may just subscribe.
    Thanks.

    Feel free to visit my web blog - book critique

    ReplyDelete
  2. Wow, that's what I was searching for, what a information!

    present here at this webpage, thanks admin of this web site.


    Check out my blog: firma reklamowa

    ReplyDelete
  3. Really good blog. People should read this.



    My website :: canapé cuir, ,

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.