Header Ads

Aku Tak Pernah Hilang...

Mungkin itu sekadar anggapanmu. Kau sesuka hati melabel aku sedemikian. Aku tak lupa daratan, teman. Aku masih seperti yang kau kenali lewat pertemuan bermusim dahulu. Aku tetap aku, kesibukan dengan dunia keluarga dan kerjaya, memang menyempitkan masa yang ada. Pun sesekali, ingatan tetap pada memori bersama.

 

Di manakah kamu kini? Sudahkah selesai pendakianmu pada tangga tertinggi seorang siswazah? Apakah kau telah berubah arah mencari kerjaya idamanmu? Apakah kau juga sudah berjaya menjadi lebih dewasa dengan tangisan suara anak kecil? Dalam senyum membaca mesej pada inbox, aku tertanya-tanya...apakah si penganggu itu masih mengejarmu? Tak habis lagikah larimu dari bayang-bayang sidia?  Argh!! Temanku, sisa-sisa kenangan tak pernah padam sepertimana aku tak pernah hilang dari hiruk pikuk dunia yang kita kecapi dulu.

Teman,
kita pernah bersama namun masa amat terbatas
kerana arah hidup kita terbelah dua dunia
kau sendirian lewati batas masa
dan aku berlari mengejar masa yang tak pernah cukupnya!
adakala,
dalam tak tentu arah mana nak dimula
aku imbas renungan nasihat yang kau sisipkan
tak luak pun rasa malu pada usia yang beza
biarpun kau adikku, dewasamu tambahkan ceria...

Aku tak pernah hilang
meskipun cuba dipadam bayang-bayang
memori tetap muncul pada hari siang
dan tetap menyusul bila malam menjelang...

sesungguhnya,
aku masih ada di sini
melengkapi kehendak duniawi
dan cuba mencari lagi, sinar mentari pagi
pada jalan yang diredhai...


**Aynora nur**


Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.